Friday, 26 September 2008
Salam Syawal...
Thursday, 25 September 2008
Doktor Hassan!!!!
tetiba je ade budak kecik kat belakang kami yg dok melompat2 katil sambil main2 tu
Hassan : "Doktor Hassan!!!!"
aku n hubby apa lagi pakat tergelak la..tetiba je dia sebut ....
lagi2 dia menyebut...
Hassan : "Doktor Mahathir....." "Doktor Hassan!!!!!"
lepas2 tu memang setiap kali kalau kitorg dok sebut nama Doktor Mahathir...dia pun menyampuk ..Doktor Hassan...
kami cakap la kat dia... "Hassan jadik Doktor PHD la ye... macam bapak..."... (bukan jadik doktor perubatan tapi doktor saintis [scientist]...... ok kan...)
dia pun apa lagi..."Doktor Hassan!!!!" sambil lompat2 hehhehe
Hassan..Hassan....
macam2 gelagat dia ni.....
's' or no 's'
dia selalu dok perhati perkataan2 kat kotak2 n botol.. secara tak sengaja dia dok belajar la..kalau benda tu satu tak de 's' kalau lebih dari satu ade tambah 's'..(dlm english la)
(ni tak belajar lagi yg one sheep..two sheep ..)
Hassan : "one car, two cars...."
Hassan : "one book, two books..."
tiba-tiba aku terdengar la dia sebut ni .....hehheh
abih semua perkataan melayu ko bantai letak 's' gak....(ni antara yg aku ingat la..byk dia dah taruk 's' tu... ).. kena la betul kan pemahaman dia...sekrg ni ade la sikit faham..kalau dalam bahasa melayu dia tak tambah 's' .... hehheh
Hassan : "one sudu, two sudus....."
tu le dia .....
****************************************************
byk sangat bercakap....kengkadang dok speaking le ko sorang2...bersama kawan2 dia (dia dok main ngan kanggaru, koala n harimau dia....tu le kawan2 dia )
Hassan : "Do you want to eat, Koala?" (dok tanya Koala dia la)
Hassan : "Come and sit here .." (suruh kawan2 dia tu duduk sebelah dia..)
sampai tido pun dok bercakap2.... aku naik tergelak2 bile time dia mengigau speaking.
(tak dpt aku nak tulis apa dia cakap...... sebab dia cakap cepat n speaking berabuk siot hahhah ..aku siap layan je ngingau dia tu hehheh nasib baik tak keluar nonbor2...leh jadi lucky numbers...hahahha)...
# ni le pengaruh 'Playschool' yg dia tgk... berani bercakap meluah kan apa sahaja dlm fikiran dia n kreatif..
tag ooo tag..lagi..
terima kasih sya....
"I Love Your Blog" Gift

***********************************************************************
Tag Ramadhan...
Tag dari Puan Mimielola

Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tags
botol ni salah....
satu hari tu dia cakap botol ni salah...
Hassan : "Botol ni salah.."
Bapak : "Apa yg salah ?"
Hassan : "2 litres bukan 2 litre..." "Salah ni.."
Bapak dia pun tengok la apa la yg dia bebel2 kata botol tu salah...
Hassan : "Bapak..tgk ni botol ni salah tulis..."
sambil tunjukkan botol2 tu...
rupa-rupa nye.... dia perhatikan tulisan pada botol2 tu...
dia tau kalau 1 botol seberat 1 liter dalam english disebut "1 Litre" dan botol seberat 2 liter dalam english tu "2 Litres".....
tetapi botol2 yg dia belek ari tu... ade satu yg tertulis "2 litre" utk botol seberat 2 liter...yg sepatutnye la "2 litres" betul kan?
tu le kisah nye.... abih semua botol2 dia baca betul tak ....
siap boleh tau ade yg salah cetak tu..hehheh kami pun tak perasan lah.... dia la yg seharian membelek botol2 semua tu....
Hassan..Hassan....
Friday, 19 September 2008
Hassan baca buku...
aku pun panggil la.. suruh baca kat kerusi sebelah aku..... dia pun baca la buku "ABC" dia... apa2 perkataan yg dia tau dia sebut la..
buku no 16 di sini utk lihat jenis buku dia. buku yg mudah2 je utk permulaan bacaan..
"A is for Apple..."
"Bed, door, wheel,....." etc..apa2 yg ade dlm tu la...
aku suruh dia baca kuat2... bapak dia dlm bilik tgh study pun boleh dengar (kami kat depan/dapur)
kalau dia rase tak yakin agak2 je.. dia sebut slowwww-slowwww
kalau dia tak tau... dia tanya "apa nak sebut ni?" @ "what is this?"
rase nye.. lebih 50% apa ade dlm buku ABC dia tu dia dah boleh la baca perkataan2 yg mudah2 tu
kemudian aku tanya.. nak baca buku lagi ke... dia kata nak...aku suruh la ambil buku lain.. dia ambil la buku no 15 pula.. dan baca la sikit2 mana dia tau... boleh la dlm 50% tu dia leh sebut perkataan2 tu bila tgk buku tu..
(tak sempat nak rakam video tgh baca buku..tangan aku penuh tepung masa tu..)
malam tu pula dia kata nak baca buku arab (ni kamus bergambar la...) buku no 12
sambil kami solat dia kata dia nak baca buku.. dok le atas sejadah dia ..baca.... lepas solat kami tgk la apa dia baca tu... dia baca la bab warna-warna.. ade byk warna... dia kata dia suka warna biru.... "biru..blue.."... dlm kamus tu ade byk jenis biru...semua nye dia baca... "biru muda....light blue.." biru tua.. dark blue.." mula2 tu ade la 1-2 perkataan dia tak yakin.... lepas kami sebutkan.. dia pun baca la semula...... kemudian buka bab lain pula.. sampai la dia rase puas..... maka tido la lepas tu..... cukup ilmu....
..................................
oh ye.. masa siang tu... disebab kan dia dpt baca 2 buku (walaupun tak semua perkataan dia betul n tau..) maka dapat la reward.... coklat...sikit je (tak boleh byk2..) seronok la dia....makin bersemangat la dia nak baca buku...
sekrg ni dah besar ..ikut mood dia la nak baca..... kalau tak dia suka buat presentation sendiri... konon2 macam kat playschool tu la... presenter tu membaca kan buku...
dia pun bercerita sambil pengang buku ...apa2 buku je..
"the story today is about bus...."
"once upon a time........bla bla bla......"
"......................................."
"end of the story today...."
"... next book..." dia pi la ambil buku lain n duduk (dia duduk sambil konon2 baca buku tu...bercerita la tu)
bercerita je dia... tak sunyi la siang2...mlm2 bile dia dah tido tu sunyi je....
penglipurlara kami dah tido.....
mana Hassan?
Hassan mesti tanya.. "mana gambar Hassan?"
puas la dia tengok satu2 ..tak de pun gambar dia....
tanya lagi... "mana Hassan?"
kami kata la kat dia... "masa tu Hassan belum ada lagi.."
apa dia jawab.. "adalah.. Hassan ada.."
kami jawab la... " Hassan belum ade lagi masa tu.."
apa lagi melalak la... "uwaa..uwa.... Hassan ade.." tak puas hati ..
kami pun cerita la kat dia.. "masa tu Hassan tak ade lagi..."
gambar lain pula.. "masa ni Hassan dalam perut Umi..belum keluar.."
dia buat la muka pelik ngan jawapan tu...
lepas tu dia cuba la masukkan kepala dalam baju aku...
"Hassan dalam perut umi.. macam masa kat Kanada tu..."
hehhehhehhe
Thursday, 18 September 2008
dari artikel ...
Berikut petua yang mungkin boleh digunakan ibu bapa untuk mendidik anak:
Mendidik anak dengan pesanan dan arahan setiap hari, bersesuaian dengan tindak-tanduk serta amalan yang ibu bapa inginkan. Jangan sesekali bosan memberi pesanan kepada anak. Menurut satu kajian, piawaian memberi pesanan dan arahan kepada anak setiap hari adalah 200 kali bagi membentuk rutin kehidupannya.
Banyakkan bercerita dengan anak mengenai perkara yang baik. Cerita boleh diambil daripada al-Quran, kisah rasul dan sahabat. Malah, ibu bapa boleh mereka cerita sendiri kerana yang penting, ia mestilah boleh dijadikan teladan.
Selalu bersoal jawab dengan anak-anak secara istiqamah (berterusan). Bertanya anak hal yang dilaluinya sepanjang hari dan sentiasa berusaha menjawab soalan mereka secara hikmah.
Mengasuh anak melalui nasihat dan teguran. Nasihat dan teguran berlainan sedikit dengan pesanan dan arahan yang perlu dilakukan setiap hari. Nasihat dan teguran dibuat sesekali saja supaya anak tidak cepat bosan.Nasihat dan teguran adalah lebih menjurus kepada pem bentukan akidah, ibadah, amalan harian, akhlak, tanggung jawab dan seumpamanya.
Banyakkan bermain dan bergurau dengan anak serta sentiasa selitkan unsur nasihat yang bermanfaat.
Banyakkan memberikan latihan dan tugasan kepada anak termasuk kerja di rumah. Tugasan diberikan mengikut usia, tahap kemampuan dan kesesuaiannya dengan jantina anak.Pantau kerja dilakukan dan jangan kutuk anak jika mereka buat salah sebaliknya jika memuji, biarlah berpada-pada.
Amalan dan tindak tanduk ibu bapa menjadi contoh kepada anak. Ibu bapa sederhana memberitahu anak apa yang mereka perlu lakukan. Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan mengenai apa yang diminta anak itu lakukan.Ibu bapa yang cemerlang memberikan contoh sesuatu perkara yang diberitahu dan dijelaskan kepada anaknya manakala ibu bapa mithali sentiasa menggerakkan anaknya untuk menjadi manusia cemerlang.
Menurut kajian pakar psikologi, galakan untuk anak harus diberikan 80 peratus manakala 20 peratus lagi untuk amaran. Galakan menjadikan anak lebih ceria di samping menjurus ke arah individu cemerlang.
Ambil berat kebajikan anak. Ibu bapa perlu tunaikan hak anak sewajarnya serta menyediakan keperluan yang mu nasabah untuk anak, sesuai dengan kemampuan ibu bapa itu.
Ibu bapa boleh menggunakan firasat dan gelombang minda dalam mendekati anak. Tidak perlu tunggu anak bercerita bila mereka berdepan dengan masalah.
Menjana keyakinan dan kekentalan diri anak. Ulama dan ahli psikologi menyarankan antara perkara yang boleh di lakukan dan dilatih kepada anak termasuk mengajar me nyimpan rahsia, latih mereka berpuasa serta membentuk kemahiran sosial anak contohnya berkawan dengan betul.Luaskan ruang lingkup pembacaan anak-anak serta me ngajar mereka cara membuat keputusan yang baik.
Kenal pasti kecenderungan dan minat anak. Selain daripada memerhatikan sendiri anak-anak, boleh bertanya pada guru atau rakan mengenai hobi mereka kerana mungkin ada yang terlepas pandang.Pupuk minat mereka supaya mereka selalu gembira kerana anak yang ceria mudah menjadi insan cemerlang.
Wednesday, 17 September 2008
kos pengajian?
sila baca step pertama yg saya maksudkan... di sini
step kedua (ni rangka besar la...topic kecik2 dlm step2 tu sendiri la pikir...)
adakah kita dah tau berapa kos utk pengajian anak-anak kita bila masuk university? ....
tak kira la di dalam negara atau di luar negara... kita perlu mendapatkan gambaran berapa jumlah nye.... (kos utk satu pengajian, satu penggal berapa?, berapa byk penggal ade... berapa total.., kos sara hidup jika anak akan menyewa atau dok hostel... kos makan minum, kos pengangkutan... maksud nye..duit utk tambang bas ke tambang train ke.. apa2 la...)
masa depan anak kita nanti ..kita tak pasti ade ke idak ptptn atau pun pinjaman jpa ke mara ke.... jadi kita perlu la menyimpan duit poket sendiri.... perlu ambil perhatian bab ni....
sedang kan anak nak masuk tadika kat msia le ni pun mahal nak mampos... boleh simpan duit2 tu wat masuk uni je.... ngeri aku tengok rate2 tadika tu.... (setelah baca blog kengkawan lain)
aku tulis ni juga utk peringatan diri aku .... insya'allah...
setelah dikaji dibuat sedikit survey mengenai tempat belajar, course yg akan diambil serta jumlah kos pengajian dan lain-lain... .. kami sudah dpt gambaran nye utk masa depan anak-anak kami..... insya'allah di permudahkan segala urusan nanti...
(kena ade byk plan ..plan A, B, C.....hingga la Z ke...)
satu lagi aku nak pesan... jika kita mencari universiti2 utk pengajian anak-anak kita..jgn la kita asyik memandang 'ranking' di universiti2 tertentu.. tetapi ...cari la 'ranking' fakulti @ department' yg terbaik... kerana tak semua course/fakulti di universiti yg top 5 atau top 10 atau top 20 tu terbaik.. dan tak semua course/fakulti di universiti yg tak masuk 'ranking' tu tak bagus...malah ade yg lebih hebat... maka teliti la betul2 ye...
mungkin ade dok pikir...'ala anak baru 3 thn dok cite/bagi nasihat tu ni....' tapi kita perlu ingat ...anak masih kecil la kita perlu pikir panjang... jgn la anak dah lepas SPM baru nak menganga.... ade faham (kepada sesapa la yg rase tak faham2..)... sudah nye duit tak de/tak cukup ..pi pinjam Ah Long.. kan ke naya... .
"beringat dahulu sebelum terlambat..."
sekian terima kasih.....
Monday, 15 September 2008
Hassan oooo Hassan..

Ni le kamus yg aku beli..murah n bagus lak tu.... disebab kan aku tak berapa pandai sgt bab ejaan English ke Bahasa Melayu ke.. aku pun beli....
utk mengajar Hassan.. dah tak tau apa lagi nak ajar ..sebab dia dah kenal huruf/nombor, dah tau tulis, dah tau eja & boleh baca sikit2 la....selain tu.. sentiasa dok melayan dia mengenal element2 dalam periodic table......capital city kat dunia ni dia dah byk ingat cuma dia tak nak tulis je....(mencabar gak kan.. kena pikir apa nak ajar lagi hehhe... )
skrg ni... kalau dia dah puas main.. aku suruh dia tulis apa2 perkataan yg aku sebut...
biase nye... aku ejakan perkataan tu.. dia tulis di papan tulis dia.. kemudian aku suruh dia sebut apa dia tulis.. kalau betul aku kata la betul..kalau dia macam tak yakin nak sebut..aku suruh je dia cuba sebut apa yg dia agak2 tau.... lepas tu aku betulkan la sebutan nye....
boleh la sikit2 dia membaca perkataan2 yg mudah.....
kalau kami suruh dia baca ..tapi dia tak nak baca... kami cakap la "si sambiol tu pandai baca... dah byk buku dia baca".. apa lagi cepat2 la dia baca.. ... (dia rase tercabar tu...)
** sambiol tu ade lah nama rekaan dia... suka-suka dia mereka kan nama tu.. sebab dia dah tau suku kata perkataan ..jadik suka hati dia la nak reka apa saja....
satu lagi "ambiol"..... dia boleh cakap... sambiol & ambiol... dua2 ade biol.. tapi satu tu ade 'sam' satu lagi ade 'am'....
sedangkan kami tak pernah cakap 'biol' .... yg kami ajar 'biola' .... hehhe ade2 je la Hassan ni...
yg ye nye kalau dia tak nak ikut cakap kami (suruh baca ke suruh mengaji).... kami cakap je.. sambiol tu pandai baca/mengaji... on the spot dia nak jugak baca/mengaji.. dia tak mau ambiol/sambiol tu lagi pandai dari dia.. hehhehheh
apa yg kita rancang utk anak kita???
ye kita perlu merancang.... jika ingin berjaya..
begitu juga dengan masa depan anak-anak kita..
kita perlu rancang masa depan nye....
apa kita nak dia jadi bila dewasa nanti.... perlu!!!
jika kita ade rancangan utk masa depan anak kita.. insya'allah kita akan berusaha ke arah tu...
cuba kita fikir.. jika kita tak de apa2 rancangan dlm kepala kita ni...
"apa la anak kita nak jadi?"... asyik dok ucap tu je berjuta kali ... tu bukan boleh membawa apa2 kejayaan..sekadar ucapan tanpa isi kandungan...
takkan kita nak ikut je masa berlalu...
time anak masuk tadika..kita masukkan...
time anak masuk sekolah rendah.. kita masukkan...
time anak masuk sekolah menengah ...kita pun masukkan...
time org lain antor anak pi tuisyen..kita pun antor anak pi tuisyen..
time org lain antor anak pi kelas piano..kita pun nak jugak antor...
time org lain antor anak pi kelas takewando.. kita pun antor....
abih tu kita pernah pikir ke...anak kita ni nak jadi apa bila dah dewasa???
time org lain antor anak pi asrama ..kita pun nak jugak bersaing....
time org lain antor anak masuk Uni amik course Enggineering... kita pun nak antor gak... kalau anak kita cemerlang SPM nye kan.. kalau tak? mana kita nak antor anak kita tu? takkan nak suruh dia kerje???
disini la kesilapan yg biase nye ibu bapa tak sedar...
apa yg aku nak kata kan... kita perlu ade "idea" apa kita nak anak kita jadi bila dewasa...
nak jadi apa??? lawyer? doktor? ahli muzik???
jika kita ade "idea" tu.. kita perlu ade 2-3 pilihan ....dan kita perlu tau potensi2 kerje utk nye..lebih2 lagi zaman le ni kan ramai ibu bapa yg bijak pandai..... guna la kebijaksanaan & kepandaian yg kita ade tu utk membantu anak2 kita supaya dapat menjadi seorg insan yg berguna utk agama, diri, keluarga & masyarakat...
contoh nye....
jika kita nak anak kita jadi doktor....
kita perlu tau apa bidang yg perlu dipelajari nya..."Medic"
dan kita perlu tau..medic tu cabang dari "Sains"...
bila kita tau .... kita perlu la tau apa subjek2 yg penting utk dia pelajari....
jgn hanya mengajar anak kita mengejar "A"..tetapi ajar anak kita memahami pelajaran nye itu...
kita perlu tau... apa subjek lain yg berkait rapat dengan sains tulen tu.. seperti matematik...
dari situ..kita dah dpt gambaran... ke mana hala tuju anak kita...
takkan la kita nak dia jadi doktor tapi suruh dia amik sosial sains dan seangkatan nye .... susah la nanti dia nak belajar bila di uni.. sebab tak de basic ..
kalau kita nak anak kita mendalami Ilmu Agama pula... kita perlu terapkan ilmu sains dan teknologi pada nye... jgn dia hanya tau bab AGAMA dlm scop yg kecil....kalau sekolah tak dpt nak ajar..peranan ibu bapa la perlu utk mengajar nye... kaitan Ilmu2 agama dengan perkembangan teknologi... dpt la kita anak yg mempunyai Ilmu bukan setakat ilmu dunia tapi ilmu akhirat juga...
berbalik pada kisah doktor di atas... jika rancangan kita nak anak jadi doktor.. kita perlu ade plan A, plan B & seterusnya...
jika anak kita tidak berupaya atau tidak berminat utk jadik doktor.. kita ade plan B mungkin kita rancang utk dia jadi pakar ubat (pharmacist) atau plan C utk dia jadi mahir dlm teknologi makanan....
fikir2 kan la... at least sebagai guide kita juga... jgn kita biar kan anak kita terumbang ambing menentukan hala hidup sendiri....
sekian sahaja .....
oohhhh
sungguh tak tahan tgk kek2 yg cantik2 tu... awat le tak pass2 belajar sendirian ni... susah belajar tanpa guru..melainkan kita ni dah expert la kan... aku ni dah la tahap beginner.. dan amat slowww belajar deco2 sendiri ni... ooooohhhh... sabo2...
Wednesday, 10 September 2008
pasal muzik le sikit....
Fri Sep 5, 9:37 AM ET
LONDON (AFP) - Heavy metal fans and lovers of classical music have more in common than they like to think, according to research published Friday by a university in Edinburgh.
Although fans of bands like Metallica are traditionally portrayed as work-shy, long-haired students and lovers of Mozart are seen as sober and hard-working, researchers found that both music types attract creative people who are at ease with themselves but can be introverted.
But classical music fans have high self-esteem while heavy rock fans lack self-belief, the team at Heriot-Watt University in Edinburgh found.
Indie music listeners lack self-esteem and lovers of pop music are uncreative, while country and western fans are hard-working and rap fans have an outgoing personality.
The three-year study on the links between personality and music taste was led by psychology professor Adrian North.
"We have always suspected a link between music taste and personality. This is the first time that we've been able to look at it in real detail. No-one has ever done this on this scale before," he said.
"People do actually define themselves through music and relate to other people through it but we haven't known in detail how music is connected to identity."
North added: "One of the most surprising things is the similarities between fans of classical music and heavy metal. They're both creative and at ease but not outgoing.
"The general public has held a stereotype of heavy metal fans being suicidally depressed and of being a danger to themselves and society in general. But they are quite delicate things."
The research could have many uses in marketing, the professor said.
"If you know a person's music preference you can tell what kind of person they are, who to sell to. There are obvious implications for the music industry who are worried about declining CD sales."
More than 36,000 people around the world took part in the research, making it the biggest survey of its kind ever conducted.
People were asked to rate 104 musical styles and were also questioned on their personality traits.
Artikel dari Yahoo News
Monday, 8 September 2008
bebelan sikit..
"Bagaimana menangani anak tidak mahu makan.."
apa yg aku perhatikan....
- dok sibuk suruh bagi makan makanan tambahan la.... apa tah nama nye...
- dok sibuk pasal ubat cacing... cacing makan apa yg anak dia makan la...
- dok sibuk kata dulu masa 6 bulan makan byk le ni dah kurang la....
- dok pening2 kan kepala la
apa yg sepatutnye la... kecik2 tu jgn bagi anak makan... bagi je susuibu...kalau tak susu apa yg boleh la....
bawah 2 thn tak de masalah kalau nak bagi susuibu aje ... sihat pun sihat ..insya'allah...
jgn la dok kuno kan fikiran yg 'tak cukup susuibu je...' @ 'kena bagi makan kecik sejak lahir..nanti tak reti makan...'
kita bagi anak makan tu bukan WAJIB masa kecik2 tu... hanya sekadar perkenalkan je....
kalau dah kecik umo 6 bulan dah disumbat segala mala makanan.... letih la perut nye nak proses... sudah nye... budak tu pun ...tak lalu dah nak makan...... tapi sebab dia tak reti cakap.... terima je la..... sebenarnya ..ni la penderaan kalau ikutkan la.... sebab menyumbatkan segala makanan tanpa rasa bersalah..... kesian budak..
apa kena mengena ubat cacing ngan apa yg anak ko makan???
memang la cacing ade dlm perut kita ni.... kenapa salahkan cacing???
mentality kita masih tak leh berubah..... masih kuno.... setakat gaya je nak moden tapi akal fikiran tak pernah guna yg logic dlm memberi makan anak kita cam no??
anak aku kecik2 memang aku tak bagi makan..... bagi pun sekadar rase..tak le sampai mengenyangkan pun.... susuibu kan ade....
satu lagi ..sapa kata 'kalau tak bagi makan sejak lahir ..anak tak reti makan'..... aku tak leh terima statement tu....
aku bagi anak aku makan betul2 pun lepas 2 thn ..dan selepas tu dia memang reti makan la.....
kalau makanan berkhasiat anak tak mau makan.. kena la paksa... guna la teknik2 ko sebagai ibubapa... jgn la dok ikut kan je... sudah nye anak tak mau makan... salahkan la diri sendiri......
susu memang la anak perlu.... bukan nye ngan cara kita catu susu...catu sekalipun anak belum tentu akan makan.....
semua nye bergantung pada ibu bapa tu... apa yg diberi sejak lahir... kalau lahir2 pi bagi makan McD ...sudah nye budak tu pun suka tu je..... dah la tak berkhasiat...masak sendiri la...rajin2 kan la demi anak tercinta...
jgn la kata "asyik bagi bubur je...nanti anak jemu.."anak jemu ke mak nye yg gatal2 nak bagi macam2
bubur atau nasi lebik ke atau nasi ngan sup2 sayur tu (tanpa garam/gula/minyak) tu memang la sesuai utk budak2 bawah 2thn... mereka kan tak cukup byk gigi utk menguyah..dan juga bila makan bubur ni..mudah mereka nak hadam...... anak tak boring la... (sebab aku buat... dan anak aku badan sedap je..... )
kalau anak tak nak makan nasi... bagi la roti.. tak de masalah nye.....roti pun berkhasiat.... anak aku suka makan roti (badan pun tegap)...
yg ye nye...jgn la dok bagi makan macam makanan org dewasa utk budak2 ni terutama yg bawah 2thn .... jgn la pi bagi makan yg pedas2 atau terlalu manis atau masin.. tak bagus utk kesihatan anak2 tu...
apa yg kita ajar kat anak kita itu la yg dia ikut.. kalau dia tak nak makan sayur ..kita kata ok le..tak yah makan.. akhirnye sampai beso tak suka makan sayur.. sebalik nye kita kena la galakkan nye.... katakan pada dia... sayur ni bagus utk kesihatan.... supaya kuat lari ke..pandai belajar ke..... cakap la...ooo si ina tu makan sayur sebab tu la dia kuat lari (ambil contoh kawan2 nye la...) guna kan akal kita yg bijak ni dlm menangani masalah anak2 kita tak mau makan tu....
sekian saja...tak tau releven ke idak ngan post tu ...hahhah
Sunday, 7 September 2008
Susuibu Pelindung....
KAJIAN lebih dua dekad membuktikan susu ibu makanan paling sesuai untuk bayi yang mampu memberi perlindungan daripada penyakit.
Kadar kemasukan ke hospital, jangkitan telinga, cirit-birit, ruam, alahan dan pelbagai masalah perubatan lain di kalangan bayi yang diberikan susu ibu jauh lebih rendah berbanding bayi yang minum susu formula.
Setiap bayi perlu diberi susu ibu enam hingga 12 bulan. Walaupun makanan pejal boleh diperkenalkan apabila bayi berusia empat atau enam bulan, mereka masih perlu diberi susu (badan atau formula).
Sehingga kini tiada saranan masa terbaik memberhentikan pemberian susu badan tetapi selagi bayi makan makanan pejal yang sesuai dengan usianya, seseorang ibu boleh terus menyusukan anak mereka.
Susu manusia untuk anak manusia. Ini yang sering diperkatakan pakar penyusuan bayi. Susu ibu mengandungi jumlah asid lemak, laktosa, air dan asid amino untuk penghadaman, perkembangan otak dan pertumbuhan pada kuantiti tepat.
Susu lembu sebaliknya mengandungi jenis protein yang berbeza daripada susu ibu. Susu ini baik untuk anak lembu dan jika diberi pada bayi, bayi mungkin mengalami masalah menghadamnya.
Bayi yang diberi susu badan kurang jatuh sakit kerana menerima antibodi ibu melalui susu. Hampir 80 peratus susu ibu adalah sel makrofaj iaitu sel yang membunuh bakteria, virus dan fungus.
Ini sebabnya bayi yang diberi susu badan terlindung pelbagai peringkat penyakit, termasuk pneumonia, botulism, bronkitis (keradangan salur udara ke paru-paru), influenza, jangkitan bakteria Staphylococus, jangkitan telinga dan demam campak.
Pada masa sama, badan ibu terus menghasilkan antibodi terhadap apa juga penyakit di sekeliling mereka dan antibodi ini kemudian dipindahkan kepada bayi.
Sistem pencernaan bayi yang diberi susu badan mengandungi banyak Lactobacilus bifidus iaitu bakteria baik yang menghalang pembiakan mikro organisma berbahaya. Selain itu, susu badan yang diberi terus adalah steril, jadi ia dapat mengelak cirit-birit pada bayi.
Lebih istimewa, susu badan mengandungi lebih 100 bahan unik yang tiada pada susu formula. Tiada bayi alah pada susu ibu, walaupun mungkin mengalami reaksi pada makanan tertentu yang diambil si ibu. Bagaimanapun, jika pengambilan makanan itu dihentikan, reaksi dialami bayi hilang dengan sendiri.
Proses penyusuan mempunyai kesan psikologi kerana ia membentuk ikatan antara ibu dan bayi. Ketika lahir, jarak penglihatan bayi hanya 30 hingga 38 sentimeter iaitu jarak antara bayi yang disusukan dengan muka ibunya. Kajian menunjukkan bayi semuda satu minggu lebih suka bau susu ibu.
Ramai pakar psikologi percaya bayi yang disusukan berasa selamat, terutama apabila ada sentuhan kulit ketika proses penyusuan. Ibu bapa yang memberi susu botol kurang memberi sentuhan pada anak ketika disusukan. Sebaliknya, jika diberi susu badan, bayi ada dalam dakapan ibu yang menjadikannya bukan sekadar waktu makan tetapi memberi rasa selesa dan selamat.
Manfaat untuk ibu
- Mudah dan susu boleh diberi pada bila-bila masa. Tidak perlu bangun malam untuk membancuh susu
- Dapat mengurangkan berat badan secara semula jadi
- Penyusuan badan merangsang rahim mengecut ke saiz asal
- Ibu yang menyusukan anak perlu banyak berehat dengan duduk dan letakkan kaki ke atas. Jika ibu memberi susu sambil baring, dia boleh melelapkan mata seketika tanpa memberi masalah pada bayi.
- Ini antara cara semula jadi untuk menjarakkan kehamilan, walaupun ada juga yang hamil ketika ini. Penyusuan yang kerap merencatkan proses penghasilan telur, menjadikan mereka tidak didatangi haid dan dapat mengelak kehamilan.
Jika tidak mahu anak yang rapat, wanita perlu menggunakan kaedah pencegahan kehamilan dalam tempoh ini. Suntikan hormon, implan atau alat dalam rahim adalah selamat dan tidak memberi kesan pada bayi. Bagaimanapun, tidak digalakkan mengambil pil perancang sehingga bayi pisah susu
- Menjimatkan belanja. Walaupun ibu mempunyai selera besar, harga makanan ibu biasanya tidak semahal susu formula. Tanpa belanja, bayi anda menerima khasiat terbaik.
Bila susu formula diperlukan?
Masalah kesihatan biasa seperti selesema, flu, jangkitan kulit atau cirit-birit tidak dipindahkan kepada bayi. Malah, ketika anda mendapat jangkitan ini, badan menghasilkan antibodi yang memberi perlindungan kepada bayi.
Malah, wanita yang menghidap kanser payu dara boleh menyusukan bayi daripada payu dara yang sihat. Walaupun ada kebimbangan penghasilan hormon ketika hamil dan penyusuan boleh membuatkan kanser berulang, sehingga kini tiada bukti mengesahkannya. Kajian sebaliknya menunjukkan penyusuan boleh mengurangkan peluang mendapat kanser payu dara.
Ada beberapa sebab perubatan yang tidak membolehkan ibu memberi susu badan pada bayi iaitu:
- Penghidap HIV positif (kerana virus HIV boleh dipindahkan melalui susu badan)
- Menghidap penyakit lain seperti herpes, hepatitis dan jangkitan streptococus beta. Ia juga boleh dipindahkan melalui susu badan
- Wanita yang menanam implan silikon pada payu dara. Implan tidak menjejaskan wanita menyusukan anak tetapi jika ia bocor, dikhuatiri boleh membahayakan bayi. Wanita begini disaran berbincang dengan doktor sebelum menyusu bayi
Masalah yang mungkin berlaku
- Puting berasa sakit atau luka, terutama pada awal penyusuan
- Saluran susu tersumbat yang boleh menyebabkan mastitis iaitu keradangan pada payu dara (perlu rawatan perubatan)
- Memberi kesan pada gaya hidup wanita. Wanita perlu memakai baju yang membolehkan dia menyusukan anak pada bila-bila masa di mana saja
- Perlu elak makan makanan yang boleh memberi kesan negatif pada bayi- Mesti berhenti merokok kerana ia boleh menyebabkan bayi muntah, cirit-birit dan tidak selesa, selain mengurangkan penghasilan susu
- Perlu rancang waktu bekerja supaya boleh mengepam dan menyimpan susu dalam peti sejuk. Cara lain ialah memberi susu formula kepada bayi dan menyusu anak hanya pada waktu malam dan hujung minggu
- Payu dara sakit dan bengkak kerana terlalu banyak susu
Sesetengah wanita mungkin tidak selesa dengan idea penyusuan badan. Jika ini berlaku, anda boleh mencuba memberi susu badan selama beberapa minggu dan tukar kepada susu formula jika masih tidak selesa.
Jangan beri susu formula dulu kepada bayi kerana sukar menukar susu formula kepada susu badan jika dimulakan sejak awal.
Panduan
- Belajar kaedah betul untuk menyusu anak sebaik selepas bersalin
- Mula dari awal iaitu dalam masa sejam selepas bersalin. Susu awal (kolustrum) penting untuk bayi kerana ia mengandungi banyak antibodi
- Pastikan posisi betul. Mulut bayi perlu terbuka luas dan memasukkan puting sedalam mungkin ke dalam mulutnya untuk mengurangkan kesakitan pada puting ibu
- Bayi perlu disusukan sekurang-kurangnya setiap dua jam. Ini merangsang penghasilan lebih banyak susu dan membentuk jadual penyusuan. Oleh kerana susu ibu mudah dihadam, bayi akan menyusu lebih kerap.
- Bayi tidak memerlukan gula atau makanan tambahan kerana ia boleh menjejaskan selera menyusu dan mengurangkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu dihasilkan
- Lengahkan pemberian puting palsu. Tunggu satu atau dua minggu sebelum memperkenalkan puting palsu kepada anak supaya si kecil tidak keliru
- Biarkan puting kering sendiri (oleh angin). Jika puting sakit atau luka, sapu susu badan untuk melembapkannya. Minyak vitamin E dan lanolin boleh digunakan, tetapi ada bayi yang mungkin alami alahan. Puting sakit kerana kedudukan tidak cukup dalam di dalam mulut bayi
- Perhatikan jika ada jangkitan. Antara gejala jangkitan ialah demam, benjolan dan tompoh merah yang sakit pada payu dara. Segera dapatkan rawatan jika anda ada tanda ini
- Payu dara biasanya bengkak, keras dan sakit kerana terlalu banyak susu. Untuk atasinya atau mengurangkan masalah ini, susui bayi hingga masalah berkurang. Pada masa sama boleh ambil ubat pelega kesakitan, meletakkan kain lembap yang hangat atau mandi air suam
- Makan dan rehat secukupnya untuk menghasilkan susu yang cukup untuk bayi. Makan lebih 500 kalori sehari dan minum enam hingga lapan gelas air
artikel dari Harian Metro
senam....
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
KALAU sehari tidak bersenam, seluruh badan terasa tidak sihat dan otak pula dirasakan lambat berfikir, kata seorang pensyarah sukan yang mengaku ‘ketagih’ bersenam.
Senaman ringan setiap pagi membuatkan dia cergas sepanjang hari, manakala aktiviti lebih ‘berat’ pada waktu petang mengembalikan semula tenaga yang hilang.
Inilah penangan tindak balas pelbagai jenis hormon apabila kita bersenam seperti endorfin, hormon pertumbuhan, prolaktin, kortisol dan testosteron yang menjadikan kita berasa sihat, bertenaga, cergas dan gembira.
Bagaimanapun, tahap tindak balas dan paras hormon berbeza mengikut jenis aktiviti yang dilakukan. Ini sebabnya kita disaran melakukan semua jenis senaman (aerobik, regangan dan ketahanan) secara berselang seli untuk mendapat manfaat terbaik.
Selain menjaga makan, bersenam antara rahsia utama untuk awet muda. Kajian menunjukkan paras hormon pertumbuhan yang dilabel sebagai ‘hormon anti penuaan’ meningkat selepas 40 minit bersenam. Hormon ini memberi kesan positif mengembalikan keremajaan tulang, otot, kulit, otak dan mengurangkan lemak.
Senaman juga membantu mengekalkan penghasilan hormon seks lelaki dan wanita (testosteron dan estrogen) yang secara semula jadi turun mendadak dengan peningkatan umur, terutama selepas menopaus bagi wanita atau 40 hingga 50 tahun bagi lelaki.
Untuk menikmati faedah di atas (ia hanya sebahagian kecil daripada manfaat bersenam), senaman perlu dijadikan rutin harian dan kalau boleh, mulakan hari ini juga. Bagi yang tidak aktif, senaman permulaan terbaik ialah berjalan cepat.
Berjalan dikenal pasti sebagai senaman lembut yang sesuai untuk semua peringkat umur; tidak kira sama ada individu itu menghidap penyakit atau tidak.
Berjalan adalah senaman semula jadi yang selamat, mudah, mempunyai impak rendah kepada kaki dan tidak memerlukan latihan khusus.
Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana saja — di pejabat, dalam ruang sempit atau di bilik tidur dengan berjalan setempat. Untuk mengekalkan kesihatan, kita disaran bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari tiga atau empat kali seminggu. Lebih baik jika dapat dilakukan setiap hari.
Selain meningkatkan penghasilan hormon, berjalan cepat ada manfaat terhadap kesihatan keseluruhan seperti:
- Menyihatkan jantung dan merendahkan risiko mengalami serangan jantung dengan merendahkan paras kolesterol tidak baik (LDL) dan meninggikan paras kolesterol baik (HDL).
- Mengawal tekanan darah. Berjalan cepat sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu selama 30 minit sehari boleh menurunkan tekanan darah dan mengembalikannya ke paras sihat. Ia juga mampu mencegah komplikasi kesihatan yang buruk kerana tekanan darah tinggi seperti serangan jantung atau strok.
- Merendahkan risiko mendapat kencing manis. Kencing manis biasanya datang bersama tekanan darah tinggi dan berlebihan berat badan. Kencing manis jenis 2 berlaku kerana badan tidak dapat menggunakan insulin bagi mengawal paras gula dalam darah. Berjalan dapat meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik.
- Mengawal kencing manis. Berjalan memperbaiki kebolehan badan untuk memproses gula dan mengawal paras gula dalam darah. Ia membantu melancarkan aliran darah, terutama ke kaki iaitu anggota yang sering mengalami masalah kerosakan saraf dan salur darah halus yang secara tidak langsung mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Mengawal berat badan. Berjalan boleh mengurangkan masalah berat badan dalam jangka masa panjang, selain mampu membuatkan seseorang memiliki bentuk tubuh lebih menarik.
- Memperbaiki emosi. Berjalan dan bersenam merangsang badan menghasilkan hormon endorfin yang membuatkan kita berasa gembira.
- Mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot serta sendi.
- Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis.
- Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh, terutama kepada warga tua.
Namun, tidak dapat dinafikan bersenam sendiri kadangkala menyebabkan kita berasa bosan. Untuk menyemarakkan aktiviti senaman, anda boleh menyertai program Berjalan Bersama Jacobs 2008 yang akan berlangsung pada 26 Julai depan di Taman Pertanian Seri Cahaya, Shah Alam dijangka membabitkan lebih 5,000 peserta.
Terbabit dalam aktiviti sosial seperti senaman beramai-ramai bukan saja baik untuk kesihatan, malah memberi kesan positif kepada emosi.
Kajian juga turut menunjukkan aktiviti sosial mampu meningkatkan keyakinan dii seseorang, rasa diri dihargai dan paling penting ia mampu membantu mengekalkan ingatan.
Program kali kedua yang bertema Ke Arah Kehidupan dan Masa Depan Lebih Sihat ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat.
Antara yang akan turut mengeluarkan peluh sambil bersama anda ialah juruhebah terkenal, Fara Fauzana dan Faizal Ismail (Hot FM) serta Jack Lim dan Gan Mei Tan dari My FM. Untuk penyertaan dan keterangan lanjut, sila layari laman web www.jacobs.com.my.
artikel dari Harian Metro
gigi....
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
ANTARA perkara yang menggembirakan ibu bapa ialah melihat gigi pertama anak kesayangan mereka tumbuh. Dalam kegembiraan itu, ramai ibu bapa terlupa atau tidak tahu bahawa tanggungjawab menjaga gigi si kecil sudah bermula.
Caranya mudah, iaitu membersih gigi dengan sehelai kain lembut yang dilembapkan setiap kali selepas disusu. Mungkin ada yang bertanya, adakah perkara ini perlu kerana gigi si kecil hanya ada sebatang, itu pun baru nampak seperti satu garisan halus.
Jawapannya perlu. Ia penting untuk memupuk tabiat menjaga kebersihan gigi sejak anak masih kecil, iaitu setiap kali selepas makan atau minum susu. Malah, ada doktor gigi berpendapat, ia boleh dilakukan lebih awal sebelum tumbuh gigi bagi membiasakan anak dengan amalan ini.
Apabila gigi susu lain tumbuh, guna berus gigi kanak-kanak yang lembut dan gosok perlahan-lahan pada gigi bayi. Amalan masyarakat kita memberi anak menyusu botol supaya mudah tidur sebenarnya boleh menyebabkan masalah kaviti botol susu (gigi susu berlubang).
Untuk mengelakkannya, ibu harus mengatur jadual pemberian susu supaya tidak terlalu dekat dengan waktu tidur. Sebaliknya, isi botol dengan air sejuk (atau suam kuku) pada waktu tidur untuk menjaga kesihatan gigi susu yang baru tumbuh.
Ramai ibu bapa silap faham mengenai kepentingan gigi susu kerana berpendapat ia hanya gigi sementara yang akan diganti dengan gigi kekal. Memang gigi susu akan tanggal apabila anak berumur antara empat hingga enam tahun, tetapi ia mempunyai fungsi penting.
Gigi susu menyediakan ruang dan menjadi panduan gigi kekal tumbuh dengan lurus serta teratur. Jika gigi susu tanggal terlalu awal, gigi kekal juga tumbuh lebih awal untuk mengisi ruang yang dikosongkan gigi susu.
Oleh kerana rahang belum berkembang sepenuhnya untuk pertumbuhan gigi kekal, gigi akan tumbuh dalam kedudukan senget. Ini sebabnya kita dapati kanak-kanak yang mengalami masalah kerosakan gigi susu mempunyai susunan gigi kekal yang tidak teratur.
Masalah ini berlaku kerana kebanyakan ibu bapa kurang memberi penekanan terhadap kepentingan dan teknik memberus gigi dengan betul sehingga anak mencecah umur enam atau tujuh tahun.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Mulut, Datin Norain Abu Talib, kajian epidemiologi kesihatan gigi pertama ke atas kanak-kanak pra sekolah pada 1995 mendapati sembilan daripada 10 kanak-kanak mengalami masalah pereputan gigi sebelum berumur lima tahun.
“Kajian epidemiologi kedua pada 2005 ke atas 16,192 kanak-kanak menunjukkan 76.2 peratus mengalami karies gigi; 55.8 peratus mempunyai tiga atau lebih gigi reput dan 25.3 peratus lagi mengalami lebih 10 batang gigi rosak.
“Pada pemeriksaan gigi tahunan 2006 dan 2007 ke atas pelajar sekolah mendapati, lebih 97 peratus kanak-kanak berumur 12 tahun dan 94 peratus pelajar 16 tahun mempunyai gusi sihat.
“Pada 2006 sebanyak 33.8 peratus kanak-kanak tahun satu dan 58.1 peratus (tahun enam) bebas daripada masalah gigi reput; dan jumlah ini meningkat kepada 61 peratus (bagi kanak-kanak tahun enam) tahun lalu,” katanya pada pelancaran kempen Bulan Kesihatan Gigi dengan tema Kaviti Sifar untuk Senyuman Lebih sihat.
Kempen kali ini memberi tumpuan kepada kesihatan gigi kanak-kanak dan keluarga mereka. Sehubungan itu lebih 1,200 kanak-kanak berusia antara tujuh hingga sembilan tahun mengambil bahagian dalam acara berus gigi beramai-ramai untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan gigi. Pada majlis sama kanak-kanak diajar cara memberus gigi yang betul.
Pemangku Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr S Sivanesan, berkata kesihatan gigi anak-anak tidak boleh diabaikan kerana tabiat penjagaan gigi dan kebersihan mulut akan berpanjangan sehingga dewasa.
“Kerosakan gigi adalah wabak senyap yang bukan saja boleh memberi kesan negatif kepada keyakinan diri seseorang kanak-kanak, bahkan menjejaskan perkembangan pertuturan selain masalah makan dan belajar.
“Masalah gigi yang biasa berlaku pada kanak-kanak ialah kaviti (gigi berlubang) dan gingivitis (keradangan gusi). Masalah ini juga banyak dialami orang dewasa. Jika tidak dikesan dan dirawat awal, ia boleh menyebabkan gusi bengkak, bernanah dan merosakkan saraf pada hujung akar gigi.
“Pengabaian penjagaan kesihatan gigi boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang disebabkan kesakitan, masalah makan dan kurang yakin untuk bersosial, terutama apabila meningkat dewasa,” katanya.
Kesihatan gigi sebenarnya berkait rapat dengan kesihatan badan secara keseluruhan. Kajian membuktikan kerosakan gigi yang teruk ada kaitan rapat dengan penyakit jantung. Malah, kerap berlaku masalah bakteremia iaitu kehadiran bakteria dalam darah yang berpunca daripada jangkitan di mulut.
Ada empat langkah mudah untuk memastikan gigi sentiasa sihat iaitu memberus gigi menggunakan ubat gigi berflourida, diikuti flos dan berkumur dengan cecair kumur; serta dapatkan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Justeru, sempena Bulan Kesihatan Gigi sepanjang April ini, jangan lepaskan peluang mendapatkan pemeriksaan gigi percuma di empat gedung beli-belah iaitu Jusco One Utama, Kuala Lumpur (1 hingga 6 April), Jusco Tebrau City, Johor Bahru (8 hingga 13 April), Sunshine Square, Pulau Pinang (18 hingga 20 April) dan Pasaraya Besar Mydin Kuala Terengganu pada 24 hingga 26 April.
Kempen Bulan Kesihatan Gigi kali kelima anjuran bersama Colgate-Palmolive Mayalsia Sdn Bhd dan MDA ini turut disertai 519 klinik pergigian swasta di seluruh negara yang menawarkan pemeriksaan gigi secara percuma. Untuk mengetahui klinik gigi yang berdekatan tempat tinggal anda, sila layari laman web www.colgate.com.my atau http://www.mda.org.my/
artikel dari Harian Metro
Teknik.....SUSUIBU
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
APABILA orang bercerita pengalaman memberi susu badan kepada anak, hatinya sedih dan pedih kerana perkara itu sukar bagi Hashimah Ahmad, 36 (bukan nama sebenar). Anak pertamanya hanya beberapa kali dapat diberikan susu badan, itu pun dalam keadaan serba payah.
Anak keduanya pula langsung tidak pernah merasa susu badannya sehingga masuk minggu kedua apabila si kecil dirujukkan ke sebuah pusat perubatan swasta akibat masalah jantung kronik yang dialaminya sejak lahir.
Masalahnya dikesan secara tidak sengaja apabila jururawat mempersoal tindakan Hashimah memberi susu formula kepada bayi yang baru berusia 14 hari.
Rupa-rupanya Hashimah mengalami masalah puting terbenam sejak lahir. Katanya, sejak hamil anak pertama lagi dia bertanya jururawat di klinik perbidanan di kampungnya, tetapi jawapan diterima sangat mengecewakan kerana dia hanya disuruh ‘mengurut’ payu daranya.
Apabila hamil anak kedua, sekali lagi dia memberitahu masalahnya kepada jururawat di hospital. Sekali lagi, dia disuruh ‘urut’ saja. Masalahnya, cara untuk mengurut tidak pula diberitahu. Puas ditekan-tekan, namun puting payu daranya tetap tidak keluar.
“Tiga empat hari selepas bersalin, buah dada saya bengkak, sangat sakit dan terasa seperti hendak demam. Setiap kali sakit, saya lap dengan tuala basah untuk hilangkan kesakitan. Ada susu, tetapi tidak boleh diberi pada anak. Dua tiga hari kemudian baru sakit itu hilang.
“Sekarang baru saya tahu rupa-rupanya ada alat yang boleh membantu mengatasi masalah ini. Cuma masalahnya sekarang saya ada kencing manis dan tekanan darah tinggi, dan dinasihatkan supaya tidak menyusukan bayi,” katanya.
Mungkin tidak ramai mengalami masalah seperti Hashimah. Dalam kebanyakan kes, si ibu memilih untuk berhenti memberi susu badan kepada bayi mereka selepas beberapa minggu atau dua tiga bulan dengan alasan ‘tiada susu’.
Bagaimanapun, Pendidik Laktasi Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Lee Ah Chai, berkata alasan itu tidak boleh diterima kerana susu badan terus dihasilkan selagi ada permintaan. Maknanya selagi anak menyusu, badan seseorang wanita akan terus menghasilkan susu walaupun anak berumur lima atau enam tahun!
“Apabila kandungan memasuki minggu ke-34, semua wanita perlu mula belajar teknik penyusuan kerana jika menghadapi masalah, termasuk kes puting terbenam, ia boleh dikesan dan diatasi lebih awal.
“Wanita juga perlu tahu beberapa posisi untuk memudahkan mereka menyusukan anak kerana jika dalam keadaan tidak selesa, bayi bukan saja tidak mahu menghisap susu, malah boleh menyebabkan si ibu mengalami masalah sakit pinggang,” katanya sempena minggu Penyusuan Bayi bermula 1 hingga 8 Ogos ini.
Antara masalah biasa dialami wanita untuk menyusukan anak ialah:
Puting terbenam.
Dalam sesetengah kes, perkara ini tidak akan menjejaskan penyusuan, terutama jika bayi boleh memasukkan seluruh bahagian areola (kawasan berwarna di sekeliling puting) kerana di sinilah terletaknya duktus susu.
Bagaimanapun dalam kes teruk, bayi mungkin tidak dapat menyusu. Bagaimana untuk mengetahui jika anda mengalami masalah ini?
Caranya mudah, picit bahagian areola (kira-kira 2.5 sentimeter atau satu inci dari puting) perlahan-lahan. Jika puting keluar, bermakna anda hanya perlu memberi rangsangan sebelum menyusukan anak.
Sebaliknya jika puting tidak keluar, anda mungkin mengalami masalah ini. Beberapa cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar seperti menggunakan pam khas dipanggil nipplet.
Alat ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi.
Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet.
Wanita juga boleh menggunakan pam payu dara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu.
Puting terasa sakit dan rengsa
Wanita yang ada masalah puting terbenam mudah mengalami kerengsaan puting. Anda akan berasa tidak selesa apabila puting ‘tertarik’ ketika bayi menyusu. Selain itu jika puting terbenam balik ketika penyusuan, ia memerangkap kelembapan dan boleh menyebabkan puting merekah. Bagi individu yang ada masalah ini, lap puting hingga kering selepas selesai menyusukan bayi.
Cara bayi menyusu yang tidak betul juga boleh menyebabkan puting terasa sakit. Usik mulut bayi dengan puting supaya mulutnya terbuka cukup besar untuk menyusu dan menghisap hingga ke bahagian areola dan bukan di puting saja. Jika anda berasa selesa dan tidak sakit, bermakna kaedah digunakan adalah betul.
Beri anak susu dari sebelah payu dara untuk satu-satu masa (masa penyusuan antara 20 hingga 30 minit) dan ganti dengan sebelah lagi untuk penyusuan seterusnya. Ini kerana susu badan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama mengandungi vitamin dan mineral, manakala bahagian kedua (juga dipanggil susu belakang) pula kaya lemak. Jadi menyusu anak dari payu dara sama, bermakna anda memberi susu yang banyak lemak kepadanya dan dia tidak mendapat vitamin serta mineral.
Payu dara bengkak dan sakit
Jika baru melahirkan anak, masalah ini mungkin disebabkan tisu pada payu dara membengkak dan mengandungi banyak susu. Biasanya selepas beberapa bulan masalah ini disebabkan terlalu banyak susu. Untuk mengelak perkara ini, susu anak setiap dua hingga tiga jam.
Sesetengah wanita mungkin mengalami kenaikan suhu badan yang menyebabkan mereka terasa seperti hampir demam. Jika anda mula bekerja, masalah ini boleh dielak dengan mengepam susu supaya ia boleh disimpan dan diberi kepada anak ketika anda tiada di rumah.
Jika terasa sakit, letak pek sejuk untuk mengurangkan kesakitan. Jika mahu gunakan pek panas juga boleh, tetapi dalam tempoh singkat kerana kepanasan boleh menyebabkan tisu menjadi lebih bengkak. Urut payu dara perlahan-lahan sebelum menyusukan anak boleh melancarkan aliran susu dan melembutkan payu dara.
Benjolan lembut pada payu dara.
Biasanya ia disebabkan duktus yang mengalirkan susu tersumbat atau tersekat akibat kehadiran sel kulit atau susu. Apabila duktus ini penuh dan kembang, tisu payu dara yang berhampiran menjadi lembut. Antara tanda yang boleh dilihat ialah benjolan merah pada payu dara. Jika perkara ini berlarutan, bengkak menjadi bertambah besar.
Cara untuk mengatasinya ialah menyusu anak dengan kerap mengikut keperluannya. Mulakan penyusuan dengan payu dara yang alami bengkak dengan meletakkan bayi (pastikan hidungnya terkena payu dara anda) berhampiran bahagian bengkak. Cara ini dikatakan dapat melancarkan pengeluaran susu badan.
Jika masalah bengkak berulang pada payu dara sama, tukar posisi penyusuan dan elak memakai pakaian yang banyak memberi tekanan pada payu dara, termasuk baju dalam yang ada besi penyokong. Selain itu, urutan boleh mengurangkan masalah ini.
Pada masa sama, wanita perlu belajar beberapa posisi menyusukan bayi sama ada dengan mendakap anak (sambil duduk) atau menggunakan alat bantuan seperti bantal penyokong bagi mengelak si ibu mengalami masalah sakit pinggang. Untuk mengetahui lebih lanjut posisi penyusuan ini, sila hubungi Klinik Laktasi di talian 03-42571300 sambungan 7266 atau 1801.
Fakta penting penyusuan bayi:
- Menyusu bayi akan mempercepatkan wanita mendapatkan kembali bentuk badan asal
- Mengurangkan risiko kanser ovari dan payu dara
- Antara kaedah merancang keluarga dengan menjarakkan kehamilan (jika penyusuan secara eksklusif selama enam bulan)
- Menjimatkan belanja dan tidak akan ada masalah pembaziran kerana susu hanya dikeluarkan apabila anak menyusu
- Boleh diberi bila-bila masa dan susu ibu sangat steril (bebas kuman)
- Susu ibu berkualiti tinggi tanpa mengira corak pemakanan ibu
- Mengurangkan risiko bayi mendapat demam kuning
- Risiko bayi mengalami masalah cirit-birit juga kurang
- Melancarkan sistem pengkumuhan bayi
artikel dari Harian Metro
cara kami.....
bagi kami.... walaupun anak buat salah sekalipun... kita boleh marah tapi jgn marah dengan perkataan2 yg kesat dan perkataan2 negatif.... kerana ia memberi kesan pada anak tu....
budak2 ni biase la nakal dan buat perangai mereka kan..... memang lumrah budak... tapi kita sebagai ibu bapa kena la bijak dlm mendidik anak kita..... sapa lagi nak didik takkan nak suruh jiran belakang rumah didik anak kita.....
apa yg aku nak ceritakan... apa yg kita ucapkan bila kita marah anak tu.... ianya adalah doa..seperti juga kita memanggil nama anak kita... jika maksud nye baik..maka baik la ia..insya'allah....
biase nye mak bapak kalau marah anak2 mereka... mungkin ayat2 ni keluar kan..
"nakal nye ..."
"notty..."
"bodoh ..."
"anak tak guna..."
"bebal nye..."
"jahat..."
"pekak...."
"buta ke.."
dan sebagainya...
bagi kami (aku n hubby le..)... memang Hassan kena marah kalau buat salah demi mendidik nye... tapi kami jaga perkataan2 yg diucap tu... kami tak guna perkataan2 diatas tu... kami gunakan pendekatan lain.... kami marah sambil menasihatkan dia..bertanya mengapa dan kenapa....
cth:
kalau dia nakal atau buat hal..
"Kenapa Hassan hari ni..... Hassan nak jadi budak baik tak?"..
"tak bagus buat begitu ...."
"Hassan kena dengar cakap umi.....Hassan good boy kan.."
"kenapa Hassan buat macam tu..."
"nak jadi very very good boy tak?"
kalau dia dok nak panjat2 atau lompat2 yg bahaya....
"apa yg Hassan buat ni.... nanti jatuh....masuk hospital....kalau masuk hospital tak boleh nak naik bas..kena tido hospital..."
kalau dia tak nak jawab bila kita panggil..
"Hassan...." "mana la Hassan ni.. tak de ye....nanti umi ngan bapak gi jln ... dia tak jawab tu...dia tak de kat umah la..tinggal la ye..."
kalau kita ajar dia ejaan dia nak mengelat...
"Hassan nak jadi pandai ke tak pandai?"
dan apa2 la... yg perkataan positif tapi utk menasihatkan dia atau marahkan dia ...kita cuma tambah je perkataan positif tu ngan 'tak' atau guna kan pysikologi la....
bagus ...'tak bagus'
baik...'tak baik'
pandai..'tak pandai'
dan sebagainya .....
kita biase kan anak kita dengar perkataan positif / perkataan yg baik2 n bagus2...
kalau tak dengar cakap..ubah je sikit2 perkataan yg positif tu....
jgn guna perkataan negatif.... nanti anak2 terdorong ke arah tu...
didik la anak2 sejak kecil lagi..... selagi boleh dikawal n diasuh.... bila dah besar makin susah n liat...
Thursday, 4 September 2008
sabar...sabar...
selalu nye ok je tak kacau sgt la... ari ni mencabar betul tahap puasa aku ....
aku kena siap kan kek ..ade kawan aku order (1st time le org order ni..selalu nye aku wat main2 je utk makan sendiri je..)...
anak aku ni lak... sibuk .."nak kek..".. "nak kek tu.."
aku pun bagi la kek yg lain (aku dah buat sebelum ni n dah potong2...).... boleh dia tak mau...
dia nak kek yg aku tgh buat tu.... siap cakap "Hassan tak nak kek ni..Hassan nak kek tu...."
(amboi manyak cantik.... )
uwaaa... umi nye la nak nangis.... dengan keadaan aku mengawal hassan dari dok usik brg aku..mulut bising bebel kat dia... last2 kek aku tak jadik..... kemas2 brg ...dah...simpan semua... mlm kang la aku kena buat semula.... terus aku masak lauk utk berbuka pose.....sabar2....sabarrr..
Hassan kena la marah ......nangis2 la Hassan... yo yo je dia ni...
lepas tu di'lecture' dek bapak dia ....
Bapak : "Hassan tak boleh kacau umi tgh buat kek tu.... tu org lain punya kek..dia dah order..."
Hassan : "Tak nak bagi org lain..... Hassan punya kek tu..." sambil nangis2
bukan dia makan sgt pun..saje je... bagi dia semua kek umi buat adalah kek dia ...terutama kek coklat la..kek lain dia tak heran....
udah ...abih tu cam ne la umi nye nak wat bisnes kek ni.. semua kek dia punya.... uwaaaa....
pening2.. ni tgh rehat2 sat gi mlm2 aku kena la buat kek2 tu... esok nak delivery... biar dia tido dulu la...baru aku nak men'deco' kek2 tu..
ni le cabaran bila anak dah beso ni... semua nye dia punya ...... hehhehhe
Wednesday, 3 September 2008
malu-malu pulak...
le ni dia main sendirian bersama mainan2 dia.. kadang2 tu dia ambil buku.. dan terdengar la dia baca... bila kita jenguk ....dia konon2 cam tak tau baca... suruh la kita baca kan la....
apa kami buat... kami kena galakkan dia mencuba baca kuat2... segan2 lak ko nak baca....
kadang2 bila dia minta kita baca kan.... sebenarnya dia tau....saje je tu.... kami cakap la..kalau tak tau baca kita tanya 'Marsya' ke 'Alif' ke....'Muaz' ke... (nama2 anak2 kawan kat sini le..muda2 sikit dari hassan la)... tak mau dia... dia tak nak kita tanya org lain... dan dia pun baca la atau jawab la segala soalan yg kita tanya tu....
Umi : "Apa Hassan baca tu?"
Hassan : "Umi baca kan..."
Umi : "Kalau Hassan tak tau sebut, ejakan..nanti Umi sebutkan perkataan tu.."
Hassan : "Umi bacakan laaaa...."
Umi : "ok le.. nanti Umi telefon Marsya tanya dia apa perkataan tu.."
Hassan : "Tak nak telefon Marsya..."
Hassan : "Di sekolah, At school.."
Umi : "Pandai pun baca.."
.......
Umi : "Hassan ... dalam periodic table 'atomic element' nombor 5 apa?"
Hassan : "mmmmmm...." (konon2 tak tau..tak nak jawab..)
Umi : "kalau tak tau kita tanya Muaz la ye....."
Hassan : "Tak nak tanya Muaz...tanya Hassan ..."
Umi : "Apa jawapan dia?"
Hassan : "Boron...."
Umi : "Apa simbol dia?" "Be ke? Bs ke?"
Hassan : ................... (tak nak jawab)
Umi : "Hello Alif.. apa simbol utk Boron ye?" (konon telefon Alif la..)
Hassan : "Tak nak telefon Alif......" (merengek2 le..... tak setuju kita call org lain..)
Umi : "Apa jawapan dia?....kalau tak Umi tanya org lain.."
Hassan : "B....Boron"
Umi : "very2 good boy...."... "Kalau tau jgn la malu2 nak bagitau jawapan dia ....kalau tak Umi tanya je kat org lain... ok tak?"
Hassan : "Tak OK..." (maksud nye tak setuju kalau kita tanya org lain....)
hehheh tu le Hassan.....
malu2 la konon ..... kalau apa aku tulis kat PC sibuk je nak baca.. ..
sampai satu hari tu.... dia ternampak aku tulis n tanya.. "Umi.. 'AKU' tu apa?"
dia pi baca aku tulis... sib baik baru start nak tulis... tu dia jenguk2 je tu.. sambil2 lalu lalang belakang aku antara dia nak pi amik mainan dia..sempat mengintai Umi dia tulis apa....adussss...
kena la hati2 tulis... supaya dia tak baca apa2 yg mengarut aku tulis ..hahhahhah
kalau naib bas le ni... dia la yg bagitau kita apa tu..apa ni..... siap baca apa ditulis ....