Monday, 31 December 2007

try n error...



kek oo kek..
selalu aku buat kek tanpa icing (muffin/cupcake je..) dan aku try wat icing pada "dummy cake je" lepas main2 ngan icing..buang le..tak makan pun..(tanpa kek lee..)

last week aku try le wat kek ngan icing ..nak bagi kawan aku le..(farewell cake lee...dia nak balik indonesia..)
maka jadik le begini rupa bentuk nye.....

aku nye kek ni tak le secantik Erna n Mektwain...depa ni dah teror + expert ...hehhhe kena pi berguru le gamak nye aku ni.... caca marba je jadiknya....




dah le main tibai je letak warna tu..hahhhaha jadik le warna cam gitu....(ngan ketak2 je tangan nak pipping icing tu...)...
selalu aku hanya dok tau bab teori je (baca buku je..) sampai rasa tak confident je...

nak share le ngan kengkawan2 aku semua.... mana tau ade komen yg leh motivate aku ni..... apa2 je le ..bukan aje bab kek n icing.....(heheh ni aku perlu ANA!!!!!..tolong!!!...bagi aku confident utk focus pada apa yg patut aku buat ni......)

aku ni buat suke le..makan nye tidak...tak larat aku nak makan kek ngan icing selalu....pening kepala aku nanti..hehhhehhehhe

Friday, 21 December 2007

Video Clip 4

I, Hassan Muhammad Razif am an honest, intelligent, goal-directed, organized, responsible, committed, punctual individual.

Tuesday, 18 December 2007

Superspeed

Aku amik dari Mimi

Your Superpower Should Be Super Speed

You're quick witted and fast to act.

You're mind works at warp speed. From your perspective, everyone else is living in slow motion.

You get so much done, people have accused you of not sleeping.

Definitely not a couch potato, you feel a bit crazy if you're not busy doing something.

Why you would be a good superhero:

You're be the first on the scene... and likely to finish the job before anyone else shows up

Your biggest problem as a superhero: Being bored by everyone else. Including other superheroes!

What Should Your Superpower Be?

blog ku...memang warna biru

Aku dok amik dari Ana

Your Blog Should Be Blue

Your blog is a peaceful, calming force in the blogosphere.

You tend to avoid conflict - you're more likely to share than rant.

From your social causes to cute pet photos, your life is a (mostly) open book.

What Color Should Your Blog or Journal Be?

Birth Date...March 2

Aku tiru dari Fid & Ana

Your Birthdate: March 2

You're so intuitive, it's like you have a sixth, seventh, and eighth sense.

You connect with others freely and easily - and you tend to have many best friends.

Warm and caring, it's hard for you to close your heart to anyone.

Affection is like air for you - you need to give and receive it to survive.

Your strength: Your universal compassion

Your weakness: Your unpredictable mood swings

Your power color: Mauve

Your power symbol: Butterfly

Your power month: February

What Does Your Birth Date Mean?

Saturday, 15 December 2007

panduan ABC - part 2

macam mana nak ajar anak menulis ABC..

ajar aje...

cth...

huruf W tu macam V bentuknye tapi dia ade dua V.....
ajar dia menulis...

huruf R macam huruf K..tapi dia lain sikit....begini..begini...(explain kan kat dia laa..)

huruf H macam A tapi dia tak cantum di atas....

huruf M tu lebih kurang macam W yg diterbalikkan...

huruf Q macam O tapi dia ade kaki satu..

(aku ajar huruf besar dahulu..kemudian baru huruf kecil....)



**** begitu le sedikit sebyk..contoh2 leee...

panduan ABC - part 1

panduan utk ajar anak kenal ABC

mula2 kenalkan apa2 huruf yg dia nampak..di mana aje..baik dirumah atau di luar rumah..

cth:
dia selalu menonton TV....
TV tu mesti la ade tulis Brand apa ..apa2 le brand pun tak de hal...
katakan brand TOSHIBA...
sambil dia tengok tv tu ..bagitau dia...TV tu brand nya TOSHIBA...
tunjuk pada dia..dan eja T.O.S.H.I.B.A.

selalu la sebut , tunjuk n eja....jgn le setiap jam.....mau pening budak tu...
kemudian bile ke kedai ke atau ke mall ke..bila nampak tulisan TOSHIBA.... bagitau dia...tu kan sama macam tulisan kat TV di rumah....lepas tu sebut, tunjuk le..kalau nak eja ..eja lee...
begitu le apa2 huruf yg kita nampak le...

kenal kan dia huruf...tu huruf T...etc....T untuk Taxi...(tak kisah le nak ajar BM ke BI...campur2 pun tak de masalah.....nanti makin byk dia belajar....dia sendiri akan faham)

kemudian jika nama nye bermula huruf H...bagitau le...dalam tulisan Toshiba ade huruf H..H utk Hassan..begitu le...
nampak aje huruf apa sahaja bagitau dia...

tak perlu le mesti ajar ABC hingga Z ...random ly le...

bila dia dah kenal huruf baru la ajar susun semula semua huruf2 tu ..dan ajar dari A hingga Z..dan boleh le nak ajar nyanyi pun..sebab dia dah kenal huruf n dah tau susunan nye..

begitu le sedikit sebyk.....

Idea utk CD belajar anak...

Idea utk membuat CD belajar anak anda....
aku bagi tips la sikit...ni le apa kami buat ....buat CD belajar anak sendiri tak perlu la beli mahal2 pun .....lebih puas hati dan bagus la.. kita tau apa anak kita minat n kita ajar dia serta dia boleh baca sendiri nanti sambil dia bermain.....

apa yg perlu le....
  • mesti ada komputer la...nak taip atas apa???
  • ade "power point" n reti guna
  • ade internet , ..ni nak save apa2 image atau pun photo2 yg menarik utk buat slide tu...
  • sama ade nak display kan modul tu kat PC atau DVD player
  • tau le buat simple slide/movie utk di pasang kat DVD player la...
  • ade minat nak buat laaa... n ade masa ..buat sikit2....
  • lepas buat atau sebelum buat CD ni ajar la anak apa yg perlu.... nanti dia leh ulangkaji bila pasang kan CD ni
  • update le apa2 info perlu jika mahu ..sedikit demi sedikit...

1. ajar anak sedikit sebyk yg anda tahu....(rujuk le post yg sebelum ni...)

2. buat slide di power point....buat yg basic2 je dulu..

* ABC sampai Z

* 123..sampai le 10

* Alif Ba Ta sampai Ya

* Ejaan Nama Anak.... cth: H , A, S, S, A, N.... setiap satu slide satu huruf....

* buat la apa2 slide mengikut minat anak... cth: jenis2 kenderaan ke...(kereta, lori, basikal..etc..) & letak gambar sekali... (carik je kat internet)

3. lepas buat slide tu..buat le ngan program yg boleh gerakkan slide2 tu... leh la tambah lagu ke sebagai background....(sorry aku tak mahir bab ni....hubby aku le yg buat masukkan music n gerak2 kan serta convert utk jalan kan kat DVD player tu....aku buat semua slide tu aku tau la..)

4. pasang di DVD player...

5. mula2 baca n ajar anak semasa menonton CD belajar ni...

6. kemudian ..bagi je dia tengok .....dia boleh baca sambil dia main2...

7. lama2 nanti dia leh hafal semua tu ,...bukan saja hafal dia leh kenal n faham....semua tu dah "save" dlm memory dia lee (dlm otak dia lee)

8. Done!!!

Friday, 14 December 2007

Karangan SUSUIBU..ni aku nye cite leee...

"Penyusuan Ibu… suatu pengalaman"

Pengalaman Pertama

Pengalaman pertama dan anak pertama, begitulah segala-galanya bermula. Memulakan sesuatu tindakan memerlukan perancangan yang teliti, tetapi tidaklah keterlaluan sehingga setiap perkara harus diperhalusi. Apa yang utama ialah memulakannya dengan niat yang betul. Menyusukan bayi saya dengan susuan saya sendiri adalah satu pengalaman yang tidak ternilai. Saya bersyukur kerana telah berjaya melakukannya sejak dari hari pertama bayi dilahirkan. Pada peringkat enam bulan yang pertama, bayi hanya menerima susu ibu sepenuhnya, tanpa sebarang tambahan dari susu formula mahupun makanan-makanan tambahan. Selepas bulan yang ke-enam, baharulah makanan tambahan diberikan secara berperingkat-peringkat, namum susu ibu tetap menjadi sumber pemakanan utama bayi. Kini setelah lebih dua tahun, walaupun sudah boleh makan hampir pelbagai jenis makanan, anak saya tetap mahu menyusu (susu ibu), tetapi bukan lagi sebagai sumber khasiat utama, hanya sekadar sumber tambahan sahaja.

Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi berusia dibawah dua tahun. Itulah yang telah saya pelajari menerusi pembacaan dan kajian ringkas yang saya lakukan sendiri. Pelbagai maklumat yang saya perolehi menerusi buku, majalah, mahupun internet menjurus pada kesimpulan yang sama. Tambahan pula beberapa ceramah persedian keibu-bapaan yang pernah saya hadiri turut menggalakkan agar diberi penekanan pada susu ibu. Sejenak, terfikir juga saya bahawa sebelum wujudnya susu formula sudah semestinya ibu-ibu memberi susu ibu pada bayi mereka. Seperkara lain yang saya temui dalam pembacaan saya adalah asal usul susu formula adalah sebagai gantian bagi ibu-ibu yang tidak dapat menyusukan bayi mereka kerana pelbagai masalah kesihatan. Pun begitu susu formula bukanlah satu ‘alternative’ yang lebih baik dari susu ibu. Sedangkan lembu memberikan anaknya dengan susunya sendiri, mengapa tidak manusia yang seharusnya lebih bijak membuat keputusan. Kekerapan penyusuan diwaktu malam adalah penting untuk penghasilan susu ibu. Semakin kerap bayi menyusu di waktu malam semakin bertambah susu ibu.


Tidak bekerja merupakan satu bonus untuk menyusukan bayi saya secara terus. Saya tidak perlu berfikir pada pukul berapa bayi saya harus di beri susu, ataupun perlukah sentiasa menyediakan air panas untuk membancuh susu. Menyusukan bayi secara terus memudahkan dan selesa. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, malahan saya dapat menyusukan bayi saya, mengikut kemahuannya atau disebut ‘on demand’. Segala kerja rumah tidak mengganggu waktu penyusuan. Memasak sebagai contoh, tidaklah dilakukan sepanjang hari. Secara purata memasak dan mengemas rumah mengambil masa beberapa jam sahaja. Masa-masa yang selebihnya boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti lain. Masa-masa seperti itulah yang dapat dipergunakan sepenuhnya oleh surirumah untuk turut serta menyusukan bayi.

Mudah di mana sahaja. Menyusukan bayi dengan susu ibu adalah sesuatu yang mudah dalam apa jua keadaan, terutama dalam perjalanan dan juga di tempat-tempat awam.Bagi saya, penyusuan susu ibu menjadikan sesuatu perjalanan lebih senang. Saya tidak perlu membawa segala kelengkapan untuk membancuh susu seperti thermos, tin susu, botol susu mahupun kelengkapan untuk menyimpan susu tersebut supaya sentiasa dalam keadaan panas.Begitu juga jika dalam penerbangan mahupun feri. Menyusu di tempat awam bukanlah satu kesalahan, bagi saya itu adalah keperluan makanan bayi kita, bila-bila masa dan di mana jua kita boleh memberikan susu ibu. Disesetengah komplek membeli-belah, terdapat ‘baby room’ atau ‘parent room’, tempat disediakan untuk ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi mereka dalam keadaan tenang dan tertutup. Jika tiada tempat begitu, saya masih dapat menyusukan bayi saya di tempat awam dengan menggunakan ‘nursing cover’.

Ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Saya sentiasa memastikan menu saya seimbang dan berkhasiat untuk diri saya dan juga bayi saya yang menyusu susuan saya. Segala makanan mahupun minuman yang saya rasakan akan menjejaskan kualiti susu saya, perlu saya elakkan seperti Nescafe dan juga sebarang makanan yang mengandungi kafein. Disamping itu, ‘supplement’ seperti kalsium dan multivitamin amat penting bagi saya, untuk menampung segala vitamin yang tidak mencukupi dalam diet harian saya. Bagi saya, pemakanan seimbang ibu mengandung amat penting dalam membantu menghasilkan kualiti susu yang baik dan juga membantu tumbesaran bayi yang menyusu dengan susu ibu.

Kegembiraan dan kepuasaan apabila berjaya menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan. Saya berasa bangga dengan pencapaian saya dan juga ibu-ibu lain yang telah berjaya menyempurnakan penyusuan susu ibu sehingga dua tahun. Ia adalah satu dorongan untuk ibu-ibu baru menyusukan bayi mereka. Hanya mereka yang menyusukan bayi dengan susu ibu mengetahui perassan tersebut.

Mengharungi Cabaran

Menyusukan bayi dengan susu ibu mempunyai pelbagai cabaran dan rintangan terutama dikalangan masyarakat kita yang terlalu percaya pada kebaikkan susu formula seperti yang digembar-gemburkan oleh iklan.

Cabaran pertama adalah dari keluarga saya. Mereka pada mulanya tidak begitu yakin saya mampu untuk menyusukan bayi saya dengan susu ibu sahaja tanpa bantuan susu formula. Susu formula disediakan untuk bayi saya, ini adalah cabaran saya. Saya perlu tegas yakinkan diri saya bahawa saya mampu melakukannya. Dengan segala penerangan mengenai kebaikkan susu ibu dan juga ketegasan saya pada mereka, akhirnya mereka dapat menerima pendirian saya setelah melihat bayi saya sihat dan aktif dengan hanya menyusu susu saya sahaja.

Cabaran kedua adalah masyarakat kita. Ramai yang berasa keberatan menyusukan bayi mereka di tempat awam. Pelbagai cara boleh dia dilakukan dalam menghadapi situasi tersebut, seperti menggunakan kemudahan ‘baby room’ dan juga mengunakan ‘nursing cover’ apabila menyusu di tempat terbuka. Saya juga tidak perlu mengambil kira apa pandangan mereka yang melihat saya menyusukan bayi saya sehingga kini (anak saya berusia dua tahun lima bulan) kerana itu bukan satu yang salah disisi Agama mahupun Negara. Tiada kesalahan untuk ibu-ibu menyusukan bayi di tempat awam dan terdapat kemudahan yang boleh digunakan untuk menyusukan bayi mereka.

Sokongan Inspirasi

Inspirasi dan sokongan amat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Pertama sekali adalah dari dalam diri saya sendiri untuk memberikan yang terbaik pada bayi saya. Saya berazam untuk melihat bayi saya membesar sihat dan cegas dengan memberikan nya susu yang terbaik iaitu susu ibu. Pendorong dan penyokong yang utama dalam menjayakan penyusuan susu ibu adalah suami saya. Dia adalah penguat semangat untuk saya menyusukan bayi kami dengan susu ibu. Sokongan dari ahli keluarga terdekat adalah penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu.
####################
aku ni dah berzaman tak tulis karangan formal..ni le aku wat tu pun ngan pertolongan hubby aku le...kalau tak hancus bahasa aku tulis..hehheh

Thursday, 13 December 2007

apa aku buat ngan Hassan...dok dlm cot aje ...

aku kongsi sikit le cite cam ne aku jaga Hassan ni .... boleh le sapa2 nak cuba hehhe

1. masa dlm pantang....
- bagi susu (susuibu lee) n bagi dia byk tido...
- baca la segala buku sambil bf.. (asalkan dia nampak kita ni dok pegang "something")

2. awal usia 2-3 bulan....
- bagi susu le....
- kalau masak...letakkan dlm cot dia (cot yg leh jadik playpen tu)....sambil masak sambil tu bersembang je la ngan dia kalau dia jaga...kalau dia tido tu biarkan le...kita masak sambil perhatikan dia...(jgn le letak cot baby tu depan dapur...ni kena la guna "akal")

3. bila dah leh guling2 ke meniarap ke....
- letakkan dlm cot yg diubah jadik play pen...
- buat le kerje kita sambil perhatikan dia...
- leh ajar la apa2 ..tunjuk2 flash card ke...bacakan buku ke..(tapi dia mesti didlm)

4. bila dah boleh berdiri...
- masih diletakkan dlm cot bila kita wat kerje la..termasukla mengadap pc..hehhhe
- ajar apa saja...
- dlm cot ni dia sendiri belajar berdiri (ni aku perhatikan dia lee)...
- dia nak main ke nak baca buku ke semua dlm cot(play pen)..

5. bile baru belajar berjalan..
- masih dlm cot le..
- dia belajar berjalan dlm cot..dari hujung penjuru ke hujung dengan yakin sendiri...hehhe
- dia nak tonggang langgang dlm tu biarkan..
- masa masak pun begitu..biarkan dia dlm tu...

hehhhehe

kebykkan nya dlm cot le masa aku wat keje..masak ke..membasuh ke...atau pun mengadap pc...kadang bawak dia depan pc..bf sambil tu..... kalau nak menyusu kenala keluarkan dia..takkan le aku nak masuk dlm cot tu hehhhehe...

apa yg aku nak cite..yg kita leh ajar dia apa sahaja..walaupun dia duduk dlm cot/playpen tu lee...
(ni leh tgk la kebyykan gambar Hassan masa kecik2 kat msia tu semua nye dok dlm cot ...)

bila nak menyusu tu boleh kuar dari cot...n nak tido boleh le kuar.....

6. dah leh berpaut2 kat dinding.......
- ni masih dlm kawalan..(sebab umah mak aku tu simen ..licin..- gile protected ...)
- dia belajar bertatih atas katil ....(katil tepi dinding)...dengan diawasi....
- nak berguling pun boleh ...

7. dah boleh jln....
- masa ni dah tak perlukan cot... tapi masih belajar jalan...
- ni dah kat sini dah ....(umah sini lantai dia papan..no hal)
- walaupun dia leh berjalan..tapi di bagi had..buat hadang..hanya ruang tertentu je dia leh gi..dapur n bilik air ni NO NO...

8. bile dah faham apa sikit ..
- baru la hadangan di buka...tapi masih tegaskan dapur n bilik air tu kawasan larangan....
- hingga la ni dia takkan main dapur (pulas2 ke..) dan tak pernah bukak peti sejuk....

9. boleh ikut arahan..
- kalau aku mandi ke masak ke..dia faham ..duduk kat ruang tamu je main /menulis je....
- sambil masak ..aku akan layan dia la ..dengan cara ...layan cakap..sambil dia menulis tu suruh la eja apa saja.... atau suruh lukis le...

Wednesday, 12 December 2007

cam ne Hassan belajar 3M 2B...

ni aku tulis le cam ne hassan nye cara.. hassan belajar..

1

  • kenalkan pada buku (bagi je buku plastik - di hisap2 n gigit2 n selak) - masa baby lagi leee


  • tunjukkan teladan (kita baca buku depan dia....sambil baring sama2 atau sambil bf)
---->>>> ni utk tanam minat pada buku dan minat belajar leee (minat)



2

  • pilih buku sesuai ikut usia


  • bacakan n tunjuk serta eja


  • bermula dari sini (tau apa yg dia suka n kembangkan) : ade buku ABC yg dia suka huruf F for Flag (ade gambar Australia Flag)
--->> dapat tau apa yg diminati.. (permerhatian)



3

  • buat flashcard (abc,123, ape2 je le..) - tunjuk sahaja....tak boleh pegang..


  • tunjukan kat pc (buat dlm power point)
--->> mencuba pelbagai teknik....lihat n ingat (lihat)



4

  • beli papan tulis magnetik (tulis n padam) -utk menulis n melukis le..


  • ajar je main conteng2 n cop2 je kat papan tulis
---->> ajar menggunakan tangan (skill)



5

  • guna persekitaran...nampak bas, kereta, lampu isyarat, bangunan...etc.


  • dia nampak di mana2 ade je Australia Flag


  • dia nampak kenderaan (dia tau logo n nama brand kereta..)


  • dia nampak org...bertegur


  • bawa gi library n playgroup - bergaul
----->>> ajar bersocial.....mengenal apa ade di luar rumah.. (persekitaran)



6

  • dari Austalia Flag dia kenal New Zealand Flag


  • dia dpt bezakan antara 2 tu
---> dpt membezakan antara 2 benda.. (bezakan antara dua)



7

  • tunjuk tulisan "Australia"


  • dari situ dia kenal Map (Australia Map)


  • tunjuk nama kedai...nama stesen minyak (shell..etc)
--->> mengajar mengenal sesuatu perkataan (kenal)



8

  • belikan atlas...


  • dia belajar byk Flag...


  • dia tau nama kbykkan negara2 di dunia


  • dia melukis segala Flag yg dia tau .....


  • dari sini dia tau MALAYSIA, CANADA...bendera Malaysia, ..etc..
--->>> kenal , ingat n lukis (lukis)



9

  • dia mengira Flag yg dia nampak (jika keluar pi town)- mengira


  • dia tau 123hingga 10 (dalam 3 bahasa + 2 bahasa lagi baru..)


  • ajar mengira ....


  • boleh ingat beberapa nombor yg lebih dari 10..


  • dia boleh kenal n bermain dengan nombor...
---->> kenal, ingat n kira nombor (kira)



10

  • dia eja "Flag", "Australia", "Map" - membaca


  • dia eja 123..10

  • dah boleh baca buku2 dia yg mudah2 n eja perkataan yg mudah --buku ABC....
---> membaca n mengeja (eja/baca)



11

  • dia tulis "Flag", "Australia", "Map" - menulis


  • dia dah boleh kenal huruf ABC hingga Z


  • belajar menulis huruf2 n nombor2....(randomly)


  • dia dah boleh menulis huruf ABC hingga Z


  • dia dah boleh menulis 123 hingga 10....(apa2 la nombor yg kita sebut dia leh tulis)


  • tulis apa aje nama negara yg dia mau n ingat..
--->> mengeja n menulis (tulis)



12

  • dia boleh tulis & melukis "diudara" (bayangan) sambil duduk atau baring2 - berfikir


  • dia boleh tulis apa yg kita sebut perkataan/nombor tanpa rujuk buku ke kertas...hanya sebut aje perkataan tu..dia akan tulis


  • dia boleh berfikir , mengunakan apa yg dia tau...


  • dia boleh berfikir..apa nombor jika 5 dihadapan 6 dibelakang [56] dan juga jika 6 dihadapan 5 dibelakang [65] - sama ade dalam bahasa melayu atau english..


  • dia sendiri akan cuba mengeja apa aje yg dia fikirkan ...[ka ki, kakak, ...] dari satu suku kata dia cuba buat perkataan (kalau dia tak pasti n nak tau dia tanya la..kalau tak dia hentam je...asal boleh je...[berani mencuba])

  • menggunakan jari2 utk menbayangkan nombor2 dan huruf2...
----> ingat, fikri, bayangkan, eja, tulis.. (fikir)



13

  • dia boleh ceritakan semula ke mana dia pergi n naik apa, bas nombor berapa.. - bercakap


  • dia boleh faham apa arahan kita


  • dia dah boleh menyanyi ALIF BA TA, ABC (sama ade dgn melihat atau tidak...- kerana dia dah kenal huruf2 tersebut)


  • bercakap dengan jelas n terang


  • boleh ingat beberapa tajuk lagu (lagu country..)


  • dia dah boleh baca doa2 dan surah.. (baru 3 aje..)
----> ingat, bercakap n bercerita (bercerita/bercakap)



14

  • terus dikembangkan ...


  • beli buku encylopedia science - mengenal macam2 lagi...sambil mendengar bapak baca, boleh mengeja apa yg ditunjuk, dan sebut apa yg dia tahu....dan menulis apa yg dia inginkan


  • dia tau pelbagai lagi...mengenai planet, tumbuh-tumbuhan, jadual berkala (ni yg kimia tu le-dia cukup suka...), ade macam2 le... [bukannye baca semua serentak...pilih2 bahgian yg mahu n baca atau pun bagi penerangan je pada dia]
--->> kenal, dengar, eja.. (dengar)



15

  • terus dikembangkan


  • beli buku rocks & minerals - ni dia kenal macam2 jenis batu...ade antaranya ade yg bentuk macam Australia Map..iaitu Platimun..[dlm buku tu le..] dia tau macam2...


  • sedikit demi sedikit kami tambahkan ilmunya
----> ingat, eja, terangkan.. (penerangan)



16

  • dia akan main sendiri ...dengan papan lukis n menulis apa yg dia ingat...


  • jika tak pasti ..dia akan tanya.... "macam mana eja.....?" atau pun "umi/bapak ajar hassan tulis...."
---->> bertanya, menulis n mengeja (bertanya)



17

  • masa tidur (siang-nap) - dipasangkan CD bacaan ayat2 Al-Quran (beberapa surah yg akhir)


  • masa main, menulis atau apa sahaja aktiviti dia (siang) - di pasangkan DVD belajar (buat sendiri-dlm power point n masuk movie nye program + lagu mozart)


  • atau di pasang DVD pilihan dia (Playschool 1 @ 2, The Wiggles, Alif Ba Ta, I Like To Sing, CARS[ni dia nak tgk nombor2 je.....] ..)


  • atau di pasang DVD lagu2 (nasyid, lagu negaraku, Azan, lagu2 country..)
---->>> sampingan ...... (relax-relax...)



18

  • bermain dengan lego - mengira dan mengunakan kretiviti dia buat apa sahaja yg dia fikirkan [bus/kapal terbang/ apa2 je la] & mengenal warna
  • membentuk lego2 menjadi huruf2 yg di fikirkan ..- V, W, X, Z, O, T, E, F, I, L, H..
  • bermain dengan kenderaan mainan nya....- bercerita..[kemana bus pergi, warna apa, nombor berapa]
  • bermain dengan mainan kecik2..kanggaru,harimau,bear... - beinteraksi [bertanya kabar n nama antara mainan dia tersebut]

---->>> mereka apa aje, belajar berbual n berkawan, ulangkaji apa yang telah dipelajari ...(kreativiti/ interaksi/imaginasi...)

19

  • dia seronok apa yg dia buat....

-->>> dia seronok ...kami pun seronok layan....

[parents are the best teachers]

[home is the best school]

[ilmu pelita hidup]

tu antara nye la,.....




leh cuba la kembangkan minat n apa yg anak masing2 suka.....insya'allah...




jika kita dapat fikirkan apa yg anak kita minat..kita usaha lebih ke arah yg di minati...dikembangkan hingga le ke tahap yg kita sendiri kehendaki.....dan anak kita pun seronok...

idea utk sesepa nak cuba laa

aku rasa aku ade tulis kat blog ni ..macam mana anak aku belajar dari tau huruf F for flag hingga la boleh menulis Flag n melukis flag kegemaran nye serta membaca apa yg ditulis...

ni utk ibu bapa yg dah dapat kenal pasti apa minat anak mereka...
1. jika anak minat binatang

cth: anak minat KUCING
step 1
  • kenal kan kucing pada anak anda (apa tu kucimg?)
  • beritahu anak anda, kucing tu haiwan/binatang (bagaimana bentuknya?, apa tu binatang?)
  • beritahu anak anda, KUCING tu dalam bahasa melayu, dalam english disebut CAT, (atau ade bahasa lain leh tambah)
  • Eja KUCING,CAT...
  • terangkan pada anak anda, kucing tu ade pelbagai warna (putih,hitam..etc)
  • terangkan pada anak anda, bahagian-bahagian anggota kucing (mata,hidung..etc)
  • terangkan kan bilangan anggota nye..(kira leee 123...ade 2 mata, 1 ekor..etc)
  • terangkan pada anak anda, apa yg kucing makan (ikan, nasi...etc)
  • terangkan pada anak anda, haiwan apa yg sama kategori dgn kucing (harimau,singa..)

--->> dari step pertama ni anak anda dah dapat tau apa tu kucing, dia dah leh tau ejaan, tau le anggota2 badan haiwan, dan boleh diteruskan ke step ke-2

step 2

  • ajar mengenal warna ....merah , putih....(dan ajar juga bahasa lain...dwibahasa) - jadik dia akan tau 2 bahasa....

step 3

  • ajar bahagian anggota haiwan....(mulut...ekor..)
  • decribe .(mata : bulat, ekor : panjang...)
  • dari sini boleh dikembangkan ke anggota tubuh badan manusia
  • boleh ajar segala bentuk ...3segi, bulat, empat segi..
  • boleh ajar kira...123...(1 ekor..."satu")

step 4

  • kembangkan apa yg dia tau ejaan...CAT, KUCING....eja segala nama haiwan yg lain

step 5

  • boleh kembang kan "ikan"...
  • ikan tu haiwan
  • ikan hidup di laut n sungai n akuarium
  • ikan tu ade macam2 jenis...
  • ni boleh lagi dikembangkan......

step 6

  • kembangkan "nasi"
  • bagaimana nasi terbentuk
  • siapa makan nasi
  • di mana padi ditanam
  • kemudian ..boleh tgk atlas ke..mana tempat yg export beras..
  • boleh dikembangkan hingga tau nama negara, tempat, map , flag..

step 7

  • kembangkan pula "harimau" , "singa"

begitu le contoh nye...

begitu juga kalau anak suka kereta ke motor ke...atau suka cartoon mahupun suka menolong didapur.... macam2 boleh di ajar dan dikembangkan...dari dia hanya tau "0" hingga la boleh menulis, membaca, mengira, dan juga boleh menerangkan segala yg dia tau...

insya'allah....

3M 2B....

Aku kan selama ni tak kisah le apa ke method org dok kata..glen ape le shihida ke ape le....guna otak kanan ke guna otak kiri ke...yg penting aku tau guna otak dan tak memeningkan kepala otak aku....

begitu le kami dalam mendidik anak kami....kami ajar simple n easy je...asal dia tau 3M 2B..

mengapa perlunya 3M 2B????

aku teringat sekolah zaman dulu2 kita di ajar 3M aje.... menulis, membaca n mengira.... tu le sistem pendidikan kat negara kita.....(sapa leh ubah ni.....3M aje tak cukup...)...

2B? berfikir dan bercakap...
memang le ade kalangan kawan2 kita disekolah yg bukan main petah bercakap, berpidato...kita yg biase2 ni dok lee tepi n tak dikembangkan .....kesian aku...bakat2 semua terpendam kan...hehheh

kalau kita tgh negara maju seperti Canada, Australia mahupun US n Uk.... sistem pendidikan mereka mengajar pelajar2 nye termasuk bercakap n berfikir.....selalu buat presentation ngan decription sekali apa yg dibentang kan.... sebab tu le mereka berani bercakap n boleh berfikir dengan meluas..

peranan ibu bapa penting dlm mencukupkan apa yg tak cukup ni...jika disekolah hanya di ajar 3M aje..maka kita ibu bapa perlu melengkapkan mengajar 2B di rumah....

aku rasa tidak le susah jika sejak kecil dah kita latih/ajar/didik..... mula2 just for fun..then leh teruskan hingga la ke peringkat sekolah rendah n menengah..
"home is better school"

tak tau le org faham tak apa aku maksud kan.....tak faham ignore je la...aku merepek je....

3M
Membaca - termasukla mengenal huruf , nombor ..apa saja la..
Menulis - termasuk melukis...menggunakan tangan ke kaki ke.. apa2 lee
Mengira - boleh kira la pakai otak ke pakai kaki ke..apa2 le...
2B
Berfikir - ni perlu ajar ...bagi gambaran dan sebagainya
Bercakap - ajar buat bercakap ...supaya berani, yakin pada diri sendiri....

tu je le....

Tuesday, 11 December 2007

Hassan suke pakai suar kecik....

Start dari selasa lepas....baru le aku berpeluang nak ajar Hassan kencing kat tandas...sebelum ni winter..sejuk..le ni dah summer..panas le..senang la sikit..masa siang pun panjang...

Hassan suke pakai suar kecik dia (seluar dalam lee).....tak de nye cartoon2..dia tak suke ...dia nak warna biru..(plain colour)....hehhheh ade le..biru, kelabu, hitam, biru pekat...

Hari pertama tu... setiap 10-15 minit aku akan bawak dia ke tandas...suruh dia kencing...
Hassan ni dia tak reti nak cakap lagi dia nak kencing...mungkin dia tak tau lagi apa tanda2 nak kencing tu....tak pe la..aku tanya dia byk kali le....biar tanam dlm kepala dia kalau nak kencing kena pi tandas...

Hari pertama tu selesai le hingga pukul 3.28pm dari pukul 8.34am... dia tak kencing le dalam seluar kecik dia... ...

Hari kedua....dari pukul 9.30am hingga 5pm.. setiap 20-30min... ni sekali dia terkucil dlm seluar..tapi dia sempat cakap dia kencing..hehehhehe

Hari ke -3 ..dari pukul 6.15am hingga pukul 5pm...ni dah sejam sekali za bawak dia pi tandas....
so far dia tak terkucil dah ...

Hari ke-4 ..dari pukul 7.30am hingga le 3.50pm....ok le...

biase nye selepas waktu2 tu dia akan "nap" jap..

dan seterus nye hingga la hari sabtu tu...masa keluar pi town..diapers dia kering je...dia tak kencing pun...bawak la dia pi tandas...ok la...

seterusnya..malam2 pula....diapers dia kering..bermakna dia tak kencing dalam diapers tu...
maka ..kami pun kena la kejutkan dia ..bawak pi tandas...kemudian sambung tido....hingga la pagi tetap kering diapers dia...

mungkin dia dah selesa kencing di tandas dan dah pandai control le....

cuma sekarang ni dia belum dpt nak cakap dia nak kencing.....
hehehe dia tak reti cam ne nak discribe kot..hehhhe..

tu le aktiviti aku selama seminggu ni..monitor Hassan nye pembelajaran baru.....



** Ana
ni Hassan leh sebut dah...aku pun turut terhafal..hehhehhe

I, Hassan Muhammad Razif am an honest, intelligent, goal-directed, organized, responsible, committed, punctual individual.

Friday, 7 December 2007

Hassan leee punya cerita..

ni aku amik kat blog Ana

motivasi yg bagus...

I, (insert your name here) am an honest, intelligent, goal-directed, organized, responsible, committed, punctual individual. I am a highly motivated, optimistic, enthusiastic, positive, focused self-starter. I am a decisive, competent, disciplined, persistence, knowledgeable, creative, resourceful team player who makes good choices. I am an emotionally intelligent, confident believer and an extra-miler. I am energized, have great self-control and a healthy self-image, and manage myself well. These are the qualities of the winner I was born to be, and by using them everyday, I will maintain my momentum and have an employment security in a no-job-security world. They will also enable me to get more of the things money will buy and more of the things money won't buy."

aku dah print n tulis le nama anak aku....

I, Hassan Muhammad Razif am an honest, intelligent, goal-directed, organized, responsible, committed, punctual individual.......(sampai abis lee)

aku ajar le dia....saja suke2..sambil2 aku dok mengadap pc..dia pun ade...

pastu aku dengar le dia sebut....

I, Hassan Muhammad Razif......

pastu dia tulis le..I, Hassan ....

heheh tadi aku ajak dia baca....dia baca le..tak tengok kertas ..(aku pegang le kertas...)

ni dia sebut.....

I, Hassan Muhammad Razif am an honest, intelligent

sampai situ je...jelas lak dia sebut tu..hehhe

pastu sambil BF aku bacakan le....
lepas abis menyusu...

dia dok ingat balik apa aku baca tu....

I, Hassan Muhammad Razif am an honest, intelligent, goal-directed

dah tambah satu word lagi...

hehheh

ok le lepas tu dia nak main..pi le..tetiba lak aku dengar lagi 2 perkataan dia sebut..

responsible.... committed

tu le dia..cepat je tangkap...

siap tanya aku.. "Macam mana eja Honest?"

* Ana..thanks for sharing ...

Video Clip 3

Wednesday, 5 December 2007

Kongsi sikit...

Mari aku kongsi apa ade dalam buku

antara nama2 yg aku teringat n cari n jumpa dlm buku ni... hehheh

kawan..ni le antara nye....nama korang pun ade le gak... ade yg aku tak jumpa..macam nama aku..dia lum cukup wat research lagi tu...baru 75 000 je..hehe

"75 000++ Baby Names for the 21st Century"

Name
Country/ies or language of origin/s
Meaning/s
Origin / Language abbreviation
Variations of spelling the original name

(aku teringat le nama Ana Mirra)

Mira / Mirabel (Latin) spectacular; beautiful

Ana (Hawaiian/Spanish/Hebrew) God is gracious. A form of Hannah.
Anah, Anci (Hung), Anezka (Czech), Ania (Pol), Aniah, Annalie (Finn), Anneka (Swed).....

(ni macam nama Maya Sapphire)

Maya (Hindi) the creative power of God. (Grk) mother; grandmother. (Lat) great

Sapphira / Sapphire (Greek) sapphire jewel; precious gem; blue.


(nama anak Mommy_d&d)

Damia (Greek) goddess of the farces of nature.
Damiah, Damya, Damyah.

(ni nama anak Mimi)

Sophia / Sophie (French/German/Danish/Greek/Dutch) wisdom.
Soffea, Sofia, Sonya (Scand/Slav)....

(sudah tentu le nama kawan aku tuuuu...Momidanial)

Zarina (Hindi) gold.
Zareena, Zaryna......

(ni mana classmate dulu...dah jadik veterina kot..)

Zada (Arabic) lucky.
Zaida, Sada...

(Momidanial..ni bukan ke nama ko carik utk anak ko nanti...heheh)

Imelda (German) warrior.
Imalda, Melda...

(nama MIMi & momHarraz)

Farrah (Old English) beautiful; pleasant. (Arab) happiness.
Fara, Farah, Farra.....

(ni nama pelakon movie org putih..aku lupa movie ape...tapi nama dia cam ni le...)

Mila (Slavic) loved by the people. (Ital) from Milan.
Milah, Mylada...

tambahan lagi......

(macam nama anak Ana kan..Aime)

Amy (Latin) beloved friend. (Fren) to love.
Aime, Aimee, Ami, Aminah, Amia...

(nama anak Sya...Dhea)

Dea (Latin) goddess.
Deah, Deane, Deanne...

(ni cam nama isteri Raja Nazrin..)

Zara (Arabic) dawning brightness; easterly; princess. A form of Sara.
Sahra, Zahra, Zarah (Heb)...

(lebih kurang nama anak Raihan...Alesha.)

Alesia (Greek) helper.
Alesiah, Alesya, Alesyah.

(nama ni berlambak kat Msia...)

Natasha (Russian/Latin) born on Chrismas Day.
Nastassia (Rus), Nathalie (Fren)....

(ni cam nama mamaampang..)

Laili (Arabic) dark beauty of the night; dark-haired.
Lailey, Lailea....

(Teringat cerita Rin Hani Koma....entah betul ke idak tajuk tu..)

Rin (Japanese) park.
Rini, Ryn, Ryny.

(rasanye nama anak mod_ct)

Shahira (Arabic) famous.
Shahirah, Shahyra...

(nama wardina...)

Safiya (Arabic) purity; best friend.
Safiyah, Safiah...

(ni nama puteri jepun rase nye..)

Akiko (Japanese) bright light.
Akyko.

Tuesday, 4 December 2007

Buku nama bayi....

Aku nak cerita sikit pasal "Buku nama Bayi...."


Kat Msia aku perhatikan berlambak-lambak buku nama bayi...tapi seolah2 tak de kawalan..bukan ape...ape yg aku perhatikan..buku nama bayi yg baru2 le ni..entah sapa2 je yg menulis tak seperti buku lama2 dulu..yg tulis nye ustaz2 n ustazah2...dan penulis2 yg bagus leee dan boleh dipercayai...


mengapa aku kata demikian...


aku perhatikan...org msia ....memenag merujuk buku utk memberi nama anak2 mereka...dan dilihat..terdapat nama2 yg bagus n yang baik tak terdapat dlm buku2 baru....yg ade dlm buku2 baru ade lah nama2 yg seumpama direka...diceduk bulat2 dari bahasa arab....yg belum tentu itu adalah nama utk manusia......


dan begitu le ...maka ramai le nama yg pelik2 dan konon nye bermakna...sekian..sekian.....padahal..maksud nye kalau salah tulis dlm jawi jadi makna lain...


aku pernah beli satu buku yg baru tu..sebab aku ni suka buat kajian..hehheheh

aku belek2 n perhatikan nama2 yg terdapat dlm tu...ade macam2..tetapi kenapa nama yg bagus n baik tak de...contohnye ...ni refer kepada nama HASSAN......

nama Hassan tu kan nama yg bagus....tu bukan nye nama kuno ke apa ke jadah.....

masyarakat kita memandang nama tu mesti sesuatu yg Modern...Canggih...Glamor.......

tu pasal le berlambak nama yg pelik2.....dan aku tak yakin le apa yg penulis buku2 baru tu tulis....dari segi makna n dalam ejaan jawi.....

sedangkan aku dapat satu buku nama bayi yg lama... penulisnye ustaz/ustazah ..... yg mana nama HASSAN memang ade...dengan maknan nye dan ejaan yg betul....


dan ari tu kami beli satu buku kat sini..

"75 000++ Baby Names for the 21st Century"

buku ni dia bukan menulis atau mereka nama ..tapi dia mengumpulkan dari 220 berlainan bahasa n bangsa serta negara...... mencari asal usul sesuatu nama tu.....dan apa variasi lain...

dia buat kajian (research)... dan apa hasilnye dibukukan....



dalam buku ni..dia akan tulis

Name

Country/ies or language of origin/s

Meaning/s

Origin/language abbreviation

Variations of spelling the original name



aku bagi contoh lee



Hassan (Arabic) handsome.
Hasan



Name : Hassan

Country/ies or language of origin/s : Arabic

Meaning/s : Handsome

Origin/language abbreviation : -

Variations of spelling the original name : Hasan

.... dpt le kepastian..asal usul nama tu..... dah memang tentu dari Arab...

sebab Hassan tu kan nama Cucu Nabi Muhammad S.A.W.......

......utk kongsi info aje.....


p/s: tak kisah le dlm bahasa apa sekali pun nama tu...asal nama tu maksud yg baik..

***************

ni apa yg aku nak jelas kan..sesetengah org mungkin berkata "Apa ada pada nama?" tu pasal leh letak nama macam2...sebab bagi mereka "just name"....not more then that....

Nama tu penting dalam pembentukkan/perkembangan peribadi individu....selain memberi ajaran n didikan yg betul le....

just my opinion je....

suke2 sembang di hari ini...

Monday, 3 December 2007

Bus ooooo Bus..

Hari ni aku n Hassan pi town...nak pi bayar sewa rumah...
tunggu le bas pagi....


Hassan : "Umi..kita naik bas warna 'WHAT'?"... "Nak naik bas warna biru"..
Umi : "Tak tau la Hassan...mungkin warna putih atau biru"

Bas warna biru tu...bas baru le kiranye..walaupun bukan baru pun...semua bas2 tu second hand atau berapa byk hand le..dari city2 besar lee

Bas warna putih .....ni memang bas lama...ade tingkap ...best gak..bukak besar2 angin masuk....bas ni zaman kuno le....nak turun tak de loceng nak tekan..tapi ade tali utk tarik (atas tingkap lee)... bas macam ni walaupun lama..masih le guna....
pernah gak naik yg cam tu kat Canada dulu..

berbalik cerita Hassan...
lepas abis segala urusan.... tunggu la bas nak balik...
dtg le bas putih tu....memang kami akan naik bas putih le....belakang bas putih ade bas biru...tapi bas biru tak gi tempat kami..gi area lain...
aku pun bawak le Hassan naik bas putih..
sambil aku bayar tiket bas tu...

Hassan : "Nak naik bas biru.....tak nak naik bas ni.."....
dah start mengarut dah dia......
Hassan : "uwaaaaa.......nak naik bas biru...."
siap nangis n berlinangan air mata lagi....heheh

Umi : "Bas biru tak gi Luck Street..bas ni pergi...lain kali kita naik....."
Hassan : "Bas biru number 6...., bas ni number 1" dah reda dah nangis nye..siap leh bagitau nombor bas ape la....

Hassan : "Belakang bas tak ade apa-ape...., belakang bas number 6 ade Australia Map.."

Umi : "Ok" ..tersenyum aje la...hehhhehh

Hassan ni suke sgt naik bas..dia memerhati ape ade di belakang bas (iklan dibelakang bas le...)..terutama kalau ade iklan yg ade gambar Australia Map atau pun Queensland Government logo....
kadang2 bile dah turun bas..siap nak jenguk belakang bas tu apa ade ari tu...hehhhe

dia tau bas nombor berapa n bas tu pergi mana......hehehhehhe

dah le mainan bas tak banyak....dia ade satu je mainan bas...dan dia buat le konon2 bas dengan lego dia..panjang2...hehhheh

tu le kisah Hassan n Bus..

Sunday, 2 December 2007

cerita di pagi ahad...

Pagi tadi... aku sibuk memngukus kek..Hassan dok main dlm bilik bacaan ditemani bapak nye (yg tgh wat kerje dia le depan pc..)

Ade la satu cerita Hassan....
Hubby aku pun cerita le.. "Tadi Hassan dok sembang ngan mainan dia..."
Aku pun tanye le.."Ape dia sembang?"

ni apa yg hubby aku ulang balik apa yg Hassan sembang tu...

Hassan bermain dengan Bus, Car & Tractor....
(perbualan antara bus, car & tractor) ...antara soklan2 yg ditanya n dijawab....

"Hello... What is your name?" (ditujukan pada bus)
"My name is bus."

"What is your name?" (ditujukan pada car)
"My name is car."

"What is your name?" (ditujukan pada tractor)
"My name is tractor."

hehehehe....

tergelak kami dengan gelagat Hassan...