Friday, 29 May 2009

pelajar......

Kami setuju bilangan subjek utk SPM di had kan...

mengapa... 
- supaya pelajar bukan mengejar bilangan A semata .. tetapi faham apa yg dia belajar
- supaya pelajar cemerlang dalam semua bidang ..bukan akademik aje... 
- supaya pelajar ade masa utk bersukan, bergiat aktif dalam persatuan/kelab di sekolah..
- supaya kualiti pelajar yg keluar adalah lebih bagus...
- dan tiba masa utk berubah... tiada sapa akan merubah sesuatu negara/kaum.. selain mereak sendiri... merubah agar lebih maju

dan seperti yg kami harapkan ... pihak2 yg memberi pinjaman/biasiswa meneliti semua aspek.. bukan bilang A seorg pelajar tu dapat

pelajar E mengambil 30 matapelajaran mendapat semua A1
pelajar D mengambil 10 matapelajaran mendapat semua A1
tak bermakna.. E lebih cemerlang ... D juga cemerlang.. 

semua tu bergantung pada byk aspek.. bukan akademik semata2...

tak salah nak ambil byk2 subjek sekali pun.. 100 subjek..
tapi adakah itu praktikal????

jika mampu dari segi mental dan emosi.. memang boleh buat

tapi jika dalam paksaan ibu bapa hingga anak2 jadi 'biol' ... jgn salahkan anak kalau bila dewasa kelak tak berjaya..

p/s: aku rasa cara gred diberi masa waktu aku SPM dulu adalah lebih bagus...
kerana BM dah kena kira ..wajib, 3 dari matapelajaran sains (tak ingat apa yg dilabelkan), dan 3 dari mata pelajaran lain, 1 yg terbaik antara semua.... [cam tu le lebih kurang..lupa la.. dah lama..]


SPM sebagai permulaan langkah.... keluar dari dunia sekolah... 
tapi cemerlang dalam SPM tidak menjamin anda menjadi manusia cemerlang jika anda silap mengambil kursus di Uni...

dan kecemerlangan di Uni ..jika 4 flat je memanjang.. belum menjamin juga anda mendapat pekerjaan.... jika diri tidak bersedia utk bercakap & berfikir.....

tu aje la ulasan tak seberapa

apa2 pun peranan mak bapak penting dalam mendidik anak2 ... dan peranan guru membimbing pelajar utk arah yg sepatutnya....

*******************



Berita dari sini

Calon SPM dihad ambil 10 subjek

SEREMBAN 28 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah memutuskan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan tidak lagi boleh mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, perbincangan mengenainya telah dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran dan keputusan itu juga sekali gus membawa perubahan dalam sistem penggredan mata pelajaran.

‘‘Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, Nilai dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Zulkurnain Awang.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, berdasarkan keadaan semasa, jumlah pelajar yang mengambil lebih 10 subjek pada peperiksaan SPM tahun lalu cuma 48,000 berbanding 500,000 yang mendudukinya seluruh negara.

‘‘Cuma 10 peratus yang mengambil lebih 10 subjek. Kita percaya dengan perubahan ini, 90 peratus pelajar yang kekal dalam 10 subjek atau kurang akan memperlihatkan angka yang sama tahun ini.

‘‘Perkembangan ini sudah tentulah memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah kerana mereka boleh menumpukan khusus kepada 10 subjek berkenaan.

‘‘Selain itu ia juga mengurangkan kos kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen kerana pengajaran dalam subjek pilihan tidak dibuat secara konsisten di sekolah,” kata beliau.

Muhyiddin juga menjelaskan, ketika ini kekemasan pelaksanaan peperiksaan 10 subjek dalam SPM itu sedang diperincikan oleh pegawai di kementerian berkenaan.

‘‘Memang sistem penggredan akan berlaku perubahan dan kita akan melihat kemungkinan pelajar mendapat A+, A atau A- atau B+, B mahupun B- bertambah ramai.

‘‘Ini akan diperhalusi kerana ia juga akan melihat kaedah terbaik dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dalam subjek terbabit. Ia akan dilakukan dengan sebaik mungkin,” kata beliau.

Semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sekumpulan ahli akademik dan profesional telah memulakan kajian terhadap cadangan kerajaan untuk mengehadkan jumlah subjek yang boleh diambil pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurutnya, kajian itu yang dijalankan atas arahan Timbalan Perdana Menteri akan melibatkan semua aspek.

Antara aspek yang dikaji ialah perbandingan tahap kecemerlangan pelajar termasuk mengkaji apakah pelajar yang memperoleh 21A itu cemerlang, tetapi mereka yang skor A dalam semua sembilan mata pelajaran yang diambil tidak cemerlang.

Dalam kajian yang dibuat itu juga, kementerian tersebut ingin mendapatkan kepastian tujuan sebenar pelajar berkenaan mengambil lebih daripada 10 subjek dan rasionalnya mengambil subjek bertindih dan skor A.




Award dari ML & CR

Award Friendship diterima dari ML & CR..

Terima kasih banyak-banyak.....





1. Copy badge “Blogger Friendship Award” di atas untuk diletakkan di blog anda.
- sudah.. seperti di atas tu...


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda

ML 
- kenal melalui alam maya @ SI forum..
- berlum pernah bertemu... bila kah boleh? (lagi mau tanya.. aku sendiri yg tak balik2 msia lagik.. hehhe)
- suka membaca blog nye yg sungguh tak tau aku nak describe...  tapi memang ceria je kalau baca..
- sedang dalam proses meredakan diri dari menjadik "singa" pada anak nya yg comel Sophia


CR
- kenal melalui alam maya @ SI forum juga
- rakan tegar Susuibu... ye.. memang tegar
- anak nye yg sungguh bijak tapi malu2 kucing nak tunjuk kebijaksannaan nye
- org nye comel2... dan friendly.. aku dah jumpa...


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

- sedang menunggu bila la masanya akan muncul... nak balik msia
- sedang dalam mood 'teori baking' .... mengkaji..dan mengkaji....
- tunggu pukul 10am sat gi.. nak ajar Hassan (rutin biasa weekdays)
- bz menelek resepi2 yg pernah buat dan yg sedap2.. utk buat bisnes kat msia
- baru sedar bakat terpendam dah muncul.... dalam dunia baking 
- gunapakai apa aje pengalaman dan ilmu dalam dunia enginnering kepada anak dan dunia baking ku...
- saya suka blogging.. menulis apa aje yg terpikir dan kongsi apa cara kami ajar Hassan...
- tidak berminat dunia pengajaran (seperti guru atau pensyarah).....
- tak nak le buka bakery.. tapi nak bukak kilang sendiri... hhehehhahhahhahuhuhhohoho
- perlu byk motivasi dan sokongan padu org2  sekeliling ......perlu yakin diri.... masih tahap tak kukuh lagi semangat ni...


4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

1. Erna
2. Zufa
3. Sya (mama dhea & hadif)
4. Raihan (mak alesha & azhad)
5. Marisa
6. Farha (mama haris & hanis)


Thursday, 28 May 2009

utk yang bergelar cikgu ....

Kepada cikgu-cikgu... atau ibu bapa yg berminat... atau sesapa yang nak tau macam2 ilmu...

boleh le tgk website yg saya beri ini.... [kalau berminat la]

ade macam2 aktiviti yg boleh di gunapakai utk anak2... [cari dalam website tu]



sama ade tekan 'learn online'

atau klik satu2 tajuk yg ade
contoh
tajuk : The Working Body
ade 3 bahagian : aktivities, student worksheet & resources
pilih le mana2 yg anda berkenan...

boleh le buat bantuan mengajar


utk guru/pengajar..boleh klik kat 'teachers'


binatang di Australia ....



macam2 jenis malapetaka... 
















semua nye aku tgk di TV , bagus juga..
mungkin agak lain sikit la dari di Tv.. di tv audio video... 
dalam link tu mungkin nota2 atau artikel dan ade juga macam kuiz utk anak2..

sama ade utk anak2 atau org dewasa.. bagus utk tambah ilmu 



sekian dari saya

sedarlah rakyat Malaysia....


Ingat la... orang itu bukan perwira.. kerana selepas kemerdekaan dia masih berani mengangkat senjata... membunuh tentera dan orang awam tak kira bangsa Melayu , Cina, India.....
dia adalah pengganas..... pembunuh.... takkan la kita senang2 nak maaf kan dia walaupun dah membunuh ramai org ....

Begitu juga bagaimana pihak barat & kaum y4hud1 membenci N4z1.... 
hingga le ni sesapa yg menggunakan nama N4z1 akan di tentang...apa2 berkaitan nye akan ditentang... begitu le hak mereka.. itu kisah mereka

Kita di Malaysia... ingat la.... kalau tak kerana tentera menjaga keamanan negara kita.... menjaga supaya komunis ini tidak masuk ke kampung2 membuat kacau bilau , membunuh.. ada kah kita masih wujud le ni???? ... tentera sanggup berkorban NYAWA kerana mempertahan kan keamanan negara & penduduk negara kita.... adakah seog Pembunuh yg membunuh ramai org bukan 1 atau 2 org tapi beratus2.. beribu2... adakah kita sanggup maaf kan dan biar dia mengulangi lagi peristiwa tersebut... jgn percaya pada nye.. kerana org seperti itu mempunyai agenda di sebalik nye.... 

Berfikir la org2 Melayu sekalian... adakah anda nak gadaikan nyawa anda?

dan juga C1n4, 1nd1a yg benar2 sayang kan negara Malaysia , yang sayang kan keamanan negera, yang bertuah kerana c1n4 & 1nd1a ini di terima oleh org Melayu di Tanah Melayu...
di mana ketika itu .... jangan buat pasal ok... hargai la apa yg diterima dan hormati la agama Islam & hak org Melayu/Bumiputera....

******************

aku tertarik utk c&p ini di sini (terima kasih kepada penulis tersebut kerana berkongsi cerita ... ade byk lagi kisah2 yang boleh kita jadikkan ingatan...)

Jangan agungkan Chin Peng

SEBAGAI salah seorang wartawan Malaysia yang dihantar membuat liputan Majlis Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1 Disember 1989 di Hatyai Thailand, antara soalan yang saya masih ingat saya ajukan kepada Chin Peng ialah: "Apakah saudara masih seorang Marxist-Leninist?" Chin Peng dengan wajah yang hampir-hampir tersenyum menoleh ke arah saya dan menjawab: ''Ya."

Chin Peng menambah: ''Kami hanya meletakkan senjata bukan membubarkan PKM ataupun fahaman komunisme.''

Itulah kata-kata Chin Peng yang tidak dapat saya lupakan sepanjang karier saya sebagai seorang wartawan yang berpeluang untuk membaca kisah hidupnya dalam buku sejarah, dan kemudian ditakdirkan juga berpeluang menatap wajah dan bersua muka dengannya secara berdepan pada sidang akhbar bersejarah itu 20 tahun lalu.

Atas alasan itu jugalah mengapa Chin Peng dan anggota PKM yang lain tidak dapat memenuhi salah satu daripada empat kerangka Perjanjian Damai tersebut kerana keengganan mereka untuk kembali dan melalui proses 'pemutihan' di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terlebih dahulu.

Sebabnya ialah seperti yang dilafazkan oleh Chin Peng, dia masih seorang berfahaman Marxist-Leninist. Chin Peng sanggup melepaskan perjuangan bersenjata ke atas Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak bersedia untuk menggugurkan fahaman yang dianutinya sejak sekian lama itu.

Marxism-Leninism secara 'basahannya' membawa maksud Bolshevism atau ringkasnya komunisme. Hakikatnya ialah sehingga Chin Peng membuat pengakuan terbuka bahawa dia tidak lagi mendokong fahaman tersebut, maka Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebab untuk menerima semula kepulangan Setiausaha Agung PKM itu ke tanah air.

Malah jika sekalipun Chin Peng membuat pengisytiharan bahawa dia bukan lagi seorang komunis, Chin Peng tidak boleh terlepas daripada melalui proses ditahan di bawah ISA.

Chin Peng tidak boleh dibenarkan menjalani kehidupan bebas keluar masuk ke kedai kopi dan menghadiri forum itu dan ini serta menganjurkan majlis itu dan ini atas nama apa sekalipun.

Ini kerana kesan tindakan seperti itu akan hanya menimbulkan keresahan di kalangan rakyat terbanyak, apatah lagi kepada keluarga mangsa keganasan komunis yang bukan sahaja terdiri daripada kalangan perajurit dan masyarakat awam tetapi juga masyarakat Melayu, Cina dan India serta kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Kehadirannya semula di kalangan kita hanya akan membuka luka yang berdarah. Chin Peng sendiri harus menerima takdir yang tertulis ke atasnya kerana itulah jalan yang dia pilih. Dan betapa keengganannya menerima Perjanjian Damai di Baling pada tahun 1955 telah menjurus ke arah pertumpahan darah yang bukannya sedikit di kalangan perajurit kita dan juga masyarakat awam yang lain.

Generasi baru yang tidak melalui kesengsaraan kehilangan ahli keluarga kerana terkorban ditembak atau diserang hendap komunis, cuba menulis semula sejarah tanah air dengan mengagungkan anggota PKM dan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan negara melalui blog, laman web dan juga penerbitan buku. Mereka perlu berasa malu dan menghentikan tindak-tanduk mereka itu.

Sebaliknya, seluruh rakyat Malaysia yang menolak komunisme dan ahli keluarga para perajurit kita yang terkorban mempertahankan negara ini daripada ancaman subversif wajib bangun menyuarakan penolakan mereka terhadap gagasan membenarkan kepulangan Chin Peng.

Dalam konteks ini, saya memuji kenyataan berterus terang Naib Presiden Gerakan Malaysia, Mejar (K) Huan Cheng Guan bahawa saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan, supaya Kerajaan Malaysia membenarkan kepulangan Chin Peng mestilah ditentang atas nama para perajurit tanah air yang terkorban kerana mempertahankan keselamatan negara daripada ancaman PKM.

Saya mengenali Mejar (K) Huan secara peribadi. Hakikat bahawa bekas Ahli Parlimen Batu Kawan itu juga adalah bekas seorang anggota TUDM memperlihatkan betapa semangat patriotismenya yang menebal dan sensitivitinya sebagai seorang perajurit tulen.

Rakyat dan seluruh negara patut mendengar suara bekas perajurit negara seperti Mejar Huan, Kanang anak Langkau, Onjinin Christopher Jopinol, Amid Abdul Rahman dan ramai lagi yang mengorbankan diri mereka untuk mempertahankan negara dan juga untuk kesejahteraan kita semua daripada mendengar suara minoriti yang mendesak sebaliknya.


Putra Heights USJ.">

***************************************

dan ini...


Kekejaman, pengkhianatan tidak boleh dimaafkan

RAKYAT negara ini tidak boleh menerima kehadiran Chin Peng untuk kembali ke tanah air. Jika ditanya kepada wira-wira pejuang dalam pasukan Angkatan Tentera dan juga pasukan polis yang pernah bertempur dengan gerila komunis pimpinan Chin Peng semasa negara ini diancam pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu, tentunya mereka akan terkenang betapa peritnya cabaran yang telah dilalui sehinggakan ribuan nyawa terkorban.

Tidak kurang juga yang telah menanggung derita dengan kecacatan kekal yang dialami akibat tersandung jerangkap samar yang dipasang oleh gerila komunis yang dikepalai oleh Chin Peng dan konco-konconya dari Rejimen Ke-10 yang berselindung di sebalik nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).

Oleh itu, seluruh warga Skuad 69 PDRM Sarawak yang pernah berjuang dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) untuk menjaga keselamatan awam ketika negara dalam keadaan darurat dahulu tidak pernah lupa betapa kejamnya gerombolan pengganas komunis ini yang menjadi 'bajingan' membunuh banyak nyawa, sehingga negara dan rakyatnya turut merasakan terancam.

Tentunya Chin Peng akan mereka cipta pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakan mereka sebelum ini. Negara yang telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 telah dinafikan oleh Chin Peng. Mereka enggan meletakkan senjata untuk meraikan kemerdekaan pada tahun berkenaan. Pada kami, semangat patriotik cintakan negara ini tidak tertanam dalam sanubari pemimpin PKM. Ia sebenarnya mahu mendominasikan negara ini dengan fahaman komunisme, tetapi rakyat telah menolaknya.

Chin Peng terpaksa mengerahkan segala kekuatannya dan telah diperkuatkan lagi dengan penubuhan Rejimen Ke-10 (Tentera Pembebasan Nasional Malaya - TPNM) yang dipimpin oleh Abdullah CD. Rejim komunis ini telah bersarang di hutan belantara dengan mengangkat senjata untuk menentang pasukan keselamatan yang mereka anggap sebagai anjing kerajaan.

Benteng pertahanan negara terpaksa diperkuatkan di perbatasan tanah air kita kerana PKM telah bertindak ganas memusnahkan balai polis, merampas senjata, mengugut rakyat marhain malah mereka bertindak kejam membunuh sesiapa saja yang dilihat pro kepada pasukan keselamatan.

Oleh itu sekali lagi kami warga Skuad 69 PDRM Sarawak menggesa pihak kerajaan supaya tidak melayan kerenah Chin Peng. Kami tidak bersetuju dengan pandangan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang yang mahukan supaya kerajaan menerima semula kehadiran bekas pemimpin PKM ini, dengan beralaskan hujah kemanusiaan.

Kita mahu Chin Peng memahami aspirasi rakyat negara ini yang tidak boleh memaafkannya lagi kerana terlalu banyak angkara khianat yang telah dipalitkannya terhadap negara ini. Kami bertegas dengan pendirian ini, kerana kami merupakan antara barisan hadapan yang telah membentengi perbatasan negara dalam menghadapi ancaman musuh utama Negara pada masa itu.

Sesungguhnya negara ini tidak perlukan lagi spesies seperti Ching Peng.


Presiden
Skuad 69 PDRM Sarawak.">


******************************




p/s: ye memang aku sayang kan negara... walaupun aku tak de pengalaman sendiri mengenai peristiwa itu ... tapi aku tau bagaimana perasaan para perajurit.. pahlawan... tentera...




Wednesday, 27 May 2009

coklat ?

Semalam aku telah mengarut lagi...
dengan membeli sebuah lagi buku coklat

I Love Chocolate!!!! 
(semalam beli)


Jenis Coklat sila baca sini 


White Chocolate tu bukan coklat tau.... dia kira macam manisan je... tak de cocoa solid...
ade cocoa butter, milk & sugar je dalam tu... tak bagus sgt....

kalau nak makan.. baik makan yg byk kandungan cocoa solid nya... seperti Dark Chocolate

p/s: saya masih mengkaji @ study .... bab coklat ni... 

******************************

Grade of Chocolate

1. Dark @ Plain Chocolate
- without milk
- also called 'sweet chocolate'
- requires 15% concentratiton of chocolate liquor (in us)
- minimum of 35% cocoa solids (in europe)

2. Milk Chocolate
- with whole milk solids or condensed milk substituted for a proportion of the chocolate liquor
- requires 10% concentration of chocolate liquor (in us)
- 25 % cocoa solids (in europe)

3. Aerated Chocolate

[jgn tanya.. tak faham lagi]


4. Couverture
- known as bulk chocolate
- contain at least 32% cocoa butter

a. Semisweet
- it is dark chocolate with a high, typically 50% sugar content

b. Bittersweet
- 30% sugar added

# the higher the percentage of cocoa, the less sweet the chocolate will be

couverture
- always dark
- 60/40/38 (60% cocoa solids, 40% sugar, 38% fat content)
- if less than 60% cocoa solid , its "plain"
- if more than 60% cocoa solid, its "extra bitter"

****************************
sedikit sebyk yg dpt di kongsi...

##
biase nye kan coklat2 yg aku rasa agak manis seperti cadbury , bila simpan dalam peti sejuk.. keras yg amat dan susah nak kerat ....
tetapi kalau coklat toblerone.... tak manis sgt dan lembut la walaupun dah letak dalam peti sejuk tu...

*************************

semua experiment coklat tu.. kena tunggu balik msia la.... (entah2 esok pi cuba... eeeeeeeee)

*************************

byk nye aku nak wat bisnes ni... kena bukak kilang ni.. cipta robot2.. leh tolong aku ..hehheh
tunggu 20 tahun lagi le kot... baru ade robot2 ni.... dalam kilang sendiri.. hahhaha
dah merapu dah....



utk Mimielola.....

Khas utk Mimielola..... taraaaaa!!!!!!!!!!!!

disebab kan aku pi komen kat blog di bab ini...



ni le beg beg biru yg aku ade... hehehhe

green bag berwarna biru..

tu baru 4...
ade lagi yg warna merah... warna biru muda
warna hitam je belum beli.... hehhehhe

puzzle maths...

Puzzle Maths....


Dengan menggunakan kertas (berwana atau putih aje),
dan pen berwarna... 
serta anak anda yang reti menulis dan membaca serta mengira
anda boleh buat sendiri
"puzzle maths" ini



menyusun pengiraan yang dia tau....






Caranya :

1. Kertas warna/putih - di potong kecik (A4 di bahagi 16)
2. Pen berwarna (colour magic)
3. setelah kertas dipotong kecil2, minta anak ada menulis nombor 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9 sebanyak 10 keping untuk setiap nombor (sila perhatikan anak anda, jgn bagi dia buat sendirian.. nanti tak buat)
4. tulis simbol campur (+), tolak (-), darab (x) dan bahagi - sebanyak 4 keping setiap satu simbol
5. tulis simbol sama dengan (=) sebanyak 4 kali atau lebih
6. tulis simbul 'per' (-) sebanyak yg anda mahu
7. selepas selesai menulis semua nye .... mulakan aktiviti 'puzzle'
8. buat kira2 yg mudah dahulu dan minta anak anda menyusun 'puzzle' tersebut....

ok... dah dapat idea ibu bapa sekalian??? 
mudah dan murah.....

p/s: harap maaf gambar tak jelas sgt....

hak org lain , hak kita ???

Bagaimana kita memberitahu pada anak kita... apakah barang kepunyaan dia dan apa yg bukan..?

Adakah kita nak tunggu dia besar baru kita beritahu mana yg hak mana yg bukan hak dia?

Adakah kita nak dia tuntut barang yang bukan hak dia?

Adakah kita nak dia ambil/rampas hak orang lain?

Masing-masing punya cara dan idea utk menangani situasi di atas kan...

Apa yg boleh di buat?

1. Beritahu dia apakah barang kepunyaan dia

2. Beritahu dia apakah barang yg bukan kepunyaan dia

3. Beritahu dia, dia kena hargai barang kepunyaan dia

4. Beritahu dia, jangan mengambil barang yg bukan kepunyaan dia

5. Tegaskan pada dia jika barang itu bukan kepunyaan dia 
(walaupun dia menangis, meraung ke apa ke... kena tegas kan.... 'itu bukan kepunyaan dia')

6. Larang dia dalam operasi cubaan merampas barang orang lain

7. Jika larangan, teguran tak jalan gak... sila bawa anak keluar dari tempat itu dan marah/nasihat/rotan dia... (tak salah nak rotan demi mendidik anak)

8. Walaupun barang tu adalah barang kita.. tetapi dia cuba 'claim' barang dia... , cuba jgn didik dia apa yg kita punya dia punya juga... is NO NO.... kita kena tegaskan.. itu barang kita dia tak boleh 'claim' tu kepunyaan dia..walaupun dia masih kecik...walaupun hanya sebatang pencil... kerana dia perlu tau hak orang lain dan hak dia... dia kena tau bezakan....

9. Semua nye bermula dari rumah.... dari ibu bapa

10. Bermula dari kecik.. dah besar lagi tak leh nak ajar, tu pasal ade yg suka amik barang kawan, suka rampas makanan kawan.... semua tu kena di ajar.. bukan di biarkan...

Melentur Buluh Biar Dari Rebung nye..

dah jadik buluh tak leh wat apa2 selain wat meriam je atau buat lemang je.. makin byk le lemak nye....


memang nampak remeh je kan.. tapi impak nye besar... bila dewasa nanti.... 

renung-renung kan la....

sekian coretan hari ini... 



Tuesday, 26 May 2009

Hassan & Bahasa...


Sambil menonton TV ....rancangan kanak-kanak

Hassan : Umi... tak ade ke cerita dalam Bahasa Melayu?
Umi : Kat sini tak de.. semua dalam Bahasa Inggeris.. nanti balik Malaysia kita boleh dengar rancangan dalam Bahasa Melayu...


Sambil menonton TV... Berita @ News

Hassan : Umi... semua dalam tu cakap dalam Bahasa Inggeris 
Umi :  ye betul .. 


Sambil rehat-rehat di atas katil

Hassan : Umi... orang Melayu cakap Bahasa Melayu kan?
Umi : ye Hassan
Hassan : Umi... orang Inggeris cakap Bahasa Inggeris ....
Umi : [senyum je]


Sambil membelek buku

Hassan : Umi .... apa ni? macam mana nak sebut? 
(kalau dia tak reti sebut, dia bertanya)

Hassan : Umi ... ni dalam Bahasa apa? 
(jika dia tak pasti perkataan tu dalam Bahasa Melayu atau Inggering)

Hassan : Umi ... ni dalam Bahasa Melayu apa ? 
(bertanya jika perkatan tu dalam Bahasa Inggeris, dia nak tau dalam Bahasa Melayu apa pula)


Suatu hari selepas pegawai rental property dah selesai chek rumah kami

Hassan : Umi.. tadi Hassan cakap dengan orang tu dalam Bahasa Inggeris
(sambil senyum.. sebab dia tau apa yang dia buat... bila bercakap dengan orang yang menggunakan Bahasa Inggeris.. dia akan bercakap dalam Bahasa Inggeris... dia rasa dia dah buat sepatutnya)

[Hassan melayan pegawai tersebut.. melihat bilik2... Hassan berbual dengan pegawai tersebut dalam English]

********************************

Kami memang bercakap Bahasa Melayu dengan Hassan. Jika kami bercakap bahasa Inggeris, kami akan terangkan juga dalam Bahasa Melayu. Kami tidak mengamal kan OPOL yang kami rasa amat tak bagus....terutama utk ibu bapa yang kedua nya orang Melayu.... (sila rujuk sini jika nak tau pandangan saya mengenai OPOL)

Amat bagus Hassan boleh faham dua bahasa sekaligus. Kalau nak marah dia tengah2 orang ramai pun tak de hal... kami cakap dalam Bahasa Melayu. Kalau Hassan nak membebel dalam bas pun tak de le mengganggu orang lain.. orang lain tak faham apa dia cakap jika dia bercakap dalam Bahasa Melayu. 

Dan dia tau dapat bezakan antara dua bahasa termasukla apabila dia mendengar rancangan di TV.. dia sendiri boleh fikir... dalam TV tu semua dalam Bahasa Inggeris.....

Kalau dia main sorang2 tu bersama2 kereta mainan dan kawan2 mainan dia... dia akan buat 'story telling' dalam Bahasa Inggeris...

Kalau tiba mood nak bercakap dalam Bahasa Inggeris sehari suntuk... dia akan membebel le ngan Bahasa Inggeris tu (ade word yg dia belum jelas sebut pun.. dia bantai je cakap...)
Tapi kami tetap bercakap dalam Bahasa Melayu... dia faham.. suka hati dia nak jawab dalam bahasa apa sekali pun.... asalkan dia tau apa maksud nya...

Bahasa Jiwa Bangsa.....

Takkan Melayu Hilang Di Dunia...
(selagi orang Melayu berbangga jadi orang Melayu)

Orang Melayu sungguh istemewa.. walaupun dari pelbagai rumpun, .. Bahasa Melayu adalah Bahasa Penyatuan... walaupun bukan ikut bahasa buku seperti Bahasa Inggeris...
hanya orang Melayu yg sebenarnya boleh bertutur dalam Bahasa Melayu yg pelbagai dialek 

*******************************

Harus la berbangga dengan Bahasa Melayu.. zaman dulu berapa ramai pengkaji barat nak belajar Bahasa Melayu..pada zaman kegemilangan... kini.. kenapa malu dengan bahasa sendiri???
Orang Melayu berbahasa Melayu dan dah lama Islam bukan orang Melayu diIslam kan selepas zaman Parameswara tu.... ade sejarah sebenar yang ramai tak tahu atau tak nak ambil tahu... maka hilang la rasa sayangkan bangsa ..... sayangkan negara... apa lagi apabila ade yang mempergunakan agama Islam dalam agenda masing2....

diharap orang Melayu yang sah2 le beragama Islam... bersatu ...kerana Islam tidak menyuruh kita mengkafirkan sesama Islam dan tidak juga menyuruh kita memutuskan silaturrahim sesama umat Islam.... fikir2kan la.. agakah kerana nafsu, taksub ke atas 'ulama' yg disanjung hingga boleh memecah belahkan anak beranak... suami isteri .. kerana fahaman yg songsang...
aku tak nampak pulak.. ade ibu bapa yg memanam sifat membenci pada orang2 tertentu dalam P*S tu dalam diri anak2mereka... tapi yg aku nampak... orang2 P*S telah menaman sifat2 begitu pada anak2 mereka... mengapa? mengapa?

dulu aku tak tau apa... aku hanya tgk dan baca.... kemudian bila aku dah besar baru aku faham sendiri...gunakan akal yg waras dalam mencari keadilan....... dan aku nampak apa berlaku.. dan ade nye parti2 yang begitu menanam kebencian kepada sesuatu parti lain...... agak nye golongan yg mengaku alim  tu nak kot negara kita ni diperintah oleh orang kafir yang menentang Islam & Melayu... mereka seolah2 mendoa kan... hati-hati la ye......

dan le ni... golongan2 c1n4/1nd14 tak kira la mana sahaja.. jika mereka mempertikaikan agama Islam, hak bangsa Melayu, hak kedaulatan Raja-raja, dan membuat kacau bilau serta menggugat keamanan negara... orang Melayu Islam patut bersatu.. bukan bertelagah sesama sendiri demi kuasa yang dibelakang nya adalah c1n4 d4p..... (sama ade dalam kerajaan atau luar kerajaan.. musuh2 ini sedang bergerak.. dan bersorak....)

Ya Allah lindungi la agama kami Islam, Bangsa kami Melayu dan negara kami Malaysia dari golongan yang ingin merosakkan dan menyesatkan kami.....





Monday, 25 May 2009

Hassan...


Alhamdullilah hingga kini Hassan boleh membaca dengan lancar beberapa ayat dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Mengapa perlu ajar dia membaca?
-supaya dia tau baca la kan
-supaya dia faham apa sebutan bagi perkatan tersebut

cara yang boleh di cuba...
- kalau untuk permulaa...kita bacakan/sebutkan
- kemudian suruh dia sebut....
- kalau tak reti sebut perkataan tu suruh dia eja perkataan tu dan kita sebutkan
- suruh dia ulang apa yg kita sebut
- jangan ejek dia kalau dia salah sebut
- galakkan dia mencuba menyebut apa aje perkataan yang dilihat walaupun tak betul... biar dia cuba sebut apa yg dia agak... kemudian baru betulkan sebutannya..
- terangkan perkataan yang disebut dalam bahasa lain pula (contoh perkataan dalam BM...dalam BI apa pula perkataannya dan sebaliknya)
- yang penting... berterusan... dimana aje.. apa saja...

p/s: sambil2 ni dok mendengar Hassan baca buku stiker dia..(ade la satu atau dua ayat panjang) sambil menampal gambar2 dalam buku tu....


tekun .... 
tak mau pakai baju.. bukan nye panas pun..
dah dia suka sejuk2...


Bahasa Sepayol (Spanish) - Hassan boleh le sikit2 baca... dan tiba2 terdengar dia menyanyikan lagu ini (huruf2 R,S,T......)... punya la sedap.... dia nyanyi diam-diam.. kami tgk.. dia terus lari senyap..gelak2.. hehhehhe



*****
sapa2 ade anak yg dah umur 9 tahun-15 tahun  tu... rasa2 nak cuba tgk tahap kepintaran nya..
bagi dia buat ujian di sini.. (jgn lak mak pak yg buat ye..)...
bagus program ni utk yang mempunyai potensi yg tinggi...

Saturday, 23 May 2009

me eat cookie........

ni dia cookie monster...

"Hassan eat cookie!!!!!"


ni muka budak yg nak sgt cookie bentuk 'car'



setelah dia melihat cookie cutter aku yg comel2 tu.. 
terutama yg berbentuk kereta..
apa lagi ... "Hassan nak umi buat cookie.."
dah mintak buat sejak hari tu...
hari Khamis baru pi kedai belikan bahan yg tak de..
dia pun ok je... 
dan tunggu hari Jumaat seperti yg dijanjikan

maka semalam iaitu Jumaat..
aku pun cuba membuat 'cookies'...
dah le aku tak de resepi yg sesuai...
cari le di internet ni..
jumpa yg pelbagai...
naik rambang bijik mana nak pilih.. 
tapi tak tau apa hasilnye kan
try n error je la
ade 2 resepi aku cuba
satu dengan choc chip
satu lagi dengan choc yg dicairkan
resepi dari internet.. ini  & ini 
[kalau resepi dari internet..aku akan bagi link terus..
tapi kalau dari buku... aku tak rajin taip ye... 
sila la mai jumpa aku dan salin dari buku-buku yg aku ade...]

disebabkan Hassan ni suka yg ade chocolate chip
[muffin pun dia nak yg ade choc chip aje..]
aku pun mencuba resepi tersebut..


yummy... sedap...



ade 3 bentuk

kereta (car)
keretapi (train)
kasut (shoe)

ni cookies choc chip
[sebelum dibakar]

setelah dibakar..



chocolate cookies
[sebelum dibakar]

selepas di bakar



disebabkan aku rasa sedap je.. dah tinggal sikit je..
maka tak jadik le nak men'deco' cookies ni
hehhehhe
masuk perut je la

Hassan hanya makan chocolate chip cookies..
satu lagi tu dia tak mau...

sedap la jugak dua-dua tu...



p/s: tiada kaitan dengan ini kerana Hassan tak suka segala mala yg bentuk macam itu..



Kaji diri sendiri....

Mengkaji diri sendiri.....


Berdasarkan test ini dari Blog Ana.... .. Terima Kasih Ana...


Setelah menelek kamus-kamus.. memahamkan maksud nye... maka... 

aku di kategorikan ...


 Phlegmatic Choleric



dan Terima Kasih buat Salwa... saya amik yg ini ye  (utk pengetahuan saya yg tak tau ni) 
......  Blog Salwa




Phlegmatic - istilah ni derived from the word phlegm (kahak).Maknanya menurut kitab itu, ialah yang mengandungi mukus kehijauan dan likat dalam badan, especially perut dan saluran pernafasan.Individu phlegmatic paling susah nak diramal.Sukar bagi responds, majoritinya suka menyelesaikan masalah dalam kepala sendiri, tak byk ckp..senang cerita..hehe.

The Phlegmatic's Emotions(the bad)
  • Unenthusiastic
  • Fearful and worried
  • Indecisive
  • Avoids responsibility
  • Quiet will of iron
  • Selfish
  • To shy and reticent
  • Too compromising
  • Self-righteous

The Phlegmatic's Emotions (the good)
  • Low-key personality
  • Easygoing and relaxed
  • Calm, cool and collected
  • Patient well balanced
  • Consistent life
  • Quiet but witty
  • Sympathetic and kind
  • Keeps emotions hidden
  • Happily reconciled to life
  • All-purpose person

Choleric - dalam kitab berkenaan, individu choleric dirujuk sebagai seorang yang memiliki kandungan bendalir berwarna kuning lebih tinggi dalam darah (yellow bile).Sikap individu choleric memang bertepatan dengan individu yang mempunyai bendalir kuning yang banyak dalam darah.Selalunya bersikap mcm ketua, pandai cakap, pandai strategi, tapi panas baran yg amat, kecuali kalau next dominan is sanguine..maka baran tu akan dapt dikawal.Antara sifat dominan choleric person ::

The Choleric's Emotions (the downside of choleric)
  • Bossy
  • Impatient
  • Quick-tempered
  • Can't Relax
  • Too impetuous
  • Enjoys controversy and arguments
  • Won't give up when loosing
  • Comes on too strong
  • Inflexible
  • Is not complimentary
  • Dislikes tears and emotions
  • Is unsympathetic

The Choleric's Emotions
  • Born leader
  • Dynamic and active
  • Compulsive need for change
  • Must correct wrongs
  • Strong-willed and decisive
  • Unemotional
  • Not easily discouraged
  • Independent and self sufficient
  • Exudes confidence
  • Can run anything


Terima Kasih Fid.... aku amik dari blog ko.. Blog Fid

Rahsia Bulan Mengikut Dr. Fadhilah Kamsah
Rahsia bulan anda dilahirkan

MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan
mudah didampingi
sgt pemalu dan pemendam rasa
sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sgt peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dgn hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalam bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
jgn terlalu moody.




Terima kasih sekali lagi buat Salwa...sila ke blog dia... Blog Salwa

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.. 

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour



Maka keputusan saya :
Lembut
Pemimpin
Kemas (Cerewet)



Sekian utk renungan sendiri...



Friday, 22 May 2009

SE Queensland Banjir...

Sejak ahad lepas.. hujan turun tak henti2 sampai ade yg 2-3 hari hujan sepanjang masa....

terutama di SEQ (South East Queensland) 

beberapa kawasan di Queensland dah di naiki air @ banjir ... termasuk la Brisbane, Gold Coast...
keadaan banjir teruk kali ke 3.... 

yang pertama..pada tahun 1974... kedua pada bulan November tahun lepas...

(ni tgk kat TV le.. berita... dan di internet..)

sampai ade yg macam lautan je belakang rumah mereka...
di jalan raya dah tak leh lalu
memang teruk gile la....

Alhamdullillah kami di Toowoomba ni.. memang atas bukit... rumah kami pulak atas bukit....
kalau Toowoomba ni banjir.. jawab nye Gatton tu dah jadik lautan la... 

walaupun begitu.. byk le kes kemalangan kereta.. ye le jalan licin..

Berbalik cerita di Brisbane/Gold Coast.. memang teruk la.. tak tau le sebenar nye area mana.. tapi kalau ikut nama2 jalan dan tempat yg mereka sebut dalam TV tu.. memang kami biase lalu kawasan tu.... memang ade le signboard "flooding area".. dan kayu pencacak penanda meter (tunjuk aras air naik....... tinggi ooo)

di Gold Coast .. semua pantai2 ditutup... keadaan teruk di sana... 
baca la di internet kalau nak tau... dan tgk gambar2 banjir teruk tu

sekian laporan dari sini.....



### le ni dah banjir di North Coast NSW.. sempadan Queensland & New South Wales...



* atas permintaan Ana

ni ade beberapa gambar yg aku jumpa

sila klik disitu

antara gambar nye....

##### disebabkan hujan itu.. maka empangan pun penuh.. alhamdullillah....selama ni di SEQ kena catu air... sebab empangan tak cukup air... dah sampai level 6 (kawal penggunaaan air)








Monday, 18 May 2009

Award dari KNV & Cik Yan...



Award diberi oleh Ana @ KNV & Cik Yan

Terima kasih byk2...

Apa yg 'Amazing' nye blog aku ni ye????


Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie

Ana

1. Seorg yg sangat bermotivasi
2. Mempunyai 4org anak yg comel2 belaka
3. Tengah berusaha utk menjadik seperti "Demi Moore"
4. Seorg yg ramah...walaupun belum pernah bersua
5. Amat di senangi oleh rakan2 Blog ...


Cik Yan

1. Seorg yg sedang mengandung anak no 4
2. Seorg yg ala2 ayu n pemalu (berdasarkan komen2 kawan)
3. Semoga ko dapat anak perempuan seperti yg diidamkan
4. Amat popular di Blog
5. Ko tunggu je la aku balik Msia nanti... aku buat kek cokelat... (sila cari aku tau)


Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya:

1. SAHM (Study At Home Mom) buat masa ni
2. WAHM (Working AT Home Mom) ..bila dah balik Msia nanti
3. saya masih perlu belajar men'deco' kek & cookies
4. saya amat suka 'baking' 
5. saya tidak pandai masak kueh Tradisional Melayu 
6. saya suka beli byk buku kek dan buat kajian (bandingkan resepi2 antara buku2 tu)
7. saya dan anak saya memang 'kaki jalan'... (kuat berjalan kaki...hehhehe)
8. saya tak tahan belajar lama2..... saya tidak bijak.. sebab tu la saya tak sambung belajar seperti cik abg saya...
9. saya suka buat apa yg saya rasa saya minat... dan saya akan bertahan berjam-jam lama nye..(buat kek / pizza seharian pun tahan)
10. saya sayang keluarga saya... saya nak balik Msia.. tak nak dok obesi lama2... tanah air saya di Malaysia....  saya bangga jadi warganegara Malaysia.. 


Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka:

1. Mimielola
mama kepada Sophia, pelbagai cerita yg menbuat aku tersenyum bila membaca coretan di blog nya dan juga pelbagai kisah suka duka yg byk dikongsi..

2. Lyna 
ibu kepada Hafiy & Fahry... dari dok Miri dah pindah balik semenanjung.. sungguh tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup

3. Erna
mommy kepada 2D (Damia & Danish).... sedang gigih bekerja..setelah berpindah semula di Shah Alam.. 

4. MekTwin 
mak kepada Twin (Umair & Uqail)... pengasas tudung DIY.... sungguh kreatif dan rajin buat bisnes dia ni..

5. Maya
mama kepada Danial & Airell ..berada di johor... bekerje dan membantu cik abg nye dalam dunia photography

6. Mama Adib
mama kepada Adib.. bakal melahirkan anak no 2... (baby dalam perut siap lambai2 lagi )

7. Valli
mama kepada Ashva & Hervin... satu2 nye rakan blogger yang bukan Melayu.. sungguh istemewa... thanks Valli 

8. Mala
mama kepada Uwais & Ameenah... sibuk dengan aktiviti harian sendirian...berjauhan dengan cik abg dia

9. Madam Za
mommi kepada Danial, Alia & ????....  businesswoman yg berjaya....

10. Raihan (mak Alesha& Azhad)
mama kepada Alesha & Azhad... tengah pening dengan nyanyian rap Alesha setiap pagi..

ok kawan2 sekalian.. sila la amik award ni.. kalau dah ade tak yah amik lagi..

p/s:sesiapa rasa macam pernah nampak di 'tag'oleh saya di entry sebelum nye ..
sila tengok di sini

Terima kasih semua...




Tag dari Marisa

Tag dari Marisa

Aku rasa macam pernah buat.. tapi ..aku buat le...


5 Names I go by

1. Zaza (keluarga saya panggil saya....& rakan2 alam nyata yg kenal saya)
2. Fariza (keluarga belah cik abg yg panggil saya dengan nama ini ...dan sesapa yg saya jumpa saya bahasakan dgn nama ini)
3. Rizza (alam maya)
4. Wan (zaman sekolah kat TIKL)
5. Era (zaman di UiTM atas bukit...tercampak dalam kelas yg semua nye lelaki... 1 semester kot)

5 Jobs I have had in my life

1. Pelajar (kat UiTM atas bukit)
2. Engineer kilang (kat Shah Alam)
3. Engineer kilang (kat Subang Jaya)
4. SAHW (kat Canada)
5. SAHM (kat Australia)

5 Places I have lived before

1. Bandar Baru Bangi Selangor
2. Petaling Jaya Selangor
3. Shah Alam Selangor 
4. Winnipeg Manitoba Canada
5. Toowoomba Queensland Australia

5 TV Shows that I watch currently

1. Playschool (cerita Hassan la)
2. Dokumentari di Channel ABC1
3. News
4. NCIS
5. 

5 places I have been

1. Sarawak & Sabah

2. Semenanjung Malaysia

3.  Thailand (4 hari je...ye kot..lupa....tak nak pergi lagi.. tak best)

4. Canada (Winnipeg)

5. Australia (Toowoomba, Brisbane. Gold Coast, Sunshine Coast, Sydney, Canberra) 



5 People that e-mail/contact me regularly

1. Mak saya 
2. Keluarga di Msia
3. Adik saya 
4. Kawan - kawan saya
5. sesapa yg nak ber email/chat dengan saya la

5 of my favorite foods

1. bihun tomyam
2. nasi minyak + ayam masak merah (bapak saya masak..lama nye tak rasa...)
3. asam pedas... (dah lama tak makan... uwaaaa...)
4. ikan bawal masak sweet n sour (mak saya masak... lama nye tak jumpa ikan bawal...uwaaa)
5. pizza.. (dah tak larat nak makan dah.... Hassan sorng je masih larat nak makan pizza)

5 things I would like to do

1. Jadi Insan berguna
2. Jadi anak yang dapat membahagiakan mak bapak
3. Jadi isteri yg dapat membantu membahagiakan keluarga
4. Jadi ibu yg dapat mendidik anak2 jadik insan berguna
5. Jadi usahawan wanita yg berjaya.....

5 Things I am looking forward to

1. nak study buku kek 
2. nak tido 
3. nak kemas2 barang
4. nak kemas rumah
5. nak balik Msia

5 friends I think will respond

1. Ana
2. Madam Za
3. Fid
4. Nor Jepun
5. Zufa

## kalau dah buat tak yah buat..sapa2 yg tak kena tag lagi ..sila la buat..