Tuesday, 26 May 2009

Hassan & Bahasa...


Sambil menonton TV ....rancangan kanak-kanak

Hassan : Umi... tak ade ke cerita dalam Bahasa Melayu?
Umi : Kat sini tak de.. semua dalam Bahasa Inggeris.. nanti balik Malaysia kita boleh dengar rancangan dalam Bahasa Melayu...


Sambil menonton TV... Berita @ News

Hassan : Umi... semua dalam tu cakap dalam Bahasa Inggeris 
Umi :  ye betul .. 


Sambil rehat-rehat di atas katil

Hassan : Umi... orang Melayu cakap Bahasa Melayu kan?
Umi : ye Hassan
Hassan : Umi... orang Inggeris cakap Bahasa Inggeris ....
Umi : [senyum je]


Sambil membelek buku

Hassan : Umi .... apa ni? macam mana nak sebut? 
(kalau dia tak reti sebut, dia bertanya)

Hassan : Umi ... ni dalam Bahasa apa? 
(jika dia tak pasti perkataan tu dalam Bahasa Melayu atau Inggering)

Hassan : Umi ... ni dalam Bahasa Melayu apa ? 
(bertanya jika perkatan tu dalam Bahasa Inggeris, dia nak tau dalam Bahasa Melayu apa pula)


Suatu hari selepas pegawai rental property dah selesai chek rumah kami

Hassan : Umi.. tadi Hassan cakap dengan orang tu dalam Bahasa Inggeris
(sambil senyum.. sebab dia tau apa yang dia buat... bila bercakap dengan orang yang menggunakan Bahasa Inggeris.. dia akan bercakap dalam Bahasa Inggeris... dia rasa dia dah buat sepatutnya)

[Hassan melayan pegawai tersebut.. melihat bilik2... Hassan berbual dengan pegawai tersebut dalam English]

********************************

Kami memang bercakap Bahasa Melayu dengan Hassan. Jika kami bercakap bahasa Inggeris, kami akan terangkan juga dalam Bahasa Melayu. Kami tidak mengamal kan OPOL yang kami rasa amat tak bagus....terutama utk ibu bapa yang kedua nya orang Melayu.... (sila rujuk sini jika nak tau pandangan saya mengenai OPOL)

Amat bagus Hassan boleh faham dua bahasa sekaligus. Kalau nak marah dia tengah2 orang ramai pun tak de hal... kami cakap dalam Bahasa Melayu. Kalau Hassan nak membebel dalam bas pun tak de le mengganggu orang lain.. orang lain tak faham apa dia cakap jika dia bercakap dalam Bahasa Melayu. 

Dan dia tau dapat bezakan antara dua bahasa termasukla apabila dia mendengar rancangan di TV.. dia sendiri boleh fikir... dalam TV tu semua dalam Bahasa Inggeris.....

Kalau dia main sorang2 tu bersama2 kereta mainan dan kawan2 mainan dia... dia akan buat 'story telling' dalam Bahasa Inggeris...

Kalau tiba mood nak bercakap dalam Bahasa Inggeris sehari suntuk... dia akan membebel le ngan Bahasa Inggeris tu (ade word yg dia belum jelas sebut pun.. dia bantai je cakap...)
Tapi kami tetap bercakap dalam Bahasa Melayu... dia faham.. suka hati dia nak jawab dalam bahasa apa sekali pun.... asalkan dia tau apa maksud nya...

Bahasa Jiwa Bangsa.....

Takkan Melayu Hilang Di Dunia...
(selagi orang Melayu berbangga jadi orang Melayu)

Orang Melayu sungguh istemewa.. walaupun dari pelbagai rumpun, .. Bahasa Melayu adalah Bahasa Penyatuan... walaupun bukan ikut bahasa buku seperti Bahasa Inggeris...
hanya orang Melayu yg sebenarnya boleh bertutur dalam Bahasa Melayu yg pelbagai dialek 

*******************************

Harus la berbangga dengan Bahasa Melayu.. zaman dulu berapa ramai pengkaji barat nak belajar Bahasa Melayu..pada zaman kegemilangan... kini.. kenapa malu dengan bahasa sendiri???
Orang Melayu berbahasa Melayu dan dah lama Islam bukan orang Melayu diIslam kan selepas zaman Parameswara tu.... ade sejarah sebenar yang ramai tak tahu atau tak nak ambil tahu... maka hilang la rasa sayangkan bangsa ..... sayangkan negara... apa lagi apabila ade yang mempergunakan agama Islam dalam agenda masing2....

diharap orang Melayu yang sah2 le beragama Islam... bersatu ...kerana Islam tidak menyuruh kita mengkafirkan sesama Islam dan tidak juga menyuruh kita memutuskan silaturrahim sesama umat Islam.... fikir2kan la.. agakah kerana nafsu, taksub ke atas 'ulama' yg disanjung hingga boleh memecah belahkan anak beranak... suami isteri .. kerana fahaman yg songsang...
aku tak nampak pulak.. ade ibu bapa yg memanam sifat membenci pada orang2 tertentu dalam P*S tu dalam diri anak2mereka... tapi yg aku nampak... orang2 P*S telah menaman sifat2 begitu pada anak2 mereka... mengapa? mengapa?

dulu aku tak tau apa... aku hanya tgk dan baca.... kemudian bila aku dah besar baru aku faham sendiri...gunakan akal yg waras dalam mencari keadilan....... dan aku nampak apa berlaku.. dan ade nye parti2 yang begitu menanam kebencian kepada sesuatu parti lain...... agak nye golongan yg mengaku alim  tu nak kot negara kita ni diperintah oleh orang kafir yang menentang Islam & Melayu... mereka seolah2 mendoa kan... hati-hati la ye......

dan le ni... golongan2 c1n4/1nd14 tak kira la mana sahaja.. jika mereka mempertikaikan agama Islam, hak bangsa Melayu, hak kedaulatan Raja-raja, dan membuat kacau bilau serta menggugat keamanan negara... orang Melayu Islam patut bersatu.. bukan bertelagah sesama sendiri demi kuasa yang dibelakang nya adalah c1n4 d4p..... (sama ade dalam kerajaan atau luar kerajaan.. musuh2 ini sedang bergerak.. dan bersorak....)

Ya Allah lindungi la agama kami Islam, Bangsa kami Melayu dan negara kami Malaysia dari golongan yang ingin merosakkan dan menyesatkan kami.....





12 comments:

ARIFFDA said...

bagusnya hassan
saya pun bercita2 agar anak saya mcm hassan


tq utk info akak
saya ada juga praktikkan pada ank saya

Fid said...

puan fariza anda sangat patriotik...saya suka..biar pelusuk alam kkita pergi..jati diri mesti kekal..

@Salwa said...

betul kata kak fid
ke patriotikan kak rizza mengalir sampai ke hassan
kagum!
kalu org lain duk obersi, balik malaysia terpaksa amik tuition utk ajar anak BM.
padahal mak pakorg melayu..tapi kena tuition gak
senang ja buat duit kat Malaysia ni :)

Mama Adib said...

he he adib pun dah reti beza bila aku cakap dlm english dgn dia

bila dah lama ku cakap nga dia tetiba

"mama ni, kenapa cakap dlm english"

keh keh.

nelcyndana said...

syabas cik rizza sebab tak mudah lupa... di mana jua anda anak beranak berada.

rizza said...

kawan2 sekalian..thanks...

aku cuma sedih.. bila ade sesetngah yg dok obesi tak ajar anak depa sepatah haram bahasa melayu...konon boleh bangga 'speaking'
kenapa malu sgt kot anak cakap melayu....

patriotik? biase aje...dah memang dalam diri rasa perlu bangga jadi Melayu... walau dimana jua berada....

misah said...

Rizza...seronok baca pasal hassan. Arissa pun kami ajar 2 bahasa juga. Tapi sejak kat selayang, dia dah pandai ckap dilek kelantan la plok....heheh.

Ms Lola said...

ANak aku tuh, aku belum ajar bahasa jawa je :P

mirah said...

salam singgah.
Ya saya setuju di mana berada pun kena tanam jatidiri melayu pd anak dan plg uatama dari bahasa percakapan. Itu identiti melayu. Ya bangsa melayu sebelum ini mmg cemerlang baik dari segi kegemilangan islam nya malah kegemilangan ilmu jua. Buku sejarah kita hari ini sangat lompong.

rizza said...

misah.. ok le tambah dialek bahasa dia lagi...

ML..anak aku ni tak dpt le nak belajar bahasa jawa... bapak dia tak reti... arwah atuk tak ajar sgt kat bapak dia.. hehhe..

mirah...ye betul buku sejarah ade yg tak dimasukkan cerita sebenar...
kena kaji sendiri la jawab nye..thanks.. singgah sini

baitulrahmah said...

k rizza,

just to share. Lee kwan yu la ni asyik dok promote sana sini suruh the new generation of singaporean cakap mandarin. katanya kalau both parents tu chinese..pls ckp mandarin...jangan ada yg cakap english.


iklan kat channel depa pun promote, anak org putih tp cakap mandarin.

tulah citernya...mmg sedih, budak malay kat sini...simple malay word pun tak tau.

rizza said...

Nas... dulu2 LKY tu suruh semua kat s'pore cakap English..... tak de cakap cina semua tau...
tak tau le le ni.. dia dah tuko pikiran kot.. nak cina kan semua rakyat dia... hehhe