Friday, 29 May 2009

pelajar......

Kami setuju bilangan subjek utk SPM di had kan...

mengapa... 
- supaya pelajar bukan mengejar bilangan A semata .. tetapi faham apa yg dia belajar
- supaya pelajar cemerlang dalam semua bidang ..bukan akademik aje... 
- supaya pelajar ade masa utk bersukan, bergiat aktif dalam persatuan/kelab di sekolah..
- supaya kualiti pelajar yg keluar adalah lebih bagus...
- dan tiba masa utk berubah... tiada sapa akan merubah sesuatu negara/kaum.. selain mereak sendiri... merubah agar lebih maju

dan seperti yg kami harapkan ... pihak2 yg memberi pinjaman/biasiswa meneliti semua aspek.. bukan bilang A seorg pelajar tu dapat

pelajar E mengambil 30 matapelajaran mendapat semua A1
pelajar D mengambil 10 matapelajaran mendapat semua A1
tak bermakna.. E lebih cemerlang ... D juga cemerlang.. 

semua tu bergantung pada byk aspek.. bukan akademik semata2...

tak salah nak ambil byk2 subjek sekali pun.. 100 subjek..
tapi adakah itu praktikal????

jika mampu dari segi mental dan emosi.. memang boleh buat

tapi jika dalam paksaan ibu bapa hingga anak2 jadi 'biol' ... jgn salahkan anak kalau bila dewasa kelak tak berjaya..

p/s: aku rasa cara gred diberi masa waktu aku SPM dulu adalah lebih bagus...
kerana BM dah kena kira ..wajib, 3 dari matapelajaran sains (tak ingat apa yg dilabelkan), dan 3 dari mata pelajaran lain, 1 yg terbaik antara semua.... [cam tu le lebih kurang..lupa la.. dah lama..]


SPM sebagai permulaan langkah.... keluar dari dunia sekolah... 
tapi cemerlang dalam SPM tidak menjamin anda menjadi manusia cemerlang jika anda silap mengambil kursus di Uni...

dan kecemerlangan di Uni ..jika 4 flat je memanjang.. belum menjamin juga anda mendapat pekerjaan.... jika diri tidak bersedia utk bercakap & berfikir.....

tu aje la ulasan tak seberapa

apa2 pun peranan mak bapak penting dalam mendidik anak2 ... dan peranan guru membimbing pelajar utk arah yg sepatutnya....

*******************



Berita dari sini

Calon SPM dihad ambil 10 subjek

SEREMBAN 28 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah memutuskan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan tidak lagi boleh mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, perbincangan mengenainya telah dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran dan keputusan itu juga sekali gus membawa perubahan dalam sistem penggredan mata pelajaran.

‘‘Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, Nilai dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Zulkurnain Awang.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, berdasarkan keadaan semasa, jumlah pelajar yang mengambil lebih 10 subjek pada peperiksaan SPM tahun lalu cuma 48,000 berbanding 500,000 yang mendudukinya seluruh negara.

‘‘Cuma 10 peratus yang mengambil lebih 10 subjek. Kita percaya dengan perubahan ini, 90 peratus pelajar yang kekal dalam 10 subjek atau kurang akan memperlihatkan angka yang sama tahun ini.

‘‘Perkembangan ini sudah tentulah memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah kerana mereka boleh menumpukan khusus kepada 10 subjek berkenaan.

‘‘Selain itu ia juga mengurangkan kos kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen kerana pengajaran dalam subjek pilihan tidak dibuat secara konsisten di sekolah,” kata beliau.

Muhyiddin juga menjelaskan, ketika ini kekemasan pelaksanaan peperiksaan 10 subjek dalam SPM itu sedang diperincikan oleh pegawai di kementerian berkenaan.

‘‘Memang sistem penggredan akan berlaku perubahan dan kita akan melihat kemungkinan pelajar mendapat A+, A atau A- atau B+, B mahupun B- bertambah ramai.

‘‘Ini akan diperhalusi kerana ia juga akan melihat kaedah terbaik dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dalam subjek terbabit. Ia akan dilakukan dengan sebaik mungkin,” kata beliau.

Semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sekumpulan ahli akademik dan profesional telah memulakan kajian terhadap cadangan kerajaan untuk mengehadkan jumlah subjek yang boleh diambil pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurutnya, kajian itu yang dijalankan atas arahan Timbalan Perdana Menteri akan melibatkan semua aspek.

Antara aspek yang dikaji ialah perbandingan tahap kecemerlangan pelajar termasuk mengkaji apakah pelajar yang memperoleh 21A itu cemerlang, tetapi mereka yang skor A dalam semua sembilan mata pelajaran yang diambil tidak cemerlang.

Dalam kajian yang dibuat itu juga, kementerian tersebut ingin mendapatkan kepastian tujuan sebenar pelajar berkenaan mengambil lebih daripada 10 subjek dan rasionalnya mengambil subjek bertindih dan skor A.




6 comments:

Adeera Azman said...

I like the 4 flat part. So true. ;dd

mamadanish said...

za,
kalau boleh ambil lebih pun..rasanya mmg saya cadang nak suruh anak ambil 9-10 subjek sajalah...

Tak payah la sampai 20 subjek..huhuhu

baitulrahmah said...

ya lah k rizza,

wlpun sy belum jadi boss...hehehe...tp kami mmg sedikit bermaslah dgn staff baru grad yang flying colours tp tak 'tough' bila bekerja aka... hm,... mls pulak nak mengomen...hehehe.

fauzi-maya said...

rizaa.. pekabo weyhh? bile ko balik sini?

knv said...

betul, aku rasa kita kena seimbangkan subject antara academic dengan non-academic.

wajibkan subject2 macam public speaking, debate, social works, etc.

whatever you have kept in your brain,you need to be able to speak it out loud.

rizza said...

deera.. ye betul

yasmin, byk sgt subjek belum tentu faham kan..

nas.. heheh faham2

maya...shat.... sooonnnn..ko nak jemput aku di airport ke?

ana.. aku setuju ngn ko..