Monday, 26 January 2009

...



[picture from Mr. Google...TQ]

Thursday, 22 January 2009

tag ..award....

Tq Cik Yan, Fid & Nor(jepun mari)....

kita yg ber'blogging' ni mengalahkan artis je kan...leh dapat award... hehehe

The rules of this award are:-

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda




2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda

A. Cik Yan... kenal di alam maya, mempunyai 3 hero yg cute2, yg selalu berurusan dengan coding2 keliling dia.... belum pernah bertemu..

B. Cik Lovebaby @ Fid... kenal alam maya gak, regu pro-susuibu yg sama2 faham apa yg dimaksudkan antara satu sama lain..hehheh, mummy kepada Akif yg masih BF, sudah ketemu..

C. Nor... mommy kepada 2 H, dok kat Jepun, sangat kreatif dan inovatif bab2 homeskool..
kenal di alam maya juga ye... belum ketemu...


3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya..

lemah longlai aku nak buat ni wei....

  1. Hobi ... suka kumpul buku masakan terutama kek
  2. Baru reti menulis dia alam maya atas tunjuk ajar Fid
  3. Saya belum ade mood nak 'baking' di tahun 2009 ni...
  4. Saya nak balik Malaysia....
  5. Saya nak gi kelas baking di Malaysia...
  6. Saya pernah bekerja ..walaupun sekejap je... hanya 2 tahun jadik minah kilang
  7. Saya tak suka org yg berkawan kerana tujuan tertentu, suka menggunakan kengkawan demi kepentingan sendiri, kedekut nak tolong org, tapi gile cari duit dan dok kata 'umah tak de apa-apa'...(kalau saya tau.. jgn harap la aku nak bagi kek lagi...jadi ..saya dah tau...buang karen je ada manusia begitu dia kalangan kenalan).. sila abaikan.. ni tgh angin ngan manusia ni.... tak de kaitan ngan kawna2 sekalian...
  8. Saya setia pada kawan yg rasa nak kawan ngan saya
  9. Saya tak de idea le ni..
  10. Saya baru lepas makan Pizza.. anak ku membuat permintaan utk makan pizza ari ni..

Sapa yg dapat award ni?
1. Kak Non Ana
2. Marisa
3. Mimi
4. Hana
5. Madam Za
6. sapa da.... tak de idea....sapa-sapa la


Friday, 16 January 2009

dari surat khabar... 16 jan 09

‘Kampung baru dianggap curi hak tanah Melayu’

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini hari ini bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.

Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.

Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.

Rancangan penempatan tersebut, titah baginda, dilaksanakan ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah dan dari segi lokasi geografi, kampung baru itu lebih hampir dengan bandar berbanding kawasan pembangunan Felda.

Raja Nazrin bertitah, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di kampung baru juga jauh lebih baik daripada apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu.

“Rancangan Briggs sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu. Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

“Raja-raja Melayu malah pernah menzahirkan kebimbangan terhadap pelantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya di Tanah Melayu pada tahun 1948 berasaskan kepada kebimbangan Duli-duli Tuanku itu terhadap apa yang dilakukan oleh Gurney ketika bertugas sebagai Setiausaha Negara di Palestin terhadap penduduk Arab,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, peneroka tanah rancangan Felda hanya berpeluang melalui penghidupan di perkampungan moden 11 tahun selepas dinikmati oleh penduduk-penduduk kampung baru yang dibangunkan melalui Rancangan Briggs itu.

“Bayangkan betapa nasib lebih 112,000 keluarga desa berkemungkinan berada di dalam kategori miskin tegar sekiranya Felda tidak pernah wujud di negara ini,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, rancangan pembukaan tanah melalui Felda adalah contoh ketara kejayaan gemilang program fardu kifayah yang bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kemiskinan bagi ribuan keluarga Islam malah turut membawa mereka menerokai kejayaan yang lebih luas dan besar.

Titah baginda, kejayaan sesuatu idea begitu juga kejayaan sesuatu dasar bergantung pada kejayaan melepasi ujian di peringkat pelaksanaan.

Menurut baginda, Tabung Haji dan Felda bermula daripada satu idea, digubal dasar untuk memberikan roh kepada idea itu lalu ditubuhkan institusi bagi memberikan kerangka dan diterjemahkan kepada projek serta diuji pada peringkat pelaksanaan.

***********

dari sini

dari surat khabar.... 15 jan 09

Boikot AS tidak bawa kebuluran



Mega: Ada juga yang skeptikal tentang kesan kempen boikot produk AS yang dijalankan oleh PPIM. Apa pendirian PPIM?

Dr. Maamor: Bagi kita, ada di kalangan masyarakat Islam yang tidak dapat membezakan antara tanggungjawab dan keperluan.

Kita melancarkan boikot ini sebagai tindakan ke atas serangan Yahudi ke atas penduduk awam Palestin yang amat tidak berperikemanusiaan. Seolah-olah mereka boleh melakukan apa yang mereka suka ke atas rakyat Palestin.

Tindakan boikot ini juga dilakukan kerana sejarah membuktikan yang Yahudi ini memusuhi semua tamadun bukan hanya tamadun Islam sahaja.

Inilah yang dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 120 surah al-Baqarah di atas.

Akhirnya, boikot ini bertujuan meningkatkan ekonomi orang Islam. Selama ini kita banyak menggunakan produk keluaran AS. Sudah sampai masanya untuk kita mengurangkan pergantungan itu dan mencapai tahap mampu diri.

Keadaan ini membuka peluang kepada usahawan tempatan terutamanya Muslim meneroka dalam menghasilkan alternatif bagi produk-produk yang kita boikot itu.

Apabila mencapai tahap pengeluaran yang mampu diri, negara kita akan lebih dihormati. Sebabnya, kita tidak bergantung kepada import makanan dan bahan mentah.

Pada masa yang sama, ia juga meningkatkan tahap keselamatan negara kerana negara mampu hasilkan teknologi, bahan bakar dan sebagainya sendiri. Kalau kita tidak mulakan sekarang sampai bila-bila pun kita tidak ada peluang.

Ada juga yang bimbang kita akan kebuluran jika boikot produk-produk AS. Adakah ini berasas?

DR. MAAMOR: Saya percaya, boikot yang kita lakukan ini tidak sampai membawa kepada kebuluran.

Yang lebih diharap, tindakan ini mendorong umat Islam menyokong produk-produk tempatan. Sebabnya, barang-barang yang kita boikot ini ada penggantinya.

Antaranya ialah dari segi hiburan. Kita berharap masyarakat Islam dan rakyat Malaysia amnya tidak lagi menonton atau menikmati hiburan yang dibawa oleh AS.

Demikian juga dengan petrol. Boikot mengisi minyak kenderaan di syarikat AS sebaliknya kita ada syarikat minyak tempatan iaitu Petronas.

Boikot juga minum di premis mereka seperti Starbuck. Kita ada banyak kedai dan restoran rakyat tempatan sebagai ganti minum di premis tersebut.

Kita yakin, insya-Allah jika tindakan ini berterusan akhirnya Israel dan AS akan akur dengan kesan kuasa ekonomi ini. Sekarang giliran Palestin tetapi apa yang kita takut selepas ini giliran kita pula.

Apa yang berlaku ke atas Palestin ada hikmahnya. Cuma kita perlu bergerak dan mempersiapkan diri membina kekuatan. Jika sebelum ini, kita beranggapan belum tiba masanya sekarang adalah masanya untuk umat Islam bangkit menghapuskan penjajahan dalam bidang ini.

Sebab itu, kita perlu bersiap sedia. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh-musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda-kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu. (al-Anfal: 60)

Persiapan ini bukan sahaja dari segi ketenteraan tetapi dalam semua aspek bagi menghadapi serangan musuh-musuh Islam. Pendek kata, umat Islam mesti mampu menjadi saintis yang hebat, sarjana ekonomi yang disegani dan pemimpin dalam segala bidang.

Adakah gerakan boikot ini turut disertai oleh negara-negara jiran?

DR. MAAMOR: Memang PPIM ada berhubung dengan rakan-rakan serantau. Buat pertama kalinya, kita termasuk di Indonesia, Singapura dan Brunei sepakat dalam hal ini.

Baru-baru ini di Indonesia, kita berjaya kumpulkan kira-kira 200,000 orang dan telah kenal pasti produk-produk yang akan diboikot.

Di London pun ada gerakan yang sama oleh para pelajar kita di sana. Malah, minggu lalu saya turut dihubungi oleh radio BBC. Nampaknya mereka sudah mula cemas terhadap tindakan boikot kita.

Saya melihat semua ini sebagai kesan positif kepada perjuangan umat Islam. Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang kamu selagi mana tidak mencintai saudaranya sebagai mana ia mencintai diri sendiri. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Saya suka memberi contoh kisah Nabi Ibrahim. Sewaktu dibakar oleh Namrud, burung pipit mengambil air dengan paruhnya untuk membantu memadamkan api. Perbuatan itu ditegur oleh burung enggang dengan katanya, usaha kau (pipit) itu tidak mampu padamkan api. Pipit menjawab itu benar tetapi aku lebih takut dipersoalkan oleh Allah kelak kerana tidak berbuat apa-apa untuk membantu kekasih-Nya (Nabi Ibrahim).

Gerakan kita umpama air. Semasa kecil ia tidak mampu mengelak debu tetapi apabila tsunami ia mampu mengubah semua. Sementara menunggu tsunami berlaku, kita kena bermula daripada sekarang.

Isu Palestin ini memerlukan sokongan kuasa besar untuk menyelesaikannya. Apakah desakan selanjutnya yang boleh dilakukan oleh PPIM?

DR. MAAMOR: Kita berharap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) boleh membantu dengan beralih daripada menggunakan khidmat syarikat AS kepada negara lain antaranya China.

Saya dimaklumkan bahawa ada sesetengah produk keluaran China yang dari segi teknikalnya diterima sebagai lebih baik daripada keluaran AS. Demikian juga dengan produk keluaran Jepun. GLC boleh main peranan yang signifikan kerana jumlah kegunaan mereka adalah besar.

Dalam penggunaan tongkang penunda yang digunakan oleh Petronas misalnya, saya difahamkan syarikat dari China menawarkan perkhidmatan pada harga yang satu pertiga lebih rendah daripada syarikat AS. Jadi tak ada sebab mengapa tak mahu beralih kepada China.

Pada masa yang sama, kita juga mendesak agar kerajaan melalui GLC bersikap tegas kepada syarikat-syarikat AS dalam pemberian kontrak dan sebagainya.

Kementerian Pelancongan juga boleh membantu dengan membuat rating semula kedudukan hotel-hotel yang terdapat di Malaysia. Bagi rating yang tinggi kepada hotel-hotel yang mengutamakan produk tempatan.

Sebabnya banyak hotel antarabangsa yang masih menggunakan barangan negara mereka. Untuk itu, kerajaan boleh memilih hanya mengadakan majlis atau acara di hotel-hotel yang ratingnya tinggi dalam penggunaan produk tempatan.

Barangkali kebimbangan paling besar adalah tindak balas AS terhadap boikot ini lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang merudum. Bagaimana mengatasinya?

DR. MAAMOR: Tidak dinafikan kita harus bersedia menghadapi segala kemungkinan. Kita amalkan konsep walak wal barra. Konsep tolong menolong dan saling membantu sesama Muslim dan bertegas kepada golongan kafir.

Sebagai umat Islam kita hendaklah meletakkan pergantungan yang utama kepada Allah. Allah menyebut yang Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

Sebab itu, kalau kita ada kecenderungan bahawa kekuatan diukur pada bilangan yang ramai kita terjerumus kepada jangkaan yang salah. Begitulah yang berlaku pada perang Badar dan Ahzab. Tentera Islam mencapai kemenangan walaupun bilangannya lebih sedikit berbanding musuh.

Sebaliknya, kita kena yakin dengan janji Allah bahawa kemenangan itu akan diperoleh oleh golongan yang beriman. Golongan kafir pun tahu tentang ini. Sebab itu, sekian lama para orientalis menanamkan doktrin supaya umat Islam sentiasa bergantung kepada AS dan sekutu-sekutunya.

Pendapat mengatakan bahawa dengan menyokong produk tempatan maka pendapatan kerajaan berkurang akibat pengurangan kutipan cukai adalah tidak tepat.

Sebabnya, jika semua orang berbelanja pada jumlah yang sama cuma berpindah daripada produk AS ke produk tempatan ia juga akan meningkatkan perolehan kerajaan. Selain itu, boleh mewujudkan peluang pekerjaan di syarikat-syarikat tempatan.

Soal syarikat multinasional gulung tikar itu hanyalah peralihan.

*************

dari sini

aktiviti Hassan...

kami tidak le membuat "homeschool" betul2 pun... hanya sekadar ajar apa yg patut je sementara kami ade masa di rumah ni....

Hassan pun gi skool... heheh kat umah je....
pagi2 lepas sarapan... mula aktiviti sekolah dia... di sebelah aku ni...(sambil2 aku mengadap pc..aku jadik le cikgu dia)

material nye : video pelajaran download dari youtube, buku2, alat tulis, meja tulis/kerusi, laptop/dvd palyer.... yg penting.. gurunya...(umi/bapak)

apa yg dia belajar dalam masa seminggu ni..
1. isnin & rabu - BM, English, Spanish
2. selasa & khamis - Maths, Sains, Geografi
3. jumaat - mengaji Al-Quran, belajar jawi

isnin.. dia dok belajar grammar (english)... penggunaa 's' utk plural.. (dalam video).. jadi dia dah faham la sikit.. kalau car utk 1, kalau byk car jadi cars bukan carses.. dia ingat macam bus.. 1 bus 2 busses..

selasa.. belajar maths.. belajar 'tolak' .. boleh la tau 2-1=1, 5-3=2... basic2 je, kemudian belajar geografi.. melukis 'flag selain australia flag' serta mewarnakan nya.. afganistan, albania, andorra, ...dan beberapa lagi..

rabu... dia nak belajar spanish number.. dapat dia tau nombor lebih dari 10 dalam spanish.... belajar sampai nombor 29... tu pun nak lagi2.. tak henti2 nak belajar... malam2 suruh tido pun ..menagis nak belajo spanish... mak oiiii..... (aku kena la pi cari2 kat youtube spanish2 yg simple2 ..dia tak suka gambar cartoon2 tu... kena la cari yg org dewasa nye belajar yg sesuai utk dia tgk..heheh)

khamis... belajar periodic table... dia nak tgk video periodic table (yg download dari youtube)....dan menulis la apa yg dia ingat..

jumaat.. pagi2 dah belajar mengaji ngan bapak dia... ingat kan semula surah yg baru.. skrg ni tgh belajar jawi.. belajar tulis roti, jus, luka, ekzos, sup... dan belajar tulis arab.. kereta dalam bahasa arab..bas.. dalam bahasa arab... (ni berdasarkan buku rujukan la yee)

waktu dia 'sekolah' ni dari pukul 9am hingga la 12t/h... lepas tu lunch.. dan aktiviti bebas dia.. pukul 3pm baru boleh main......

tu le sedikit sebyk aktiviti Hassan ..

Tuesday, 13 January 2009

Nota berkaitan pertuturan anak-anak...

Sebelum ni aku ade post satu entry berkaitan "speech development" kan...

ari ni baru sampai note/handout yg aku mintak kat speaker tu
( tak byk pun.. sikit2 je dia bagi.... ).... antara serba sedikit yg dia ceritakan/terangkan...

aku akan salin sedikit sebyk apa yg boleh dikongsi disini ok...

*******************************************************************

Communication in the Early Years

(Speech Pathologist- QLD Health)

1. What is communication?
- start from birth
- may be verbal or non verbal
- many ways to communicate : touching, body language, listening, speaking, reading & playing

2. Communication Development under 1 year old

3. Communication Development 1-2 year old
- Children have between 50-200 words that they use regularly
- We able to understand 50-75% of the words they say
- They are starting to put 2 and sometimes 3 words together to make little sentences
(eg. more bikkie, daddy go car)
- They are able to answer simple questions such as 'What's that?' and 'Where's daddy?'
- They can follow simple instructions with 2 key words, such as 'put the ball in the box', give mummy the ball', 'get your hat and the ball'


4. Communication Development 3 year old
- They are using longer sentence of up to five words (most between 3 & 5 words)
- They are using 'and' to start to link sentences and describing words
- We can understand 70-80% of what they say
- They can understand instructions with 3 key words
(give the big ball to mummy) -> when they pay attention !
- They can have a simple conversation
- They are constantly learning new words
- They are using the following sounds :
p, b, h, w, n, ng (as in ring), d, t, k, g, y

5. Normal Development A 4 year old
- Uses longer sentences of up to 4-8 words in length
- We can understand 90% of the sounds they say
- Asks and answers simple questions
(who, what, where, why)
- Generally uses correct grammar
- Talks about experiences, and the future
- They are just starting to use the 'j', 's', and 'z' sounds
- They are using all the sounds except r, th, v and two consonants together (eg. 'st', 'fl', 'kr')


What you can do to help your children learn to listen and talk

1. Strategies to use everyday
- You are the best teacher for your child
- Ensure activities are FUN -> children learn through play
- Child must experience success
- Say Less
- Stress the words
- Go Slow
- Show - use visual helpers, poiting & gestures
- Observe, Wait & Listen
- Be face to face
- Talk to your child

2. With young children
- copy the sounds babies make as this encourages two-way communication and turn taking
- as your child gets older, copy their actions, sound and words
- play simple games such as 'peek-a-boo'
- talk using little, simple sentences - > talk one word above your child's current level
- sing songs and rhymes together
- expand on simple words (eg. if the child says 'car', you say 'push the car')
- praise attempts to talk
- smile and show you are listening
- talk about what is happening; talk about what you are doing; talk about what your child is doing
- when you take children for a walk, or go to the park or other fun places, talk about these places to help them learn new words
- offer choices to help them use a word to choose
- use specific words
- set-up activities to reinforce their understanding of basic concepts (eg. under/behind), by playing obstacle courses or hiding games
- repeating words and phrases again and again and again
- correct imitation
- repeat back what they say and Add One Word
- wait 5 seconds after asking them a question
- use questions and comments to keep the interaction going
- use themes to build vocabulary
- encourage kids to use action words
- encourage kids to tell stories
- encourage kids to talk about the use of objects
- play rhyming games
- encourage kids to listen to beats of the word (syllables)
- encourage kids to listen to the sounds at the start of words especially their names

3. Strategies to boost development.... Reading Books
- Ensure reading FUN -> children learn best when things are fun
- Get FACE to FACE
- Say Less
- Stress
- Go Slow
- Show
- REPEAT, REPEAT, REPEAT, REPEAT

Different types of books
- Books with bright colorful photographs or realistic picture
- Books with rhyme, rhythm, repetition or simple sentence
- Books with nursery rhymes
- Homemade books
- Wordless picture books
- Board books with thick pages
- Interactive books -> with things to touch or do such as make sound, lift flaps or make pictures move
- Short simple story books
- Family photo albums and homemade books with photos
- Books with predictable patterns and repetitive words or phrases
- Simple stories with a main character

There's more than one way to read a book
- You don't have to start at the beginning
- You can skip pages or not finish the book
- You can just talk about the pictures and not read the words
- You can change the words
- You can read the same book over and over again, even in one sitting

For children starting off with books -> books may not even be something to 'read' yet, but to use in different ways

Books lay the foundation for reading and writing

4. Strategies to boost development ... Communication
a) Speech
- corrected imitation
- work out which sounds are difficult
- tell the child how to make the sound
- sound play
- targeted activities
- practice short words -> longer words -> sentences
- is it a tat or a cat?
- be face to face
- use mirrors

b) Voice & Fluency
- need to be referred for specialist assessment
- try to reduce the amount of yelling, screaming & shouting
- encourage to slow down their rate of speech
- encourage to say the words - avoid word avoidance
- encourage shorter phrases


****************

ni antara nota nye... saya hanya taip semula je....
jika ade masalah ngan anak anda.. jumpa pakar terapi kanak2 @ 'speech pathologist'

Tag dari Cik Yan

Tag dari Cik Yan..

TQ Cik Yan..aku cuba buat ye...aku tak de idea la apa nak tulis.. hentam je la ye..

The rules: Link to your tagger and post these rules. List 8 random facts about yourself and tag 8 people.

Tukang bagi tag : cik Yan

Tagging: semua dah kena tag...


Fakta rawak tentang saya .......berapa byk rawak daaa.....

  1. saya memang simple...
  2. saya dah lama tak memandu kereta... kandang2 je.. tu pun jadik macam budak baru belajar memandu....
  3. saya pernah 'accident' kereta ... hingga amat teruk kereta tu dan jadik fobia (dulu2 la ye)
  4. saya suka makan coklat...
  5. saya suka "window shopping" kedai buku...sampai lupa diri...
  6. saya suka lepak2 di rumah bersama keluarga di hari minggu...
  7. saya tak allergic bau minyak wangi yg menyengat.... boleh pitam ooo...pening
  8. saya tak suka makan kambing....

Myself

First name: xxx xxx xxRIZA
Name you wish you had: no
What do people normally your name as: Fariza/Zaza (alam nyata), Rizza (alam maya)
Birthday: 3 March 1976
Birthplace: Petaling Jaya
Time of birth: 3 pm
Single or taken: Taken.
Zodiac sign: Ikan

My appearance
How tall are you: 160cm lebih kurang cik yan kot...
Wish you were taller: ok le ni...
Eye color : dark brown
Current hair color: Black
Short or long hair: lepas bahu
Ever dye your hair a bizarre color: No.
Last time you did something dramatic with you hair: no
Glasses or contacts: Glasses. tak larat nak pakai contact lagi lee
Do you wear make up: kadang2
Paint your nails: No.
Shy or outgoing: dua-dua pun ok..
Sexy or cute: tak tau le ...
Serious or fun: dua2 sekali kot...
A turn on: coklat
A turn off: org yg merokok depan2 aku & anak aku le.. sah2 le kat bus stop .....

This or That
Flowers or chocolates: Chocolate
Pepsi or coke: dua-dua tak minum
Rap or rock: country... hehhe
Relationship or one night stand: Relationship
School or work: dua2 idak pun..
Love or money: boleh la..
Movie or music: mana-mana yg berkenan
Country or city: dua2 ikut masa n tempat la..
Sunny or rainy days: winter.... hahhahha
Friends or family: Family

Have you
Everlied: sometime
Stole something: stolen my hubby heart
Smoked: no
Hurt someone close to you: may be
Broke someone’s heart: yup
Wonder what was wrong with you: apasal la malas nak start projek baking2 ni...
Wish you were prince or princess: tak kuasa aku nak jadik ....
Like someone who was taken: no
Shaved your head: tidak sama sekali
Used chopstick: tidak
Sang in the mirror to yourself: ooo tidak

Favourites
Flower: gambar bunga je aku minat...
Candy: coklat jee
Song: yg berkumandang ..
Color: biru
Movie: yg rase nye ok
Singer: yg lagu nye aku dengar
Junk food: not sure
Website: blog lee
Location: Toowoomba
Animal : tak suka sgt.. tgk boleh laa
Ever cried over someone: may be
Is there anything you wish you could change about yourself: be better in baking...
Do you think you’re attractive: dont know
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose: hidup alam realiti
Do you play any sports: acara track, volleyball, hoki, ....

selesai....

sekian terima kasih...

Monday, 12 January 2009

Award .... dari fid...

1.Pick 5 Bloggers that you consider as your best blogging buddies and deserves this award for their contribution towards the blogging community, no matter what language.

2.State the name of the author of each blog as well as a link to each one blogs

3.Each blogger (upon acceptance) of this award should do a post and show the award on their blog and put the name and link to the blog that has given her/him the award.

4.Show these rules

Saya telah di tag-awarded oleh Fid

aku bagi award ni kat ... sapa ye... semua nye dah dapat....

sesapa yg sudi... ambil la award ni.... saya dengan rela hati dan gembira nak bagi ni.. sila kan la..

blogrocks1

tqvm...

Tag 2009...

TQVM

Tag dari DabirRemaja

Tag 2009!!!!


1) I'm...


2) I really want to go to...

3) My favourite place...

4) My favourite thing...


5) My Fav Drink...
6) My fav food...

7) My fav colour...

8) I live in...

9) I was born in...
10) My School/College...


11) My fav story...


12) My Hobby...



13) I Wish...




[picture from Mr Google...TQ]

I tag kawan2 blog aku ni..

fid, mimielola, erna, kak non, cik yan, madam za, mrs noba, sya, maya, raihan @ mak alesha... ni le buat masa ni... sila la ye... jgn malu2.. sesapa yg lain nak buat.. sila kan.....



Sunday, 11 January 2009

hanya pandangan dari kami je..

Salam Semua...

Alhamdullillah & Syabas kepada semua dalam usaha memboikot produk dari Amerika.
(sebab setahu aku produk 15r43l tak leh masuk msia)

Semoga saudara Islam kita di Palestin di lindungi Allah dan kita berusaha membantu apa yg terdaya dari jauh.

Di sini saya ingin menambah sedikit sebanyak mengenai "produk yg di boikot"

apa yang di perhatikan, memang ia nye produk dari Amerika, owner nye org Amerika, kilang nye di Amerika & juga franchise dari Amerika... ade juga dalam senarai yang bukan dari Amerika... dari negara lain...ade yg hanya franchise ... amat la kecil impak pada ekonomi Ameriak tu.......Siapa yang kita nak boikot sebenarnya???

ade produk yg diboikot dan tak de lak produk satu lagi diboik'ot sedangkan dari pengeluar yg sama... apa2 pun baca la apa yg tertulis ...sama ade "made in..." atau cari barcode nye dari mana produk tu atau cari sumber2 di internet.. adakah barang tersebut datang nye dari Amerika, owner nye Amerika, etc... buat la sedikit kajian.. jgn main boikot membuta tuli atau bermusim je .. harap2 semua nye sedar la kan..... semua org memainkan peranan masing2...

Apa yang sepatutnya, kita senaraikan barang2/perkhidmatan yang sememang nye dari AMERIKA, ... barangan yg terdapat di Malaysia .... jika ade satu list yg betul dan ade pihak yg buat kajian betul2 maka tak perlu la main turut je senarai barangan yg ade tu..... ade yg memang tak de di jual di Msia langsung ... yg ade dijual di Msia tak de dalam senarai nye....jadi bagaimana sebenar-benar nye kita rakyat Msia yg berada di Msia nak menjayakan proses boikot tu???
dan kita boikot sesuatu keluaran (barangan/servis) yang memberi kesan yang besar terhadap ekonomi Amerika jika kita semua Umat Islam di Malaysia memboikot... tu yg utama.. kemudian baru la kita boikot yg 'anak-anak ikan' ni...(jika yg besar2 ni kita tak terlibat..tak de menggunakan atau membeli.. baru la kita boikot yg dalam senarai yg diedarkan tu..)...

Major Impact (Kesan mendalam) adalah dari perkhidmatan/barangan tersebut:

1.segala urusan BANK yang berkaitan dengan Amerika (credit card, insuran etc) seperti C1t1464k, American 3xpr355, 414, ....etc..... guna aje bank tempatan..

2. Entertaiment (hiburan) yang terang2 datang nye dari Amerika, segala Movie, CD/DVD, TV series yang kita tontong di media hiburan yang memerlukan kita membayar ... harus la kita buat sesuatu. semua rancangan di ASTRO kebykkan nye dari Amerika, kalau boleh unsubscribe ..ok le.. jika kita majoriti berbuat demikian... ASTRO mungkin akan cuba cari alternative lain dengan mengurang kan atau menyekat segala rancangan dari Amerika (jika mereka berani buat la kan).. segala mala Idol, CSI, Hero etc... tak yah tgk kat TV... kita bayar kan??? tgk je kat youtube.. free (kalau nak sgt tgk la...) , segala rancangan cartoon dari Amerika.. tak usah tgk.... cari rancangan tempatan atau buat je cerita pendidikan snediri untuk anak2...segala2 artis dari Amerika.. tak usah le tgk ceritanye... dan juga barang2 permainan keluaran dari filem2 mereka seperti spiderman ke.. superman ke.. cars ke.. apa2 la.. (ni jika betul2 kita nak buat la..) .. tak mati kita tak tgk rancangan mereka kan??? tak yah tgk CNN etc... tgk je yg tak de kaitan ngan Amerika
termasuk juga rancangan bola (liga bola tu le).. pemain2 serta pasukan @ owner nye dari Amerika @ 15r43l tu.. (4r53n4l & MU)... tgk je bola lawan antara negeri kita je...

3. Minyak & Kereta... ni memang antara major impact... E550 & M081L serta F0*d & Ch3vr0l3t.. ini antara yg ade kat msia kan.. beli je kereta Proton & guna minyak Petronas... sebab tu la kita sepatut nye berasa bersyukur dan berbanggan kita ade keluaran dari negara sendiri... kereta proton tak de la teruk benar pun.. semua tu normal bagi semua jenama lain pun.. yg ye nye org2 c1n4 memang tak suka proton , kerana ia nye melayu/islam yg punya.. dari org atasan hingga bawahan.....

4. pakaian berjenama : L1v3'5.. N1k3, antara nye la..(aku tak tau sgt bab brand baju ni).. beli aje brand lain...atau brand tempatan..

ni adalah antara nye yg memang berpengaruh jika kita memboikot bersungguh2

ye masing2 la kita berfikir sejenak dan berusaha membantu antara satu sama lain sebagai seorg MUSLIM bersaudara ... insya'allah

mari la bersatu demi Islam....
jadi la pem'boikot' yg bijak...

Friday, 9 January 2009

Cerita Cuti-Cuti ... Bahagian 5

8/1/2009 - Khamis (Hari 5)

Selesai sudah aktiviti kami melawat Canberra & Sydney.

Tiba la masa untuk balik ke Toowoomba.

Pagi-pagi kami bertolak dari Canberra (3.30 pagi) menuju Toowoomba.
Perjalanan memakan masa secara amnya hampir 16 jam (tanpa mengambil kira berhenti dan sebagainya - kalau ikut kata pak cik google map)... kami drive ..lebih dari tu... (cik abg le yg drive pun.. aku co-pilot je... tolong tgk map, perhatikan simpang masuk.. tgk ade tak hidupan liar melintas... peneman setia....termasuk la Hassan.. time dia tak tido.. di pun sembang ngan bapak dia ....macam-macam)

Kami melalui 'Highway' (kebanyakkan kawasan kampung-kampung),
kami berhenti di setiap pekan besar.
* Yass
* Boorowa
* Cowra
* Canowindra
* Cudal
* Molong
* Wellington
* Dubbo
* Gilgandra
* Coonabarabran
* Gunnedah
* Narrabri
* Moree
* Goondiwindi
* Millmerran
*>>>>>>> sampai Toowoomba


Disepanjang perjalanan kami ini.. kurang kelihatan kanggaru-kanggaru yang terkorban... mungkin hanya 5 atau 6 ekor aje..

Kami berjaya melepasi sempadan New South Wales (NSW) & Queensland senja (7.50 malam).
Sungguh jauh nak melepasi dari hujung NSW ke hujung NSW yang satu lagi...

Untuk pengetahuan, 'highway' yang melalui kawasan kampung atau hutan-hutan, amat kurang nye lampu jalan, dan amat la bahaya memandu laju diwaktu malam (kang terlanggar lak kanggaru ..).

Kami berjaya sampai di Toowoomba dalam pukul 11 malam.

Tamat sudah cuti-cuti kami kali ini.

# Gambar akan di kongsi kemudian .....

>> bersambung

Cerita Cuti-Cuti ... Bahagian 4

7/1/2009 - Rabu (Hari 4)

Kami melawat tempat-tempat yang menarik sekitar Canberra.

Banyak betul tempat-tempat yang menarik & 'educational'... ni kira nye lawatan sambil belajar la buat anak kami Hassan dan kami jua...

Antara tempat yang kami telah lawati
* Cockington Green Garden
* Geoscience Australia
* CSIRO Discovery
* National Museum of Australia

Hassan seronok di tempat-tempat tersebut
1. dapat tengok banyak 'flag' , 'windmill, 'train', bangunan-bangunan, & macam-macam di Cockington Green Garden

2. seronok dia dapat pegang batu-batu dan amat-amat teruja sekali di Geoscience Australia (di ruang foyer bangunan - pameran), dia rasa macam nak peluk-peluk batu tu kot.... kira nye 'practical' la ni.. selalunye dia baca/tgk batu2 dan mineral dalam buku dia je.. kali ni berpeluang tgk dan pegang serta dok baca apa yg dia tau tu....

3. di CSIRO Discovery , Hassan berpeluang melihat microscope dan aku beri peluang dia tengok serangga dan sebagainya melalui microscope tersebut... seronok dia dah tau apa itu microscope, dapat la tgk macam mana 3D nye cerita (kejap je.. intro.. tapi dia pun buat la experiment dia sambil pakai cermin mata khas tu.. kejap pakai kejap bukak.. dia nak tgk apa yg lain nye...hehheh).

4. di National Museum kami sempat sekejap aje... kerana kami sampai disitu sudah pukul 4.30 ptg..tinggal 30 minit aje.. Hassan pun layan je la apa yg ade situ... tengok-tengok pameran

Setelah tu kami pi ronda-ronda Canberra la... kemudian balik motel...

>> bersambung

##################################

Canberra ni ade pelbagai tempat menarik yang memberikan ilmu (jika berminat)...
kami hanya sempat yang itu aje.. tapi rase seronok dan puas hati la jugak...

di bawah ni adalah antara senarai tempat-tempat lain yang menarik
* Questacon National Science & Technology Centre
* National Dinosaur Museum
*
Telstra Tower
*
Canberra Museum & Gallery
* National Capital Exhibition
*
Canberra Space Dome & Observatory
*
National Gallery of Australia
*
Royal Australian Mint
*
Canberra Deep Space Communication Complex
*
Australian Institute of Sport
* etc....

kami rasa, Canberra memang seronok untuk dilawati...

##################################

Cerita Cuti-Cuti ... Bahagian 3

6/1/2009 - Selasa (Hari 3)

Kami 'check out' motel (8.10 pagi), dan meneruskan percutian kami ke destinasi seterusnya ...


Sebenarnya ia adalah destinasi pertama yang kami ingin tuju nye... tetapi setelah diteliti dan dikaji bedasar kan masa kami akan bertolak dari Toowoomba pada 4/1/2009 itu maka kami mengubah jadual perjalanan kami. [1/2 hari utk Sydney & 1 1/2 hari utk Canberra].

Kami melalui 'Southwestern Freeway' - 'Hume Highway' - 'Federal Highway' menuju Canberra yang mengambil masa kira-kira 3 jam lebih.

Sepanjang perjalanan ke Canberra, pemandang cantik, angin lintang kuat dan terdapat 'signboard' kanggaru & wombat [pertama kali nampak... biasenye kanggaru atau koala aje].

Jam 11.15 pagi kami sampai di Canberra.

Kami menujuk ke Canberra Centre , cari makan la....
kemudian 'check in' motel [Hotel Formule 1 Canberra].

Setelah makan, kami berjalan-jalan di sekitar Canberra [memandu kereta la]

Canberra ni OK, tak sesak seperti Sydney.
Seperti berada di kawsan Putrajaya/Shah Alam [kesesakan yang kurang seperti Putrajaya]...

Tempat-tempat yang sempat kami ronda sepanjang 1/2 hari di Canberra
* Brand Depot
* DFO Canberra
[beli barang utk Hassan je... tak de yang aku berkenan... kecuali la sesapa yang suka soping baju2 ke kasut2 ke minyak wangi ke cadar2 ke... ni ok le tempat nye... ]

Bergambar berdekatan/depan/pemandangan
* International Flags Display
[dapat la ambil gambar sikit2 walaupun ade sedikit kawasan yg dalam proses pengubahsuaian 'construction']
* pemandangan berlatar belakang kan Old Parliment House
* mengambil gambar berdekatan Parliment House & sekitar tasik...

Ronda-ronda sekitar kawasan Canberra
[dah malam pun.. bukan nye ade museum ke kedai2 bukak pun.. semua nye tutup pada jam 5 petang... kedai makan ade la yg bukak]

Selesai semua... balik motel la

>> bersambung

Cerita Cuti-Cuti ... Bahagian 2

5/1/2009 - Isnin (Hari 2)


Kami merancang utk menaiki keretapi dari stesen yang terdekat dengan motel iaitu stesen Liverpool. Ini setelah dibuat kajian dan diketahui bahawa 'parking' di Sydney amat la mahal dan tak berbaloi. Maka kami menunggu teksi untuk ke stesen (11.15 pagi). Setelah teksi sampai, pakcik drebar teksi tu kata laluan keretapi dari Casula/Liverpool sedang dalam proses pengubahsuaian, jadi jika nak naik keretapi terus ke Circular Quay mungkin kena naik turun bas dan tukar keretapi dan sebagainya... (kami dah pernah alami masa di Gold Coast), jadi memandang kan masa kami memang utk 1/2 hari dan atas rasa percaya pada pakcik drebar tu, kami meminta dia menghantar kami terus ke Sydney Opera House (sampai di sana pukul 12 tengah hari).

Sepanjang perjalanan dalam teksi menuju ke Sydney Opera House (Circular Quay),
kami perhatikan.. amat le sesak jalan raya nye, banyak tol dan mahal lak tol nye.

Maka bergambar la kami di depan Sydney Opera House.
Di situlah tempat tarikan pelancong yang terkenal ...untuk bergambar aje la..
kalau nak masuk kena la bayar dan tak berbaloi bagi kami....

Di kawasan berdekatan, kami dapat mengambil gambar Sydney Harbour Bridge (dari jauh le)

Kebetulan waktu itu terdapat sebuah kapal penumpang yang amat besar (ala-ala Titanic) sedang berlabuh. ade la gambar nye juga.

Setelah puas bergambar di Circular Quay, kami menaiki keretapi dari stesen Circular Quay menuju ke stesen St James, ingat kan nak pi naik Sydney Tower.. punya la ramai manusia dan amat la mahal tiket nye... tak jadik la .. amat-amat tak berbaloi...

Kemudian kami berjalan kaki ke stesen Monorail yang berdekatan (stesen City Centre),
Hassan nak sangat naik monorail. Kami beli tiket utk sehari (day pass), dapat la pusing2 sekitar city dengan monorail, baru 2-3 round Hassan dah terlena...

Kemudian kami turun di stesen monorail (stesen Harbourside) berdekatan dengan Australian National Maritime Museum. Kami menghabiskan masa petang sebelum tutup nye muzium tersebut (tutup pukul 6 petang waktu summer... biase nya 5 petang) .

Setelah puas mengambil gambar di sekitar Harbourside, kami menaiki monorail semula ke stesen City Centre dan berjalan ke stesen St James (keretapi) untuk menaiki keretapi menuju ke stesen Liverpool. Disebab kan laluan keretapi ke stesen Liverpool dalam proses pengubahsuaian, keretapi yang kami naiki berhenti di stesen Fairfield dan kami terpaksa menaiki bas yang disediakan utk menuju ke stesen keretapi Liverpool. Di stesen keretapi tersebut kami menunggu bas yang melalui jalan berdekatan motel.

Di Stesen kertapi Liverpool, punya la mengong, signboard di atas (tempat ruang legar stesen), menulis nombor xxx tetapi bila turun di platform nye pulak tulis nombor yyy, xxx nye tak de...
tunggu le mana2 driver bas yang ade dan bertanya. memang memeningkan sistem derang hampeh....

Bas pun berhenti berdekatan motel. Lebih kurang pukul 9 malam kami kembali semula ke motel. Tidur dan bersiap utk perjalanan seterusnya.

>> bersambung

##################################

apa-apa pun Sydney tak le 'best' mana pun... yg derang dok kata syiok ...aku pun tak tau apa.. yg terkenal tu Sydney Opera House la... atau soping2 kot..(tak pi pun)

NSW/Sydney... papan tanda amat la kurang,tak betul langsung..merepek, jalan nye amat la teruk , simpang nye tak jelas, tak seindah dalam map (map beli ke map google ke..sama je), malah rase streesss kat Sydney... memang le ramai manusia...

dan org putih/tempatan tak friendly (mungkin sebab dah ramai benor org2 yg tak friendly dari asia [m3layu & c1na] yang wat pasal.. tu pasal depa pun tak friendly... seperti kebanyakkan org2 msian yang amat2 la kedekut senyuman seperti yang mereka buat kat msia la.... maka org2 putih ni pun jadik menyampah nak senyum kat org2 asia .. )... disini boleh nampak jelas... bila sesuatu tempat tu terlampau ramai org2 yang buat 'dono' dan 'eksen'... bukan takat sesama msia je malah ngan org2 tempatan pun depa wat gitu.. maka impak nye pada pengunjung luar dari NSW seperti kami...yg amat la friendly ....(syiok lagi kat Toowoomba & Winnipeg...)...

Tolong le sesapa yang dok 'obesi' buat la perangai yg elok.. senyum2 ngan semua bukan nye susah pun... itu la yang dikatakan.. "masuk kandang kambing kita mengembek "... jadik kalau masuk kandang kambing tapi dok sesama keldai je.. macam mana nak mengembek... wat perangai keldai la kan.... jika kita nak rase macam mana org2 putih begitu 'friendly' ngan kita.. pi la tempat yg tak ramai org msia/melayu 'berkampung' atau keluar la dari kepompung 'kampung' anda itu... belajar berdikari dan berkomunikasi... kita akan rase happy dan tak stress pun...

##################################

Cerita Cuti-cuti ... Bahagian 1

Alhamdullillah kami selamat pergi bercuti dan selamat kembali ke rumah kami disini semalam .
Pelbagai cerita ingin aku kongsi bersama sesapa yang sudi membaca blog aku ni ...

[Cerita Cuti-Cuti dari Bahagian 1 hingga 7]

Pertama sekali aku akan ceritakan perjalanan kami ke destinasi percutian kami itu....

SYDNEY & CANBERRA


4/1/2009 - Ahad (Hari 1)
Setelah mengambil kereta sewa yang telah ditempah (8.00 pagi)
[kena sewa kereta la.. kami tak de kenderaan sendiri disini - sewa kereta di syarikat ini],
kami memulakan perjalanan dari rumah kami di Toowoomba (8.30 pagi) menuju destinasi pertama kami iaitu Sydney.

Perjalanan mengambil masa 13 jam belum ditambah dengan masa berhenti rehat dan sebagainya.

Kami melalui jalan 'New England Highway' - 'Sydney Newcastle Freeway' - 'Cumberland Highway' terus menuju ke motel yang telah ditempah di kawasan Liverpool.

Motel : Hotel Formule 1 Casula Liverpool
Antara motel yang murah, ringkas [ade katil, bilik mandi,tv & air-con] dan berdekatan dengan stesen keretapi/komuter.
Seperti dalam perancangan kami, kami akan menaiki keretapi/komuter dari stesen Liverpool ke Circular Quay (Sydney Opera House).

Berbalik cerita perjalanan kami, sepanjang perjalanan menggunakan Highway & Freeway tu..
kami melihat banyak kanggaru ... yang terkorban disepanjang-panjang perjalanan itu , bukan aje kecik, yang besar pun ade, ade yg dah lenyek, ade yg dah kembung, ade yg macam terkorban semalamnye atau sehari sebelum tu... perlbagai posisi... rase nye lebih dari 10... tak terkira la...
bukan itu ade... arnab, echidna pun turut terkorban. Highway/Freeway tu memang laluan lori-lori yang menjadi raja jalan raya... dan juga kereta-kereta yang dipandu agak laju tanpa mengikut peraturan.

Terdapat papan-papan tanda peringatan tentang binatang-binatang ini (sign board gambar kanggaru, dan lain-lain), maka perlu berhati-hati...bukan tanda tu sebagai hiasan jalan je... tapi benar...memang kawasan tersebut ade binatang-binatang tersebut, biase nye mereka keluar diwaktu malam. Jika kereta yang dipandu laju berlanggar dengan kanggaru yang sedang melompat melintan jalan, kanggaru tersebut akan terkorban dan kereta akan remuk... bahaya!. dari sini le bermula nye perkataan "kanggaroo bar", bukan nye hiasan seperti kebanyakkan orang dinegara kita dok letak kat kereta mereka... nak lindungi dari apa???

Pemandangan nya ada indah, melihat hijau-hijau tumbuhan...

Highway yang dikatakan tu adalah jalan seperti jalan raya biase je di tempat kita.. seperti jalan raya dari simpang empat ke teluk intan je.. tetapi jika dikatakan Freeway tu... jalan besar akan tetapi punya la jauh baru ade tempat berhenti/stesen minyak , dan berlambak la sign board ini "no stopping and no turning", memang jauh baru leh berhenti...

jika jalan tu di katakan "Motorway" , ia adalah jalan besar dan ber 'tol'.

Seperti biase, sebelum memulakan trip ke sesuatu tempat, kena la buat sedikit kajian ,
maka pak cik google map telah memberikan laluan yang jauh dan mesti melalui tol, kami mengubah dan mengikut jalan-jalan yang kami kehendaki iaitu tidak melalui tol dan jalan yang menuju terus ke motel dengan mudah.

Perjalanan kami dari Toowoomba melalui pekan-pekan kecil berikut [ade banyak lagi pekan lagi kecil la... sekadar kita lalu je depan tu] dan berhenti seketika ...
* Sepanjang New England Highway
Warwick
Stanthorpe
Glen Innes
Tamworth
Muswellbrook
Singleton
Maitland

*Sydney Newcastle Freeway
berhenti di satu stesen minyak
[kiranya 1/4 dari perjalanan menggunakan Freeway ini sebelum sampai Cumberland Higway]

*Cumberland Highway
di Paramatta, dengan signboard yang agak kurang berkesan (tiada nama highway tertulis, dan juga kurang signboard, salah letak signboard dan sebagainya) menyebabkan kami masuk simpang yang tak sepatutnya , dan setelah berhempas pulas mencari jalan yg betul ...
akhirnye kami selamat sampai di motel tersebut pada jam 2 pagi (5/1/2009), separtutnya kami boleh sampai di situ sebelum pukul 12.30 pagi atau 1 pagi. Mencabar sungguh.

>> bersambung...

Friday, 2 January 2009

Cuti-cuti ......


Cuti-cuti...
antara tempat2 yg bakal kami lawati adalah seperti gambar di atas & dibawah ni ...




Bermula dari 4 Jan 2009 ~ 8 Jan 2009 ...

sehingga bertemu kembali.....

[picture from Mr Google ...TQ]

Thursday, 1 January 2009

Tahun 2009

Selamat Tahun Baru 2009 M