8/1/2009 - Khamis (Hari 5)
Selesai sudah aktiviti kami melawat Canberra & Sydney.
Tiba la masa untuk balik ke Toowoomba.
Pagi-pagi kami bertolak dari Canberra (3.30 pagi) menuju Toowoomba.
Perjalanan memakan masa secara amnya hampir 16 jam (tanpa mengambil kira berhenti dan sebagainya - kalau ikut kata pak cik google map)... kami drive ..lebih dari tu... (cik abg le yg drive pun.. aku co-pilot je... tolong tgk map, perhatikan simpang masuk.. tgk ade tak hidupan liar melintas... peneman setia....termasuk la Hassan.. time dia tak tido.. di pun sembang ngan bapak dia ....macam-macam)
Kami melalui 'Highway' (kebanyakkan kawasan kampung-kampung),
kami berhenti di setiap pekan besar.
* Yass
* Boorowa
* Cowra
* Canowindra
* Cudal
* Molong
* Wellington
* Dubbo
* Gilgandra
* Coonabarabran
* Gunnedah
* Narrabri
* Moree
* Goondiwindi
* Millmerran
*>>>>>>> sampai Toowoomba
Disepanjang perjalanan kami ini.. kurang kelihatan kanggaru-kanggaru yang terkorban... mungkin hanya 5 atau 6 ekor aje..
Kami berjaya melepasi sempadan New South Wales (NSW) & Queensland senja (7.50 malam).
Sungguh jauh nak melepasi dari hujung NSW ke hujung NSW yang satu lagi...
Untuk pengetahuan, 'highway' yang melalui kawasan kampung atau hutan-hutan, amat kurang nye lampu jalan, dan amat la bahaya memandu laju diwaktu malam (kang terlanggar lak kanggaru ..).
Kami berjaya sampai di Toowoomba dalam pukul 11 malam.
Tamat sudah cuti-cuti kami kali ini.
# Gambar akan di kongsi kemudian .....
>> bersambung
3 comments:
mak aiii 16jam..baca ni je pon terasa sakit pinggang
nor
nor..
tak de la sakit pinggang pun.. sewa kete besa ni selesa utk perjalanan jauh & berhenti di setiap pekan kecik ok le... memang jauh tau.. hehhe.. Hassan sampai berapa kali tido bangun tido bangun ..tak sampai2 lagi... heheh
Bestnya bcuti gitu ekk mcm backpacked ler kan..melawat tpt org..best2...
Post a Comment