Friday, 9 January 2009

Cerita Cuti-cuti ... Bahagian 1

Alhamdullillah kami selamat pergi bercuti dan selamat kembali ke rumah kami disini semalam .
Pelbagai cerita ingin aku kongsi bersama sesapa yang sudi membaca blog aku ni ...

[Cerita Cuti-Cuti dari Bahagian 1 hingga 7]

Pertama sekali aku akan ceritakan perjalanan kami ke destinasi percutian kami itu....

SYDNEY & CANBERRA


4/1/2009 - Ahad (Hari 1)
Setelah mengambil kereta sewa yang telah ditempah (8.00 pagi)
[kena sewa kereta la.. kami tak de kenderaan sendiri disini - sewa kereta di syarikat ini],
kami memulakan perjalanan dari rumah kami di Toowoomba (8.30 pagi) menuju destinasi pertama kami iaitu Sydney.

Perjalanan mengambil masa 13 jam belum ditambah dengan masa berhenti rehat dan sebagainya.

Kami melalui jalan 'New England Highway' - 'Sydney Newcastle Freeway' - 'Cumberland Highway' terus menuju ke motel yang telah ditempah di kawasan Liverpool.

Motel : Hotel Formule 1 Casula Liverpool
Antara motel yang murah, ringkas [ade katil, bilik mandi,tv & air-con] dan berdekatan dengan stesen keretapi/komuter.
Seperti dalam perancangan kami, kami akan menaiki keretapi/komuter dari stesen Liverpool ke Circular Quay (Sydney Opera House).

Berbalik cerita perjalanan kami, sepanjang perjalanan menggunakan Highway & Freeway tu..
kami melihat banyak kanggaru ... yang terkorban disepanjang-panjang perjalanan itu , bukan aje kecik, yang besar pun ade, ade yg dah lenyek, ade yg dah kembung, ade yg macam terkorban semalamnye atau sehari sebelum tu... perlbagai posisi... rase nye lebih dari 10... tak terkira la...
bukan itu ade... arnab, echidna pun turut terkorban. Highway/Freeway tu memang laluan lori-lori yang menjadi raja jalan raya... dan juga kereta-kereta yang dipandu agak laju tanpa mengikut peraturan.

Terdapat papan-papan tanda peringatan tentang binatang-binatang ini (sign board gambar kanggaru, dan lain-lain), maka perlu berhati-hati...bukan tanda tu sebagai hiasan jalan je... tapi benar...memang kawasan tersebut ade binatang-binatang tersebut, biase nye mereka keluar diwaktu malam. Jika kereta yang dipandu laju berlanggar dengan kanggaru yang sedang melompat melintan jalan, kanggaru tersebut akan terkorban dan kereta akan remuk... bahaya!. dari sini le bermula nye perkataan "kanggaroo bar", bukan nye hiasan seperti kebanyakkan orang dinegara kita dok letak kat kereta mereka... nak lindungi dari apa???

Pemandangan nya ada indah, melihat hijau-hijau tumbuhan...

Highway yang dikatakan tu adalah jalan seperti jalan raya biase je di tempat kita.. seperti jalan raya dari simpang empat ke teluk intan je.. tetapi jika dikatakan Freeway tu... jalan besar akan tetapi punya la jauh baru ade tempat berhenti/stesen minyak , dan berlambak la sign board ini "no stopping and no turning", memang jauh baru leh berhenti...

jika jalan tu di katakan "Motorway" , ia adalah jalan besar dan ber 'tol'.

Seperti biase, sebelum memulakan trip ke sesuatu tempat, kena la buat sedikit kajian ,
maka pak cik google map telah memberikan laluan yang jauh dan mesti melalui tol, kami mengubah dan mengikut jalan-jalan yang kami kehendaki iaitu tidak melalui tol dan jalan yang menuju terus ke motel dengan mudah.

Perjalanan kami dari Toowoomba melalui pekan-pekan kecil berikut [ade banyak lagi pekan lagi kecil la... sekadar kita lalu je depan tu] dan berhenti seketika ...
* Sepanjang New England Highway
Warwick
Stanthorpe
Glen Innes
Tamworth
Muswellbrook
Singleton
Maitland

*Sydney Newcastle Freeway
berhenti di satu stesen minyak
[kiranya 1/4 dari perjalanan menggunakan Freeway ini sebelum sampai Cumberland Higway]

*Cumberland Highway
di Paramatta, dengan signboard yang agak kurang berkesan (tiada nama highway tertulis, dan juga kurang signboard, salah letak signboard dan sebagainya) menyebabkan kami masuk simpang yang tak sepatutnya , dan setelah berhempas pulas mencari jalan yg betul ...
akhirnye kami selamat sampai di motel tersebut pada jam 2 pagi (5/1/2009), separtutnya kami boleh sampai di situ sebelum pukul 12.30 pagi atau 1 pagi. Mencabar sungguh.

>> bersambung...

2 comments:

sayangibu said...

seronoknya kak rizza berjalan2 di tpt orang ye...citer laaa lg...:) jgn lupe tempek gambo...

Anonymous said...

padan lah tak nampak btg idung kat YM. Hehe...
Siok lah Hassan ronda Ostolia... :)