Wednesday, 31 December 2008

tag dari cik fid...

Dari FID (CIK LOVEBABY):

Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

apa la aku nak "goreng" ni.... cik fid.. tqvm... aku bab2 tag ni amat le lemah... ni aku cuba la buat... sebelum tahun baru ye.....


1. saya adalah saya...

2. saya sudah berkahwin dengan suami saya ...

3. saya mempunyai seorang anak lelaki...

4. saya seorang yang garang.... betul ke ??? (garang kat anak sendiri je)

5. saya suka warna biru.... saya tak suka warna "pink"... (hingga berebut dengan anak saya yg juga berminat dengan warna biru...)

6. saya olahragawati sekolah saya(sekolah kat kl tu) dulu2 la...sekolah kat bbb tu saya tak menyertai apa2 acara balapan sebab saya rasa saya tak kuat lari (ade minah2 yg terror lari)...

7. saya amat suka berjalan kaki @ berlari (balapan/merentas desa).. saya boleh berjalan tanpa henti lebih dari 45min~1jam hingga la sehari suntuk pun boleh

8. saya suka buat koleksi buku masakan & kek...

9. saya tidak suka menggunakan kata ganti diri "I" & "You" melainkan dalam ayat english lee.. (sebab tu le saya lebih suka menggunakan kata ganti diri "aku & "ko" atau nama saya & nama yang ditujukan...atau tanpa kata ganti diri)... saya memang begitu..

10. saya ade ramai kawan...& lawan (kot)...saya suka berkawan ..jika kawan tu seorg yang bagus dengan saya tidak membuat sesuatu yg pelik2 hingga saya rase "pelik"... saya akan berkawan dengan nye sampai mati (kalau tak saya akan simpan alamat/no phone nye le... sampai bila2...).. saya masih menyimpan buku alamat kawan2 saya sejak sekolah rendah ...
saya suka buat koleksi... kemudian saya akan buat "jejak kasih" mencari semula kawan2 yang "hilang"...

11. saya tidak pandai mengarang cerita , bahasa saya tidak le sebagus kawan2 lain...(blog ni dah terjebak ankara ko le fid...terpengaruh..heheh)

12. saya amat mudah memberikan senyuman pada sesapa yang bertembung dengan saya (ni terpengaruh ngan sikap org putih yang amat peramah & sentiasa tersenyum bila bertembung tanpa mengira apakah agama, bangsa kita & walaupun tak kenal sekalipun...)... sesiapa yang pernah ternampak seorg perempuan yg tersenyum kepada anda atau suami anda... itu hanya la senyuman sedekah.. jgn perasan saya nak mengatal/mengorat suami anda...

13. saya kadang2 amat mudah menjadi peramah.. bila rasa tak perlu..adalah lebih suka senyap aje...

14. saya menyertai PALAPES di uitm dulu2 lee hingga tamat pentauliahan... saya amat suka aktiviti itu...

15. saya suka pergi sekolah awal2 pagi... (kalau boleh sesudah subuh pun ok..)... saya akan jadi org yang pertama sampai ke kelas.... (saja suke)... saya akan menagis (masa kecik le) sekiranya saya rasa saya terlambat pergi sekolah.... (bukan lambat pun... sebelum loceng sekolah tu bunyi je...) ... tak ya.. tanya mak saya....hehehh

16. saya nak balik MALAYSIA!!!!! saya sayang negara saya walaupun saya dah dok obesi lama2... saya tak kisah.. saya anak MALAYSIA!!!.. saya bangga jadi warganegara MALAYSIA... tiada tempat yang lebih baik dari tanah air sendiri.... pi obesi sekali sekala ..holiday boleh la... tapi dok lama2 lebih 2 tahun tu... cukup la ....(melainkan terpaksa.. )

hanya ini sahaja yg saya ingat secara rawak...

sekian terima kasih....

Friday, 26 December 2008

Anak Melayu Boleh!!!!

SYABAS!!!!

(walaupun tak tau sapa dia.. tapi berjaya membuktikan sesuatu ...bersama-sama suami nye ....)

ni le bagus.. ade Keju HALAL....

kalau sesapa nak wat bisnes tu... buat le bisnes lembu tenusu.... boleh join ngan mereka ni.. mereka memerlukan susu-susu lembu.... (baca la kisah seterus nye )

kalau nak buat pizza... alang kah seronok nye kalau kita dapat yg betul2 buatan MALAYSIA dan yg pasti nye org Islam yang buat dan menjaga Halal nye....

Alhamdullillah....

semoga mereka ni diberikan keuntungan dan keberkatan demi membantu umat Islam....

fardu kifayah ni....



Keju Mozzarella Segar, Buatan Malaysia

Oleh Sakina Mohamed

LANGKAWI, 26 Dis (Bernama) -- Kehebatan dan keenakan rasa keju mozzarella, yang begitu sinonim dengan negara Itali, terbukti kini boleh ditandingi pengeluar tenusu di Malaysia.

Lebih istimewanya keju mozzarella yang dihasilkan oleh pengusaha di Malaysia adalah kerana ia mengguna susu kerbau dan dibuat dengan tangan, iaitu dua ciri utama yang menentukan keaslian dan keenakan keju mozzarella.

Ramai antara kita yang sanggup membayar harga yang tinggi untuk menikmati keju popular ini, yang unik dengan tekstur yang kenyal dan bertali itu, semata-mata ingin menikmati keenakan rasanya.

Namun kewujudan kedai Friendly Farms Sdn. Bhd. di Langkawi, belum begitu diketahui ramai kerana ia hanya menjual daging halal dan organik sejak dibuka empat bulan lepas. Perniagaan mozzarella pula hanya bermula tiga minggu lepas.

Pemiliknya ialah usahawan Norzana Ghazali, 25, yang berkahwin dengan Michael Bruschi, seorang berbangsa Itali yang berpengalaman luas dalam dunia pembuatan keju.

Norzana, yang lebih mesra dipanggil Yana, mengakui ramai antara keluarga dan kenalannya pada mulanya meragui kebolehan beliau merealisasikan cita-citanya untuk memiliki perusahaan membuat keju mozzarella di Malaysia.

"Ramai yang tak sangka ianya boleh dilakukan. Kalau tidak, tentu sudah ada yang melakukannya, bukan?

"Tapi lihatlah, kami telah pun berjaya menghasilkan keju mozzarella buatan tangan yang sungguh laris sampai kehabisan stok setiap hari", katanya.

LEBIH SEDAP BERBANDING BUATAN ITALI

"Semuanya bermula apabila Yana menceritakan kepada saya hasratnya untuk memilik ladang sendiri", kata suaminya Bruschi, 53.

Setelah mendapat tempat yang sesuai, mereka mula memikirkan mengenai perniagaan yang sesuai diusahakan.

Bruschi berkata, pada mulanya, beliau hanya mencuba-cuba membuat keju mozzarella dengan bahan yang sedia ada. Namun kegagalan yang berulang membakar semangatnya untuk terus mencuba sehingga berjaya.

Seperti isterinya, beliau percaya Malaysia bukan sahaja mampu menghasilkan keju mozzarella, tetapi dapat menghasilkan yang jauh lebih berkualiti daripada yang diimport dari Itali.

Benarkah kenyataannya itu?

"Rasalah sendiri", jawabnya ringkas.

Dan siapa lagi yang arif untuk menilai perbezaannya kalau tidak bukan tukang masak profesional yang pernah merasai keju mozzarella yang sebenar.

Tukang-tukang masak yang telah melalui 'ujian rasa' ini terdiri daripada mereka dari hotel-hotel lima bintang di Langkawi seperti 'The Four Seasons' dan 'The Datai'. Mereka sebelum ini memang telah menggunakan keju mozzarella buatan tangan yang diimport, dalam masakan, tetapi tidak habis-habis memuji keenakan mozzarella Friendly Farms setelah merasainya sendiri.

"Mereka seolah-olah tidak percaya yang kita mampu menghasilkan mozzarella yang sungguh enak dan berkualiti hanya berbekalkan susu kerbau tempatan. Kini, tempahan tak henti-henti", katanya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed merupakan antara yang telah menikmati keenakan keju mozzarella dari Langkawi ini dan telah pun mencatatkan penemuan beliau itu dalam blognya, www.chedet.com.

Penulis sendiri berpeluang merasai mozzarella itu, dan sememangnya keenakannya tidak dapat ditandingi mozzarella yang terdapat dalam pasaran tempatan.

Bruschi menerangkan yang di pasaran itu kebanyakkannya bukanlah mozzarella sebenar, tetapi "fior di latte", yang diperbuat daripada susu lembu.

Fior di latte lebih murah dan senang didapati dan digunakan dengan meluas dalam industri makanan terutamanya perniagaan pizza.

BUKAN SAJA SEDAP, TAPI JUGA HALAL

"Apa yang susah sangat nak membuat keju yang halal?", cabar Bruschi.

Katanya, mozzarella yang dibuat di Friendly Farms menggunakan 'rennet' sayuran untuk membantu proses koagulasi kepada susu supaya ianya dapat bertukar menjadi keju.

Bagaimanapun, katanya, rennet sayuran agak sensitif jadi tidak hairanlah kenapa ramai pembuat keju lebih suka menggunakan rennet anak lembu, yang diperoleh dari perut haiwan itu.

Namun, jika anak lembu itu tidak disembelih menurut cara Islam, maka rennetnya itu tidak akan menjadi halal, sekaligus menjadikan mozzarella tidak halal.

Jadi pada bulan depan, seorang penyembelih berlesen dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan dipanggil ke ladang itu untuk menyembelih seekor anak lembu untuk mendapatkan rennet.

Friendly Farms juga membela beberapa lembu dan anak lembu, termasuk dua dari baka French Limousine. Namanya itu berasal dari kawasan Limousin di Perancis, yang dagingnya diiktiraf sebagai yang terbaik di Perancis.

Ini adalah kerana jualan daging yang dipotong dan disediakan secara profesional merupakan satu lagi perniagaan di Friendly Farms.

"Kalau kamu dari U.S., dan biasa makan daging 'Texas cut', kami boleh menyediakannya untuk kamu. Kalau dari Perancis, dan mahukan potongan cara gourmet? Kami juga boleh buat yang itu", kata Bruschi.

Friendly Farms juga membuat sosej segar, daging burger ala Itali, daging siap dipotong dan banyak lagi.

Lembu-lembu yang dibela hampir kesemuanya baka tempatan yang diberi makan diet organik dan disembelih oleh dua penyembelih berlesen dari Jakim.

DAGING LEMBU TEMPATAN PALING ENAK

Kata Bruschi, walaupun hotel-hotel paling banyak membuat tempahan, tetapi para tukang masak dan pengunjung mereka sukar mempercayai bahawa daging tersebut berasal daripada lembu tempatan.

"Daging Malaysia mempunyai rasa yang paling enak, lebih enak daripada daging dari Australia atau New Zealand. Dagingnya hanya perlu dipotong dengan cara yang betul. Potong dengan betul, dan anda akan dapat keempukan daging yang optimum".

Dan orang yang layak diberi pujian untuk hasil kerja tangannya itu ialah Ismail Morad, anak tempatan berusia 27 tahun, yang berasal dari Langkawi.

Bruschi telah menghantar Ismail untuk dilatih selama 2 bulan di San Marino untuk mempelajari segalanya mengenai industri itu, daripada aspek penyembelihan daging secara profesional, cara-cara untuk memelihara haiwan ternakan, tabiat pemakanan yang sesuai untuk lembu agar dapat memperoleh daging yang empuk serta enak, hinggalah kepada cara yang betul untuk memotong dan menyimpan daging.

Untuk memastikan daging itu kekal segar dan empuk, suasana penyembelihan lembu juga diambil kira apabila ia dijalankan dalam persekitaran yang agak lain daripada kebiasaan bagi industri itu.

Ismail menerangkan bahawa sebuah bilik khas berhawa dingin disediakan untuk menempatkan lembu yang bakal disembelih.

Sebelum disembelih, lembu-lembu dipastikan berada dalam keadaan paling selesa dengan menempatkannya di dalam bilik itu bersama jerami yang secukupnya untuk dimakan.

"Apabila seekor lembu berasa gelisah atau tegang, ianya boleh menjejaskan kualiti daging tersebut", jelas Ismail.

LAKU SAMPAI HABIS, SETIAP HARI

Kedai Friendly Farms agak terpencil dan jauh ke dalam Kampung Nyior Cabang, manakala jalan untuk menyusur ke kedai itu agak sempit sehinggakan hanya satu kereta boleh lalu pada satu masa. Kami sehinggakan terpaksa memandu atas tali air untuk tiba di lokasi tersebut.

Jadi memang menghairankan bila kami dapat tahu pelancong asing hampir setiap hari sanggup melalui jalan yang kecil dan berliku-liku untuk ke kedai itu, semata-mata untuk mendapatkan daging dan keju mozzarella.

Ini kerana selain daripada hotel-hotel, keju mozzarella Friendly Farms merupakan bahan utama dalam senarai membeli-belah bagi golongan ekspatriat yang menetap di Langkawi selain golongan kaya-raya yang tinggal di atas kapal layar mewah berjuta-juta ringgit, yang berlimbung di Telaga Harbour.

Yana menjelaskan bahawa ramai yang tertarik dengan keju mozzarella tersebut kerana ia tidak menggunakan mesin seperti yang terdapat di pasaran, yang boleh menjejaskan keenakan serta kuantiti keju yang dijual.

Namun, mozzarella Friendly Farms hanya dijual pada harga RM12 setiap 100 gram, agak rendah berbanding dengan harga mozzarella di pasaran yang kebanyakannya dihasilkan dengan mengguna mesin dan susu lembu.


ADA MASALAH, TAPI PANTANG BERALAH

Disebabkan kesukaran untuk mendapatkan susu kerbau, Friendly Farms juga menawarkan fior di latte, walaupun susunya perlu dicari di serata ceruk pulau dan tanah besar.

"Masalah utama ialah untuk mendapatkan susu itu. Nak buat keju halal bukan suatu masalah. Tapi untuk menghasilkan keju mozzarella buatan tangan yang enak dan berkualiti, kami perlukan 200 liter susu. Tapi sekarang ini, sukar untuk mendapatkan susu kerbau dalam kuantiti yang sebegitu banyak, jadi kami juga menawarkan fior di latte".

"Sebenarnya Malaysia mempunyai potensi untuk menghasilkan susu yang cukup untuk kegunaan tempatan dan eksport, tapi masalahnya sekarang ada sesetengah golongan petani tidak faham bahawa lembu-lembu ini perlu diberi makanan yang betul dan secukupnya dan susunya perlu diperah dengan kerap", katanya lagi.

Dia juga menyuarakan kesedihannya melihat sesetengah petani yang bekerja dengan organisasi tertentu yang turut 'bercuti' memerah susu lembu pada cuti umum dan menyebabkan lembu itu menderita akibat kebengkakkan sekaligus menjejaskan penghasilan susu.

Dia berkata, petani di Malaysia mampu mengaut keuntungan sehingga RM20,000 sebulan hanya dengan menjual susu, jika mereka tahu caranya.

Bruschi berkata, beliau sanggup memberi latihan percuma kepada golongan petani tersebut dan menjaminkan jualan susu dari ladang mereka.

"Kita boleh sama-sama untung dengan cara ini", katanya lagi.

Dia menjelaskan lagi bahawa keju berkualiti diperoleh daripada susu yang berkualiti di mana penghasilannya bergantung kepada diet lembu-lembu tersebut.

Seekor lembu yang diberi jumlah lemak, karbohidrat dan mineral yang berpatutan akan menghasilkan keju yang unik rasanya yang tidak mampu ditiru oleh pengusaha keju lain di serata dunia.

RANCANGAN MASA DEPAN

Bruschi menerangkan bahawa Friendly Farms merancang untuk menghasilkan 15 jenis keju pada tahun 2009.

Namun, katanya, masalah utama yang masih perlu diatasi adalah isu mendapatkan bekalan susu berkualiti.

"Malaysia memang berpotensi tinggi untuk menjadi peneraju dalam pengeksportan hasil tenusu yang berkualiti, tetapi kita masih bergantung kepada hasil eksport dan membelanjakan berjuta-juta ringgit ke atasnya.

"Kita memang boleh menghasilkan keju yang enak, atau menghasilkan apa jua yang dihasilkan oleh negara lain dan menghasilkannya dengan lebih baik.

"Ianya boleh menjadi industri berbilion ringgit bagi Malaysia... ianya sudahpun menjadi industri berbilion dollar di dunia, jadi perkara itu tidak mustahil, cuma kita perlu betul-betul mahu", katanya.

Katanya, tiap-tiap tahun, pengguna menghabiskan begitu banyak wang untuk produk tenusu termasuk keju yang sebenarnya bukan pun bahan yang biasa digunakan dalam masakan tempatan.

"Namun tak dapat dinafikan tetap ada pembelinya, jadi permintaan itu memang wujud. Sudah tiba masanya kita tidak lagi bergantung kepada hasil eksport", katanya.

-- BERNAMA


dari sini

petikan dari surat kabar ...

Tahap penyusuan badan rendah di kalangan ibu-ibu

KUALA LUMPUR: Budaya penyusuan badan di kalangan ibu-ibu di Malaysia sangat rendah - hanya 14.5 peratus daripada mereka memberikan susu badan kepada anaknya sehingga berumur enam bulan, menurut statistik Kementerian Kesihatan.

Ini disebabkan kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan daripada anggota keluarga dan kakitangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik saja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan.

Sebab utama lain ialah makanan bayi komersial yang ada menggambarkan ia adalah sama jika tidak lebih baik daripada susu badan.

Bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan badan di negara ini, kementerian tersebut merangka satu kod etika produk formula bayi yang berkuatkuasa Ogos lepas.

Kod etika pertama diperkenalkan pada 1979 yang didapati tidak berkesan.

Salinan kod etika terkini diperoleh Bernama di sini hari ini.

Kod itu memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengiklankan produk komersial bayi yang mungkin dilihat mengatasi kemampuan susu badan.

Ia juga bertujuan memastikan penggunaan formula bayi sewajarnya, berkaitan produk dan makanan tambahan.

Tujuan utama kod itu ialah terhadap pekilang dan pengedar agar jangan memasarkan, mempromosi atau mengiklankan produk itu dalam cara sebagai mencabar atau mengatasi mutu dan kualiti terbaik susu badan.

Penyelidikan menunjukkan susu badan adalah yang terbaik untuk bayi kerana ia memberikan perlindungan terhadap penyakit dan membantu menjalin hubungan rapat antara ibu dan anak.

Mengenai kod itu yang dikaji semula, jururawat kesihatan kanak-kanak Tan Bee Lan berkata ia satu langkah yang sangat baik kerana syarikat menggunakan ibu yang mengandung, pekerja kesihatan, doktor dan malah kanak-kanak sekolah mempromosikan produk mereka.

“Kini diharap dengan kod yang lebih terkini dan berkesan ini, ibu-ibu janganlah terpengaruh dengan memberikan susu formula kepada bayi mereka,” katanya.

Tan yang bertugas dalam bidang ini selama 30 tahun berkata susu badan secara idealnya hendaklah merupakan satu-satunya sumber makanan untuk bayi sehingga sekurang-kurangnya enam bulan. - Bernama

artikel dari link ini

Wednesday, 24 December 2008

Snow..Blizzard & Wind Chill.....


dari linik ini


Winter.. Snow... nampak cam best kan... nampak je.. setakat tgk je memang best.... kalau dapat rase 1 jam ..2 jam... 1 minggu..1 bulan tu ok le.. tapi kalau 5 bulan winter dalam masa 1 thn.. kalau 2 tahun..3 tahun....mau rase tak de apa2 perasaan kan.. lebih2 lagi kalau suhu memang akan cecah negatif (-).... rasa cam dok dlm peti sejuk kat yg atas tu je... oooo sejuk...

jadik sesapa yg rase nak pi canada tu.. sila2 la cari info yg lebih... bab2 winter kat sana terutama Winnipeg.. memang sejuk berbanding Torronto atau Vancouver...(dulu le.. tapi le ni rase nye...semua canada selalu blizzard ....snow tebal....)

gambar2 koleksi aku tak de dalam simpanan... kat msia semua nye... aku amik le dari mana2 web yg seakan2 aku nampak dulu2 le....



dari link ini

cam best kan.. tapi tinggi snow ni...paras peha pun leh cecah (bila berlaku blizzard).. cam leh berenang je kan....


dari link ini

ni le keadaan snow yg merata2.... jenuh gak nak jalan.. kena hati2.. kalau kena yg "ice" mau terlentang..... ngan pakaian yg tebal mengalahkan astronaut..


[picture from Mr Google... TQ]

gambar di atas ni.. adalah salah satu contoh.. jika berlaku blizzard.. lagi teruk pun ade gak..
aku pernah alami... macam merentas lautan banjir.. paras pinggang kot.. lupa...tapi banjir snow... ngan sejuk ngan rasa nak membeku je tgh2 jalan hehhe

sebenar nye.. aku nye post kali ni... aku teringat kat "snow" di Winnipeg ..waktu2 cam ni bulan desember ni.. snow memang tebal.... rindu gak sekali sekala... setakat rindu tgk le...
merasa udara sejuk gila tu.. sedap oooo.. terasa masuk terus ke paru2 bila bernafas..
sejuk2 tu... segar.....
sini mana ade snow... hujan pun kejap ade kejap tak de...

ni ade sedikit panduan n info pasal Wind Chill ..jgn main2 sejuk2 kalau bawah paras beku tu.. boleh putus jari.. tak pun telinga...silap2 leh mati beku tengah snow...hehheh ngeri..
kalau tak hati2 berpakaian...


Wind chill

The wind chill factor is the method used by weather forecasters to tell us how much colder the wind makes unprotected skin feel. So why do meteorologists say it's ‑10 with a wind chill factor that will make it feel more like ‑18? Why don't they just say it's ‑18?

The wind doesn't actually change the temperature outside, but the temperature we feel is not the air temperature but our skin temperature. A person will sense that it's colder because the wind steals body heat by blowing away warm air that surrounds the skin. This means the wind chill factor is not a factor for inanimate objects like rocks, cars and snow – they will all maintain the same temperatures no matter how strongly the winds blow.

The new wind chill index adopted in 2001 uses a mathematical model developed at Environment Canada that approximates how skin temperature, especially on the face, changes with various air temperatures and wind conditions.

The math was put to the test in the research labs of the Department of Defence in Toronto. A group of 12 volunteers, six men and six women, went through clinical trials in a refrigerated wind tunnel to see how the model held up in a real-world situation.

Environment Canada also warns of the level of risk of frostbite associated with a wind chill factor. For example, when the wind chill is from ‑28 to ‑39, exposed skin can freeze in 10 to 30 minutes.

Before 2001, Environment Canada would calculate wind chill as how much energy (or heat) the body loses per second depending on how much skin is exposed to the wind. Wind chill was measured in watts per square metre, with values ranging from 1,000 to more than 3,000.

But because a wind chill factor of 1,500 watts/m² is meaningless to most people, the value was translated to the temperature it would have to be to cause the same degree of heat loss without any wind. This is called the wind chill equivalent temperature – what you hear when meteorologists say, "Dress warm. It's ‑10 but with the wind chill factor it will feel more like ‑18."

Different countries use different formulas to calculate the wind chill factor and the wind chill equivalent temperature. However, they are all based on research conducted by scientists Paul A. Siple and Charles F. Passel in the 1940s, later used by the U.S. army to develop warmer clothing for soldiers. The research found that the rate at which water freezes depends on three factors: how warm it was to begin with, the outside temperature and the wind speed.

Canada and other countries adopted the wind chill index as a public health tool so people could protect themselves from cold-related ailments such as hypothermia and frostbite. This is especially useful for those who are going to be outside for long periods of time, whether snowmobiling or shovelling the driveway.

Hypothermia results when body temperature falls below 35 C. Symptoms include drowsiness, impaired co-ordination and weakness. It can also be fatal.

Frostbite is the result of skin freezing. It causes swelling, redness, tingling and burning. Skin turns white and waxy as the frostbite progresses. Infection and loss of extremities can result.

Frostnip is a condition where ice crystals form under the skin. Chilblains occur when bare skin is exposed to cold water, or when wet skin cools. The skin itches and swells. Chilblains can lead to gangrene.

According to Statistics Canada, 111 Canadians died from effects of the cold in 1997. Ninety-two of them were victims of hypothermia. Two cases of chilblains were fatal that year, and one person died from conditions resulting from frostbite of the hand.

Quick facts

The coldest wind chill recorded in Canada was at Pelly Bay, Nunavut, on January 13, 1975, when 56 km/h winds (a wind chill factor of 3,357 watts/m²) made the temperature of ‑51 C feel more like ‑92 C.

The average high temperature in Yellowknife in January is ‑23.9 C. The average low is ‑32.2.

Temperatures in Ottawa are similar to those in Russia's capital. For the month of January, Ottawa's average high is ‑6.3 C and average low is ‑15.5 C, while Moscow's average high is ‑7 C and average low is ‑13 C. Average highs and lows for July, the warmest month, are also close for the two cities.

The wood frog, which is commonly found across Canada, has what's called freeze tolerance. In winter, the wood frog hibernates on land, usually using only a pile of leaves for shelter. Because this leaves it exposed to the cold, frost penetrates its skin and freezes its internal organs, halts blood flow and stops respiration. The heart stops beating and muscles stop moving. The wood frog's body functions return to normal when it thaws.


TV part 2

ni sambungan nye ye..

sebenarnye aku tulis entry TV ni sebab aku sendiri dah tgk depan mata aku.. apa terjadik

Hassan memang suka belek buku.. dan byk aktiviti dia la kan....kurng tgk TV.. tetapi ade 1-2 rancangan kanak2 yg bagus aku benarkan termasuk 1-2 cartoon yg ok dan dia suka tgk..

pada satu ketika ..
kami agak "tidak tegas".. jadik benarkan la dia tgk rancangan kanak2 n cartoon kegemaran nye
dari pagi pukul 9am ~ 10am & pukul 3pm ~ 4 pm.. hari2.. dan "benarkan" dia main mainan dia (Lego) dari pagi sampai ptg...

sudah nye... dia tak nak ikut apa arahan kita.... mula memberontak...

disini aku nampak point nye...
iaitu ..jika kita turutkan sgt.. anak kita "susah" dia nak ikut cakap kita..

bila suruh baca buku (ala buku ABC je..)...menangis2.. apahal kan...
bila suruh baca ALif Ba Ta.. menangis2....
bila suruh ..mula la tak mau ikut...

memang la masih kecil..tapi impak nye besar....

dari situ.. dah nampak... ade silap nye....

iaitu ..terlalu "membenarkan" dia menonton Tv & bermain tanpa disiplin.... tiada tegahan & ketegasan....

apa lagi.. bermula la episod "opps pembersihan & pemantauan"..bersihkan balik karat2 yg ade...yg dah bersawang tu....
kena la di beri "syarahan" dan penerangan....

di suruh juga baca(ingatkan balik apa yg dia tau dulu tu..)...
mula2 memang menangis.. tak mau....
ni dah mula nampak dia nak buat perangai.. tak nak ikut arahan... kalau tak dibendung.. cam ne nanti bila sekolah??... lebih baik skrg kami cantas mana2 yg perlu...

maka .. setelah berhempas pulas.. kami berjaya mengembalikan HASSAN yg dahulu...
(iaitu... Hassan yg tau macam2 bendera, yg tau capital city.. yg tau ABC, yg tau alif ba ta...)
He's back!!!

sebenarnye Hassan pun gembira gak.... dia dah mula aktif bermain ngan ilmu2 yg dia tau tu..
silap kita ibu bapa... yg buat dia leka ngan TV & mainan.......

kami siap kan satu "rules"

pagi adalah waktu belajar.. tak kira la nak menulis ke nak baca buku ke.. nak bercakap je ke... nak pusing2 satu rumah ke.. nak tgk2 apa ade kat dlm umah je ke...asalkan sesuatu yg berkaitan ngan apa yg dia telah belajar... (bukan teruk sgt pun...) atau waktu keluar naik bas pi town.. dia baca la apa2 tulisan yg dia nampak atau bercerita ngan aku dlm bas apa yg dia nampak sepanjang dlm bas tu le...

[kecuali ade sikit kelonggaran ...jika dia berjaya ikut arahan ....biase nye baca buku atau menulis beberapa perkataan yg mudah2 le... aku puas hati ngan apa yg dia baca/tulis tu... baru kami benarkan dia bermain awal atau tgk TV/dvd cartoon dia sebelum pukul 3pm...]

biase nye ptg bermula pukul 3pm.. waktu dia main.. nak tgk TV sampai la sebelum maghrib....
(rancangan Tv/DVD yg betul2 aku rase manfaat utk dia je.. yg bukan aksi2 melampau ngan perkataan tak bagus utk umur nye tu... elakkan.. aku bagi tgk rancangan cartoon yg bagus utk dia belajar berkomunikasi dan berlatih mendengar perkataan english ni....)

* ade rancangan cartoon yg amat tak sesuai ngan anak2 kita usia muda ni.. maka cuba2 la teliti... agar dia menonton tv utk dia belajar perkataan.. bukan belajar beraksi lasak/bercakap tak bagus...

malam memang waktu tido & sebelum tido.. ingat2 balik apa yg dah diajar (mengaji la.. suruh dia baca Al-Fatihah hingga la surah yg dia dah tau buat masa ni.. Tabbatyada)

& sabtu ahad dia boleh main/tgk tv dari pagi sampai la mlm kalau nak...

jadi bila dah cuba disiplin kan dia ni...

apa yg kami nampak.. memang dia boleh ikut arahan dan peraturan...

waktu pagi ...walaupun tv tu dia boleh bukak sendiri kalau nak tgk.. dia tak bukak pun..
walaupun mainan ade kat bilik mainan .. dia tak amik n main.....
di tunggu sampai pukul 3pm... dia tau bila jam pukul 15:00 tu pukul 3pm la...dia akan bagitau aku...kalau aku terlupa... "Umi dah pukul 3..."

pernah kami benarkan dia main dari pagi .... dia main la.. tapi lepas tu ..dia boring kot ... last2 tgk.. dia amik buku.. pi baca sendiri....

tu le kenapa aku rase.. kita boleh ubah/kawal anak kita selagi masih kecil ni..kerana.. mereka memerlukan "guide" dari kita utk masa depan mereka....

bukan senang nak mendidik anak tau....(kepada adik aku & adik2 sepupuku..), jadi hargai la semua yg ibu bapa kita lakukan demi menjadikan kita insan berguna....dan berjaya

### tambahan :
kalau nak bagi anak tgk TV ..boleh.. bagi tgk rancangan yg bagus.. kalau ade CD2 DVD2 yg bagus.. boleh benarkan.. seperti ..rancangan kanak2... ABC, alif ba ta.... apa2 yg bagus la utk knowledge dia... sebab usia mereka waktu ni... lebih elok utk "listening".. supaya mereka cekap mendengar perkataan2 yg bagus2..... dan belajar mengunakan perkataan2 tersebut...

satu lagi .......LIMIT kan.... apa yg ditonton....
bagi aktiviti lain... (byk oooo)
jalan2 ke.. jogging ke.. buat gunting2 kertas ke.. tampal2 ke... jadi masa nye ade macam2 aktiviti... bukan hanya mengadap TV/DVD aje 24 jam sehari ...

Tuesday, 23 December 2008

TV

TV...

ade yg bagus ade yg tidak

sebagai ibu bapa..HAK KITA utk menentukan apa yg anak kita tonton di TV tu...

adakah kita nak anak kita 24jam mengadap TV?

adakah kita nak anak kita leka ngan Hiburan?

adakah kita nak anak kita leka ngan segala macam rancangan di TV hingga tak nak bukak buku?

adakah kita nak biar kan?????

sanggup kah kita biar anak kita menguasai TV?

di mana HAK kita sebagai ibu bapa????

kita berHAK utk mengHAD kan masa anak kita menonton TV

kita berHAK utk menentukan rancangan apa yg sesuai utk umur anak kita

kita berHAK melarang anak kita menonton TV ketika waktu belajar

kita berHAK ......

mengapa kita perlu LEMAH pada anak kita sendiri?

siapa yg akan menDISIPLINkan anak kita sendiri jika bukan kita sebagai ibu bapa nye?

maka fikir-fikir kan la ....

ingatan buat aku dan sesapa jua ....

kerana jika kita tak mulakan dari skrg..bila lagi?

pilih la rancangan yg sepatutnye dan had kan masa nye....
bukan membenarkan nye menonton apa sahaja jenis cartoon ..sehari suntuk.. hingga menjadikan anak kita seorg pemberontak jika kita melarang/marah pada nye.... adakah patut??

p/s: maaf.. tak de nak tujukan pada sesapa.. tapi aku tulis kerana aku rasa perlu ......
utk ingatan aku.. supaya aku dpt mendisiplin kan diri aku dan jua anak aku..... dan
sesapa jua yg terdetik "apa kah betul tindakan aku bagi anak aku tgk tv 24 jam sehari suntuk" [kalau ade la..]

budaya & keagamaan ?

aku ingin berkongsi sedikit cerita ngan kawan2...

kami mempunyai kenalan disini... sebuah keluarga yg bagus dan benar2 menjaga agama & budaya sebagai seorg Muslim... Suami nye adalah 'org putih' yang menerima hidayah Allah dan menjadi seorg Muslim yg taat (memeluk Islam bukan semata2 utk berkahwin), Isteri nya adalah seorg yg baik dan bagus dalam mendidik anak2 mereka.... anak2 mereka ramai.. tetapi didikan agama penting...no.1.

apa yg aku nak sampaikan disini... betapa kami amat2 'respek' kat mereka ni..
mengapa? walaupun mereka hidup di negara bukan Islam tapi mereka benar2 menjaga Islam...

contoh nye..
1. mereka beratkan didikan agama Islam... dari Solat, makn minum, pergaulan anak2(siapa kawan2 mereka) hingga la pakaian sekolah anak2 nye... diteliti...tak leh ketat2 ...boleh buat jahit baju sekolah sendiri (dibenarkan selagi warna sama ngan seragam sekolah)...sebab tak mau anak mereka pakai pakaian yg "kurang" kain...dan tak elok...

2. mereka tidak mengajar/menggalakan anak2 mereka menyertai apa2 aktiviti keagamaan agama lain seperti meraya kan xmas tu.. (biase nye di sekolah ade la budak2 sekolah kena join aktiviti tu...) tapi mereka tegas bab tu.. amat bagus... kami setuju.. kita kena la tegas kan yg itu bukan budaya Islam... dan itu adalah budaya agama lain.. yg sepetut nye kita sebagai org Islam boleh mengelak dari menyertai nye...
(mereka akan faham jika kita tegas kan ...mereka hormat pendirian kita)

3. mengelak jika ade aktiviti yg melibatkan gereja... seperti majlis garduasi sekolah anak nye yg dibuat di gereja....tindakan ibu bapa yg bagus....

semua ni adalah membentuh sahsiah diri sebagai Muslim yg bagus..

4. walaupun keluarga suami bukan Muslim.. mereka tetap melawat dan jika ade majlis makan malam di rumah ibu bapa suami ...mereka akan pergi 1 jam selepas waktu yg mereka jemput.. ni kerana.. kebiasaan mereka yg bukan Muslim akan "minum2" time sebelum dinner.. mereka tidak mau anak2 mereka hadir diwaktu "minum2" tu.. kerana mereka dah ajar apa yg sepatutnye... (menghindari adalah lebih baik)

5. suami nye amat berharap supaya dapat membesarkan anak2 mereka di negara Islam (Malaysia).. betapa ramai nye org2 Islam(org kita la) yg nak sgt2 besarkan anak2 mereka di negara org putih ..mereka sebalik nye...



apa yg aku nak ceritakan ni sebenarnye.... cuba la tegas bab "join" budaya2 org bukan Islam ni...
(seperti menyertai party2 atau majlis2 nyanyian atau pun apa2 aje.. walaupun hanya anak2 kita .. kita perlu... menerangkan pada anak kita mengapa kita tak sepatut nye "join" aktiviti agama mereka.. xmas ni adalah aktiviti keagamaan mereka.. jadi..cuba2 la elakkan.... bukan tu je..byk lagi sambutan2 yg tak sepatutnye org Islam mengikut budaya tu..)

ye la lain org lain pandangan nye kan..masing2 punya fahaman...

bagi kami.. adalah baik kita elakkan... selagi boleh... jgn dah biase kan anak2 ngan benda2 tu... sampai ke besar pun dia akan seronok 'celebrate' apa2 yg bercanggah ngan agama kita...

p/s: ni biase nye berlaku di luar negara.. tak tau la aku kalau dlm negara kita pun ade gak ???

coretan aku yg tak seberapa.....

Thursday, 11 December 2008

hanya utk pengetahuan sesama kita je...

meh aku cite serba sikit le apa yg berlaku di luar msia mengenai org2 AR48 (sambung berkisah pada cite Ana kat blog nye tu )

org2 AR48 ni ade yg betul2 menjaga agama nye (ni bab makan minum ye).. ade yg tak (main balun je).. ni kerana.. ade yg berpendapat (berdasar kan derang nye fahaman la ) kalau depa dah luar dari negara asal depa tu depa kata dah kira 'darurat' boleh makan la apa saja.... (aku tak tau le apa ayat2 atau sumber2 yg depa kata tu..tapi ni berdasarkan dari seorg kawan hubby yg pi tanya pak arab ...so jawapan nye begitu la...)

bagi kita yg hidup di msia dan kita amalkan ajaran agama Islam mengikut AlQuran & Hadis...
dan bagi kita istilah 'darurat' (genaral - bab makan minum le) adalah bila dah tak de makanan halal yg boleh kita makan didepan mata kita pada ketika itu.... kalau kita tak makan sesuatu kita akan mati le... tu dikira darurat la kan (katakan yg ade depan tu adalah b4b1 hutan sedang melintas.. tak de pokok2 tak de ikan ke apa hidupan laut ... dan tak de le haiwan2 lain kecuali ia satu tu je...maka kita boleh le makan utk hidup pada ketika itu la sebelum mendapat bantuan ke atau sebelum terjumpa makanan halal yg lain ....-contoh lee).. .. contoh le ye.. aku tak le arif bab2 agama ni... harap maaf ye..

tapi di luar negara.. sapa kata tak de ayam/daging halal.... zaman le ni.. byk dijual dan juga bilangan org islam makin ramai.... .. kalau tak de di kedai berdekatan.. ade le dijual di butcher2 org bukan islam yang dikhas kan satu seksyen utk yg ayam/daging halal di import dari pusat yg menjual ayam/daging halal ..... jika tak de di kawasan tempat kita tinggal ..mungkin ade di luar kawasan ..(yg mengambil masa 1 jam hingga 3 jam perjalanan utk membeli yg halal..apa masalah nye kan??) ..maka cari la yg Halal...

jika tiada makanan ayam/daging halal sekali pun (kalu diluar negara ni bukan nye boleh main balun je beli ayam seko ke kambing seko ke pi sembelih dlm rumah ke belakang rumah ke.. derang kena la ikut prosedure.. ade tempat penyembelihan khas.....) seafood kan ade.. ikan, udang, sotong ...... beli la .. apa susah... atau pi le cari fish n chip... (tanya la derang pakai minyak apa... biasenye derang akan pakai minyak sayur (vegie oil le)
kalau dah tak de jugak.. kan ade "vegetarian food" yg dibuat dari tofu..... sebab tu la Allah jadikkan ade nye golongan org2 yg mengamalkan vegetarian ni.. supaya mudah bagi org islam.. walau di mana juga mereka berada....... hikmah nye pada org islam juga...

kenapa perlu kita nak makan ayam"katok" (yg bukan disembelih mengikut Islam)???

oh ye.. aku nak cerita kan....
dulu aku ade kenalan org ar48 ni... dia seperti juga kita semua... simple dan sopan tapi dia memang jaga makan minum nye.... satu hari aku ke kedai bersama dia dan juga kawan nye sorg lagi.. kami ber 3... masa aku amik ayam halal di superstore (masa di canada ayam halal byk dijual di superstore biase je.. sana memang mudah nak dpt pun yg Halal ni).... lalu berkata la kawan aku tu.... "dia ni tak macam kita.. dia makan ayam yg lain" berkata pada aku tujukan pada kawan dia tu..hhahha selamba badak je dia kena kan kawan dia tu.. memang kawan dia tu tak beli ayam halal.. dia beli ayam "katok"... hehhe

bukan hanya org arab, org lain pun sama jua... baik msia ke indonesia ke bangladesh ke.. ade juga yg begitu (yg tak berpengang pada agama sebetul nye atau mengambil mudah je bab2 makan minum ni....)

makanan n minuman yg kita makan/minum tu akan menjadi darah daging kita dan membentuk sahsiah diri kita kan...

ok bersambung cerita aku.... kalau kita beli/makan ayam yg bukan disembelihkan cara Islam ni.. umpama la kita makan bangkai kan?? (tolong betulkan kalau ade salah tulis la ye...)

pernah ke kawan2 dengar perkataan "Ahli Kitab".. zaman dulu memang dirujukkan pada ahli2 kitab..iaitu yg berpegang pada kitab2 asli mereka.. (yg belum diubah suai oleh pader1 2 mereka tu le.... dimana dalam kitab mereka memang menyatakan Tuhan itu satu dan melarang meminum minuman keras serta makan B4bi etc....) ...itu dulu.. zaman le ni amat le amat jrg nak jumpa org yg betul2 di katakan "Ahli Kitab" ..... kerana... kitab2 yg ade le ni telah diubah dan dicampur aduk... (kitab mereka la ye....tiade kaitan ngan kitab kita ye)
jadi boleh ke percaya... "ooo ayam tu disembeilh oleh ahli kitab.. kita leh makan....".. hati2
dan juga tgk la cara2 penyembelihan juga.... (cara seumpama mendera ayam ... sebelum mematikan nye)

contoh "real" ...
kami pernah jumpa kenalan (org canada).. husband n wife.. mereka memang berpegang pada kitab asli mereka yg mula2 dulu sebelum di ubah suai jadik sampai le ni .... mereka jumpa ayat2 menyatakan pengharaman meminum minuman keras serta makan b4b1 tu... dan mereka kalau berdoa pada tuhan bukan pada yg lain2 tu le......
kalau nak ikut kan le..(aku tak le arif pun..).. mereka ni boleh juga dikategori sebagai ahli kitab.(kalau betul la pengertian tu)... mereka tidak mengguna/berpegang pada kitab nye yg famous sekrg ni le.. entah berapa jilid dan berapa version tu..
[bukan bermaksud apa2 pun.. hanya utk pengetahuan kita sesama muslim je]

aku tak le kata aku perfect pun.. no body perfect .. tapi kita berusaha nak majukan diri....improve to be better...

jadi... di msia.. adakah kita betul2 jaga makan minum kita... ia nye bermula dari individu , kemudian keluarga, kemudian masyarakat... kemudian baru lah negara.....

di negara kita .. perniagaan dikuasai oleh bukan islam.. sepatut nye kita berusaha memajukan diri dan membuat sesuatu utk pembangunan masyarakat islam...

bukan nak kata apa.. tetapi... apa yg kita org islam masak/keluarkan produk2 ... insya'allah memang boleh di makan oleh semua bangsa/agama... contohnye AYAM la...
apa yg org islam masak... ayam golek ke.. ayam sambal ke.. ayam rendang ke.. semua boleh di makan betul kan???

dan kita menghormati bangsa 1nd14 (kita tak akan jamu mereka daging lembu kan)...

akan tetapi .. jika bangsa C1n4.. mereka makan apa sahaja.. mereka tak de istilah halal haram, tiada istilah tak leh makan tu atau ni.. tak de pantang larang nye.... jadi apa yg dikeluarkan oleh mereka diragui juga .... dengan itu mereka cuba menarik org2 kita membeli produk2 mereka dgn memberi nama "melayu" pada produk2 mereka.... tu le strategi mereka....

bagi aku lebih percaya kalau produk makanan yg dikeluarkan oleh org putih ni.. kalau dia kata tak de masuk b4b1.. memang dia tak masukkan .. sebab depa ni jenis mengikut peraturan dan kalau tak ikut boleh kena saman..(mungkin hanya bilangan kecil je yg tak betul).. berlainan dengan org c1n4.. mereka ni.. bukan jenis ikut peraturan... kalau dia kata tak de letak benda tu.. dia ade gak letak sikit2...

skrg ni.. j4k1m .. aku tak pasti le apa la yg mereka buat sebenarnye...
adakah mereka mengikut telunjuk seseorg yg menjual sijil "HALAL"?????

apa terjadi bila sijil "HALAL HARAM" dijual beli sewenang2 nye.. ade le org2 yg mengambil kesempatan dengn membuat duit atas kapisiti ini... menjual beli agama...

dulu aku pernah report kat J4k1m tu pasal produk yg diragui ade dipasaran...
dengan mudah jawab mereka (aku call sampai ke atasan...manager ke apa tah)
"kalau cik rasa benda tu tak boleh makan jgn beli..." ?????? lo tu jawapan nye
mana dia tanggung jawab nye utk melindungi hak2 org2 islam dlm menghadapi situasi ni??
berapa byk produk2 yg tidak HALAL berada dipasaran.. di makan oleh org2 islam ... berapa byk hati2 yg tercemar????

risau sebenarnye kan....

apa yg aku boleh buat dan selalu buat baik dia luar msia atau kat msia... aku pi baca segala ingredientnye.. yg rase tak tulis apa2 tu ..jgn beli.. yg ade tanda halal sekali pun.. baca betul2 ingredient nye...... HATI-HATI...... (aku ade le senarai nama ingredient2 yg aku dok kumpulkan...) sepatutnye pihak j4k1m ni buat la satu list.... pastu update le tiap2 bulan ke.. info2 baru pasal produk2 halal haram ni.. apa kajian mereka pada produk2 import etc...

tu je kot bebelan n luahan serta pandangan aku ari ini...
aku dah merepek dah.. fid..ni le virus ko melanda ....

Monday, 8 December 2008

Salam Aidladha..

Selamat Hari Raya AidilAdha....

M'sia Raya : 8 Dec 2008

Toowoomba Raya : 9 Dec 2008

Thursday, 4 December 2008

ajar anak dari kecik lagi..

Otak manusia yg baru lahir... 100% keupayaan nye dalam menerima segala info ... .. semakin meningkat usia kita... semakin kurang keupayaan otak kita tu..... mungkin akan berkurang 10%... dalam masa 10 thn.. atau pun 10% dalam masa 5 thn mahupun ade yg berkurangan 10% dalam masa 50thn.. kecepatan pengurangan keupayaan otak kita ni bergantung juga pada cara penggunaan otak kita... jika kita sentiasa guna otak kita ni (dengan betul la) maka tahap keupayaan otak tersebut berkurang mungkin agak lewat .. tak secepat org yg tak menggunakan otak nye .. dan kecergasan otak kita berfikir akan membentu pada keputusan yg lebih bagus... akan tetapi.. hati juga memainkan peranan dalam menghasil kan keluaran dari otak kita...

contoh nye... jika seorg ..mengunakan otk nye.. sentiasa memikirkan idea2 serta pandangan2 yg bernas utk memajukan diri mahupun keluarga serta masyarakat ataupun negara.... pengurangan keupayaan otak nye agak lambat la.. mungkin setelah 30thn kadar pengurangan keupayaan nye hanya mencapai 10% ~20% aje..... maka dia kelihatan muda dari usia nye (kerana dalaman juga memainkan peranan pada raut wajah) dan dia juga akan dapat jawapan yg bernas utk segala apa yg dia fikirkan.. (positif)

hati memang memainkan peranan.... seperti juga penjenayah... otak nye memang berkerje keras dan pengurangan otak nye sama seperti di atas (10%~20% dalam jangkamasa 30thn.) tetapi otak nye akan mengeluarkan jawapan2 yg jahat juga la (negatif)...

akan tetapi.. jika seseorg itu kurang menggunakan otak nye... akan cepat aje pengurangan keupayaan otak nye... contoh nye..org yg kurang berfikir utk memajukan diri nye atau pun apa sahaja (tak fikir apa2 selain melangok je).. maka otak nye akan mengalami pengurangan 10%~20% dalam masa 5thn....

### aku rasa susah org tak faham.. abaikan...

sebenarnye apa yg aku nak sampai kan ialah....
ajar la anak2 sejak lahir (kalau dari dlm perut pun lagi bagus)
kerana daya serapan apa yg dipelajari itu adalah tinggi ....
anak2 kecik ni tiada apa yg mereka fikirkan... fikiran mereka masih baru dan kosong.... tiada gangguan atau masalah serta tiada tanggungjawab yg mereka perlu fikir....
sebab tu la mereka mudah aje menerima apa sahaja ajaran ibu bapa mereka.....

semakin anak ini dewasa .. semakin banyak yg mereka akan fikirkan... serta byk gangguan... maka kurang la penumpuan pada pelajaran tu..

jika kita dah semai dan didik dari kecik.. apa jua yg kita ajar tu... akan tersimpan.. dan akan digunakan (dengan cara ulangkaji la)... kalau tak diguna kembali.. maka tersimpan la sampai bila2.... sebab tu la peranan ibu bapa penting... walaupun anak2 pergi sekolah.. cikgu dah ajar macam2.. tapi kita ibu bapa dirumah ni ..peranan nye besar.... bertanya kembali apa yg dia belajar dan bimbing nye jika ade pelajaran yg dia rasa kurang yakin....
apa yg penting kasih sayang dan perhatian ibu bapa dalam mendidik anak2 tu akan membuat kan anak2 yakin dan bersemangat ....

zaman le ni memang ramai yg menghantar anak2 ke tuisyen... ade baik dan ade buruk nye..
dan diakui juga sistem pendidikan/pelajaran kat negara kita agak kurang berkesan (perlu di olah balik ni), akan tetapi.. walau pi tuisyen pun ..kita ibu bapa nye kena la tgk balik.. anak kita tu faham ke idak apa yg dia belajar, atau hanya faham cara2 nak jawab peksa je...(sebab kebykkan nye hanya tau cara2 nak jawab peksa n nak score A je...)

aku memang tak suka tuisyen ... memang aku akui ade yg bagus ade yg tidak..aku antara pelajar yg kureng pandai la......slow sikit ..... masa aku darjah 6 aku tuisyen ngan cikgu dekat umah aku.... yg ni aku rase bagus.. sebab cikgu tu ajar betul2 ajar bukan ajar cara jawab peksa aje...tapi ajar kita faham apa kita belajar....tapi bila aku nak srp .. aku kena pi tuisyen kat kajang... tak best.. sebab cara nye macam ajar teknik2 jawab soklan je... bosan2.. aku tak faham apa pun ....makin mengong ade la.. last2 aku study sendiri kat umah....
biase nye.. masa aku sekolah2 tu ..malam2 mak ayah aku teman kan la waktu buat homework n waktu baca buku... walaupun mak ayah aku tak le ade background education yg tinggi & mereka berdua bekerja tetapi dengan sedikit masa terluang, kasih sayang dan perhatian serta dorongan mereka.. aku berjaya tunai kan segala impian mereka.. melihat aku berjaya menggengem segulung ijazah..walaupun tak sehebat yg org lain...... alhamdullillah...

daaa.. aku pun dah merepek la ni.... fid... aku dah terjangkit virus merepek ko le ni...

apa2 pun aku galakkan kawan sekali yg ade anak kecik ni... ajar n terapkan semangat pada buku dan pelajaran agar dia dapat memahami dengan lebih bagus dan mudah la nak tangani bila masuk sekolah nanti ... tak rugi pun ajar dari kecik ni....malah lebih beruntung akan dtg..insya'allah dengan izin Allah..

apa2 pun ajar la sesuatu yg berguna dan manfaat serta balance la antara ilmu dunia dan akhirat....

"tiada istilah anak masih kecik.. tak tau apa2 lagi...."
"tiade istilah anak masih kecik.. tak faham apa2 kita cakap.."
"tiade istilah anak masih kecik.... bagi main je .. nanti dah besar pandai la belajar tu.."
"tiade istilah anak masih kecik.... tak perlu ajar apa2 lagi....dia tak tau pun.."
"tiada istilah anak masih kecik...buat pe buang masa ajar dia.."

sekian aje... pandangan dan serba sikit info dan fakta yg saya tau....

Tuesday, 2 December 2008

soal jawab dari akhbar..

Hati-hati beri bayi vitamin

ADAKAH bayi terutama mereka yang berusia sekitar dua tahun memerlukan makanan tambahan seperti vitamin selain pengambilan makanan pejal biasa, susu badan atau susu formula?

HAIRUL,Bangsar, Kuala Lumpur

APABILA bayi berusia enam bulan ke atas, makanan pejal akan diperkenalkan sebagai makanan tambahan kepada susu formula atau susu badan.

Bagi kanak-kanak normal berusia dua tahun ke atas di mana pengambilan makanan pejal sudah menjadi kebiasaan di samping susu, maka makanan tambahan seperti vitamin tidak perlu diambil dengan syarat pengambilan makanan itu mencukupi untuk kanak-kanak membesar dengan normal.

Makanan pejal dan susu adalah sumber makanan yang kaya dengan zat yang diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak seperti vitamin dan mineral. Sekiranya anak anda mengambil makanan yang mencukupi bagi pembesaran mereka seperti yang disarankan, pengambilan makanan tambahan tidak diperlukan.

Tambahan pula, makanan tambahan ini mungkin mengandungi bahan seperti pewarna dan perasa yang boleh membahayakan kesihatan anak anda. Anda perlu berhati-hati dengan makanan tambahan selain daripada vitamin dan mineral.

Anda perlu mendapat nasihat daripada doktor terlebih dulu sebelum memberi anak anda makanan tambahan terutama keluaran hasil daripada herba.

Badan kita memerlukan zat vitamin dan mineral dalam kadar yang amat sedikit bagi pembesaran yang optimum. Pemberian vitamin tertentu yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan anak anda.

Bagaimanapun, makanan tambahan mungkin diperlukan bagi kanak-kanak yang tidak membesar dengan sempurna walaupun setelah mengambil makanan pejal dan susu yang mencukupi atau mengalami penyakit yang bersangkutan dengan kekurangan makanan dan vitamin. Justeru, nasihat doktor diperlukan terlebih dulu.

dari sini....

Monday, 1 December 2008

satu ibu/bapa satu bahasa ???????

aku tertarik nak menyampuk topik ni kat forum kesukaan kawan2 sekalian tu ... tapi aku malas la nak menyampuk situ.. aku mengomel kat blog aku lagi best hhehe tak ditujukan pada sesapa pun.. cuma pandangan aku sahaja

topik : ONE PARENT ONE LANGUAGE (OPOL)

memang aku tak pernah le dengar benda alah ni.. tapi aku pernah tgk la situasi begini tapi bukan dari org2 melayu/msia la.. dari pasangan2 yg kawin berlainan bangsa dan bahasa...

apa yg aku nak kata.... tgk la situasi dimana anak kita membesar nanti...
bukan tak boleh nak ajar anak byk bahasa... memang bagus.. tapi ngan cara yg seperti mereka tulis tu..aku agak tak bersetuju.. (atau mungkin aku tak faham cara derang kot)...

pertama sekali... bahasa ibunda kita adalah bahasa melayu.... mengapa kita nak mengenepi kan...
bahasa kedua adalah bahasa inggeris... kenapa nak sgt2 anak "speaking" hingga abaikan yg pertama....

bagi aku la... ajar la anak byk bahasa... bercampur aduk pun tak pe.. asalkan kita terang kan... ini dalam bahasa apa..itu dalam bahasa apa.....

apa yg aku perhatikan dari apa yg mereka tulis tu... yg ibu ajar english aje... yg bapa ajae bahasa melayu aje.... atau sebaliknya...
apa salah nye.. ibu atau bapa ajar/ bertutur 2-2 bahasa tu sekali bila bercakap ngan anak...
tak perlu la dalam ayat yg penuh pun utk permulaan.. sedikit demi sedikit.. makin anak tu faham dan dengan sendiri dapat menguasai bahasa itu dengan cepat....

ade yg kata anak nye agak lambat bercakap... mungkin cara mereka tu buat anak agak sukar berkomunikasi.... kerana... dengan ibu hanya cakap english aje.. katakan 1 hari suntuk aje bersama ibu nye.. jadik dia kena speaking la ye... bila masa nye anak nak bercakap ngan bapa nye berkomunikasi bahasa melayu??? kalau bapa nye jenis selalu outstation.. berapa byk perkataan yg dia dpt belajar.. terbatas kan?

bagi aku la.. kita ibu n bapa.. ajar aje 2 bahasa tu sekali gus ngan cara yg lebih praktikal....
(bukan apa pun.. dok kat msia.. mak ayah org melayu.. sah-sah la reti cakap melayu dan dah pi uni belajar bahasa inggeris... sah-sah la reti cakap bahasa inggeris... apa susah.. 2-2 org ajar je 2 bahasa sekaligus.. tak de masalah la.....)
[rase nye aku ade tulis pada entry yg lama mengenai bahasa ni kot...]

katakan... dia bercerita ngan ibu nye... ibunya bercerita dlm bahasa inggeris aje... bagaimana dia nak tau apakah ayat yg ibu nye cerita tu dalam bahasa melayu? .. nak kena tunggu bapa nye balik la kan.. tapi ade kah dia ingat ???..

adalah mudah kita ajar dlm bahasa inggeris kemudian kita terangkan pula apa yg kita katakan tu dalam bahasa melayu atau sebaliknye.... mudah ..(sebab aku dah buat...dan terbukti... anak lebih faham bukan setakat bahasa je tapi apa sebenarnye yg diperkatakan itu..)

aku rasa tu le yg org dok kata anak yg belajar lebih satu bahasa tu lambat bercakap kot..... salah teknik kot ibu bapa yg buat gitu.... tak tau la terpulang la pada masing2...

dari pengalaman dan pemerhatian aku terhadap org2 yg mengajar anak nye bahasa lebih dari 1 ni .... anak2 mereka cepat bercakap ...

ni kerana.. ... cara mereka... jika ibu fasih berbahasa melayu, dan bapa nye fasih berbahasa bangla... masa mengajar anak nye bercakap sejak kecil.. mereka mengajar ngan cara "mixed" ..
ibu yg fasih berbahasa melayu.. mengajar anak nye bahasa melayu dan juga ibunye mengajar anak nye apakah perkataan/ayat2 tersebut dalam bahasa bangla & english...
begitu juga bapa nye.. jika bapa nye tau serba sedikit bahasa melayu... apabila mengajar anak nye bahasa bangla.. diselit kan juga apakah perkataan/ayat tu dalam bahasa melayu dan english...

jadik.. anak tu boleh praktis.. bercakap ngan ibu n bapa nye bahasa melayu/bangla/english...
lama2 anak tu sendiri dapat menguasai 3 bahasa tersebut dan akan membuat rujukan pada ibu atau bapa dan berkongsi dengan ibu n bapa perkataan2 yg dia dah mula faham....

bila kita buat begitu anak dpt menyesuaikan bahasa yg dia belajar dengan persekitaran...
contoh nye.. jika ramai org melayu atau org bertanya dalam bahasa melayu.... anak akan menjawab dalam bahasa melayu... & jika org putih dok tanya dalam english.... anak akan berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan yakin...

apa la yg susah nye.. kalau dah org melayu sah2 le tau bahasa melayu n bahasa inggeris...
kalau org yg kawin campur pun.. jika si A kawin ngan si B, si A tau bahasa french , si B tau bahasa Italian, jika mereka tidak bercakap english... mesti la si A belajar bahsa Italian & si B pula usaha nak belajar bahasa French.. jadi mereka boleh la berbual 2-2 bahasa kan... betul kan? mereka akan mixed and match bahasa tu..betul kan? ... apa la salah nye org melayu yg kat msia tu.. ajar le bercakap 2 bahasa sekali gus... tak le susah benar pun ...tak macam si A & si B..

tu saja .. pandangan saya yg tak seberapa....

terpulang masing2... masing2 nye family n kehidupan...
I'm nobody... just me , myself & my family

Hassan la...

cerita Hassan terkini...

sekarang ni dalam proses "tidak memakai diapers" ketika berjalan-jalan keluar rumah (naik turun bas laa), pakai seluar kecik lee.... biase nye di rumah memang pakaikan seluar kecik la.. kalau dia leka sgt ngan aktiviti dia.. sampai terlupa... dan ter"kucil" sikit dlm seluar tu baru bagitau....

dimulakan pada
25/11/2008 (Isnin).... aku bawa Hassan berjalan ke Garden Town
berhenti la 2x utk ke tandas [di USQ & di Garden Town]
perjalanan dari rumah ke Town tu amik masa
30 min pergi + 30 min balik + 30min ~ 1jam meronda town...
tukar 2 bas waktu pergi & 1 bas waktu balik + jalan kaki...

BERJAYA tidak ker'kucil' dalam bas atau dalam perjalanan....

28/11/2008 (Jumaat) ... aku bawa Hassan ke kedai di town....
ambil 2 bas pergi n 1 bas balik juga...
tak berhenti di mana2 tandas pun...
lebih kurang dari pukul 2.15 pm hingga 4 pm

BERJAYA tidak berhenti di mana2 tandas dlm perjalanan pergi atau balik...
dan tidak ter"kucil" dlm bas...

28/11/2008 (Jumaat) pergi ke rumah kawan atas jemputan makan la..
dari pukul 5 pm hingga 7 pm
ke tandas 1x je

BERJAYA

29/11/2008 (Sabtu) berjalan ke Westridge & Clifford Garden
1x ke tandas di Westridge
1.15pm hingga 4 pm

BERJAYA

1/12/2008 (Isnin) ke Grand Central (City)
1x ke tandas di Garden Town..
12.30 pm ~ 4 pm

BERJAYA

.......................................................
ni le sedikit perkembangan terkini.. apa yg aku maksud kan BERJAYA adalah berjaya tak pakai diapers bila jalan2 naik turun bas..gi town.. yg memakan masa 30 min pergi dan 30 min balik [naik bas la dari rumah ke town yg mana kalau rase nak terkucil bukan boleh main stop je.. hehhe]... dan berjalan2 di town yg selalu amik masa lebik kurang 1jam ke 2 jam ke 3 jam..

......................................................
biase nye kami tido bertiga satu katil la..sejak akhir2 ni dia nak tido sorang...

28/11/2008 (Jumaat) 8pm
selepas balik dari rumah kawan, Hassan dah siap mandi dan siap utk tido...
dia minta aku bukakan lampu bilik sembahyang & bawka bantal dia kat situ (ade tilam situ)
[satu bilik di umah kami..buat bilik sembahyang la... satu bilik main dia @ bilik apa2 nak sumbat & satu lagi bilik bilik tidur berserta bilik study le... 3 bilik rumah kami ni]...
dia kata "Hassan nak tido kat bilik sembahyang"....

maka biarkan la dia tido..... kami lepak la masing2 dok mengadap pc hingga la pukul 2.30pagi , Hassan pun bangun dan amik bantak dia bawak le masuk ke bilik tido "Hassan nak tido kat bilik studio" (bilik tido tu dia panggil bilik studio)...
[saja tido lewat... sementara tunggu masuk waktu subuh pukul 3.15am]

jadik dia berjaya la tido sorang dalam masa 1/2 malam kot..
dari pukul 8pm hingga la 2.30am

BERJAYA

29/11/2008 (Sabtu)
Hassan cakap dia nak tido kat bilik sorang2.... mmmmmm
kami bagi la.. ...tak tutup lampu.. biarkan...
dari pukul 8pm dia tidur....
dalam pukul 12 malam ..aku bawa Hassan ke tandas... dan letak semula dia tempat tidur (bilik sembahyang).. dia ok je.. tak bangun pun.... dia nak tidur sorang
aku pun tidur la .... pagi aku bangun subuh...Hassan masih lena di bilik tu tidur sorang2...

BERJAYA

30/11/2008 (Ahad)
masih juga nak tido sorang... bapak nye pun pujuk ajak tido sekali.. tak mau... mmmm
sebelum tido tu.. dia sibuk la buat keje dia kat laptop dia tu... kemudian kami perhatikan.. dia dah rasa mengantuk... dia pi bilik sebelah tu.. dan ..tido rupa nye... aku pi tgk.. siap dah selimut sendiri lagi....sampai la pagi dia tido.... lepas tu saja menyelit sebelah aku pagi tadi...

BERJAYA

... tgk la malam ni apa progress nye pula...

UPDATE!!!

1/12/2008 (Isnin)
Hassan tido sorang ..malam pukul 1.30am .. dia kejut kan aku ..ajak aku tido ngan dia.. aku pun pi le... ajak dia tido ngan kami.. tak mau...
tiba2 bangun pagi ..tgk dia tak de kat sebelah aku... dia pi menyelit kat bapak dia kat bilik tido/studio tu rupa nye..

2/12/2008 (Selasa) ~ seterusnya....
bapak Hassan pujuk Hassan tido sama kami kat bilik tido/studio....
akhirnye dia setuju....
tak lena kami tido tanpa dia disisi hehhe

ok le... dia dah try tido sendiri.. tak takut apa2 pun...
dia belum bersedia sepenuhnye la....
dan kami pun belum besedia dia tido sendirian ....


hehhehehe


####
bapak nye tanya .."Hassan tak nak tidur ngan Umi & Bapak ke?"
dia boleh jawab .."Tak nak.. Hassan nak tido kat bilik sembahyang.."
Bapak nya tanya lagi "Kenapa?"
Hassan jawab "Hassan dah besar.."

biase nye kalau kami tido bertiga dia kena dok tepi la... (kadang2 mood nak dok tgh )... sebab dia kata "Bersempit la"... dia tak mau sempit2 kat tgh.. dia nak luas... tu pasal agak nye.. bila dah rasa syiok tido sorg tu... luas lak tu... dia boleh pusing ikut suka dia.. dan kalau dia nak selimut dia selimut la..kalau tak ..dia keluarkan la kaki nye.... luas...luas... tu yg dia seronok kot..

tak pe la.. asalkan dia seronok kan...