Wednesday, 29 April 2009

Award dari Sya (MamaDhea) ....

Thank You Sya... Award dari Sya @ Mamadhea



And here go the rules:

  1. Letakkan logo award ini di blog anda.
  2. Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
  3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui "backlink" dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda
  4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
  5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.


Anugerahkan Award ni pada:

1. Madam Za - kawan sekolah aku yg sangat mesra alam... tak kering gusi kalau baca celoteh makcik ni.. 

2. Fid - blog yg sungguh penuh dengan informasi... dan sumber inspirasi bagi ibu2 yg nak BF anak mereka.... aku kagum dengan Cik Fid ni dan sungguh mesra di mana jua...

3. Ana - di blog ini memang akan mendapat motivasi yg berguna ... dan sgt2 mesra walaupun belum pernah bersua..

4. Erna - seorg ibu kepada 2D dari SAHM  kepada WM.. sungguh gigih dan sumber inspirasi utk aku dalam bidang bisnes seperti nye... dan memang mesra sgttt.... 

5. Mimielola - blog ni byk buka minda aku bab2 fesyen terutama beg2 dan kasut serta alat2 solekan yg aku pun tak tau  serta pelbagai "ke femenin an"... dan juga sgt baik dalam membantu rakan alam maya ini... mesra alam...

6. Cik Yan - blog yg mengisahkan kisah2 anak2 dan juga summary cerekarama... aku suka.. dan mesra di gmail ...

7. Lyna - blog menceritakan kisah kehidupan harian sebagai seorg ibu kepada H & F dan mesra alam di YM lee...

8. Zufa [MIO] - tuan punya blog yg merupakan super duper junior sekolah aku dulu2... memang menarik cerita2 dia... cerita kehidupan dari kata mata MIO le.... mesra di ruangan komen 

9.  Cikgu Intan [SayangIbu] - kisah2 anak nye & anak2 murid dan perjalanan seorg guru.... yup mesra di kotak komen...

10. Maya - sungguh berinspirasi tgk hasil tangkapan gambar2 nya... mesra alam semesta...

kepada yg tak tersenarai ..jgn kecik ati... kalau boleh..semua dalam list saya nak bagi.. amik la ye.. sila kan...

kepada sesiapa yg dah pernah terima award dari org lain.. terima la pula dari saya yg jauh di sini... hehhe



Utk Sya... TQVM.. ko juga seorg yg mesra alam sejak kita kenal di alam maya ni.. dan blog ko juga sungguh berinspirasi.. bagi sesapa yg PJJ ......dan cerita mengenai anak2 askar berdua tu...


Thursday, 23 April 2009

contoh digital slide utk anak-anak...

ni antara contoh slide yg boleh di buat untuk anak-anak anda.....


buat yg mudah dan senang untuk anak anda faham....


sila rujuk entry yg lama utk mengetahui lebih mengenai DVD belajar/ slide






Contoh "Digital Slide"


Kami buatkan utk anak kami Hassan....


Matematik





klik tgh ni..........#................#

(jika dah tekan play tak de apa2 ..sila la klik di ruangan bawah tu )

Tuesday, 21 April 2009

ajar kira-kira...

Kira-Kira...

ajar anak kira-kira @ matematik.... 
bukan nye supaya dia boleh jadik pakar matematik dalam usia kecik.. 
bukan nye supaya dia lebih advance dari org lain..
bukan nye supaya dia tak ketinggalan bila belajar di sekolah nanti..
bukan untuk dia jadik seperti kalkulator @ mesin kira bernyawa.... 
bukan..bukan....
.....

kita ajar dia kira-kira supaya dia tau apa nak kira...bagaimana nak kira... apa guna nak kira-kira tu.... mengapa kena kira......tu semua asas kehidupan... betulkan???

ajar sesuatu dnegan cara mudah ...gunakan sekeliling dan bila-bila masa aje.. di mana-mana sahaja......

.....

kita tak perlu la nak ajar dia kira betul2 dari 1 sampai 10 atau dari 1 sampai 1 juta ketika usia nye di bawah 1 thn @ 2 thn...

kita ajar dia kira berperingkat... sedikit demi sedikit... satu nombor diikuti satu nombor lagi..

kita ajar menggunakan apa yg ade disekeliling kita...

kita ajar dia kenal macam mana bentuk nombor tu.. 

kita ajar konsep kira-kira itu...

kemudian baru la kita ajar aturan kiraan tu sebenarnya...

apa yg aku nak sampaikan ni ye????

mula2 ajar la... (sebut & tunjuk..)
ni nombor 4 (katakan pintu rumah nombor 4)...
ni nombor 78 (katakan ternampak di mukasurat buku bacaan anak anda)

dan terusnya

.....

umur bawah 1thn... kenal kan nombor2 secara rawak.... (kenalkan bentuk nombor tu)
apa yg dikatakan 1? 1 biji bola... 2? 3? ....

umur 2 thn~3 thn... boleh la di ajar susunan nombor2 tersebut.... faham kan nombor2 tu

umur 3thn ~ 4thn .. (umur biasa kanak2 sekolah tadika di ajar asas kira-kira...)
boleh la di ajar (ajar tunjuk & sebut je.. kalau boleh tulis sekali pun ok)
untuk dia ingat yg mudah2 aje dulu...buat permulaan...

1+1 = 2
2+2 =4
4+4=8
8+8=16
16+16=32
32+32=64 
dan setrusnye.... 

tak perlu la ikut aturan seperti ini.. (buat masa ni la)
1+1=2
1+2=3
1+3=4

.....

bila dia telah mahir ... baru la teruskan menggunakan benda2 utk menerangkan apa yg di maksudkan 1+1 =2 tu

menggunakan kertas dengan melukis 1 bulat + 1 bulat = 2 bulat

atau menggunakan lego atau kotak2 kecik atau botol2 kecik sebagai ganti bulat di atas....

......

setelah faham + (addition / campuran).. 
boleh la dikenal kan dengan - (substraction/penolakkan)

seperti berikut (yg mudah2 je)

2-2 = 0
1-1-=0
2-1=1
4-2=2
2-0=2

dan seterusnya

buat la kira2 macam campur.. gunakan mainan dia untuk gambaran kiraan tu

.....

peringkat seterusnya... boleh di ajar darab (times)

tak perlu la kita ajar dia menghafal semua sifir sampai jadik robot sedangkan dia tak tau apa benda tu.... (mengingat dan menghafal buta2 lain maksudnya)

cara permulaan untuk usia dibawah 4 thn ni...
ajar la sikit2 aje... tak perlu la ikut peraturan nye.. (ambil yg mudah)

2x2 = 4
3x3 = 9
1x0=0

untuk dia faham bentuk2 nye

kemudian baru la ajar dalam bentuk pengiraan sebenarnya...
macam mana nak kira darab ni???

gunakan kertas dan pen aje (peringkat usia ni budak dah mula faham jika konsep campur & tolak dia dah tau... boleh le dia faham darab)....

contoh yang kita boleh beri pada dia

2x2

2 bulat & 2 kotak...
gunakan gambaran tu..
setiap satu kotak lukiskan 2 bulat... dan mintak dia kira semua nya... 
maka dapat la jawapan 2 x2 = 4 bulat dalam 2 kotak tu

begitu juga 4x3

4 bulat & 3 kotak

** tak perlu dia hafal semua sifir tu.. yg penting dia tau apa maksud 2 x 2 / 4 x 3 
dan macam mana nak kira jawapan nya...

bila dia dah faham konsep kiraan.. apa nombor pun dia boleh kira ..insya'allah

.....

setelah faham konsep +,- & x.. 

ajar bahagi (/)...

buat yg mudah dulu

1/1 = 1
2/2=1

kemudian baru peringkat ini
8/4=2
12/2=6

boleh di teruskan

3/4 = 3/4
6/5 = 1 1/5

cara mudah menggunakan kotak dan bulat...

katakan 8/4
terdapat 4 kotak
mintak dia isi 8 bulat satu demi satu dalam 4 kotak tersebut...
maka setiap kotak akan mengandungi 2 bulat....

begitu la cara nya...

contoh aje

.....

apa yg saya tulis diatas berdasarkan bahan experiment di rumah ini.... method try n error la..

contoh2 di atas.. sama ada diajar terus (maksudnye mak bapak yg tulis dia dengar aje) atau dia menulis sendiri.. ia bergantung pada individu tersebut, jika anak dah pandai menulis.. boleh suruh dia yg tulis..kita hanya sebagai rujukan dan panduan... jika tidak.. ajar aje.. biar dia tgk dan dengar penerangan kita tu...

......

sambil2 baring sebelum tido pun boleh ajar... gunakan jari2 tangan yg 10 tu.. ajar asas aje sedikit demi sedikit.... supaya dia faham apa konsep kiraan tu.. bukan hafalan semata tanpa tau apa yg dia hafal tu..

.....

utk pengetahuan pembaca blog ini... 
Hassan TIDAK MENGHAFAL SIFIR... dia tak tau pun kalau suruh baca sifir 2 ke 3 ke apa2 la... sebab dia tak hafal...

akan tetapi jika kita beri soalan nombor yg mudah2 dia boleh buat dan faham macam mana nak selesaikan masalah tu...

contoh nye... 
"Cuba Hassan kira 4 + 3 berapa?

dia akan tulis 4 +3 dan membuat bulat2 4 & 3... dan dia akan kira semua nya...

begitu juga kalau tolak, darab atau bahagi...

nombor2 yg mudah.. insya'allah dia boleh beri jawapan nye...

lama2 dia akan ingat berapa 4+3 tanpa perlu kira dengan bulat2 lagi...

sedikit demi sedikit kami ajar... tak semua kiraan kami ajar ikut aturan.. secara rawak.. apa yg keluar dalam kepala kami ni..kami ajar ....

kami ajar dia faham macam mana nak kira...

kalau tak de pen dan kertas.. gunakan jari2 nye dan lego2 utk buat kiraan semua tu....

di bawah ni ade beberapa contoh yg telah di ajar dan ada antara nya yg di tulis sendiri oleh Hassan...



tau apa tu 1, 2, 3.. benda2 tu mesti la ade ikut bilangan nye
1 biji bintang.... dan seterusnya


kiraan secara ini setelah dia tau apa akan terhasil kalau 6+6 
dan sebagainya...


cara kira guna bulat (dots)


campur/plus


salah satu slide kiraan ... tolak/minus
(sebab tak jumpa gambar lain...letak yg ni sebagai contoh)


belajar darab/times



belajar bahagi







p/s: maaf jika anda tidak dapat memahami apa yg saya tulis ini.. saya bukan seorg guru yg terlatih utk memberi penerangan yg sepatutnya...

jika ade yg nak faham lagi atau tak faham dan cuba nak faham... 
boleh la email terus pada saya
wannfariza[at]yahoo[dot]com

sekian terima kasih banyak banyak...



Monday, 20 April 2009

...

Tiada cerita yang menarik untuk diceritakan buat masa ni....








Friday, 17 April 2009

Muzik...


Artikel di ambil dari sini..... Muzik

Muzik itu harus selagi tidak melalaikan

Soalan
Benarkah dalam islam dilarang bermain muzik bertali atau tiup? Jika benar diharamkan, kenapa?

Jawapan

Muzik merujuk kepada hiburan. Bila sebut muzik itu bermakna berhibur. Berhibur untuk apa? Biasanya orang bermuzik untuk berhibur demi menggembirakan diri atau kumpulan.

Islam tidak menghalang umatnya daripada berhibur. Malahan sejarah Islam di zaman Nabi S.A.W membuktikan bahawa ada acara yang diadakan untuk menghiburkan hati.

Namun demikian Islam tidak memberi kebebasan untuk manusia melayan hiburan sesuka hati mereka tanpa ada batasannya.

Jika kita perhatikan dalam Islam, apa sahaja yang dilakukan oleh manusia mestilah ada batasannya supaya tidak tersasar dari tujuan sesuatu perkara yang diharuskan. Hukum asal berhibur adalah harus.

Muzik itu sendiri tidak haram tetapi cara manusia melayan muzik itu yang menjadi punca kenapa ia diharamkan. Tiada nas yang qatie, iaitu dalil yang secara muktamad menyebut akan pengharaman muzik.

Saya kira tiada siapa yang dapat lari dari mendengar muzik, contohnya ketika membeli belah di pusat-pusat jualan, pasti akan ada kedengaran muzik yang dimainkan, begitu juga ketika menaiki pesawat juga akan kedengaran muzik.

Kalau mendengar muzik itu haram, maka kesemua orang yang menaiki pesawat akan berdosa, dan begitu juga dengan mereka yang bertandang ke pusat-pusat membeli akan berdosa kerana mendengar muzik. Dosa ini berpunca dari haram. Muzik haram maka mendengarnya berdosa?.

Sebenarnya, seperti yang dijelaskan bahawa mendengar dan memainkan alat muzik tidak haram.

Alat-alat muzik diharamkan oleh segolongan ulama kerana sifat muzik itu sendiri melalaikan si pendengar.

Dan adakalanya asyik berhibur sehingga lupa tanggungjawab sebagai seorang hamba yang mempunyai tanggungjawab fardu yang wajib dilaksanakan.

Alat-alat muzik yang bertali pernah digunakan di zaman sahabat dan tabien untuk berhibur. Bila ditanyakan perihal alat muzik bertali ada yang menjawab, “ia untuk mengimbangi akal”.

Muzik dan hiburan tidak ubah seperti gula atau garam dalam makanan kalau terlebih rosaklah makan atau minuman itu. Muzik yang diharamkan oleh ulama secara sepakat ialah muzik yang melibatkan campur gaul lelaki dan perempuan tanpa batasan dan disertakan dengan tarian dan minuman keras.

Sekiranya bermain muzik itu hanya sekadar hobi di waktu lapang, ia harus. Sekiranya muzik itu dimainkan bagi menghiburkan orang sehingga mereka gagal dari mengingati Allah SWT dan perintah dan mengheret untuk melakukan tegahan-Nya maka perbuatan main muzik itu hukumnya haram.

Persoalan ini telah mendapat perhatian kebanyakan ulama dalam menyatakan pendirian masing-masing. Ada di antara mereka yang mengharamkan semua yang berkaitan dengan muzik. Dan ada pula yang cuba menyelesaikannya dengan memberi kategori dalam hiburan.

Ulama yang bersikap tegas dalam persoalan hiburan adalah mereka yang ingin menghalang hiburan yang boleh membawa kepada kemusnahan kepada integriti agama dan budaya.

Dulu orang berhibur sekadar mengisi waktu kosong dan semata-mata untuk menghiburkan hati sejenak.

Hari ini, hiburan dan muzik adalah suatu yang sudah jauh terkeluar dari batasan agama apabila bercampur lelaki dan perempuan secara bebas dan mendedahkan aurat di pentas hiburan semata-mata meraih tepukan penonton.




Soalan

Sekiranya saya bermain alat-alat tersebut adakah saya dikira berdosa? Dosa besar atau dosa kecil?

Jawapan

Hukumnya harus. Sekiranya saudara bermain sekadar untuk berhibur sendirian atau bersama kawan-kawan serta memelihara batasan agama dan tidak lalai dari melakukan perintah Allah seperti solat, menutup aurat, lirik lagu yang tidak mengeji atau senikata yang berunsur lucah.

Lebih baik sekiranya minat saudara digunakan untuk menyelami kekuasaan dan keagungan Allah SWT melalui muzik dan seni kata yang boleh menyedarkan manusia akan kebesaran Allah. Maka tidak timbul soal dosa besar atau dosa kecil.





Wednesday, 15 April 2009

apa yang anda boleh buat dengan LEGO ?

Apakah yang anda boleh buat dengan LEGO?

anda boleh buat macam2 kan...

cuba teka apa yang telah dibuat oleh Hassan
dengan Lego-lego dia seperti gambar2 di bawah ini



Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3


Gambar 4


Gambar 5
(gambar ni mesti semua dah nampak kan???)





Jawapan nye akan di berikan kemudian...


######################################################


Jawapan nye

Gambar 1 : dia kata dia buat muka ...ade mata , hidung & mulut

Gambar 2 : dia kata tu kawan2 tengah makan Pizza... ade warna kuning tu cheese, hijau capsicum, merah tomato....  dan sebagainya...

Gambar 3 : dia kata tu Eifel Tower

Gambar 4 : dia kata ... bakul dan air.. warna biru tu air...

Gambar 5 : dia buat 123 sampai 7



tag dari erna.... pertama kali...


1st time i saw you TAG

Tag by Erna
TQVM Erna
Rule #1:
Letakkan gambar anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang masih dalam wad, maknanya gambar anak hari PERTAMA..



Gambar Hari Pertama Hassan dilahirkan didunia
(dalam wad la..)

Rule #2:


Letakkan butir ini :

Nama penuh : Hassan Bin Muhammad Razif
Nama Panggilan : Hassan
Jantina : Lelaki
Tarikh Lahir : 3 Julai 2005
Tempat Lahir : Hospital Putrajaya
Berat Lahir : 3.44kg
Cara Kelahiran : Normal


Rule #3:

apakah harapan korang pada anak ini..

Semoga menjadi seorang Insan yang berjaya dalam apa jua bidang ilmu sama ada di dunia dan berjaya di akhirat kelak...Amin


dan korang nak anak ini jadi apa besar nanti... dan KENAPA..?

Buat masa ni segala ilmu di terapkan supaya menjadi seorg yang berguna serta boleh berbakti pada Agama Islam, Bangsa Melayu & Negara Kita Malaysia...

Berdasarkan kajian penelitian awal ni... kalau nak jadik Geologist... sila kan.. kalau tak.. nak jadik Engineer pun boleh..(tak yah la jadik Engineer)... jadik ahli pakar sains lee....lagi best ..mmm..  apa jua yg sesuai..... (akan ditapis jugak..kalau tak patut..)


Rule terakhir....

Mau tag siapaaaa?


semua dah kena tag.....

Ana Miraa belum kot....

Marisa

Mimielola

sapa2 lagi la ye

P/s: kepada sesiapa yg belum kena tag ..sila la buat...
(mata aku dah berpinor... dah tak nampak sapa yg belum kena ..hehheh)









tag dari Marisa.... profile


Cerita profile

Tagged by Marisa & sapa lagi ye??(lupa sorry)

TQVM 

1. Letakkan gambar profile anda:






2.Terangkan maksud gambar itu:

Gambar anak saya Hassan...

3.Kenapa pilih gambar itu?

Kerana dia anak saya & serba sikit mengenai dia saya ceritakan di dalam blog ini ....

4.Nak tag siapa???


semua dah kena tag kan???
(hehe ayat standard aku le...)

p/s: sapa belum kena sila la buat ye... jgn malu2... hehhe



tag dari cik fid.... 6th photo

tag 6th photo 

tag oleh:cik fid

TQVM...

 RULES

>Go to your photos folder in your computer.
>Go to the 6th folder of photos.
>Go to the 6th picture in that folder.
>Put the picture on your blog and a description of it.

Ni la gambar dari folder 2009 tau... nasib baik tak kuar gambar kek ke pizza ke..(nasib la ko fid)



Gambar di atas menunjukkan Hassan tengah belajar Sains.... 
Sama ada hari tersebut hari Selasa atau Khamis...
Dari buku e.encyclopedia science....
Aku kena terang kan serba sedikit pada dia mengenai Planet Earth....


>Invite six friends to join the challenge.
>Link them in your blog and let them know they have been challenged!


semua dah kena tag .....

hehhe 

p/s: sapa yg rase belum buat..buat la tag ni...


Gold Coast Part 2

Sambungan dari sini

Di Kawasan Sekitar Daerah Coolangatta

selain pantai, 
kami pergi di tempat2 yg dikatakan bersejarah
(sini tak de museum laaa)




Penanda arah Utara-Selatan-Timur-Barat
di rumah api tepi pantai tu..

"Captain Cook Memorial and Lighthouse"


Hassan cakap dia belajar Compas
North, South, East, West..



Papan tanda ...
masuk negeri lain daaaa..

"New South Wales"



ni adalah batu tanda persempadanan negeri

"The Queensland-New South Wales Border"

(QLD = Queensland & NWS = New South Wales)

*****************

Dah sampai hujung Queensland kami pergi..

Dari tempat kami (Toowoomba).. 
hampir 3 jam perjalanan (dengan kereta)

Apa yang menarik di sekitar Gold Coast???

nanti aku letak link pelbagai tempat menarik di GC
 diblog ini



Thursday, 9 April 2009

Gold Coast part 1

Pantai Gold Coast 


Ahad lepas kami ke salah satu pantai 
di Gold Coast,
kami bukan la peminat pantai 
tak suka bermandi-mandian dia air laut
disebabkan kami dah berjanji 
dengan anak kami maka kami tunaikan
(kami tak benarkan dia dok korek2 tanah 
atau pasir di tepi 'bus stop'
semasa menunggu bas, kerana tidak selesa 
(mana tau ade 4nj1ng baru lepas k3nc1ng 
atau ber4k kat atas tanah tu.. 
maklum la tepi jalan....)
anak kami faham dan kami beri kan dia 
masa bermain sepuas-puas nye di tepi pantai
(hingga tak mau balik..heheh)


air laut (tu belum ade ombak yg tinggi )

pemandangan biase di pantai sana

air laut di tepi pantai....

seronok boleh buat 'sand timer'

begitu asyik dengan pasir...

ni le yg dia nak...
pasir nye bersih dan cantik...

budak yg seronok...

********

Gold Coast ni bukan ade apa sgt pun... 
pantai2 lebih kurang Port Dickson (kat Msia la) je
cuma beza nye.. pantai/air laut nye
di PD dari air selat Melaka
di GC dari lautan Coral/Tasmanian (lebih kurang tu le..)

 sila tgk ni utk lanjutan


Monday, 6 April 2009

Friday, 3 April 2009

TQ Mrs Noba..

TQ Mrs Noba kerana kesudian anda menyukai blog ku ini..





p/s : sesapa ade memberi award ke tag ke.. kalau saya tak perasan tu sila la bagitau saya... terima kasih byk2 ye..harap maaf kengkadang tu tak perasan & kengkadang tu terlupa... hehhe