Friday, 27 February 2009

tag dari Cik Yan.... R Words

tag dari Cik Yan

Ampun maaf Yan.. hampir2 lupa.. hehe & Tq sebab bagi link tu semula..

The R Word

Tag daripada Cik Yan

The rules:
It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don't forget to post it!

  1. What is your name: Rizza
  2. Four letter word: Rest
  3. A boy's name: Razif
  4. A girl's name: Rina
  5. An occupation: Rocket Scientist
  6. A color: Royal Blue
  7. Something you'll wear: Ring
  8. A food: Rice
  9. Something found in the bathroom: Robe
  10. A place: Room
  11. A reason for being late: Relex
  12. Something you'd shout: Run!!!! Run!!!
  13. A movie title: Raising Helen
  14. Something you drink: Raspberry Smoothie (aku tak minum pun hehhe)
  15. A musical group: (no idea)
  16. An animal: Rhino
  17. A street: Roma street
  18. A type of car: Renault
  19. The title of a song: (no idea)
And now, I am tagging: ... semua dah kena tag la ...

Thursday, 19 February 2009

Video Clip 11


Original Video - More videos at TinyPic

Learn Spanish with Hassan

0 : cero (say-ro)
1 : uno (oo-no)
2 : dos (dose)
3 : tres (trace)
4 : cuatro (kwat-ro)
5 : cinco (sink-o)
6 : seis (saze)
7 : siete (see-yet-eh)
8 : ocho (och-o)
9 : nueve (new-eh-veh)
10 : diez (dee-ace)
11 : once (ohn-say)
12 : doce (dos-say)
13 : trece (treh-seh)
14 : catorce (ca-TOR-say)
15 : quince (KEEN-say)
16 : dieciséis (dee-AY-see-saze)
17 : diecisiete (dee-AY-see-see-AY-tay )
18 : dieciocho (dee-AY-see-och-o)
19 : diecinueve (dee-AY-see-new-EH-veh)
20 : veinte (Veh-een-tee)
21 : veintiuno (Veh-een-tee-oo-no)
22 : veintidós (Veh-een-tee-DOS)
23 : veintitrés (Veh-een-tee-TRACE)
24 : veinticuatro (Veh-een-tee-KWAT-ro)
25 : veinticinco (Veh-een-tee-SINK-o)
26 : veintiséis (Veh-een-tee-saze)
27 : veintisiete (Veh-een-tee-see-ay-tay)
28 : veintiocho (Veh-een-tee-OCH-o)
29 : veintinueve (Veh-een-tee-new-EH-veh)
30 : treinta (treh-een-tah)
31 : treinta y uno (treh-een-tah ee oo-no)
32 : treinta y dos (treh-een-tah ee DOS)
33 : treinta y tres (treh-een-tah ee tres)
34 : treinta y cuatro (treh-een-tah ee KWAT-ro)
35 : treinta y cinco (treh-een-tah ee SINK-o)
36 : treinta y seis (treh-een-tah ee saze)
37 : treinta y siete (treh-een-tah ee see-ay-tay)
38 : treinta y ocho (treh-een-tah ee OCH-o)
39 : treinta y nueve (treh-een-tah ee new-EH-veh)
40 : cuarenta (kwar-EN-tah)
41 : cuarenta y uno (kwar-EN-tah ee oo-no)
42 : cuarenta y dos (kwar-EN-tah ee DOS)
43 : cuarenta y tres (kwar-EN-tah ee tres)
44 : cuarenta y cuatro (kwar-EN-tah ee KWAT-ro)
45 : cuarenta y cinco (kwar-EN-tah ee SINK-o)
46 : cuarenta y seis (kwar-EN-tah ee saze)
47 : cuarenta y siete (kwar-EN-tah ee see-ay-tay)
48 : cuarenta y ocho (kwar-EN-tah ee OCH-o)
49 : cuarenta y nueve (kwar-EN-tah ee new-EH-veh)
50 : cincuenta (sink-KWEN-tah)
51 : cincuenta y uno (sink-KWEN-tah ee oo-no)
52 : cincuenta y dos (sink-KWEN-tah ee DOS)
53 : cincuenta y tres (sink-KWEN-tah ee tres)
54 : cincuenta y cuatro (sink-KWEN-tah ee KWAT-ro)
55 : cincuenta y cinco (sink-KWEN-tah ee SINK-o)
56 : cincuenta y seis (sink-KWEN-tah ee saze)
57 : cincuenta y siete (sink-KWEN-tah ee see-ay-tay)
58 : cincuenta y ocho (sink-KWEN-tah ee OCH-o)
59 : cincuenta y nueve (sink-KWEN-tah ee new-EH-veh)
60 : sesenta (seh-SEHN-tah)
61 : sesenta y uno (seh-SEHN-tah ee oo-no)
62 : sesenta y dos (seh-SEHN-tah ee DOS)
63 : sesenta y tres (seh-SEHN-tah ee tres)
64 : sesenta y cuatro (seh-SEHN-tah ee KWAT-ro)
65 : sesenta y cinco (seh-SEHN-tah ee SINK-o)
66 : sesenta y seis (seh-SEHN-tah ee saze)
67 : sesenta y siete (seh-SEHN-tah ee see-ay-tay)
68 : sesenta y ocho (seh-SEHN-tah ee OCH-o)
69 : sesenta y nueve (seh-SEHN-tah ee new-EH-veh)
70 : setenta (seh-TEHN-tah)
71 : setenta y uno (seh-TEHN-tah ee oo-no)
72 : setenta y dos (seh-TEHN-tah ee DOS)
73 : setenta y tres (seh-TEHN-tah ee tres)
74 : setenta y cuatro (seh-TEHN-tah ee KWAT-ro)
75 : setenta y cinco (seh-TEHN-tah ee SINK-o)
76 : setenta y seis (seh-TEHN-tah ee saze)
77 : setenta y siete (seh-TEHN-tah ee see-ay-tay)
78 : setenta y ocho (seh-TEHN-tah ee OCH-o)
79 : setenta y nueve (seh-TEHN-tah ee new-EH-veh)
80 : ochenta (och-EHN-tah)
81 : ochenta y uno (och-EHN-tah ee oo-no)
82 : ochenta y dos (och-EHN-tah ee DOS)
83 : ochenta y tres (och-EHN-tah ee tres)
84 : ochenta y cuatro (och-EHN-tah ee KWAT-ro)
85 : ochenta y cinco (och-EHN-tah ee SINK-o)
86 : ochenta y seis (och-EHN-tah ee saze)
87 : ochenta y siete (och-EHN-tah ee see-ay-tay)
88 : ochenta y ocho (och-EHN-tah ee OCH-o)
89 : ochenta y nueve (och-EHN-tah ee new-EH-veh)
90 : noventa (no-VEHN-tah)
91 : noventa y uno (no-VEHN-tah ee oo-no)
92 : noventa y dos (no-VEHN-tah ee DOS)
93 : noventa y tres (no-VEHN-tah ee tres)
94 : noventa y cuatro (no-VEHN-tah ee KWAT-ro)
95 : noventa y cinco (no-VEHN-tah ee SINK-o)
96 : noventa y seis (no-VEHN-tah ee saze)
97 : noventa y siete (no-VEHN-tah ee see-ay-tay)
98 : noventa y ocho (no-VEHN-tah ee OCH-o)
99 : noventa y nueve (no-VEHN-tah ee new-EH-veh)
100 : cien (see-EHN)

Wednesday, 18 February 2009

Video Clip 10


Original Video - More videos at TinyPic

Surah

Quraish

Tuesday, 17 February 2009

tag ..award ....



Terima kasih la banyak-banyak kepada pemberi Tag Award ni....Cikgu (sayangibu) dan aku rase ade sorang lagi yg bagi tapi tak pasti sapa.. ke dah tak de dah post tu.. apa-apa pun..TQVM

Dan aku berikan award ini pada...
(kalau dah dapat.. amik je lagi ni..penghargaan utk anda dari ku)

* Anamiraa
* Fid
* Cik Yan
* Mimielola
* Erna
* Madam Za
* Marisa
* Mrs Noba
* Sya (mama Dhea & Hadif)
* Farha (mama Haris & Hanis)
* Echa
* Hana
* Lyna (mama Hafiy & Fahry)
* Nor (mama Hafiy & Halqy)
* Raihan (mama Alesha & Azhad)

ni aku tambah..kot2 le ko sudi... (tak pasti mereka dtg sini ke idak...kalau dtg amik ye)
* Maya (mama Danial & Airell)
* Raihan (mommy Adam & Ammar)
* Laili (mama Muhammad)
* Sara (mama Syamil)


Terima Kasih...

Monday, 16 February 2009

Khas buat Kak Zie.. dan rakan2 lain jua...

Khas buat Kak Zie
(dan sesapa yg nak baca la)
zie_naz said...

Wow! Superboy with superMom! Very impressive. May be you can share with us on how you manage your time to do all this with Hassan. And how can you make yr child interested to learn so much! My Umar,the older he is, the harder to get him to learn things at home :P Thanks! :-)

How you manage your time to do all this with Hassan

Kami tidak le lagi "super" hehhe.. sekarang ni kami hanya lakukan apa yg perlu ..... mungkin agak musyilkan.. macam mana saya buat.. bila saya masak.. bila saya membasuh kain... macam mana pula boleh ajar Hassan ....

Sebenarnye... jadual yg khusus ni bermula awal tahun ni aje... sebelum ni tak de jadual pun..
biase nye kami ajar bila2 masa je.. kadang2 sambil duduk2 rehat, sambil2 masak saya ajar dia.. , kadang2 sambil baring2 sebelum tido, atau dalam bas.. semasa tunggu bas.. sambil2 jalan2.. kami ajar ke apa sahaja... dari ejaan, sebutan, atau pun apa2 yg dia nak tau dan apa yg kami rasa dia perlu tau ... belajar melalui persekitaran...

ni saya tulis apa yg kami lalukan dan kami rancangkan dalam tahun ni... berdasarkan jadual belajar dan aktiviti harian...

Jadual Harian Hassan
(bermula Januari 2009)

Isnin : Bahasa - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol (Spanish)

Selasa : Ilmu Alam - Matematik, Sains, Geografi

Rabu : Bahasa - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol (Spanish)

Khamis : Ilmu Alam - Matematik, Sains, Geografi

Jumaat : Agama Islam - Tulis & Baca Jawi, Belajar Bahasa Arab (perkatan yg mudah2 je) & Ulangkaji Surah Al Quran (yg dah diajarkan)

Isnin - Jumaat : Waktu Belajar dari jam 9 pagi/10 pagi (bergantung pada Hassan.. pukul berapa dia bangun dan selesai sarapan... ) hingga la pukul 12 tengah hari

Isnin - Jumaat : Waktu Bebas dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang
(dia nak buat apa sahaja.. buat la... waktu makan.. kena makan la.. aktiviti bebas dia... nak main bola ke.. basikal ke... nak melompat ke.. menyanyi ke.. apa sahaja ......)

Isnin - Jumaat : Waktu Main dari jam 3 petang hingga la sebelum Maghrib (biase nye mainan yg di khaskan adalah permainan Lego & Kereta mainan dia....)
dia akan tertunggu2 waktu ni dan sangat2 hargai mainan dia...
lepas main dia tau kemas dan simpan...

Sabtu & Ahad : Waktu Main Sahaja... (main le dari pagi sampai Maghrib)

tu jadual nye... Aktiviti Hassan

####################

Aktiviti Umi Hassan pula....sambil2 ajar Hassan... sambil2 tu le..masak, basuh baju (masuk mesin basuh la), jemur kain dan sebagainye...bergantung pada apa yg saya ajar Hassan pada hari itu...

jadual Hassan tu tak semestinye dia kena belajar semua tu dalam sehari.. ade masa nye hanya sempat satu subjek je... ade masa 2 .. dan ade masa lain sempat la 3 subjek satu hari..

contoh nye (bergantung pada saya.. apa yg saya nak ajar dia pada hari tersebut.. tak tentu... )

* jika pada hari Isnin , saya ajar Hassan membaca buku sahaja (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris), maka saya akan tumpukan pada dia.. baca kan pada dia atau suruh dia baca dan saya akan betulkan apa yg dia tak pasti sebutan tersebut... dan pada hari itu saya hanya akan masak bermula pada jam 12 tengah hari (masak yg simple je)

* jika pada hari Khamis, saya akan sediakan kuiz Mathematik utk Hassan, saya akan biarkan dia selesaikan kuiz dia... sambil2 tu saya akan membasuh kain atau masak dan juga saya akan berulang alik dari dapur ke meja Hassan (biase nye dia belajar di ruang tamu yg bersambung dengan ruang dapur) jika dia ade masalah , saya akan bantu dia bagaimana menyelesaikan masalah mathematik tersebut.

* jika pada hari Rabu, saya akan ajar Hassan Spanish, dia akan menulis perkataan spanish (nombor) sambil2 saya masak/membasuh... kemudian saya akan biarkan Hassan mendengar Spanish (nombor) dari komputer (download dari youtube) sambil tu saya akan menjemur kain.

* jika pada hari Selasa, Hassan perlu tumpuan utk belajar Geografi, melukis map... saya akan luangkan masa sepenuhnye.. pukul 12 tengah hari baru saya mulakan aktiviti saya yg lain..

###################################

* semua tu bergantung juga pada cuaca .. kalau cuaca panas dan saya perlu membasuh kain yg berlambak.. maka saya akan mengajar Hassan tanpa perlu mengadap nye dari mula hingga akhir dan saya akan ulang - alik dari ruang kerja saya ke meja Hassan..

* jika ade hari yg saya kena keluar pagi.. maka dia akan belajar sambil2 tu.. katakan di tempat saya pergi tu.. saya akan beri Hassan pen dan kertas.. dia akan menulis disebelah saya..

* jika saya perlu keluar pada hari biase.. saya akan keluar selepas pukul 2 petang.. selesai waktu belajar Hassan dan selesai tugasan harian (masak/membasuh)

* kadang2 ..sambil2 mengajar Hassan.. saya juga akan buat kerje saya (di depan PC)...

* selepas jam 12 tengah hari... saya dengan aktiviti saya.. termasuk juga.. membuat kek...

* jika saya rasa ingin mengajar Hassan maklumat baru, saya akan tumpukan sepenuhnya masa untuk nye dan aktiviti saya di kemudian kan...

* jika ade maklumat baru mengenai matematik (contohnye nak ajar macam mana nak dapat kan 10 ..) akan di ajar oleh bapak Hassan (bergantung pada masa bapak Hassan )..kadang2 waktu2 malam atau hujung minggu... saya akan mengajar dia , ulang kaji apa yg di ajar hingga dia mahir ... begitu juga belajar Surah-surah Al Quran, setiap Khamis malam Jumaat Bapak Hassan akan mengajar surah2 baru (jika dia dah hafal surah yg sebelum ni) dan saya akan minta Hassan membaca semula surah yg diajar sehingga dia hafal...

* biase nye Pelajaran Sains buat masa ni... hanya di ajar Periodic Table..(sebab dia yg minat)... sekadar ajar ingat nama, nombor dan menulis perkataan... gunakan Poster Periodic Table je

* untuk Geografi pula, disebabkan dia minat Bendera.. saya akan minta dia melukis dan mewarna bendera ... dan juga mengajar Ibu Negara (ingat, menulis dan menyebut).. guna buku Flag & Atlas.. serta Poster (Malaysia Map , World Map & Flag)

* biase nye kuiz2 adalah yg mudah2 je... supaya dia tau apa yg dia belajar...
malam2 saya akan siapkan kuiz nye.. hanya perlukan kertas kosong, pen dan juga buku2 atau nota (utk rujukan saya menyiapkan kuiz)

* buku2 rujukan dan bahan bacaan Hassan kami beli sedikit demi sedikit berdasarkan keperluan dan juga isi kandungan... tidak beli sebabun ...

* utk belajar Bahasa Melayu - kami telah belikan buku Bahasa Melayu.,... utk panduan saya mengajar Hassan dan juga Hassan boleh membaca ayat2 yg terdapat dalam buku tersebut.

* utk belajar Bahasa Inggeris - kami hanya guna Encyclopedia Science, Atlas , buku Rock & Minerals (disamping dia belajar menyebut dalam Bahasan Inggeris dia juga dapat ilmu/fakta yg perlbagai ...)

* utk belajar Spanish - dapatkan dari Youtube... belajar sebutan dan kami beli kamus English-Spanish

* kami juga mempunyai kamus Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris & juga Kamus English sahaja
utk panduan ..

* utk belajar Jawi.. kami telah membeli buku panduan Jawi (di Msia).. dan saya gunakan ketika mengajar Hassan ... menulis jawi

* utk belajar Bahasa Arab - Kamus Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris - Bahasa Arab (kami beli di Msia.. murah je)

tu serba sedikit maklumat yg dapat dikongsi bersama... mungkin ade yang agak musykil dengan cara saya.. tapi ni le cara kami....

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

How can you make yr child interested to learn so much

untuk soklan ni saya pun tak pasti bagaimana harus saya jawab soklan ni...

apa yg kami buat..
1. kami didik dia supaya minat buku.. melalui contoh yg dia nampak.. kami baca buku
2. kami ajar dia sejak kecik.. ajar sikit2 bermula dari buku plastik (ikut pada peringkat umur nya)
3. kami ajar dia melalui persekitaran... iaitu..apa yg kami nampak kami ceritakan pada dia..
4. kami teliti apa yg dia berkecenderungan.... minat nye... melalui buku yg di bacakan... disitu kami nampak dia minat Bendera...
5. kami kembangkan minat nye dari Bendera kepada Peta ... kemudian Ibu Negara...
6. dari situ kami kembangkan lagi ... dan dia belajar mengenal gambaran perkataan dahulu (Image) kemudian baru le kepada huruf2 nye...
7. kami galakkan dia bercerita apa yg dia nampak... dan kami kembangkan lagi pengetahuan nye... kami ceritakan apa yg dia nak tau lagi
8. kami galakkan dia melukis apa sahaja yg dia nak... .. kemudian kami kembangkan lagi ilmu nye... dari hanya dia melukis pandangan kereta dari sisi... dia tau segala posisi kereta tu...
9. bila2 masa dia tanya ..kami cuba berikan jawapan yg diperlukan
10. kami galakkan dia berfikir... jika ade apa masalah.. dia kena fikir dan cuba menyelesaikan.. jika tak dapat ..kami bantu dan tunjuk ajar.. tidak boleh main "suap" je ...ade benda perlu dia fikir ...
11. dan beri pujian dan "reward" jika dia menunjukan sesuatu yg amat bagus dan galakkan lagi..
12. dorongan dan sokongan ibu bapa perlu dalam melahirkan minat anak2 pada sesuatu yg dia ingin pelajari...dan berterusan...

rase nye tu le sikit sebyk.. tak pasti jawapan ni memenuhi soklan yg ditanya...

harap dapat membantu ...
agar semua anak2 Melayu berjaya dan berwibawa serta cemerlang dunia & akhirat...

sekian.

## tambahan...
Waktu Tidur Hassan adalah lepas Maghrib (lepas makan, mandi )
dan di suruh baca Surah yg telah di ajar dari mula hingga akhir... (atau Bapak Hassan bacakan)
biase nye dalam pukul 7 malam/8 malam dia dah lena dan paling lewat 9 malam.

## seimbang ... main, belajar & bersukan juga
lupa nak tulis.. biase nye bila waktu kami keluar ke bandar... turun naik bas dan berjalan kaki tu adalah aktiviti fizikal juga...JALAN KAKI.. kira bersenam la.... kekuatan fizikal

Thursday, 12 February 2009

tag dari cik yan.....

Yan... TQVM..

ni aku buat keranamu..

Soalan Demi Soalan


Here are the rules - post this list on your profile blog replacing my answers with yours. Tag 25 people to do the same thing.

If I tagged you, it's because I want to know more about you.

  1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
    tak tau le .....lupa nak tanya mak aku... hehhehe

  2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
    tak ingat la.. ...

  3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
    kadang-kadang...

  4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT?
    nasi ngan ayam goreng pun ok...

  5. DO YOU HAVE KIDS?
    ye.. sorang tu le buat masa ni...

  6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
    yup...

  7. DO YOU USE SARCASM?
    apa ke benda ni???

  8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
    tak de

  9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
    mungkin tidak...

  10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
    jarang makan cereal...

  11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
    nope

  12. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
    chocolate

  13. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
    eye

  14. RED OR PINK?
    dua-dua tidak...

  15. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
    mmmmm apa ye...

  16. WHO DO YOU MISS THE MOST? (READ :WHO not WHAT)
    my family in Malaysia

  17. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
    sesapa yg sudi

  18. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
    seluar hitam tak pakai kasut laa... dalam rumah

  19. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
    Hassan tengah ulangkaji sendiri sambil bercakap..(bebelan dia la)

  20. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
    biru

  21. FAVOURITE SMELLS?
    bau kek lepas bakar..keluar dari oven..sedap nye...yummy

  22. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
    friend

  23. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
    Yes

  24. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
    volleyball

  25. HAIR COLOUR?
    hitam

  26. EYE COLOUR?
    coklat pekat

  27. DO YOU WEAR CONTACTS?
    zaman muda2 dulu ade le pakai...

  28. FAVOURITE FOOD?
    bihun sup @ bihun tomyam

  29. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
    apa-apa pun ok

  30. LAST MOVIE YOU WATCHED?
    tak ingat..

  31. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
    merah

  32. SUMMER OR WINTER?
    winter

  33. HUGS OR KISSES?
    dua-dua ok je..

  34. FAVOURITE DESSERT?
    Banana split... sama ngan cik yan

  35. MOST LIKELY TO RESPOND?
    mmmm apa daa...

  36. LEAST LIKELY TO RESPOND?
    org yg pelik2...

  37. WHAT BOOK ARE YOU READING?
    chocolate

  38. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
    tak de mouse pad

  39. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
    semalam tak tengok tv

  40. FAVOURITE SOUND(S)?
    suara Hassan

  41. ROLLING STONES OR BEATLES?
    dua-dua tidak...

  42. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
    Winnipeg Canada

  43. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
    rase nye ade...

  44. WHERE WERE YOU BORN?
    Assunta Hospital

  45. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
    - Fid
    - Nor (Jepun)
    - Anamiraa (bila ko dah balik dari bertapa)
    tu je kot buat masa ni....

Wednesday, 11 February 2009

sayang kan anak tangan-tangan kan ... bab 2

sambungan dari sini la ye

ni aku tulis kan la serba sikit apa yg kami maksud kan dan apa kami lakukan...

jgn ikut bulat2... ikut pada apa yg korang rasa korg nak buat....

kami buat ni sebab kami rasa ..kami nak buat macam ni dalam didik anak kami la...

memang anak kami sorg je.. tapi tak de la sampai tak boleh marah @ tak boleh rotan/pukul

ade masa nye boleh manja.... ade masa nye perlu la ade ketegasan....


KETEGASAN tu le penting bagi kami...

apa yg kami maksud kan tegas...

1. gunakan suara... bercakap dengan nada tegas

2. gunakan suara... bila perlu marah... dengan nada marah

3. gunakan tangan(lepuk/cubit) & pembaris (rotan/pukul).. kami tak de rotan betul...
(jika ade kesalahan yg perlu di didik dengan cara ini)


4. denda jika perlu..

5. bermula dari kecik


ni contih apa yg aku ingat2 la kan..


  1. CERMIN MATA

    masa Hassan kecik.. (belum setahun pun usia).. dia dok pandai capai2 tarik2 kan.. normal la budak besar tu.... tapi ade beberapa benda yg dia tak dibenarkan tarik atau rosakkan.

    cermin mata... kami pakai cermin mata... jadi benda tu bukan sesuatu yg boleh dipandang ringan.... bukan 10 sen 20 sen je,... kalau rosak... sapa nak bawak keta pi kedai repair ke buat baru.... kopak la kan... jadi.. bila dia cuba tarik.. memang kami marah dia dan lepuk je tangan dia... mula2 memang dia meraung.. tapi tiap kali dia cuba buat... dia tetap akan kena marah dan tangan nye akan kena lepuk... ..cuba lagi.. kena yg sama... sampai bila aku tak ingat la.. tapi lama2 dia tak akan berani rosakkan cermin mata kami atau sesapa pun... sama ade org tu tengah pakai atau letak atas meja ke.. dia tak usik... dan cermin mata hitam dia pun dia tak berani nak patah2 kan... (ni pernah coba buat.. dah dimarah , dilepuk dan disimpan pada waktu dia buat begitu)... sekrg ni boleh le percaya .. bila kami nak baring ke.. suruh dia letakkan cermin mata kami atas meje..dia pegang elok2 dan letak elok2... dia tau benda tu ber”harga” buat umi dan bapak dia....


  1. HANDPHONE

    yang ni pun masa kecik dia cuba2 nak main.... kami bagi pegang tapi bila dia cuba balik atau ketuk2... kena la marah... memang la sifat anak kecik dia nak tau kan apa jadik.. tapi ade benda yg dia tak boleh buat begitu... bagi je mainan lain yg dia boleh buat begitu.. lama juga nak kawal bab ni.. sampai ade ketika tu dia pi amik handphone kawan kami dan balik atas tanah.. nasib baik tak berderai... apa lagi.. kena marah teruk la.. ni masa dia usia 2 thn lebih..sejak tu dia makin faham... dan le ni..kalau ade handphone kat atas meja pun dia tak akan main baling2 atau rosakkan.. dia boleh tengok dan baca belek... boleh.. tapi tak boleh rosakkan.... so far … ok le.. dia dah tau mengapa tak boleh dan apa yg boleh buat dgn handphone tu..


  1. DAPUR & PLUG ELEKTRIK

    memang kawasan larangan jika tiada kami diruang tersebut.. dia pernah main pulas2 dapur tu (stove le)... sib baik le sini guna elektrik je.. kalau yg otomatik keluar gas tu..kang haru je.. tu pun aku terperasan.. dia usik... apa lagi.. kena la marah dan lepuk tangan dia... dan berbuih le nasihat kenapa tak boleh usik tu dan apa akibat nye dan apa yg dia boleh buat di dapur tu.... sekrng ni... dah tak usik pun.. kalau pi dapur pun .. dia takkan main alat2 yg bahaya tu.... dia dah diberi peluang mencuba bukak katup pintu2 laci dapur.. tapi dengan pengawasan dan di nasihati tidak melakukan lagi... dia tak buat lagi.... mau bertabur herba-herba ke.. pecah lak telur2 kat dapur tu.... ngan pisau2 la .. macam2 ade.. amat bahaya..

    budak memang la suka main plug2 ke wayer2 ke.. ni memang dan pernah berlaku la.. kami memang akan lepuk tangan dia jika cuba bermain dengan plug atau wayer2 tv ke apa2 la...yg bahaya ni...selain menyendal2kan ruang2 tu... kerap la masa kecik... dah makin besar... dah tak perlu lagi nak marah … dia tak akan usik sebarangan... sebab dah di beri penjelasan ..sejak kecik..



  1. PETI SEJUK

    yang ni memang antara yg dilarang.. dilarang buka ….dan dia tau dah mengapa tak boleh bukak … kalau dia nak sesuatu ..dia akan minta... dan jika kami tak tau apa dia nak dalam tu.. kami bukakan pintu peti sejuk tu dan dia akan tunjukkan apa yg dia maksudkan tu.... dia takkan berani main bukak2 peti sejuk...sesuka hati....bahaya ooo.. kalau jatuh ke..atau apa2 la...

  2. BILIK AIR/BILIK MANDI

    tempat bahaya utk anak-anak kecik..... di larang masuk ke bilik air tanpa pengawasan.... dia dah faham.. sejak kecik... dia tak pernah main masuk je bilik air tu... walaupun ade cubaan membuka pintu bilik air tu.. tapi telah di tegah dan di nasihati... maka.. dia tau akan bahaya nye....

  3. DINDING

    menconteng dinding... memang la leh mengasah bakat nye.. tapi amat la tidak wajar membiarkan... dah le dok umah sewa... mau kena denda kang... dia pernah menconteng dinding.. walaupun tidak sempat buat mural... telah di marah dan di lepuk tangan nye..serta diberitau mengapa tidak boleh.. dan diterangkan dimanakah patut dia melukis... dan didenda pada hari itu (aku le denda dia)... tak dibenarkan keluar bilik yang diconteng tu sehingga aku benarkan.. (tak tutup pun pintu tu...) dia meraung menagis ke ..biarkan.. tapi tak lama pun.. dia dok le dalam bilik tu... sehingga bapak nye balik.... ade kot ½ jam.. (lupa la lama dah).. dia ingat dia boleh lepas... ooo tidak.. kena la dapat kebenaran dari ku... setelah dia faham akan kesalahannye dan berjanji tak buat lagi.. maka dia benarkan keluar drai bilik tersebut.... dan kami belikan je papan magnetic tu agar dia boleh menconteng apa sahaja..bila2 masa je... bila dah besar sikit dan percaya … baru la kami benarkan dia menggunakan pencil, pencil warna dan kertas utk melukis, menulis dan menwarna... maka selamat la dinding2 kami dan mengajar nye agar tidak merosakkan sesuatu tempat tu...

  4. PAPAN LUKIS (Magnetic Board) & LAPTOP HASSAN

    dua benda yang kami amat2 tegaskan sgt... masa kecik2 lagi.. dia belajar guna.. kami dah aturkan.. lepas guna ..simpan sama ade letak atas meja kami atau sandarkan di dinding (papan lukis).... bila nak guna baru ambil.. tak boleh letak merata-rata tempat... dan dilarang sama sekali merosakkan benda itu... dia cuba utk memijak-mijak.. maka tindakkan pantas dilakukan.. dengan merotan kaki nye dan memarahinye sambil diterangkan mengapa, kenapa, apa patut buat.... cubaan mencucuk benda tajam juga penah dilakukan.. tapi seperti situasi sebelum nye.. sama juga.. dan di tambah dengan.. mengambil semula benda itu dan disimpan je... hingga esok nye atau lusa baru diberikan semula utk digunakan....

  5. MAINAN-MAINAN

    lepas main di ajar utk menyimpan … masa kecik.. kami sama2 mengajaknye menyimpan semula mainannye... bila dah jadi kebiasaan.. maka.. suruh aje dia simpan... kalau tak ikut cakap... rotan... @ guna kuasa suara... kalau tak nak simpan.. esoknye tak boleh main.. (ni tak kena lagi.. sebab selama ni dia ok.. dia akan simpan mainan bila dah sampai waktu kemas...) , dilarang sama sekali merosakkan mainan... main main la kan.. kalau cuba rosakkan.. apa lagi... kena la marah dan akan disimpan semua kalau tak nak dengar cakap.. dia jaga mainan dia dan hargai mainan2 dia......

  6. BERKAWAN @ DI RUMAH ORG LAIN & MULUT

    jika pergi ke “parenting group” @ rumah kawan2 di mana aku akan bawa Hassan bersama.. dia akan bermain bersama-sama nak org putih yg lain @ anak melayu... main la... tapi jika dia cuba berebut barang mainan atau membaling2 mainan ke arah budak lain .. maka dia akan kena marah dan jika mula menangis kerana cubaan memberontak (ni mula masa kecik2 la...).. maka aku akan membawa dia keluar dari tempat tu.. diluar.. dia akan di cubit atau dilepuk tangan nye... dan diberitau..apa yg dia buat tu salah dan apa patut buat.. berkongsi.. dan jika tidak dengar juga... aku akan membawa nye pulang ke rumah terus... tak masuk balik .. so far dah kurang le bab berebut mainan ke baling2 …

    kalau cubaan menyebut perkataan yg tidak bagus.. lepuk je mulut dia..setiap kali dia cakap begitu.... dan keterangan akan dinyatakan... MENGAPA & APA..

  7. DI KEDAI @ MALL

    dari kecik kami tak biase kan dia dengan kata2 “Hassan nak mainan apa? Pilih la..etc”... tidak... kami akan pilih kan apa mainan yg sesuai dan kami akan beli ... balik rumah baru bagi... bila dah besar sikit... kami masih akan pilih kan mainan yg sesuai ..cuma jika ade pilihan yg dia boleh pilih dari mainan yg terpilih tu ialah dari segi warna, atau rupa bentuk... bukan bagi dia pilih apa aje yg dia nak.mau satu kedai tu dianak kan.. dha namapun budak..... ni tidak boleh...habis la bankrup ….. dia dibenarkan melihat dan membelek mainan2 di rak mainan di kedai dalam pengawasan kami... hanya tengok aje... dia tidak meminta.. cuma bertanya... “umi nak beli ke?”.. jika brg tu dah ade.. kami kata dah ade dirumah.. jika brg tu bukan keperluan.. kami katakan benda tu tak perlu... jadi dia faham la.. tak semua benda boleh main beli je... terutama mainan .. dan tak de le episod guling2 ke nangis2 ke di kedai.. tidak bagi kami.. tak pernah berlaku buat masa ni.. ..jika kami ajak ke tempat lain.. dia dah puas tengok dan belek mainan tu.. dia akan kata la. Jumpa lagi @ see you later kat mainan2 tersebut.. esok lusa ke minggu depan2 nye ke.. kalau ke kedai tersebut... dia akan pi le ruang tu tengok2 belek2.... kami bagi dia peluang melihat menyentuh mainan tu... tapi tak semestinye boleh beli....


tu le antara contoh yg pernah berlaku..tak ingat sgt le.. sebab semua tu berlaku secara otomatik.... jenuh gak nak mendidik anak ni kan.. bukan senang...


Alhamdullillah kini.. dah kurang la marah/pukul/rotan/lepuk/cubit... cuma cakap je dengan nada tegas.... dia dah tau dan faham apa yg kita katakan tu.... lega la jugak..


yg penting nak marah tak salah... cuma kalau nak marah tu... kena la bersebab... jika dia buat salah atau tak ikut arahan … dan kena terangkan pada nye...MENGAPA dia tak boleh buat begitu, APA yg boleh dia buat, BAGAIMANA sepatutnye dia buat, tanya KENAPA dia buat begitu (memang dia tak tau jawapannye.. tapi sekadar tanya utk dia berfikir nanti..), BILA dia boleh buat (ni ade sesetengah isu je).....dan sebagainye...


jgn marah kerana nak marah... hehe bahaya....


satu lagi … jika bapa nye marah anak... ibu nye jgn cuba2 memujuk..(begitu juga sebaliknye jika ibu marah anak.. bapa nye jgn masuk campur) biarkan mereka... sehingga keadaan reda... baru di layan anak nye itu sambil di beri teguran dan nasihat... bukan dipujuk2 hingga anak tidak ade rasa bersalah jika dia buat salah dan akan timbul rasa berat sebelah...


yg berlaku pada kami.. memang kami buat begitu.. jika dia buat salah dan pada ketika itu bapak nye tengah tegur dia @ marah @ rotan dia.. biarkan mereka seketika... anak nak menagis ..biarkan dia luahkan perassan dengan tangisan... dah reda.. baru le layan sambil aku tambah lagi nasihat2 serta teguran mengenai kesalahan dia tu....begitu la sebaliknye...

dia tau bila dia buat sesuatu yg amat2 salah atau tak ikut kata kami.. dia akan kena marah... dia faham …. tapi jika dia tak buat salah apa2 memang kami tak marah pun dia... jadi dia tau dia boleh bermanja dengan kami.... sapa kata bila kita garang anak tak sayang atau takut … anak manja adela.. hehhe.. rase nye.... jika garang sepanjang masa kot... anak takut aje... atau marah tak tentu pasal.. anak pun tak sayang la kot....


tu je la buat masa ni .. kalu rasa tindakan aku kejam... jgn korang buat kat anak korang hhehhe...

kami buat kat anak kami je.... sapa yg tak sayang anak kan.. mesti la nak yg terbaik... sesuatu tu takkan datang bergolek... anak yg baik dan yg dengar cakap bukan datang bergolek je depan mata..kena la susah2 payah dulu..insya'allah...





aku terkena jugak.... Soap Opera 18

ooo tidak... korang ni memang le bijaksana.. membuat cerita yg sungguh2 memeningkan serta mengelirukan... hehhe

aku cuba la ye.. tak jamin ye ....

ni le siri Soap Opera yg di mulai oleh cik Mimielola...


***********************************

Soap Opera : Episode 1 (by Ms Lola)

Aku berjalan ke sana, ke sini tanpa kenal erti penat dan sakit. Kadang-kadang aku tidak diberi makan, hanya disimbah dengan percikan air kotor lagi hina. Liku-liku kehidupanku penuh dengan onak dan duri (dan juga perkara-perkara keji yang tak sanggup aku kongsi bersama).



Soap Opera : Episode 2 (by Mrs Noba)

Aku sedar siapa aku…Hanya seorang insan yang hina. Hina di mata masyarakat, hodoh untuk dipuja. Apakah tidak ada sekelumit bahagia untuk diri ku? Sudahlah tak pernah dapat mandi pagi merasa dikasihi dan disayangi. Jauh sekali untuk dibelai manja…Oh, di manakah agaknya keadilan buat diriku? Tak terbayang bagaimana harus aku meneruskan kehidupan ku.



Soap Opera : Episode 3 (by cik_yan)

Aku merasakan sesuatu bergelora dalam jiwaku.. Seolah-olah meronta-ronta.. merayu dan meminta untuk dibebaskan.. Bebas dari belenggu kedukaan yg asyik mewarnai rona-rona hayatku lewat kebelakangan ini. Aku juga ingin bahagia seperti mana yg sepatutnya dikecapi oleh setiap yang bernyawa di muka bumi ini..Apakah masih ada harapan buatku? Atau aku sudah terlambat untuk meladeni perasaan sebegitu?



Soap Opera : Episode 4 (by iszan)

Tiba-tiba..‘Ding Dong’Terjaga aku dari lamunan jauh. Kedengaran bunyi door bell rumahku di tekan seseorang dari luar.“Cik Sofea ke? Ada bunga utk anda, sila tandatangan di sini”, terjongol seorang jejaka dari muka pintu sebaik sahaja daun pintu itu ku kuak. Di tangannya ada sejambak mawar merah dan sebelah tangan lagi menghulurkan sesuatu untuk aku tandatangani.Aku terpempan seketika melihat raut wajahnya. Raut wajah itu mengingatkan aku pada sesuatu.“Cantik bunga ni, secantik penerimanya” dia berkata lagi.Baru aku sedar aku sedang merenung wajahnya. Lalu aku tunduk dan terus melarikkan tandatanganku dia atas kertas yg dia hulurkan kemudian jambangan mawar merah itu beralih tangan.“Terima kasih”, ucapku seraya menutup pintu.Kad kecil yang terselit dalam jambangan itu kuambil dan…………



Soap Opera : Episode 5 (by Kak Non a.k.a. anamiraa)

Eh eh?”Aku mengerut dahi yang tidak gatal. Ku amati nama yang tertera diatas kartu kecil itu.“Sofea Jane?”Ini tentu ada kesilapan. Nama sebenarku Sofea Jun. Bukan Sofea Jane!“Hish frustnya!!!!” aku mengeluh kuat. Sudah acapkali aku dipermainkan sebegini. Mentang-mentanglah mukaku hodoh dan banyak jerawat batu bata, sampai hati aku dipermainkan sebegini rupa.Aku amati lagi kartu kecil itu. Hatiku bertambah sakit bila membaca bait-bait perkataan yang tertulis disitu.“Hi Sofea! Bila nak bayar hutang I? Dah berkurun I tunggu tau!! Bayar cepat-cepat ye! You ni masa pinjam laju je. Tapi masa nak bayar bukan main liat lagi!! Sampai kena hantar bunga!! Tak kuasa tawww!! Okey ta-ta.”Aku terasa ingin menjerit sekuat hati. Bila pulak aku meminjam duit orang? Bila? Bila? Bila?Aku bergegas ke bilik tidurku. Perasaan marah dan benci yang membuak-buak membuatkan aku terus mengambil satu keputusan penting dalam hidup aku.Aku perlu berjumpa dengan dia. Hanya dia yang mampu mengubah aku menjadi manusia yang jelita, disegani dan ditakuti ramai.Aku harus berjumpa EDWARD CULLEN!



Soap Opera : Episode 6 (by n.i)

Lantas aku berlari-lari anak menuju ke arah meja yang menempatkan telefon bimbit kesayanganku… “Aku mesti lekas menghubungi dia,” detik hati kecilku, termengah-mengah kepenatan.Sebaik sahaja telefon berada dalam genggaman, jari-jemariku yang sontot runcing ber’manicured’ terus mendail nombor keramat itu…Tiba-tiba… satu suara yang agak ‘familiar’ kedengaran dihujung talian…”Kredit anda tidak mencukupi, sila tambah nilai”Oh, tidaakkkkk!!!! Apakah….???



Soap Opera : Episode 7 (by Jua)

Woi!! aku taknak ckp dgn kau lah perempuan! Aku nak cakap dgn Edward Cullen”. Aku menjerit marah sebagai tanda protes kerana kebodohanku yg terlupa menambah kredit telefon.Aku bertanya sendirian, kenapakah nasibku malang sentiasa. Dikala umurku yang semakin mencecah 35 tahun ini, hatiku ini masih belum dimiliki. Rakan-rakanku semuanya sudah beranak empat, malah dua tiga rakanku sudah merasa berkahwin dua kali, dan rakanku yg seorang itu dah naik turun mahkamah nak masuk 5 kali. Namun aku, sekali pun tidak pernah merasa erti sebenar perkahwinan. Oh syahdunya..Kerana tidak mahu terlalu hanyut dibuai kesedihan, aku lantas mengangkat pungungku ke kerusi di ruang tamu. Ku capai majalah URTV. Ku belek setiap helain dan terhenti di saat aku terlihat wajah Memey.“Umur setahun jagung macam ni dah boleh rembat laki orang. Pandai pulak dia pilih yang macho-macho macam Norman Hakim” bisikku sendirian.“Kalau semua lelaki asyik nak sambar awek-awek muda macam Memey, aku ni jawabnya tak berlakilah sampai ke tua” sambungku lagi.Lantas aku terus…..



Soap Opera : Episode 8 (by Mommysarah!!!)

tersenyum2 sendiri.ya…aku pasti. hanya 1 sahaja cara untuk menjadikan semua impian aku menjadi kenyataan. aku harus berjumpa Niyang Rapik. aku harus meminta dia menjampi muka aku, supaya aku setanding dengan artis2 hollywood.ehek ekk hek ekk!!!aku tertawa ala2 Cikgu Marlia Musa dalam AF. aku rasa cara ketawa itu pelik tapi unik. jadi aku harus ketawa sambil menahan napas 2 saat..3 saat..kemudian 2 saat semula.PERFECT!!!aku yakin aku sebiji MARLIA MUSA dalam AFtapi, bagaimana aku mahu berjumpa dengan Niyang Rapik??? Bagaimana???”WOI!!!Kau berangan ker? Muka pecah rumah, ada hati lagi nak berangan. apa ko buat dengan bunga yang aku dapat tu? Mana ko campak? Penat2 aku bayar gaji, ko sedap2 baca URTVlah, buku akulah! Mana Twilight aku? Kau bukan reti English pun. Setakat tengok2 cover pun ada hati tue.Sudah..aku nak pergi Shooting ni. Bunga tu pegi susun dalam vase, ganti yang lama punya.”ha..aku maid sahaja rupanya??? Sofea Jan*e ni memang kejam. suka menghina aku. takper, aku akan pastikan berjumpa dengan Niyang Rapik jugak. jangankan Sofea Jane, Jins Samsudi*n pun aku mampu tewaskan.Puaka pun puakalah…



Soap Opera : Episode 9 (by Mamadhea)

Lantas aku meletakan majalah URTV & mengambil bunga yg aku letakkan di atas meja makan. Dengan muka yg berkeriut menahan sakit hati, aku menyegerakan langkahku utk mengambil vase kegemaran majikan ku itu.. ‘Huh, vase yg dah sopak ni jugak yg jadi faourite! Mmg dasar kedukut!!’Bebelan itu hanya mampu ku pendam dlm hati. Sementelah, tgn aku laju mengeluarkan bunga yg sudah layu utk digantikan dgn bunga yg baru shj diterima tadi. Sempat juga aku mencium bunga yg sudah tersusun rapi itu sebelum meletakkannya semula di meja di ruang tamu. Hmm, wangi…… Sewangi haruman Sweet Heart.. Tenang sekejap fikiranku yg bercelaru tadi. Mungkinkah setenang Mawi sewaktu majlis akad nikahnyer baru-baru ini..Aku berjalan perlahan ke dapur. Sesungguhnya aku tak mampu menghalau persoalan yg sering menjerut benak ku itu.. Ia melekap, kuat & ketat, seolah-olah digam dgn gam cap gajah..Bagaimanakah caranya utk aku menjadi cantik, secantik majikan ku itu..? Klu boleh, aku nak jadi lebihhhhh cantik lagi drp Sofea Ja.ne yg kerek & kejam itu.. Bagaimana ya? Bagaimana???Aku tersepit antara 2 pilihan, antara EDWARD CULLEN dan NIYANG RAPIK.. Arghhh… Bertambah pening kepala hotak aku yg sememangnya sudah sedia pening dgn kerenah majikan ku yg byk songeh itu. Sudahlah kedukut, bakhil pulak tuh! Sudah hampir 4thn aku bekerja menjadi kuli bataknya, sesen pon dia tak pernah menaikkan gaji aku. Malah, gaji aku yg seciput itu pon dia tak penah bayar on-time.. Acapkali dia menangguhkan pembayaran. Nasib baiklah aku tak diberi kuasa utk charge interest!Eh, ape yg aku fikirkan tadi? Oh ya.. Antara EDWARD CULLEN dan NIYANG RAPIK… Mampukah kedua-dua insan itu membantu aku? Tp, persoalan paling besar yg patut aku fikirkan, SUDIKAH mereka?!!!



Soap Opera : Episode 10 (by Ummi Sufira)

Dengan seberapa segera aku mencapai telefon bimbit ku buat kesekian kalinya dan terus mendail Bedah pembantu rumah jiran sebelah yang mungkin tahu nombor kontek NIYANG RAPIK yang berdekatan…owh, sekali lagi suara yang tidak aku gemari berkumandang..”Kredit anda tidak mencukupi, sila tambah nilai”..Owh! kenapalah nasibku begini. Sudahlah dipandang hina, banyak jerawat batu, bermajikankan Sofea J*ne yang kejam, tiada kenaikan gaji…pelupa pulak tuh!Tadikan aku dah kena dengan penjawab telefon tidak di undang itu…”Kenapalah sengal sangat aku nih!” marah ku pada diriku sendiri sambil membaling telefon bimbitku ke tepi….Tiba tiba otak pintarku mendapat satu idea bernas untuk kebaikan diriku sendiri…Nasib ku mesti diubah! Cukuplah segala penderitaan yang aku alami sekian lama ini…aku tidak mahu lagi derita…”Owh, dalam diam bijak juga aku rupanya”….pujiku pada diriku…Aku bertekad tidak mahu menggunakan khidmat EDWARD CULLEN mahupun NIYANG RAPIK…Aku mahu membuat PLASTIC SURGERY. Aku nekad!! Tapi harus muka siapakah yang aku inginkan..Macam Memey kah supaya sesiapa pon mudah terpikat padaku…Yosh! aku harus segera bertindak demi impianku ini.Langkah pertamaku…..



Soap Opera : Episode 11 (by Zufa)

……..ialah merencana tindakan demi tindakan yang bakal kuambil untuk mengukir sebuah impian. Tika dan saat ini aku akan menjejak maju. Aku tidak akan menoleh lagi. Kugapai buku akaun Hong Leong Bank yang kuselitkan di antara helaian tinta cinta, lipatan kenang-kenangan yang masih tersemat rapi dalam Peti Rahsia. Niatku ingin memeriksa angka-angka baki yang terkini. Aneh, kerana walau mimpi-mimpiku ingin berlari di kaki pelangi dan mengecap sirna rembulan, namun dalam soal wang, kakiku nyata berpijak di landasan yang bernama hakikat. Peti Rahsia itu kubuka dengan cermat. Tanpa kusedari, jari-jemariku tersentuh warkah-warkah rindu yang pernah menjadi peneman di kala hati ini pedih menahan kedinginan malam yang menggigit. Mindaku menerawang. Terus-menerus menyusuri pantai kenangan. Menerobos segala isinya. Pada si dia. Dan tentang aku, sang pencinta. Aku digamit memori silam itu sekali lagi. Aku, dia dan sebalang almond London….



Soap Opera : Episode 12 (by Fid aka Lovebaby)

Aku, dia dan sebalang almond Londom yang dicuri dari rumah Mak Cik Leha jiran sebelah rumah. Ahh persetankan semua itu, aku harus teruskan. Aku mahu jadi apa yang aku impikan. Menerawang lagi fikirannya terkenang akan kisah filem Korea, 250 pound love. Selepas plastic surgery itu Kang Hannah nampak begitu anggun.Adakah dia akan jadi begitu>Plastik! Tidak…Aku tidak mahu menjadi plastic. Haruskah diteruskan niat bertemu NIYANG RAPIK???Tidak… Apa harus aku lakukan. Buntu jiwa….Aku bingkas bangun mencapai remote control ASTRO yang sudah rebeh sebelah dek sakit hatinya membaling ke dinding ketika mengamuk pada suatu masa dahulu kerana mengetahui kekasih lamanya mengorat kawan kepada Mak Tijah jiran selang 4 buah rumah dari rumahnya yang berusia 20 tahun lebih tua darinya…Gilaaaaa………



Soap Opera : Episode 13 (by Madam Za)

ya gila.....memang gila....dan mmg puaka....sepuaka kehodohan ku ini...Aku juga tahu yg kecantikan itu hanya sementara. Sementara jugalah yang bakal ku kecapi..seperti derita yang kualami ini. Mengapa aku ditakdirkan menjadi makhluk dua alam...eh..talam dua muka...eh..bukan...makhluk dua rupa!Ya...aku juga mempunyai `split' personalitas.Jika Puteri Fiona ditakdirkan cantik rupawan di siang hari dan menjadi hodoh piang di malam hari...aku pula ditakdirkan menjadi cantik tatkala hujan mula menyimbah bumi dan akan bertukar menjadi hodoh piang tatkala sang suria sedang bermegah memanahkan cahayanya di muka bumi....dan kerana itu lah juga..rancangan kegemaranku hanyalah segmen `ramalan kajicuaca'..argh..mengapa donia seolah2 menangis melihat aku yg rupawan dan ceria tatkala melihat ku dirudung kehodohan? Mengapa tidak gembira dengan kecantikan ku...seolah2 kecantikan yg sementara itu mengundang kecelakaan kepada sesiapa sahaja yang memandangku..mengapa harus begini?...mengapa....ya...semasa jambangan mawar merah itu sampai pagi tadi, hujan masih lagi renyai2 di luar jendela. Kini matahari sudah pon memancar terik di atas kepala. Terasa panahan cahayanya ke atas kulit mukaku yang tiba2 terasa seperti permukaan bulan ini."Argh...mengapa tidak terus hujan sahaja hari ini?" bisik hati kecil ku.....



Soap Opera : Episode 14 (by Zety Zen)

Mentari semakin memancarkan cahayanya. Wajahku pula? Perlahan-lahan ianya bertukar menjadi seperti baru digelek steamroll. Sungguh buruk lagi memburukkan! Aku sendiri tidak berselera melihat wajahku di cermin di saat-saat begini.Ah! Aku bingkas. Meneruskan kerja-kerja ku sebagai seorang maid. Baldi yang penuh dengan baju yang baru selesai dicuci oleh sang mesin basuh kuangkat dan bawa ke ampaian. Nasib baik ampaian ini letaknya di belakang rumah. Kalau di depan rumah? Harus aku bertopeng seperti Michael Jackson, seperti yang pernah kulihat secara curi-curi dalam internet mem besar Sofea Ja*ne baru-baru ini. 'Ding Dong'. Loceng pintu berbunyi. Ah siapa lagi ni? Sudahlah datang waktu matahari memancar. Waduh. Aku paling benci kehadiran tetamu waktu siang. Namun memandangkan ini bukannya rumah aku tetapi rumah mem besar Sofea Ja*ne itu, maka terpaksalah aku membuka pintu."Er...." Oh! Mamat penghantar bunga tadi rupanya. Dia terkejut beruk melihat aku. Aiseh! Mana aku nak sorok muka aku ni."Cik, mana Cik Sofea tadi tu? Yang ambil bunga masa saya datang tadi?" Begitu menggeletar mamat itu sewaktu bercakap denganku. Rupa macam nak termuntah pun ada juga. Dia memalingkan mukanya dariku agar tak perlu dia bertentang mata denganku. Hodoh sangat-sangat-sangat kah rupaku? Ya. Mungkin juga sebab sekarang dah waktu tengahari, di mana itulah saat wajah hodohku berada di tahap kemuncaknya. Namun aku sedikit lega sebab dia tak dapat nak cam aku."Dia tak ada. Ada apa?" Aku cuba ubah suaraku agar berbeza dari suara asal. Mamat itu menyerahkan sebuah bungkusan padaku....



Soap Opera (Episode 15 : by Intan)

......Aku menyambutnya, menandatangani resit penerimaan dan menghempas pintu betul-betul di depan lobang idung mamat penghantar barang itu tanpa bercakap sepatah pun, walaupun sebaris ucapan terima kasih kepadanya. Lantak ko laaaa mamat...nyampah aku, pesal ko datang tengahari bute nih...aku emo tawwww kalo terima tetamu masa nih....bebelku seorang diri. Bungkusan berbalut indah di tanganku tidak kubelek-belek seperti selalu. Buat hape aku nak belek, memang kompem bukan aku punye pon. Balik-balik kalo dapat bunga ke, bungkusan ke, hape ke...mestilah untuk si Sofea Jan*e tu. Mana pernah orang hantar apa-apa untuk aku. Mimpi jek laaaa ko Sofea Jun....Tiba-tiba kudengar derap kasut tumit tinggi JimmyChoo yang dipakai oleh Sofea Jan*e. Majikanku itu memang giler dengan rekaan cina kaya yang dah lama menempa nama di luar negara itu. Sofea Jan*e nampak jelita di dalam dress ungu singkat separas lutut. Ahhh...aku rasa kalo dia pakai kain batik dengan t-shirt pon mesti jelita..almaklumlah orang cantik kannn..lain laa aku nih..kalo pakai gaun malam rekaan VeraWang pon kompem memang huduh...huhuhuuuu..."Aku nak pergi Spa Q nih..ada appointment.." kata Sofea Jan*e sambil memasukkan handphone mahalnya ke dalam handbag LV terbaru yang baru dibelinya minggu lepas ketika bercuti di London. Bau haruman Jadore kesukaannya menerawang ke segenap ruang. Aku terbuai dengan keharuman itu."OOOOIIIII...aku cakap dengan ko nih. Yang ko pejam-pejam mata feeling tak pasal-pasal nih kejadahnyer????" herdik Sofea Jan*e. Aku terkesima. Cepat-cepat ku buka mata yang separuh terpejam dek kerana menikmati bau haruman SOfea Jan*e tadi. "Cik Sofea..tadi nih ada bungkusan untuk cik..." kataku sambil menghulurkan bungkusan yang ku abaikan tadi. Sofea Jan*e membelek penuh ghairah.. suka laa tu dapat hadiah lagi...huhhh... Kad comel yang ditampal pada hadiah itu dibaca.. Tiba-tiba wajahnya berkerut. Senyum manis yang terukir di bibir mongelnya tadi menghilang."Ooooiiiii....ko nak memainkan aku ke??? Bungkusan nih untuk ko lah..."katanya"Isy...takkanlah cik sofea. sapa pulak nak bagi hadiah kat saya??" balasku seraya cuba mengontrol lobang idungku yang mula mengembang ngempis seiring dengan debaran yang berombak secara tiba-tiba di dalam dadaku. "Ni ko tak baca ke...Untuk Sofea Jun Bte Samdol Kamat. Samdol Kamat tu kan bapak ko...nama bapak aku lain.. Tu lah ko ni...dah berapa kali aku suruh tuko nama, ni nama nak sama dengan aku..isy...nyusah btol laaa....lain kali baca laa dulu. ko orang gaji ke aku orang gaji nak bacakan untuk ko??? ko nih potong mood aku jek ari nihhhh...nyampah tawwwwwwwww......." Sofea Jane sudah membebel panjang sambil menghentak-hentakkan tumit kasut Jimmy Choo nyer koleksi yang entah ke berapa ratus pasang itu lalu berlalu pergi. Elehhhh....bengang laaa tu...hahahhahahaa...aku terglak di dalam hati. Owhhh..aku segera mencapai bungkusan tersebut dan membaca sendiri..."Untuk Sofea Jun Bte Samdol Kamat..." btollahhh..aku laaa tu...e'ehhh siap tulis nama bapak aku pulak nih...isy...dari siapa nihhh..."Dari...dari...." e'ehhhh...kecik pulok tulisannya....Cepat cepat aku mencapai cermin mata ala-ala pelakon 'Ku Untukmu' dan kupakai..aaahhhhh...barulah jelas.."Dari.......................... DETECTIVE CONAN?????????????????????????????"...............................................................



Soap Opera (Episode 16 : by Ealyie)

Detective Conan???” Jadahnya budak kecik yang perasan besau tu bagi aku bungkusan yang tahapehape je isinya.. mana la tau kot2 dia taruk bom ke untuk menghapuskan aku bersama kehuduhan muka ku hasil persepakatannya dengan orang2 yg benci untuk menengok muka ku ini.. yela, ala2 kematian Altantuya kan ke boleh dijadikan inspirasi kepada mereka2 yang amat2 berniat jahat terhadap ku??? Habis lunyai lah tulang belulang ku nanti..“Arghhh… perlukah aku membukanya sekarang atau meminta bantuan unit pengesan bom untuk memastikan kandungan bungkusan ini benar2 selamat untuk aku buka???”“Ya ampunnnnn…mengapa mereka2 ini sering menambah kekusutan dalam hidupku…Mentang2 lah aku sendirian di bumi Malaysia ini yang sudah terkenal di seantero Indonesia sebagai lubuk emas bagi mereka2 yang ingin mencari dikit kesenangan untuk meneruskan hidup seperti ku…Wallah.. siapakah aku yang mahu menelepon ke ke sana sini untuk meminta perhatian.. Pasti aku akan diketawa’in.”Kejap pegangan tanganku memegang bungkusan tersebut, dan aku terus melewati dapur untuk ke rungan kecil aka stor yang telah aku diami selama aku bekerja di sini.. Tujuan ku ke situ hanya satu… untuk membuka bungkusan yang aku terima dari Detective Conan bentar tadi..“Bismillahirrohmannirrohim..” (ingat pulak aku dengan bacaan ini setelah kepala berhempas pulas dok mikioq aku bakal berhubungan dengan Puaka Niyang Rapik itu…;)) Jeng..jeng..jeng.. Huh!!! DVD rupanya… apakahhhhhhh????????.....................



Soap Opera (Episode 17 : by MummyHnH @ arnie)

...... Apakah aku bermimpi di siang hari? Aku yang pesan kah? hmmm... Ku garu kepala yang tidak gatal... Tapi jari jemariku tersangkut di celah2 rambut ku yang berketak2 itu... ouch! Yer, aku juga perlu rebonding rambut ini... Rambut yang kusut masai ni menambahkan lagi hodoh wajah ku... Apa lah nasib badan... Ku mengeluh lagi buat kesekian kalinya... Seumur hidupku, aku tidak pernah mempunyai dvd... Nak top-up kredit talipon bimbit pon tidak mampu, apatah lagi membeli dvd... Simpananku yang seciput dalam Hong Leong bank itu, hanyalah cukup2 sahaja untuk ku buat tambang Air Asia, sekiranya aku tiba-tiba perlu pulang ke kampung halaman di Jawa Barat, kot2 ada hal kecemasan... Tapi, nasib baik laa majikan ku si Sofea Ja*ne itu kaya raya... aku belajar guna dvd player di rumah nya ini... Ku belek2 dvd itu.. dan ternampak sehelai post-it-note yang di salotape di bahagian bawah covernya, yang tertulis..... "I know what you did last summer!" Aku terkesima... Ku ingat tiada siapa yang mengetahui rahsia keji ku itu, melainkan aku juga... Adakah aku di blackmail oleh Detective Conan? Ahh, berlari2 anak aku ke ruangan home theater... Kelam kabut aku masukkan dvd itu ke dalam dvd player, dengan hati berdebar-debar... Malangnya, yang terpapar di skrin plasma TV itu hanyalah warna biru sahaja... Seolah-olah blue screen di komputer... Ku ambil dvd cover dan belek di bahagian belakang...

Arghhh, kenapalah Detective Conan hantar dvd region 2 nie? NTSC pula tue... Tau lah duduk di Jepang, tapi format siap2 laa DVD nie... Sofea Ja*ne pon satu, belilah region-free DVD player... kedekut sungguh! Aku merengus kuat... Nasibku bagaikan sudah jatuh, di lenyek lori balak pula... Macam mana sekalipon aku wajib tengok isi kandungan dvd nie... Aku nekad...



Soap Opera (Episode 18 : by Rizza)

Aku nekad untuk melakukan sesuatu pada DVD player majikan ku itu... macam mana ya????.. aku tiba-tiba teringat akan kawan ku Minah yang tinggal di tingkat 12 tu katanya dia pernah nampak majikan nye melakukan operasi pada DVD player yang mereka beli untuk dapat kan “region -free” tu.... aku mesti cuba... Minah kata macam mudah sahaje tuan nye melakukan operasi tersebut... umpil2 aje ruang dalam tu.... mmmmm .. aku cuba imbas kembali perbualan dengan Minah 3 bulan yang lepas... “heh Pea, tuan aku tu punya DVD baru, udah dua minggu dibelinye tapi kata nya enggak boleh di mainkan dengan DVD dari negara lain....”cerita si Minah pada ku... “kok gitu.. rugi dong...”aku berkata dengan rasa hampa je...walaupun bukan aku punya.... “idak non...baru kelmarin tuan udah cuba melakukan operasi, kok sudah berjaya dimainkan apa sahaja DVD dari mana saja dong….” Minah bercerita penuh gembira... “bagaimana tuan ko bikin?”aku bertanya dengan perasaan ingin tau.... “Di buka, di putar dan di cungkil nye isi dalaman DVD player tu dan di cantum kembali semua nye hingga berjaya mengeluarkan gambarnya” cerita Minah penuh infomasi pada ku... “ooo gitu ya.... untung loo”kata ku penuh kagum ... Masih tergambar apa yg Minah ceritakan itu dibenak otak aku yg dah serabut ni.... satu idea yang bijak... bijak jugak kepala otak aku ni.. begitu pantas berfikir.....“aku bisa buat begitu...umpil sahaja dalamannye..” detik hati ku...umpama aku seorang pakar bedah plastik... oooppps...silap... pakar bedah DVD player....aku nekad mencuba demi sebiji DVD dari Detective Conan itu... aiikkk apasal lak aku terasa sesuatu bermain di dalam hati aku bila ku sebut nama itu... dub dab dub dab......tak mengapa ..abaikan... yang penting... aku perlu mengoperasikan DVD player majikan ku itu......aku cuba dan cuba dan cuba lagi....... akhir nye.......

********************************************************

cerita seterusnye (episod 19) akan disambung oleh

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

http://mommy2h.webs.com/aboutus.htm

sila la kan ye..


sekian terima kasih byk2....




dari booklets... Language

aku taip serba sikit ye.. utk kongsi ..


Triple P Tips Sheet : Toddlers

LANGUAGE

How to promote language development

* Listen to Your Child
* Talk to Your Child
* Encourage Correct Pronunciation
* Expand on Your Child's Speech
* Set a Good Example
* Talk About What You Are Doing
* Share Your Feelings and Ideas
* Encourage Your Child To Ask Questions
* Comment on Your Child's Play
* Read to Your Child

Points to Remember

* Toddlers can learn two languages at the same time without any problem.
*By 3 years old of age they will usually speak both languages well and know which language goes with which person.
*It is not uncommon for 2 and 3-year-olds to stammer and struggle in getting their words out. Usually this problems improve with time.
* Do not be tempted to interrupt and finish your child's sentences.
* You can encourage your child to get their words out by waiting patiently for them to finish speaking.

Tuesday, 10 February 2009

sayang kan anak tangan - tangan kan... bab 1

aku dah lama nak tulis bab ni tapi tak dapat cukup idea ...aku cuba la corek2 idea dalam kepala aku ni ye.... apa yg dah dibuat sebelum ni... aku cuba bagi le pandangan dan cara2 kami le...

"sayangkan anak tangan-tangankan"

kejam ke?

tidak la kejam pun...asalkan kita tau had nye..

kata2 tu bukan sekadar kata2 sahaja.. malah mempunyai maksud tersirat dan tersurat...
jika kita dapat faham.. maka faham la..jika tidak.. salah faham la jadik nye..

bukan nye bermaksud kita "tangan-tangankan" hingga luka berdarah ... tu nama nye mendera..

maksudnye la (ni bagi kami la)... utk mendidik anak kita perlu bertegas, jika perlu tangan(@rotan @pukul) buat la.. tapi jgn hingga mencederakan... jika perlu marah..marah la ia..selagi masih kecil dan dalam tanggungan kita..jika dah besar ..makin payah dan makin sukar utk kita marah @ rotan...... ni semua utk mendisiplinkan anak2 kita juga demi masa depan mereka....

lain org lain pandangan nye kan... dan lain budak lain perangai nye....

tapi amat sukar kita temui anak2 yg betul2 mengikut apa yg sahaja arahan tanpa perlu kita marah @ rotan (secara semula jadi la.. sifat sejak lahir yg amat2 baik sgt)..... diusia bawah 5 thn ... yang mana semua kanak2 normal ... sifat ingat tau..sifat mencuba..sedang rancak...... semua tu perlu tapi ade batas2 nye yg perlu kita kawal supaya ianye tidak berterusan atau jadi penyalahgunaan...

tak salah kita nak marah anak kita jika dia buat sesuatu yg salah, membahayakan diri dan org lain, tidak mendengar arahan & bersifat kurang sopan.....
tetapi amat salah jika kita tidak marah bila dia buat salah... seolah-oleh kita merestui dia buat sesuatu yg salah tu .. dan menggalakkan nye berbuat lagi dan lagi...dan lagi..

rotan atau apa sahaja yg digunakan utk memukul (walaupun tangan kita).. adalah utk tujuan mendidik.. bukan satu penderaan.. selagi kita gunakan dengan betul dan waras....

anak2 perlu tau apa yg salah apa yg betul dan apa yg mereka boleh buat dan apa yg tidak... tu le gunanye kita marah @ merotan.....bukan hanya bebelan kosong aje..

mendenda juga salah satu cara utk mendidik... utk disiplin kan juga..

memang la le ni ramai org kurang menggunakan cara2 diatas... kerana bagi mereka...

"ala anak tu kecik.. tak tau apa-apa..."
>>>> abih tu nak tunggu dah besar panjang ke?

"nanti anak tak sayang kita.."
>>> sapa kata anak tak sayang.. melainkan kita marah atau rotan kerana melepaskan kemarahan atau kepenatan kita pada dia... tu dah kes lain..

"tak sampai hati ...."
>>> > memang la ade rasa tak sampai hati.. tapi demi masa depan dia ..utk jadikan dia seorg insan yg berguna.. apa la salah nye...

"tak leh guna cara tu.."
>>> abih tu guna cara apa??? biarkan je ..biarkan je....


.... nanti sambung bila ade idea datang bergolek-golek ....

Saturday, 7 February 2009

Rukun...

Rukun Islam

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat


Rukun Iman

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar


Prinsip Rukun Negara

(1) Kepercayaan kepada Tuhan
(2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
(3) Keluhuran Perlembagaan
(4) Kedaulatan Undang-undang
(5) Kesopanan dan Kesusilaan

artikel dari surat kabar... 6 feb 2009

dari sini..


06 Februari, 2009 23:31 PM

Tindakan Luar Batas Budaya Melayu Dan Ajaran Islam

Oleh Syed Azwan Syed Ali dan Azril Annuar

IPOH, 6 Feb (Bernama) -- Tindakan penyokong Pakatan Rakyat membiarkan emosi menguasai diri hingga bertindak biadap, mencela dan menderhaka Sultan Perak ketika berdemonstrasi di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar di sini hari ini adalah di luar batasan budaya Melayu dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Penganalisis politik Prof Dr Azahari Ismail berkata tindakan penyokong Pakatan Rakyat itu, termasuk menghalang kenderaan rasmi Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah menuju ke Istana Iskandariah untuk majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Baru Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai tindakan "menderhaka kepada raja."

Beliau berkata ia jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara kedua iaitu "Kesetiaan Kepada Raja dan Negara" di mana rakyat bernaung di bawah lindungan raja, tanpa mengira bangsa dan agama.

"Ini petanda tak baik. Di mana rasionalnya tindakan demonstrasi itu?

"Adakah mereka ini bertindak secara rasional sebagai orang Melayu atau orang Islam yang disemarakkan dengan emosi seperti orang gila yang tidak terkawal?" katanya kepada Bernama sebagai mengulas insiden demonstrasi selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah, terletak kira-kira 300 meter dari Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

Azahari berkata bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berserta barisan Exco Pakatan Rakyat sepatutnya patuh kepada titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah supaya mereka meletak jawatan berikutan majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kini berpihak kepada BN.

"Kalau kita percaya kepada kedaulatan undang-undang kenapa bawa ke tepi jalan. Ini kerja orang yang tak sekolah ataupun ada agenda di sebalik tunjuk perasaan ini selain rasa tak puas hati," katanya.

Azahari berkata memang menjadi hak Pakatan Rakyat untuk membawa perkara itu ke mahkamah bagi menyelesaikannya, tetapi menggunakan demonstrasi jalanan tidak akan membawa apa-apa perubahan selain memburukkan imej negara di mata dunia.

Bagi Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria, tunjuk perasaan, maki hamun dan merosakkan harta benda, bukan budaya Melayu dan bertentangan dengan ajaran Islam.

"Orang Melayu tak derhaka pada Sultan. Tak maki hamun, tak rosak harta benda orang. Macam mana kita kata memperjuangkan Islam tapi kita buat perkara bercanggah dengan Islam," katanya.

Pensyarah sains politik Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman pula berkata demonstrasi itu berlaku apabila penyokong Pakatan Rakyat tidak dapat menerima keputusan bahawa kerajaan yang mereka pilih tumbang.

"Tapi harus diingat Sultan Perak sudah bertindak secara rasional mengikut peruntukan undang-undang. Tapi mereka hanya melihat ini sebagai komplot menjatuhkan Pakatan Rakyat dan perkara ini tak betul.

"Sultan dah jumpa kedua-dua pihak, Mohamad Nizar dan Datuk Seri Najib Tun Razak (Pengerusi BN Perak). (Sultan Perak) Mendengar sendiri daripada tuan punya badan (tiga ADUN bebas serta 28 ADUN BN) yang terlibat," katanya.

BN pada Rabu mengumumkan mempunyai kerusi DUN majoriti dengan sokongan tiga tiga ADUN Bebas daripada Jelapang (Hee Yit Foong), Behrang (Jamaluddin Mohd Radzi) dan Changkat Jering (Mohd Osman Jailu) yang mengumumkan keluar daripada Pakatan Rakyat.

Sementara ADUN Bota Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat pada 25 Jan lepas kembali semula ke pangkuan Umno pada hari Rabu, menambah kerusi DUN BN kepada 28.

Ahmad Nidzamuddin turut menegaskan adalah mustahil Sultan Azlan Shah yang merupakan bekas Ketua Hakim negara tidak menimbangkan keputusannya secara bijaksana demi kepentingan semua pihak.

Bagi Dr Azahari, situasi hari ini perlu dinilai secara bijak oleh rakyat.

"Biar rakyat nilai dan merenung tapi kalau inilah pilihan rakyat, kalau rakyat tak dapat nilai betapa teruknya situasi ini maka itu pilihan rakyat dan malanglah bagi negara demokrasi seperti kita," katanya.

-- BERNAMA

Friday, 6 February 2009

aku mengarut...

... ni le aku ..
semangat Tun Fatimah....(ye ye je...)


Melayu ni sejak dulu memang Islam.... bangsa Melayu.... iaitu terdiri dari org Islam ....
definasi Melayu di negara kita dalam perlembagaan... Melayu... adalah yang beragama Islam, mengamalkan adat istiadat Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.......

memang dah sebati Melayu tu memang Islam...
akan tetapi ade nye puak2 yg konon2 memisahkan Islam & Melayu...maka berpecah belah la org2 Melayu... pada satu ketika dulu.. tak kira la ko tu c1n4 ke.. 1nd14 ke.. 4r4b ke...mamak ke... asalkan ko Islam ... ko boleh berbahasa Melayu ko pun juga mengikut tradisi melayu....ko dah di kategori kan Melayu (dan sememang nye Islam..)... le ni dah jadi apa pun aku tak tau...
abih tu depa tu dalam surat beranak tulis bangsa apa???? Bangsa Islam & Agama Islam ??? (tu dah jadik macam Y)...

bukan kita nak banggakan bangsa melebihi agama Islam.. tetapi apa yg dikatakan Melayu tu dah sememang nye org yang beragama Islam.... di negara kita..... apa nak pertikatkan?? ade masalah ke????

di merata dunia ni.. ko tanya la org2 4r4b ke org2 b4ngl4 ke... atau org putih (yg Islam..) mesti la depa kata bangsa masing2 kan ... abih tu org2 kat msia yg dungu2 percaya bolat2 kat konon2 alim ulamak depa yg menyatakan "tiada bangsa2 ni" apa ke hal?... nyanyuk kot... dia lupa dia bangsa apa...

di negara org putih... org asli @ red indian.. disebut le aboriginal ....org pribumi

abih tu di negara kita ... kalau tak de bangsa melayu... tu le yg lain2 naik muka... tolong faham istilah pribumi @ bumiputera....

tak kira la tok nenek moyang ko org c1n4 ke 1nd14 ke.. apa ke.. dan kawin ngan melayu dan sampai generasi korang... apa dalam surat beranak korang ditulis???? kalau dah org Islam (ni kes kawin ngan org melayu yg memang dah islam..) keturunan korang di kategori kan gak melayu kan?? (le ni aku tak tau la apa jadik... disebab kan puak2 ygnhok2 tu gok tak de bangsa..) abih tu nak buang ke "bangsa Melayu" korg tu.. silakan la... pi cari negara mana asal usul tok nenek moyang.. jgn dok kat Msia....

org2 kita mudah sgt terpengaruh ngan "penglipur lara terkenal tu". & sekutunye... suka berdemo... apa da.. tak de keje lain je... bermusuhan sesama Islam... kafir-mengkafir... (ni mengajar org biasa tak bermoral.... mengajar rakyat biasa berperangai buruk ....jadi pengganggu ketenteraman awam.....) tapi bila depa bersekongkol ngan c1n4 dan menindas org melayu... boleh pulak???.. korng nak kot msia jadik macam india, pakistan etc negara2 yg asyik2 demo.. asyik2 melanggar peraturan dan mengganggu ketenteraman awam....

yoyo le baring tengah jalan la.. berarak la... mana sifat2 yg konon2 bagus agama tu??? nak berjihat apa tu?? tu sewel......tak guna otak.. tu guna perasaan hasad dengki dan juga kemaruk kuasa.... udah2 le tu.... baik bersatu je melayu-islam...
nak perjuangkan hak c1n4 kot.....

yg pi nak saman raja tu lagi la bangang.. apa ingat dia hebat???? raja kan ketua negara/negeri.... silap2 korg kena buang daerah/negeri/negara.... buat pasal le korg.... suka la negara kucar kacir... ni byk sgt pengaruh2 dari idea2 merepek dan juga fahaman yg salah.... ikut le nasihat "guru-guru" yg hebat tu ye...

aku pun tak faham... apa la yg best sgt ngan "penglipur lara terkenal tu".. segala yg keluar dari mulut nye ...ye percaya la bulat2... kalau dia kata pi terjun gaung.. pi la korang semua...
ni baru dok suruh demo.. masih2 ikut.. masing2 tunjuk kurang ajar... sapa semua tu??? semua tu majoriti MELAYU..... berapa sgt la bangsa lain...

begitu ke pemimpin yg korg nak ...sikit2 demo..sikit2 demo... tak de wawasan.. setakat wawasan mat jenin je..... sekadar image Islamic.....konon2 alim ... konon pandai agama..
tengok la .. ade ke puak2 Y tu suka kat pemimpin Islam dan org2 Islam... peminpin Islam di kata.. dibenci ......negara disekat macam2.........kenapa si "penglipur lara tu " disukai.... siap masuk paper Y lagi... .. kalau ikut logik akal... ade la sesuatu disebalik tu...
tapi aku pelik..org2 kat msia ni tak leh pikir logik...
(ni la sistem negara kita yg tidak mengajar rakyat nye menggunakan akal fikiran sendiri utk berfikir... tu pasal senang je org macam "penglipurlara tu" meracuni fikiran mereka2...)

agak nye... org2 Melayu yg menyokong "penglipur lara tu" nak kot.. negara kita ni ade campur tangan org2 di barat & Y tu kot... silap2 kita semua nye kena mati dibunuh.... negara dah dijual dan digadai... bukan setakat tubuh.. nama pun tak wujud ... mau ke??? (mintak Allah lindungi la kita semua..)

sedang kan c1n42 yg ade di negara kita tu pun berapa sgt la yg ade..... apa yg kita nak ikut sgt.. mana ketegasan "menteri yg tak jadik menteri tu"? hingga sanggup gadaikan hak org Melayu.... (wei ..kalau korg pikir baik2... korg nak ke semua tanah2 di negara kita ni di amik dek cina2 tu?)... abis tu korg ni nak dok mana? tak kan merempat di tanah sendiri.... nak pi obesi.. apa ingat obesi tu tanah korg... ade tanah sendiri..pi bagi kat depa tu.... ni semua masa depan cucu cicit korg... pikir la sendiri...

raja2 tu bukan nye sesaja je jadik raja.. dah memang tanah ni dulu kata milik depa... menteri2 tu hanya menjalan kan tugas depa je... tapi kalau yg tak sedar diri tu .... jgn la perasan bagus sgt.. lebih2 lagi dgn org yg bija pandai.... kerana raja2 masih wujud la negara kita masih wujud lagi...kalau tak dah lama dah jadi apa entah.... kerana ada Raja berpelembagaan la sampai leni org Melayu masih dibela.. kalau idak tak tau le... lingkup dah di makan dek c1n4 tu...

apa ingat nak buat pilihan raya tu senang.. pakai duit rakyat.. kan baru buat.. abis tu nak buat lagi.. nama nye ngok la.... aku perhatikan .. perasaan buruk sangka pihak2 yg perasan bagus tu,.... jgn kerana tak dpt nak bazirkan duit rakyat utk buat pilihan raya.. pi kata lak ...org2 yg baru tu nak guna duit rakyat tu pulak...... syak wasangka.. abis tu selama ni hampir 12 bulan dapat jawatan.... mana AMANAH ko???? amanah utk menjaga hal org melayu dan Islam...



kalau bagus sgt la kan... cuba tgk... apa yg depa buat setelah dpt jawatan dan segala tu??? mula2 kepentingan diri... beli kereta.. gile le depa ni... nampak sgt teruk... pastu ..pasal tanah... macam tu ke yg dikatakan membela nasib rakyat dan tu keadilan...

ye le dok kata org sebelum tu teruk la.. abis tu..ko buat lagi teruk buat pe.. apa kata buktikan la yg ko leh buat lagi baik.. jaga kebajkan rakyat.. ni idak.... hampeh...

org Melayu ni lemah... org c1n4 ni semua yg org Melayu/pribumi punya hak.. semua nak...
tgk kat negara org putih.. ade depa dapat buat sekolah cina ???? jgn harap.... tu bukan tanah air ko... tapi negara kita bagi... org kita baik.. tapi dipergunakan..... yg malang nye Melayu jugak
di negara org putih... mana berani cina2 wat pasal.... bukak kedai pun tak ikut peraturan.. mana leh jaln..(walaupun ko dah dok negara org putih 7 keturunan sekalipun.. ko tetap bukan org depa....)

lemah..lemah.. semua melayu lemah.. tak kira la parti apa sekali pun...

diharap akan ade seorg pemimpin yg dapat membela nasib Melayu & menjaga Islam...
(bukan si "penglipurlara tu...")....

org MELAYU @ BANGSA MELAYU (semua Islam la kan...) harap fikir2 la sejenak dua.. jgn la kerana taksub pada seseorg hingga tak nampak disebaliknye.... (malas dah cerita panjang2..)
jgn la sempitkan fikiran korang...

Jaga la BANGSA MELAYU & AGAMA ISLAM... jgn ko pisahkan ia.... tanam dalam diri tu...

sekian sahaja bebelan aku... esok lusa aku delete....

makcik-makcik yg konon nye nak juangkan hak sapa ye??...bukannye dengan membatu atas arahan polis suruh bersurai yg dah sah2 la ko mengganggu ketentraman awam dan ko nak jihad apa tu???? ko nak perjuang kan apa?????? sekadar nak pertahan kan mereka2.... tolong la... pikir sejenak... apa ingat org2 p#s le ni semua bagus agama sgt ke..... org p#s le ni dah byk di racuni dek penglipurlara dan byk nye koncu2 dia dalam tu yg meracuni hingga matlamat sebenarnye hilang......p#sle ni dah teruk.. baca la tabloid derang memang merapu... cam tu ke nak didik Islam nye org2 lain ...

yg perempuan nye bukan main ikut demo.. aiikkk bukan ke korg nye ulama kata suara wanita tu aurat.... dan selalu nye segala mala majlis korg..asing kan lelaki dan perempuan.. abih tu.. tengah2 ramai2 lelaki dok demo tu.. ad eyg pompuan tu ape ke hal?? nama korg nye kebaikkan "agama islam" tu?? yg ade ank kecik?? begitu ke contoh nye??? ajar la ank kecik.. kurang ajar... tak hormat raja... korg pasti ke anak korg tu akan hormat korg..????

ni aku cakap terang2...
p#s dah hilang sifat ke"islaman" nye
p#r tu memang dah taksub pada penglipur lara...
u#n* tu selagi ade p#k L$h & K# tu memang hancus..

akan tetapi... semua melayu-islam baik dari p#s ke p#r ke.. semua tu dulu org u#n*... sapa yg mulakan rasuah... penglipurlara tu.... sapa yg suka mengkafir2kan org islam yg menyertai B* tu.. p#s la... abih tu le ni apa??? boleh pulah menghalalkan dan mengharamkan ikut suka dia..mana ko belajar agama gitu????? ni ke ??? apa ingat masuk p#s tu ko leh masuk syorga terus??? mana belajar agama ni???? mana?? mana??? jgn kerana tamak haloba, gila kuasa dan pangkat..korg gunakan Islam ..sedangkan hakikat sebenarnye... hanya topeng... semata-mata topeng.... balik-balik guna masjid... apa daaaa

udah2 la dok berarak2 tak de ke mana nye... tu peel mana ko kutip???..
nak sgt berbaring di jalan pegang bendera palestin tu.. baik korang semua tu pi pelestin... perjuang kan islan di sana... jaga masjid di sana.... tunjukkan ISLAM korang tu.. kalau takat dot kat msia je.. ape ke hal.. pegang bendera palestin??? macam tu ke yg korng kata alim ulama Islam ???? itu ke Islam korg?? dengan menunjukkan semangat yg amat teruk...

ye le tu org2 perak semua buat demo.. rase nye tu org2 luar perak..... biase la ni kan kerje penglipurlara tu.... buat apa sahaja....

setahu aku le..org2 perak yg boleh berfikir dengan waras... akan hormat pada raja...

yg tak hormat tu biase nye puak2. yg mendapat didikan dari "penglipur lara tu" dan juga "alim ulama derang yg dah tak leh nak fikir sendiri"

.......................

aku .... agama aku Islam dan bangsa aku Melayu... dan aku bangga jadi Melayu yang sememang nye Islam... dan aku akan jaga agamaku dan bangsaku... sehingga akhir hayat.. dan negara ku MALASYIA.....
insya'allah....


###############################

terpulang la sesapa yg baca blog aku ni..

cuma pandangan aku ni secara keseluruhan.. sebab aku tgk amat la teruk di negara kita....
yg tok-tok p#s.. oo tak terima konon.. nak pejuang kan Islam.. tapi berdemo tentang org Islam yg sememang nye raja tu kan ketua negara dia pertahan kan Islam dan rakyat.. selagi dia tidak mengajak kita menyekutukan Allah..selagi tu la kita kena taat..
yg tok-tok penglipurlara... korg ni tak de akal ke???? nak demo..demo.. konon... baik pi buat keje masing2.. produktiviti keje kasi bagus... tunjukkan la kehebatan dalam pekerjaan ..... tanpa rasuah
yg tok-tok u#n* lak... cuba la cari jalan supaya tiada nye org2 yg seperti p*k l#h & menantu nye..

gaduh le sesama islam tu.. yg ketawa.. org2 bukan islam tu..

tapi kalau semua hanya dok tuduh menuduh... buat kacau bilau... sama je.. semua tu melayu.. atau korg yg tak de nak mengaku bangsa tu.. nak panggil korg apa ye??

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

ni memang aku tahap menyampah ngn org2 yg tak guna akal.. dan juga mengikut buta2 je apa yg ketua dia cakap... aku menyampah yg konon2 alim tapi tidak dapat menerima qada' & qadar .. mana ciri2 Islam..??? penting kan Islam ke?? atau penting kan harta dunia???

sama je.. jgn dok kata org..... tiga-tiga tu sama...
kalau nak lebih hebat ..jgn la buat apa yg org tu buat tak betul... ngok..ngok...

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

sesapa penyokong2 yg tegar tak dpt terima apa aku cakap tu.. tak yah la baca lain kali......ok..

sekian ....
.................