Rentetan cerita Fid di sini
Aku nak tulis sikit..
Homeschool ni memang subjective seperti kata Nor dari Jepun..
ade sebab mengapa org buat HS dan tak hantar anak ke sekolah
akan tetapi berlainan dengan kami... kami bukan buat HS...
hanya 'Pendidikan Awal Anakj-Anak' @ 'Early Child Education' di rumah
dan mengajar secara 'informal' dirumah aje..
kerana disini... umur seperti Hassan belum wajib ke sekolah...
akan tetapi kami tak mau sia-sia kan masa kecik dia melanguk aje di rumah...
dan apabila melihat minat dan bakat dia.. itu yang mencetus idea kami mengajar dia sambil bermain... lama-lama ia menjadi seperti rutin harian... dan dia gembira.. bukan paksaan...
[sila tgk muka dia betul2... jika budak stress muka nye tak begitu....]
Bagi kami HS ni adalah cara ibu bapa mengajar anak dirumah dengan mengikut silibus tertentu dari umur sepatutnya sekolah [katakan umur 7 thn di msia] hingga umur sebelum masuk universiti , dan ade juga yg buat HS hingga peringkat universiti....
Dan di negara luar Msia , memang HS tu biase je...
dan saya pernah bersembang dengab kawan [org putih la], dia kata dia akan HS anak dia...
dia akan mengikut silibus dari US, segala Exam dia ikut sana....
dan sini juga memang boleh HS.. jika nak buat kena rujuk Queensland Education, mereka akan beri silibus dan macam2 maklumat serta ade exam....
apa yg saya nampak, jika nak buat HS secara serius, kena ade satu guide atau silibus tertentu ikut umur anak itu, tidak boleh main ajar anak berlainan umur serentak ilmu nya... berlainan level umur mereka maka berlainan juga pelajaran mereka.
Bagi yg duduk diluar Msia , yg memang bermastautin di luar, HS mungkin lebih baik...
atas sebab-sebab tertentu...
akan tetapi bagi kami, yg akan tinggal di Msia, anak2 membesar di Msia, hidup mati di Msia..
HS tak perlu... yg perlu adalah 'Pendidikan awal anak2' utk anak usia sebelum 7 thn , dan 'Pendidikan secara inforlmal di rumah' bila anak dah mula masuk sekolah [7 thn hingga 17 thn]
Disekolah adalah pendidikan secara formal dimana guru-guru terlatih akan mengajar anak2, dan bila dirumah kita sebagai ibu bapa perlu memberikan pelajaran lain secara tidak formal... dengan itu anak2 akan mendapat pelbagai ilmu, dan peranan ibu bapa serta guru amat penting dalam tumbesaran anak2 menjadi insan berguna...
Apa yang saya kongsikan di blog saya ni hanya panduan 'Pendidikan awal anak-anak' aje... belajar sambil bermain dan belajar apa yg dia minat ..... belajar dengan sekeliling aje..
Insya'allah, jika dah balik Msia, pendidikan secara 'informal' akan diteruskan....
Bagi saya , saya menggunakan bahasa Melayu yg mudah,
[mungkin ade yg agak tak faham atau ayat merapu]
ni kerana saya nak berkongsi dengan semua org Melayu [walau dimana jua mereka berada]
kerana saya nak anak2 org Melayu maju dan ibu bapa mereka sama2 mendidik anak2 dirumah dari kecik hingga la masuk sekolah.....
dan memberikan idea2 yg mudah dan praktikal utk anak2 Melayu...
[ni kerana anak2 melayu ni ade perangai yg keras kepala sikit.. berbanding anak2 org putih atau arab ke..dan lain2..]
dan ade juga kalangan org2 kita tidak berapa faham bahasa Inggeris yg 'Tinggi'....
bagaimana kita nak membantu org2 Melayu kita maju?...
semoga dengan cara ini saya dapat bantu mereka yg hendak mendidik anak2 seawal kecil umur
tak semestinya kena berbahasa Inggeris dalam penyampaian isi2 penting...
cuma bahasa yg mudah difahami dan ringkas..
[dan saya juga sekali sekala menggunakan bahasa Inggeris secara cambur aduk....]
sekian aje coretan saya hari ini...
saya lebih suka menggunakan perkataan
"Pendidikan Awal Anak-Anak" & "Pendidikan secara tidak formal]
12 comments:
ok
aku tukar term hahahaaaa
kahkahkahkah
good point za..nih yang aku cuba nak katakan kat blog fid tapi tak terkata..hahahaha
aku suka istilah pendidikan tak formal..lebih tepat..
mcm aku kat sini tahun nih tahun hafiy wajib masuk preschool, kat jepun umur 3thn, aku pon dapat silibus dr district office masa hari nak daftar tu aku pi buang nama hafiy ckp nak HS, pastu kena follow up pi bwk jumpa depa sepenggal sekali depa nak tgk progress..
sbb tu mcm aku komen kat blog fid la, layak aku kena marah dgn kakak tu dulu sesuka hati aku nak mengarut, dulu aku pon tak paham sgt istlah HS nih suka hati jek guna tp skrg baru faham..hehe
kesimpulannya
kebanyakkan penggunaan istilah HS kat malaysia tu tak tepatlah ya hahahaaaaaa
lps ni aku guna pendidikan awal(PA)
laaaaaaa
tapi dalam m'sia ja leh guna HS sbb depa anggap semua tu HS selagi tak p sekolah hahaaaaaa
psstt..ada org HS anak sbb tak mau exam..salah la ya?
aahla kan..yg tepatnye early childhood education,HS ni kalau kite genius bolehla nak ajar anak..
ni pun kite paling2 pandai mengajar tahap silibus sekolah rendah..
sekolah menengah dh byk sgt perubahan tak same ngn kite 10-20 thn dulu kn..
jadi kt cni,PA (bak kate kak fid) kite memberi asas yang kukuh kt anak2..supaya bile die msk formal learning,die tak ketinggalan..
jelas..sangat jelas..
selama ni sy bygkn sume org yg HS kan anak takkan mskkan anak ke sekolah =)
hahahahaha..
actually kan, aku tak kisah pun nak cakap HS ke, pendidikan awal ke, tak formal ke..
yang penting apa yang kita2 ni cuba sampaikan ialah,
anak2 juga perlu di'sekolah'kan dirumah. at all time. even anak aku yang darjah dua dan sekolah kebangsaan tu pun, bila balik rumah, haruslah aku 'home-school' kan jugak.
apa masalahnya dengan istilah HS tu? bukannya kita nak tulis thesis buat phd pun pasal defination terbaik HS.
kesian lak aku kat si nor (dari jepun) yang kena sound tepet hanya kerana defination HS yang kononnya salah tu.
aku heran pasal apa benda yang remeh temeh macam tu pun si minah UK tu nak sound2 dan nak point out.
eh ikut suka orang la nak kata apa. yang penting semua itu pun bagi kebaikkan kat semua orang. bukannya salah tafsiran HS tu boleh buat kemungkaran pun.
hmm.. memang aku tak paham sesetengah orang ni.
Malangnya saya takleh bukak blog kak fid tuh..apakah yang hebat diperkatakan itu? BTW saya pon suka2 je cakap homeskool syaura..walhal bukan HS pon...makud saya adalah belajar suka2 dgn syaura kat umah...definitely memang wrong term la tapi saje suka2 pakai term tu...ada masalah ke ngan term tu?
fid... ni istilah aku je.. hahahha
nor.... macam ko memang boleh di kata HS la.. sebab ko rujuk sekolah kan.. depa tgk progress... tu boleh le kategori HS yg sebenar...
fid.. semua tu bergantung pada individu... bagi kami kalau tak pi sekolah... belajar kat umah je.. tapi belajar sambil main...hehhe
dilla noor... setakat ajar biase2 kat umah aje boleh le.. sampai uni segala tu.. kena la pi sekolah
ana.. mula2 aku tak kisah.. tapi lama2 aku naik menyampah ..hehhe
kami memang pun hanya buat "belajar dirumah" tapi tak de le sungguh2 sampai kena ade silibus la.. ade exam betul2 la... tak kuasa ...sekadar ajar basic2 boleh le.. apa yg kami tau kami ajar... lain2 belajar di sekolah.. nak lebih lagi.. balik sekolah kami akan ajar lagi byk2.. hehhehe
tu le ana.. ade nye org2 yg konon2 depa je buat HS sampai org lain kena smash macam nor.. kesian dia.. tapi ikutkan nor boleh kategori HS gak.. sebab dia rujuk sekolah... bukan main hentam je....
org2 melayu kita ni byk sgt PHD masing... hehehhe
p/s: ana.. mana hilang.. baru muncul?
umi sufira..biase la kita2 org2 biase suka2 je sebut gitukan.. ade org2 yg 'hebat'2 leh bagi kata2'sadis' kat org lain ...
Wrong term pon buleh jadi isu hangat ekk? Hairan betol org yg cepat melatah tak kena tempat nie.
Tak kisah laa guna term aper pon, yg penting maksud/ ilmu tue kesampaian, iaitu pendidikan awal pada anak2.
Tapiii, bagus juga issue nie timbul. Tambah ilmu baru iaitu, "penggunaan term HS haruslah betul, kalau xnak kena sound tepet". Ekekeke.
salam,
bila sentuh bab HS, terpanggil pulak untuk menyampuk.
Yup, been to Ms Fid's blog and left a comment there. Komen penuh keinsafan...
Term HS mengkonfius people kot (hahah bahana jadi english coach, bm pun jadi bencana) - jangan percaya, kesilapan ini disengajakan
anyway, i even had a friend who wanted to send his kids to use so we can homeschool them! Yennadey..
Like KNV said, what's vogue is we understand that it boils down to parents TAKING CHARGE of 'tarbiyah-ing' the kids. bukan serah pada che gu bedah semata-mata.
home's cool!
arnie... macam tu le...
coachsha.. saya dah baca komen awak di blog fid.. sungguh bagus penerangan... thanks sebab bagi pendapat dari pihak cikgu coachsha home'scool... hehhe
jadi isu hangat lak psl term ni kan..ape2 hal as parent pandai2 ler nak mengajar kan
oooo.. jd daku pun kena tukor istilah lah ni... heheh, nanti org ingat daku HS BI fikri guna silibus ntah dr mn2 tah, hikhikhik...
okeh, tukor ke "pendidikan awal anak (PAA) " sblm org question daku mcm2 soklan yg daku terkedu nak jawab... :)
Post a Comment