Friday, 1 May 2009

guna apa yg ade...


Gunakan apa yg ade dirumah....

ni contoh yg boleh kita buat dirumah

jika anak anda mempunyai mainan kegemaran dia

seperti bongkah (blok), askar2 kecil, haiwan2 mainan kecil,

atau apa juga yg boleh digunakan utk mengira

dan dalam bentuk yg kecil 

kita boleh gunakan 

utk mengajar dia kira-kira @ matematik...

***

dibawah adalah contoh permainan kegemaran 

anak kami, iaitu Lego


caranya...

asing kan Lego 2x2 (2 by 2)

sebanyak 40~50 biji


kemudian buatkan kotak2 kecil

dari kertas yg tidak digunakan

seperti risalah2 atau apa jua yg boleh

asalkan tidak mendatangkan kesan buruk 

buat bentuk kotak sebanyak yg anda kehendaki

saya buat 4 kotak kertas buat permulaan



cara mengajar anak kira-kira

mudah difahami...

(jika penerangan yg diberikan tu jelas)



berikan satu soalan (matematik)



tunjuk ajar pada anak anda

bagaimanakah

kotak kertas & lego 

boleh digunakan 

untuk memahami 

soalan matematik tersebut

(sila guna kreativiti anda dalam 

mengajar anak anda)





ajar sedikit demi sedikit...

terangkan pada dia

sehingga dia faham 

apa beza nye campur (+), tolak (-), darab (x) & bahagi (/)




setelah dia faham.. 

beri beberapa soalan satu demi satu

beri peluang dia membuat pengiran tersebut

perhatikan cara dia

minta anak menerangkan apa yg dia faham

(jgn terlalu berharap dia akan faham dalam sekelip mata)

jika dia tidak faham..

jgn putus asa untuk mengajar dia lagi

teruskan usaha....


contoh gambar di atas : 

4 x 4 = ?

4 biji kotak kertas 

di mana setiap satu kotak kertas 

mengandungi 4 biji lego

campurkan kesemua lego 

yg terdapat dalam keempat-empat 

kotak kertas tersebut

maka jumlah nye adalah 16

4 x 4 = 16

***


beri kata2 perangsang

atas kesungguhan dia memahami apa yg dia pelajari

galakkan harus diteruskan...

ajar berterusan.....

Insya'allah... 

anak anda dapat memahami lebih mendalam

atas dorongan dan bantuan ibu bapa nya...

IBU BAPA ADALAH GURU TERBAIK!





mengapa kita ajar anak kita ?

untuk mengukuhkan asas nye , 
campur tolak darab bahagi

agar dia tau apa tu "belajar"

agar dia  tau bila2 masa boleh belajar , 

dengan apa sahaja boleh belajar

dia mana jua boleh belajar

belajar tu satu ilmu yg luas...

bukan hanya pada buku...

macam2 boleh belajar

disiplin juga "belajar"



[anytime, anything, anywhere]



boleh rujuk sini  
utk mengetahui cara kami ajar anak kami kira-kira







No comments: