Friday 6 March 2009

Gunakan sekeliling anda ... utk mengajar anak...

Dalam mengajar anak kita mengenal huruf, membaca, mengeja...
adalah lebih mudah kita gunakan apa yg ade disekeliling kita
dalam membantu pengajaran nye.. mudah..

saya pernah tulis di entry yg terdahulu
(sila cari sendiri di ruang tepi tuuuu)

dan kami hanya menggunakan "method" sendiri...

TRY & ERROR

maka hasil nye terbukti ... Alhamdullillah

dan Insya'allah semua ibu bapa boleh buat

tanpa kos yg mahal...

apa yg perlu : -

1. Anak

2. Ibu Bapa

3. Apa sahaja yg ade disekeliling ...

4. Kemahuan

5. Keyakinan

6. Kesungguhan

7. Berterusan

8. Kegembiraan

9. Mulut(suara-bercakap) , Telinga(mendengar),
Mata(melihat), Tangan(menulis)

10. Bersabar

########################################



Logo-logo @ Simbol @ Brand adalah berguna dalam proses pembelajaran
(bukan kita ajar dia branded ke apa..
tapi kita ajar dia membaca, mengeja, mengenal huruf & menulis)

Logo2 di bawah ini sering kelihatan di Msia..

gunakan ia sewajarnye


Cara-cara nye :

1. Mulakan dengan menunjukkan logo tersebut kepada anak anda

2. Sebutkan logo tersebut (nama nye la)

cth : Petronas

3. Selalu menunjukkan ke arah logo tersebut
sambil menyebut perkataan tersebut
(apabila melalui hadapan stesen minyak tersebut atau melihat di TV)

cth : "Itu stesyen minyak Petronas"
berkata sambil tunjuk kan pada anak anda


4. Berterusan.. supaya anak perihatin di mana dia dpt nampak logo tersebut

cth : "Lihat disitu ade lagi stesyen minyak Petronas" berkata sambil menunjukkan

@

"Mari kita kira berapa stesyen minyak Petronas yg kita nampak....."
berkata sambil mengira (walaupun anak tak tau kira)


5. Level seterusnye... setelah dia tau apa kah logo tersebut,
melalui "image" @ gambaran logo sahaja,
anda dikehendaki mengeja kan pula perkataan tersebut
(walaupun dia belum kenal huruf lagi)

cth : "Tengok tu stesyen minyak Petronas , P.E.T.R.O.N.A.S.... Petronas!"

berkata sambil menunjukkan kedudukan stesyen tersebut,
mengeja dan menyebut lagi..


6. Level seterusnye... kita akan dapat mendengar tindakbalas anak kita

(setelah dia yakin dan berani mencuba menyebut kembali apa yg dia telah diajaar)

AMARAN : JGN MENGHARAP ANAK AKAN BERTINDAK BALAS
MENYEBUT APA YG DIAJAR DALAM JANGKA MASA TERDEKAT
(BUKAN SERTA MERTA DIA BOLEH MENYEBUT KEMBALI APA YG TELAH DIAJAR)

kena bersabar ....

7. Level seterusnya, apabila anak telah mengetahui logo tersebut,
boleh menunjukkan di mana logo tersebut berada, boleh menyebut kembali dan
boleh menyebut huruf2 yg anda telah ejakan..

tunjukan huruf-huruf yg terdapat dalam logo tersebut secara dekat
(sama ade yg terdapat dalam majalah, surat khabar atau
anda menulis kembali logo tersebut)

ajar satu persatu.. melalui tunjukkan dan sebut..

8. Level terakhir... ajar anak menulis huruf2 tersebut secara rawak
(tidak semestinye dari A hingga Z..)

di mulakan dengan mengajar huruf P (mengikut logo tersebut)

biarkan dia menulis secara rawak...
(tak kisah le dia nak tulis P kat mana sekali pun..)

setelah dia boleh buat semua tu...
baru la ajar dia sistematik...

ajar dia cara menulis sebenarnye dari A hingga Z ..
dan menulis mengikut susunan huruf dalam perkataan sebenarnye


## Tambahan : Kalau nak ajar menulis.. kita yg tulis/lukis dahulu ,
biar dia perhatikan (1000x pun tak pe)..
kemudian kita ajar dia tulis..satu persatu secara bercerita...

cth : "kita menulis huruf W... mula 2 lukiskan begini (buat le bentuk nye..)
kemudian begini ...kalau kita terbalik kan.. kita boleh jadi huruf M...... "
cerita la apa sahaja... asalkan matlamat nye
utk ajar dia menulis satu huruf menjadik...

dan beri dia cuba menulis pula.... sambil galakkan dia bercerita..



SELESAI!!!!

Insya'allah..







[picture from Mr Google...TQ]

7 comments:

MS said...

mudahnya (membaca ko tulis) he he

anak aku, hafalan dia cepat.
diakan dari kecik cakap tak telor.
stakat alfatihah, doa2 etc skali dua ku ajar dah cukup.
lagu tu tak yah cakap ler.berdesup dia boleh nyanyi

tapi tulis ke lukis ke fail, skit2 "adib tak pandai"
jenuh aku motivate "anak mama pandai, biasa la mula2 tak betul lama2 mesti betul."

Ealyie said...

peringatan untuk diri ku... masehh kak!

m-i-o said...

owh ini sgt betul!
telah mempraktikkan kaedah ini dn telah melihat hasilnya:)

Anonymous said...

Rizza,
Stuju!!!
Mmg betul..normally asasnye apa disekeliling kita dahulu

nonie said...

afifah pun dah kenal logo petronas tu... tapi pemahaman dia lebih tersirat... asal nampak logo petronas dia mesti nak ajak pi McDonald sebab biasanya kat petronas ada McDonald... adeh.. huhu

Unknown said...

salam ziarah.. salam kenal,

sgt setuju.. anak sulong kakyong membesar dlm kereta (for almost 2 years.. so belum umur 2 thn, dah kenal lori, lori simen, treller, bas sekolah, kereta polis, lampu isyarat & whatever la yg ade spjg jalan..
bila dah masuk 2 thn, ckp pun dah ligat sikit, mula la nampak kereta ke lori ker..'ibu ibu.. oli (lori)..' 'ibu ibu teller (treller)'.. so kita iyer kan ajer lah, walo kekdg dia berteriak sesakan nyer.. encouragement, 'abg pandai'..

Anonymous said...

setuju rizza. feveret logo anak aku semestinya petronas.