Thursday 5 February 2009

jati diri...

Aku tertarik mengenai isu 'org yg telepon tv3 tu'... dari blog fid le sini..

apa yg aku nak kata.....

kaji balik sejarah MELAYU @ Rumpun MELAYU dulu2... betapa Bahasa Melayu tu menjadi bahasa standard di Rantau Asia Tenggara ni... kenapa? kerana "BAHASA MELAYU BOLEH DIBAWA KE MANA-MANA"....pada ketika itu...

jgn la kita hilang jati diri kita hingga berkata demikan....

sedarlah bahawa SEJARAH NEGARA kita yg kita dok baca dari dulu2 tu dalam buku sejarah tu telah di olah dan dimanipulasi dek orang Inggeris @ British .... kenapa???
kerana ....MELAYU/ISLAM @ Rumpun Melayu maju dan amat terkenal ketika itu...hingga org2 Inggeris tak puas hati...

jgn la kita percaya bahawa melayu tu di "ISLAM" kan ..pada ketika itu,...
sebenar nye Melayu @ rumpun Melayu tu dah lama Islam sebelum nye kedatangan Inggeris/Portugis etc...

Parameswara tu dah memang Islam... tu nama gelaran nye je la.. bukan nama betul....

ni cerita dari versi US... (hubby aku masa study kat uni dia dulu.. dia amik kelas "History for American Student" lebih kurang le tu tajuk nye... yg rata2 org US je dalam kelas tu...) topik yg dibincangkan adalah pasal WOrld History yg membabitkan MELAKA...iaitu org2 Inggeris ni dtg ke Tanah Melayu kerana utk mendapatkan bahan dagangan(rempah) secara terus.. selama ni mereka dapat berjual beli melalui pedagang ARab/Islam.. org2 inggeris ni tak nak kalah dengan org Islam... dan mereka ke Tanah Melayu bersama mubaligh2 Kristian .. dengan niat utk meng Kristian kan org2 Melayu..... yg dah sememang nye Islam...

SIAM adalah negara Islam.... Thai adalah Buddha... Thai telah mengalahkan SIAM dan menghapus kan segala kesan sejarah ISLAM bersama bantuan Inggeris.....

org Inggeris juga telah menghapuskan byk kesan sejarah dan kegemilangan MELAYU/ISLAM dengan tujuan supaya org Melayu kita ni tak berbangga menjadi Melayu/Islam dan hilang jati diri......

kini para2 pengkaji sejarah berusaha mencari semula sejarah kita yg hilang...
ade antara nye buku2 dan juga segala catatan sejarah dan lain2 telah diambil oleh org Inggeris (British/France/ etc) dan dibawa ke negara mereka (ade yg dicuri dan dilarikan serta tidak dipulangkan kembali).... serba sedikit para pengkaji sejarah negara kita.. dapat menemui peninggalan yg hilang itu..... cuma masa yg menentukan dan juga perlu nye org2 Melayu/Islam bersatu dan membangunkan semula sejarah Melayu/Islam dan memajukan negara kita ini... serta bangkit dengan jati diri yg kuat...

aku baca dan aku cari maklumat sejarah Melayu/Islam di internet ,aku juga sedang dalam proses mencari serta mengkaji salasilah keluarga ku.. dan aku temui bahawa Islam memang dah lama bertapak di Tanah Melayu, antara Melayu pelbagai rumpun (jawa/bugis/rawa/minang/kerinci etc) telah disatukan dengan menggunakan Bahasa Melayu , terdapat keturunan dari Gujerat Islam , dan juga dari China .. mungkin pada ketika itu ade satu dinanti Maharaja Islam telah berkuasa ..dan kemudian telah dikalahkan oleh Dinansti yg bukan Islam dan mereka telah menghapuskan sejarah Islam tersebut.... nama-nama dalam buku sejarah kita tu kebaykkan adalah nama gelaran aje... nama sebenar tidak dinyatakan.... kini aku dah jumpa serba sedikit nama sebenar bagi gelaran2 tersebut....

maka.. aku simpulkan....
1. Bahasa Melayu pernah menjadi Bahasa Perantaraan Dunia pada suatu ketika dahulu

2. Rumpun Melayu memang dah lama Islam.. bukan seperti yg dikatakan... org melayu di"Islam" kan...

3. Tanah Melayu amat gemilang pada satu ketika dahulu

4. org Inggeris telah berjaya menjadikan kita Bangsa Melayu hilang jati diri dan hilang bangga pada negara sendiri serta bangsa sendiri...apa lagi bahasa Melayu...
5. org Inggeris memang tak mau Islam tu berkembang & maju...


6. org Inggeris telah menghapuskan sebahagian kesan sejarah Islam di Siam, Tanah Melayu dan China

7. org Inggeris masih juga berusaha utk meng"kristian" kan org Melayu dari dulu hingga kini...

8. walaupun bahasa Melayu sudah tidak sepopular dahulu.. tapi jgn la menghina dan memandang rendah pada nye..

9. kita beruntung kerana kita ade tanah dan kita masih ade bahasa Melayu serta masih ade kekuatan di tanah sendiri (walaupun ade usaha2 utk menidakkan)... bayangkan bagaimana red indian dia amerika, canada dan juga di australia yg hanya tinggal nama je... mereka tiada kuasa dan tiada suara utk tanah air mereka.. mereka merempat di tanah air mereka, tiada pembangunan utk masyarakat mereka... mengapa? kerana org Inggeris berjaya buat mereka hilang semua nya...... begitu la org Inggeris nak buat di Tanah Melayu...

10. BANGUN LA WAHAI UMAT ISLAM YG BERBANGSA MELAYU.... JGN LA KAMU MENGAGUNG-AGUNGKAN ORG INGGERIS HINGGA MELUPAKAN ASAL USUL KAMU DAN JANGAN LA KAMU MERENDAH-RENDAH KAN SERTA MENGHINA BAHASA MELAYU....

11. memang la zaman le ni semua nye kena guna bahasa inggeris ... memang la.. tapi ade kah maju sgt diri tu kalau hanya tau berbahasa inggeris?????
org korea tau bahasa dia aje...org france bangga ngan bahasa dia juga...
org Melayu bangga ngan bahasa Inggeris... MALUNYA.....

Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua...
kalau fasih dua-dua sekali lagi la bagus....

apa yg aku tulis tu dari apa yg aku baca, aku kaji dan pandangan aku je...
sekian aje..

p/s: sesapa rajin cari la di internet ni..blog2 pengkaji sejarah... bagus utk ilmu pengetahuan kita dan juga menjadikan kita ingin tau lagi dan lagi serta kita akan rasa jati diri kita makin menyerlah.....

dulu aku tak suka sejarah... (ye la dalam buku sejarah macam cite dongeng je kan)... memang pun dalam buku tu derang buat supaya kita lupa asal usul .... sebab tu la bila baca sejarah kita semua tak de "feel"... le ni bila dah tue... baca macam2 info.. dengar macam2 info yg betul..kaji sendiri... tau la apa kisah nye.. walaupun belum byk dapat dibuktikan.. tapi usaha2 pengkaji sejarah amat la bermakna......

9 comments:

Anonymous said...

haaaaaaaaaaaaaaa....
tu laaaaaa

sbb kita lupa diri....
kesiannn...

aku ada idea nak komen tadi tiba2 hilang...ahh melayu mudah lupa..dan mudah melatah sbb tak yakin diri yg dia melayu oohhh tidakkkkk

Anonymous said...

za
nape org lagi pandang mulia org cakap bhs omputih????

Mama Mia said...

good rizza...

Rizza said...

fid...

"nape org lagi pandang mulia org cakap bhs omputih????"


ni pendapat aku la

sebab org tu tak sedar diri dan dia tak tau yg org putih la yg telah merosakkan negara kita dan bahawasa org Melayu & bahasa Melayu tu HEBAT...

ni sebab no 2... sebab org kita perasan kalau cakap org putih aje ..leh MODEN dan maju..

Rizza said...

afafita...
hanya pandangan tak seberapa je.. tapi utk jadikan kita kenal asal usul dan jati diri makin kuat...

Tie said...

Oh...ye ke??

Baru kak tie tahu ni...jahat betul omputeh,kan...

Anonymous said...

ada masa ..aku pon pernah tertanya pada diri sendiri...kenapa sume org berkomunikasi dlm bahasa Inggeris ni? padahal bila aku toleh sekor2 yg dlm miting tu sume org Melayu...hahahaha...mmg aku tersenyum sumbing sampai sudah....
it's not that i cant communicate in English..infact i have a very good skill in communication..ye la...mmg keroje mak keluar masuk miting bagai ni kan..tp bg aku...kalu perlu kita berbahasa Inggeris ,,why not la kan? maybe ada org yg dlm miting tu tak boleh nak paham bahasa kita ke..tp ini sume melayu maaa.....bagaimanakah ittew? kakakakaaaaaa..
funny but true!

knv said...

betul! aku paling kekok kalu sama2 melayu cakap omputeh!!

hello??? lu apa kes???

Rizza said...

kak tie.. ade yg baik ade yg teruk..

madam za.... what do you say?? hahhha
getik aku oo kalau sesama melayu dok kumpul2 konon2 speaking abis hehheh
betul la tu.. kalau ade sorg yg dlm kumpulan tu tak reti cakap melayu... ok le nak speaking pun....

ana...mau tak kekok hehhe