Friday 6 May 2011

Rizza Kek Coklat yg Coklat Vs Kek Fondant Vs Kek Coklat

RKC yg Coklat VS Kek Fondant

untuk pengetahuan yg nak tau aje, RKC hanya buat kek coklat yg coklat , tiada Fondant, tiada Buttercream.

Buat masa ni ade 2 jenis kek Coklat, iaitu Kek Coklat Mud (Dark Chocolate Mud Cake) dan juga Chocolate Triple Nuts. Akan datang akan ade Kek coklat yg Coklat resepi lain.

Untuk kek berbentuk, RKC hanya menggunakan Kek Coklat Mud sahaja kerana rasanya yg sedap dan padat untuk dibentukkan pelbagai rupa.

Kenapa kek RKC mahal, kerana bahan yang digunakan adalah yang berkualiti dan Halal.
Untuk mendapatkan bahan-bahan yang betul2 Halal & Berkualiti, harganya agak mahal.

RKC menggunakan Coklat yang berkualiti untuk menghasilkan Kek yang sedap dan rasa coklatnya.

Harga yang RKC tawarkan adalah "Permanent Discount", berbanding harga asalnya. Untuk memberi pilihan pada umat Islam menikmati produk yang Halal dan berkualiti tinggi (jika nak la).

Mengapa RKC tidak menawarkan kek fondant? Tak semua Kek sesuai disalut Fondant, produk RKC disalut dengan Icing Krim Coklat @ Ganache yang menggunakan Coklat.

Apa beza Fondant dan Ganache?
Fondant mengandungi gula ising, Ganache mengandungi Coklat.

Bagi yang menyukai hiasan yg cantik sahaja boleh le memilik Fondant, akan tetapi bagi yg nak cantik, sedap dan boleh makan semua tanpa membuang ising pilihan Ganache adalah terbaik.

Coklat ada pelbagai jenis dan kualiti, makin tinggi kualiti makin mahal harganya. Ia mempengaruhi kek itu sendiri.

Pelbagai maklumat mengenai coklat akan diceritakan di sini 'Mengenai Coklat' , akan datang.

RKC Kek Coklat Mud Vs Kek Coklat
Bagi yang ingin membuat perbandingan harga, sila bandingkan harga kek coklat mud dengan kek coklat mud juga, bukan kek coklat mud dengan kek coklat moist, mahupun kek coklat sponge dengan kek coklat mud.

Ini kerana walaupun ia adalah kek coklat, pelbagai nama kek coklat tu mempunyai resepi tersendiri. Dan bahan yang digunakan menentukan harga serta kualiti sesuatu produk.

Bagi yang nak membandingkan kek kereta RKC dengan kek kereta yang dibuat dari Fondant, sepatutnya anda perlu tahu harga kek yang disalut coklat sepatutnya lebih mahal dari kek disalut Fondant. mungkin tak berapa ramai yg setuju, itu la hakikatnya yang tak ramai orang tahu, akan tetapi sila buat rujukan dan kira sendiri harga berdasarkan kos bahan berkualiti jika inginkan kepastian.

Kek kereta RKC mahal? cuba bandingkan rupa kek kereta RKC dengan kek kereta yang dibuat dari Fondant atau Buttercream. sila perhatikan. Jika anda ingin kan yg cantik dan hanya bentuk kereta aje, pilihan banyak di pasaran. Akan tetapi jika anda benar2 inginkan bentuk sebijik kereta , model tertentu, dan ukuran semua macam kereta sebenar cuma saiz kecil, anda boleh memberikan kepercayaan pada RKC. Bukan "just a car".

Sekian terima kasih.



No comments: