Friday 6 May 2011

Hassan ooo Hassan

Kita cerita pasal Hassan pula...

Hassan ...
tahun depan masuk darjah 1
dia dah sedia nak pergi sekolah rendah
dah mula belajar tido sorang di bilik sebelah..
dah tau apa dia nak buat siang2 hari...

aktiviti Hassan...

lepas bangun pagi, mandi .. dia dah pandai le nak pilih dan pakai baju sediri.. dan besar pun..
kadang2 pakai kemeja n jeans.. ala2 sekolah la...

dia akan bukak tv dulu sementara tunggu umi siap utk ajar dia

dia bukak rancangan TVIQ & Tutor TV kat Astro.. suka dia la nak tgk apa kat rancangan tu.
dia tau apa yg dia nak tgk kat tv , kalau dia rasa dah cukup, dia tutup tv dan buat benda lain.

umi akan ajar dia seperti biase la.. ulangkaji... memahirkan dia membaca lebih lancar dalam BM & BI, buat la latihan dalam buku latihan yg dibeli (utk darjah 1.. tahun lepas beli .. tak abis pun.. buat mana yg suka je..)... jadual seperti biase, Isnin BM, Selasa Maths, Rabu BI, Khamis Sains, Jumaat Jawi. Hanya peruntukkan dalam 30 min hingga 1 jam je.. tak lama melainkan dia dok melangok je... memang lambat le selesai...

untuk mengaji dan menghafal surah2 serta mengenal perkataan2 dalam AlQuran, ia di lakukan oleh Bapak Hassan. Biasanya waktu malam selepas maghrib atau isya'.

selepas belajar bersama umi, dia bebas buat aktiviti dia.
seperti biase la ...
menggodek laptop dia , sama ade guna paint ke, word ke excel ke powerpoint ke.. tak pun godek sistem dalam tu... tu le keje dia.
kalau dah puas, dia buat aktiviti kraftangan dia la.. mengguntik kertas atau kotak2 lama untuk jadik macam2 seperti binocular, kamera, gitar, rumah, kereta, beserta botol2 lama dia akan gunting2kan buat sesuatu.
kalau ade lagi aktiviti yg dia nak buat.. dia melukis.. kereta kereta kereta.. semua pandangan.. tapi hanya kereta proton aje.. heheh hahahha semangat jati diri tinggi..

al kisah... pada suatu hari bapak hassan memberi tugasan pada hassan untuk melukis selain dari kereta... yang pertama , melukis semut.
tiba-tiba dia dok menangis... huhuh...
apasal la hassan menangis pulak, tanya la dia...
Umi : Kenapa menangis?
Hassan : Hassan tak tau nak lukis semut pandangan tepi, depan, belakang... huhuhuh
apa lagi pakat gelak la kami.. ingat apa la tadi.. rupanya dia dok imagin yg bab kena lukis ni kena semua pandangan la .. 3D.. hehhe
Bapak : mana ade org lukis semua pandangan sisi, semua tu.. tak perlu 3D. cuba tengok gambar semut dalam buku ni.. hanya pandangan atas je kan.. lukis tu aje... tak semua benda kena lukis 3D atau setiap pandangan.
begitu la bapak nye menerangkan pada Hassan.
maka dia pun melukis semut sepeti dalam buku rujukan.. comel semutnya...

betapa terperincinye dia nak membuat sesuatu benda tu.
begitu la ceritanya.

ayat yg sering dia tanya di kala usia dia 6 thn ni..
"betul ke?" apa2 kita kata atau larang dia akan tanya.. betul ke? betul ke tak boleh?
maka siap sedia la dengan segala jawapan yg munasabah.



1 comment: