Thursday, 14 January 2010

tanggungjawab

Hassan : Umi, tanggungjawab tu apa ?

dia dok tanya aku masa aku sibuk basuh pinggan mangkuk...
berputar-putar gak nak cari satu perkataan atau contoh yang boleh dia faham..

Umi : Tanggungjawab tu contoh nya, macam Hassan sebagai anak , tanggungjawab Hassan kena belajar pandai-pandai, Umi tanggungjawab umi pula nak ajar Hassan supaya pandai...

Hassan : Bapak?

[dia tanya tanggungjawab bapak dia pulak..]

Umi : Bapak.. tanggungjawab bapak Hassan kena pergi kerje, cari duit, untuk beli buku Hassan...

## tu le serba ringkas yg dapat aku jawab secara spontan... menerangkan perkataan 'tanggungjawab' pada Encik Hassan ni...

Umi : Mana Hassan jumpa perkataan 'tanggungjawab' tu?

Hassan : Lagu satu Malaysia... (sambil senyum-senyum)

****
tetiba dia teringat nak tanya aku...dia tanya je..

dia dah hafal lagu satu Malaysia tu.. dia mendengar dan dia llihat bendera Malaysia dalam nombor satu.... nombor kesukaan dia no 1...

dari mula2 main hentam je dia sebut.. lama2 ajar dia sebutan yang betul dia boleh le menyebut bukan aje membaca lirik tu.. dia menyanyi tanpa tengok lirik... tu hafal le...
mula2 suruh dia tulis baris baris lirik tu sambil membaca..

ni le lirik nye...
bagus gak kalau ade sesapa yang nak cuba ajar anak menulis, mengeja, membaca...
dan bagi dia dengar lagu tu [kat youtube ade..download aje]...
dia boleh belajar perkataan Bahasa Melayu/Malaysia ...


Lirik Lagu Satu Malaysia
(Lagu Tema Rasmi 1Malaysia)

Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus (4x)
Satu Malaysia untuk semua
--------------------------------------------
Pencipta lagu: Nik Nizam, Errie Naham
Lirik: Lokman Ghani
Penyanyi: Roy





4 comments:

dila~noor said...

patriotik sungguh Hassan nih (lbh kurang mcm ummi die jgkla)hehe

complicated jgk nk jb makne tanggungjawab tu kn?kalau tak btl salah faham bdk2 ni..

kak rizza.sy dah bace hampir kesemua entry bwh label anakku hassan..nak dapat inspirasi dalam usaha nk introduce early education kt anak sndr.
smga usaha akak ni diberkati Allah..thanks for sharing =)

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

bijaknye...ur blessed..

maya amir said...

heheh..lps ni die tanye, kerjasama tu ape umi?:)

rizza said...

dilla... sama-sama... kena bersedia la utk hadapi apa jua soklan anak2 nanti..

mama-miya,.. tq

maya.. perkataan yg dia tanya pada hari ini.. "semangat tu apa umi?"
hehhe