Monday 25 January 2010

guna akal bukan tak pakai akal

kelmarin kami ke C*MB Unikeb Bangi...

betapa sakitnya mata aku tengok.. bersepah2 resit (resit lepas keluarkan duit le..)

apa org2 kita ni tak de otak kot.. tau memang tak reti2 nak hidup..

kalau tak nak amik resit sila la tekan "tak mau resiit" .. tak yah le gatal2 nak tekan utk rsit tapi lepas tu resit tu dibuang ke lantai.. kalau tak jumpa tongsampah sekali pun.. simpan dalam purse/wallet.. balik rumah buang le dalam tong sampah.. ngok betul... takkan tu pun nak kena ade "Dummies Book for XXXXX"....

kalau takat nak tgk je berapa baki.. boleh check terus situ tak yah amik resit le...

takkan tak reti baca.. abis tu masa nak amik duit tu..tekan bahasa apa? bahasa inggeris..? bahasa cina? atau nak berlagak tau 2 bahasa 2 tapi yg tau tekan nombor dan yes no je.. tak faham yg lain.. tolongggg le....

kan mudah..jika tak nak kata tidak ....

resit tu.. yg pi buang rata2 tu pe hal... ingat le sikit tu statement yg tercatit adalah peribadi anda... tu baru resit tu je.. abis tu benda2 lain pun mesti amik mudah...

apa yg aku nak kata.. SILA JANGAN BUANG RESIT DI ATAS LANTAI !!!!!!

pihak C*MB.. patut amik je gambar org2 yg buang rata2 tu.. pastu denda....

dan ni antara peristiwa tu

Masa tu ade le mamat sekor, tgh dok kat mesin teller tu... leps tu aku nampak dia tak amik resit tu.. main bior je.., kemudian dia pi kat mesin teller lain...

anak aku dok nak pijak2 resit2 yg bersepah kat lantai tu...
maka aku pun melarang dan menerangkan pada anak aku..

Umi : Jangan pijak kertas tu..
Hassan : kenapa?
Umi : tak bagus pijak2 kertas tu... Hassan kena ingat jangan buang sampah merata-rata, org yg buat begitu, tak bagus... sampah kena buang kat mana?
Hassan : tong sampah..
Umi : bagus.. sampah kena buang kat tong sampah, bukan buang merata-rata kat lantaikan.. kotor..
Hassan : aa..

Hassan tak jadik nak main/pijak kertas atas lantai tu

dan aku terlihat.. mamat yg dok kat mesin teller tu.. dah abis urusan.. tak de pun tinggalkan resit dia tergantung kat mesin teller macam yg dia buat sebelum tu...
hahah..

tu le masalah org kita....

tu hal lain..
ni pulak jenis yg lain

kami tengah nak keluarkan kereta... dia boleh nak melajak terus je.. cuba la berenti jap.. bagi kami keluarkan kereta tu.. lepas tu ko jalan le...

ni semua jenis pentingkan diri sendiri.. ade tu siap hon lagi....
kalau kemalangan macam mana???


ni kes lain lagi..

sedang aku memandu kereta di lorong C, ade kereta didepan ku... jalan tu simpang T.. maka aku nak ke kanan... mamat ni lak tengah tunggu bini dia beli nasik lemak kot..kat hujung jalan tu...yg buat aku bengang nye.. dia boleh renti kat situ je.. sambil signal kanan... ciss. tu laluan le.. buat tempat henti... aku nak belok kanan... mana la nampak kereta dari arah kanan tu... dia lak nak suruh aku lintas kereta dia ... bodoh apa.... dah le bangang.. tak beretika.... aku sabar je... malas nak hon... cuma aku nak tgk .. kalau dia berani sound aku suruh jalan (tapi dia tetap tak ganjak..).. aku tak teragak2 turun dan sound balik... sabar2... sambil aku biarkan signal kiri aku tu ... dan aku tengok je dia ... last2 dia terpaksa bergerak... dan pi parking dekat tempat org jual nasik lemak tu... boleh pulak??? menyusahkan org je... abis tu kalau aku melintas potong kereta dia aku tak nampak kereta dari kanan aku yg nak masuk simpang tu macam mana? nak eksiden depan mata dia ke?

dan satu lagi...bawak laju le benar kat kawasan perumahan, sekolah, kedai2.. konon nak tunjuk skill.... tak kira la muda ke tua ke.. mak cik pak cik.. berkopiah berpurdah... sama je.... ade yg siap laju nak potong tak bagi signal..... ingat kalau eksiden mati syahid ke????
aku geram sebab aku hadapi situasi tu

sesapa yg memandu kereta..

1. pandu le dengan berhemah
2. jgn suka2 renti/parking kereta di laluan utama
3. nak potong sila signal walaupun sejengkal je...
4. tolong le jgn pentingkan diri sendiri... bagi le org yg nak keluar parking keluarkan kereta nya dahulu....
5. ingat la anda bersama keluarga.. jgn perjudi nasib keluarga anda terutama anak2..
6. kalau nak berlumba sila le pi tempat yg sepatutnya... jgn berlagak di jalan yg lurus atau temoat org ramai je
7. jgn le nak berlagak kete mahal .. kalau eksiden kereta remuk juga.. silap2 anda juga dah tak de..
8. senyum la walaupun berada didalam kereta... sejuk aku tengok..

sekian..




4 comments:

Ace said...

Isk.. pasal resit a.ka. sampah tu.. memang aku sendiri pun tak leh tahan.. sakit mata aku tengok.. aku pun pelik, apa yang susah sangat nak simpan kejap and buang kat tempat yang sepatutnya..

Aku pun ada satu kes pasal buang sampah ni.. ha! yang ni berlaku kat area rumah aku.. dia parking kat luar rumah and then, dia bersihkan kereta dia.. boleh pulak, sampah yang dia ambik dari kereta dia tu dia pegi buang kat longkang rumah depan yang kosong tu.. kenapa dia tak buang jer kat tong sampah rumah dia.. isk! pelik sungguh.. bukan jauh mana pun.. geram aku tengok tau!!

And pasal pemandu berhemah ni.. memang payah nak kata sebab memang macam tu ler dorang ni.. tak serik-serik dengan parking merata, laju tak bertempat dan sebagainya..

Tak tahu lah, cemana kita nak buat lagi.. sebab semuanya atas INDIVIDU itu sendiri...kan?

Crazee Choc's said...

ntahnya.. tak paham... apa kes letak resit merata. mcm la tak dek tong sampah kat tepi2 tu.... selalunya ada la...

Unknown said...

saya nampak orang buang sampah keluar dari tingkap kereta.. rasa macam nak saman org tu!
apa yang boleh buat.. didik anak2 kita..
contoh yg rizza buat mmg terbaek! mcm dlm kisah hasan&husin cucu nabi nk tegur org dewasa wudhuk tak betul ;)
tahniah!

Rizza said...

aini.. berul tu... melampau betul.. buang sampah pun kat rumah org lain ....
nak wat cam ne.. individu mentaliti dunia ke tiga... takat moden alat je

marisa.. memang ade tong sampah pun... dasar pengotor kot..

june.. saya pun sama.. rasa nak je saman.. lain kali amik gambar masa dia buang sampah tu.. hehe
kita tegur secara berhemah..