Rasa macam pernah tulis dulu-dulu...
tapi saya tulis lagi apa yg ade dalam fikiran ini..
Anak yang bawah usia prasekolah ni mudah di bentuk dan diajar...
Maka ajar la anak anda seawal dalam perut lagi... dan diteruskan ketika dia lahir ke dunia ..
Seringkali kita dengar, orang dok kata... ala kecik lagi.. buat pe nak ajar... dah besar baru ajar..
Aku bukan nye pakar kanak-kanak, mahupun pakar psikologi ataupun seorang guru... aku hanya seorang ibu kepada anak aku......
Apa yg aku biase dengar orang kata.. susah ajar anak sendiri... dia nak belajar ngan cikgu la.. bla bla bla...
Ade pula yang akan berkata.... bagi je main kecik-kecik ni... nanti budak bosan bila masuk sekolah..
Siapa yang menentukan anak tu akan bosan? anak tu tak pandai? anak tu pandai? anak tu boleh diajar? siapa? Ibu bapa la... siapa lagi..
Takkan la ibu bapa tak leh nak bentuk anak sendiri... zaman la ni byk maklumat boleh didapati di internet... takkan tak boleh cari maklumat atau apa sahaja utk mengajar anak sendiri...
buat pe buang masa dok main games je [tak ditujukan pada sesiapa ..tapi kalau terasa... maaf le ye..]
Semua anak bijak... kalau tak percaya... ajar le anak sejak kecik....
Semua ibu bapa adalah guru..
Mengapa anak tak nak belajar ngan ibu bapa sendiri..
mungkin kerana ibu bapa tak tegas...
disini la perlu nye disiplin oleh ibu bapa tu... disiplin dalam mengajar anak...
Adakah ibu bapa perlu mengajar macam guru di sekolah atau di tuisyen...
Tidak juga.. bergantung pada peribadi anak tersebut..
ketika anak bawah prasekolah .. ajar dia sambil bermain.. gunakan mainan dia dan juga persekitaran dalam mengajar dia mengenal sesuatu... dari hanya tau tunjuk-tunjuk.. dia akan tau membaca atau mengira.. lama-kelamaan... insya'allah
Ajar la apa sahaja, kerana umur begitu amat memerlukan maklumat untuk diisi dalam kepalanya... mereka mudah serap apa sahaja..
tapi jgn harap dia akan memberi tindakbalas pada masa tu jugak... mereka akan simpan dahulu..sehingga satu hari jika di tanya kembali.. dia akan keluarkan ...walaupun bertahun kita tunggu.... sabar dan teruskan mengajar sambil bermain...
jika umur mereka telah melepasi umur prasekolah... teruskan dengan ilmu yang lebih lagi...
tiada istilah bosan atau penat dalam belajar..... ilmu tu tak terhad ....ade macam2 boleh di ajar dan dipelajari...
###
kalau masih kecik.. dia minat buku...
caranya... kita ajar dia dengan cara membaca, menunjuk, mengeja... walaupun dia tak tengok tapi dia dengar... lepas tu berikan buku tersebut supaya dia boleh belajar sendiri sambil dia bermain dengan buku tersebut... tapi kita kena teruskan membacakan buku tu setiap hari kalau boleh waktu baca yg sama..... [masa kita baca tu kalau boleh jgn beri dia pegang buku tu... lepas tu baru beri..]
ikut peringkat umur .....
ok... tu je buat masa ni...
2 comments:
kak, anak saya kan, dia obses dengan kereta. pantang jumpa, sikit2 car, sikit2 car.
kebetulan saya terjumpa buku pasal cars yg memang dari awal smpai akhir cerita pasal kereta aje. wah! ke hulu ke hilir dia heret buku tu. bangun tido - terus ambik buku cars. sebelum tido - mesti nak baca buku cars.
dia dh bleh kenal C-A-R tu ialah car. masalahnya, dia selalu confuse. cthnya gini, bila ada perkataan C-A-N pun dia sebut car. bila jumpa pkataan S-T-R-A-P pun dia sebut star.
camno tu kak?
zufa.. tahniah!! anda berjaya mengajar anak anda belajar secara gambaran hehheh
tak pe layan je pasal car tu... ko kembangkan kepada dalaman hingga enjin at least dia boleh tambah vocab yg power hehh
tak mengapa dia nampak CAN CAR.. ko betulkan tiap kali dia salah sebut sambil eja ... katakan dia nampak CAN.. diasebut CAR... beritau dia... CAN bunyi nye can.. CAR bunyi nye CAR.. tgk CAN hujung nye N dan CAR hujung nye R... teruskan cara ini walaupun dia Sebut STAR pada STRAP.. terangkan STRAP tu apa pula...seperti CAN juga ..terangkan apa CAN tu..
lama2 dia lagi mahir.. hassan memang belajar gitu.. dia nampak the whole as "picture" jadik dia akan sebut apa yg dia tau.. dan jika salah.. bagitau apa yg sebenarnya...
no woory.. good luck!!
Post a Comment