Thursday 28 May 2009

sedarlah rakyat Malaysia....


Ingat la... orang itu bukan perwira.. kerana selepas kemerdekaan dia masih berani mengangkat senjata... membunuh tentera dan orang awam tak kira bangsa Melayu , Cina, India.....
dia adalah pengganas..... pembunuh.... takkan la kita senang2 nak maaf kan dia walaupun dah membunuh ramai org ....

Begitu juga bagaimana pihak barat & kaum y4hud1 membenci N4z1.... 
hingga le ni sesapa yg menggunakan nama N4z1 akan di tentang...apa2 berkaitan nye akan ditentang... begitu le hak mereka.. itu kisah mereka

Kita di Malaysia... ingat la.... kalau tak kerana tentera menjaga keamanan negara kita.... menjaga supaya komunis ini tidak masuk ke kampung2 membuat kacau bilau , membunuh.. ada kah kita masih wujud le ni???? ... tentera sanggup berkorban NYAWA kerana mempertahan kan keamanan negara & penduduk negara kita.... adakah seog Pembunuh yg membunuh ramai org bukan 1 atau 2 org tapi beratus2.. beribu2... adakah kita sanggup maaf kan dan biar dia mengulangi lagi peristiwa tersebut... jgn percaya pada nye.. kerana org seperti itu mempunyai agenda di sebalik nye.... 

Berfikir la org2 Melayu sekalian... adakah anda nak gadaikan nyawa anda?

dan juga C1n4, 1nd1a yg benar2 sayang kan negara Malaysia , yang sayang kan keamanan negera, yang bertuah kerana c1n4 & 1nd1a ini di terima oleh org Melayu di Tanah Melayu...
di mana ketika itu .... jangan buat pasal ok... hargai la apa yg diterima dan hormati la agama Islam & hak org Melayu/Bumiputera....

******************

aku tertarik utk c&p ini di sini (terima kasih kepada penulis tersebut kerana berkongsi cerita ... ade byk lagi kisah2 yang boleh kita jadikkan ingatan...)

Jangan agungkan Chin Peng

SEBAGAI salah seorang wartawan Malaysia yang dihantar membuat liputan Majlis Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1 Disember 1989 di Hatyai Thailand, antara soalan yang saya masih ingat saya ajukan kepada Chin Peng ialah: "Apakah saudara masih seorang Marxist-Leninist?" Chin Peng dengan wajah yang hampir-hampir tersenyum menoleh ke arah saya dan menjawab: ''Ya."

Chin Peng menambah: ''Kami hanya meletakkan senjata bukan membubarkan PKM ataupun fahaman komunisme.''

Itulah kata-kata Chin Peng yang tidak dapat saya lupakan sepanjang karier saya sebagai seorang wartawan yang berpeluang untuk membaca kisah hidupnya dalam buku sejarah, dan kemudian ditakdirkan juga berpeluang menatap wajah dan bersua muka dengannya secara berdepan pada sidang akhbar bersejarah itu 20 tahun lalu.

Atas alasan itu jugalah mengapa Chin Peng dan anggota PKM yang lain tidak dapat memenuhi salah satu daripada empat kerangka Perjanjian Damai tersebut kerana keengganan mereka untuk kembali dan melalui proses 'pemutihan' di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terlebih dahulu.

Sebabnya ialah seperti yang dilafazkan oleh Chin Peng, dia masih seorang berfahaman Marxist-Leninist. Chin Peng sanggup melepaskan perjuangan bersenjata ke atas Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak bersedia untuk menggugurkan fahaman yang dianutinya sejak sekian lama itu.

Marxism-Leninism secara 'basahannya' membawa maksud Bolshevism atau ringkasnya komunisme. Hakikatnya ialah sehingga Chin Peng membuat pengakuan terbuka bahawa dia tidak lagi mendokong fahaman tersebut, maka Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebab untuk menerima semula kepulangan Setiausaha Agung PKM itu ke tanah air.

Malah jika sekalipun Chin Peng membuat pengisytiharan bahawa dia bukan lagi seorang komunis, Chin Peng tidak boleh terlepas daripada melalui proses ditahan di bawah ISA.

Chin Peng tidak boleh dibenarkan menjalani kehidupan bebas keluar masuk ke kedai kopi dan menghadiri forum itu dan ini serta menganjurkan majlis itu dan ini atas nama apa sekalipun.

Ini kerana kesan tindakan seperti itu akan hanya menimbulkan keresahan di kalangan rakyat terbanyak, apatah lagi kepada keluarga mangsa keganasan komunis yang bukan sahaja terdiri daripada kalangan perajurit dan masyarakat awam tetapi juga masyarakat Melayu, Cina dan India serta kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Kehadirannya semula di kalangan kita hanya akan membuka luka yang berdarah. Chin Peng sendiri harus menerima takdir yang tertulis ke atasnya kerana itulah jalan yang dia pilih. Dan betapa keengganannya menerima Perjanjian Damai di Baling pada tahun 1955 telah menjurus ke arah pertumpahan darah yang bukannya sedikit di kalangan perajurit kita dan juga masyarakat awam yang lain.

Generasi baru yang tidak melalui kesengsaraan kehilangan ahli keluarga kerana terkorban ditembak atau diserang hendap komunis, cuba menulis semula sejarah tanah air dengan mengagungkan anggota PKM dan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan negara melalui blog, laman web dan juga penerbitan buku. Mereka perlu berasa malu dan menghentikan tindak-tanduk mereka itu.

Sebaliknya, seluruh rakyat Malaysia yang menolak komunisme dan ahli keluarga para perajurit kita yang terkorban mempertahankan negara ini daripada ancaman subversif wajib bangun menyuarakan penolakan mereka terhadap gagasan membenarkan kepulangan Chin Peng.

Dalam konteks ini, saya memuji kenyataan berterus terang Naib Presiden Gerakan Malaysia, Mejar (K) Huan Cheng Guan bahawa saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan, supaya Kerajaan Malaysia membenarkan kepulangan Chin Peng mestilah ditentang atas nama para perajurit tanah air yang terkorban kerana mempertahankan keselamatan negara daripada ancaman PKM.

Saya mengenali Mejar (K) Huan secara peribadi. Hakikat bahawa bekas Ahli Parlimen Batu Kawan itu juga adalah bekas seorang anggota TUDM memperlihatkan betapa semangat patriotismenya yang menebal dan sensitivitinya sebagai seorang perajurit tulen.

Rakyat dan seluruh negara patut mendengar suara bekas perajurit negara seperti Mejar Huan, Kanang anak Langkau, Onjinin Christopher Jopinol, Amid Abdul Rahman dan ramai lagi yang mengorbankan diri mereka untuk mempertahankan negara dan juga untuk kesejahteraan kita semua daripada mendengar suara minoriti yang mendesak sebaliknya.


Putra Heights USJ.">

***************************************

dan ini...


Kekejaman, pengkhianatan tidak boleh dimaafkan

RAKYAT negara ini tidak boleh menerima kehadiran Chin Peng untuk kembali ke tanah air. Jika ditanya kepada wira-wira pejuang dalam pasukan Angkatan Tentera dan juga pasukan polis yang pernah bertempur dengan gerila komunis pimpinan Chin Peng semasa negara ini diancam pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu, tentunya mereka akan terkenang betapa peritnya cabaran yang telah dilalui sehinggakan ribuan nyawa terkorban.

Tidak kurang juga yang telah menanggung derita dengan kecacatan kekal yang dialami akibat tersandung jerangkap samar yang dipasang oleh gerila komunis yang dikepalai oleh Chin Peng dan konco-konconya dari Rejimen Ke-10 yang berselindung di sebalik nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).

Oleh itu, seluruh warga Skuad 69 PDRM Sarawak yang pernah berjuang dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) untuk menjaga keselamatan awam ketika negara dalam keadaan darurat dahulu tidak pernah lupa betapa kejamnya gerombolan pengganas komunis ini yang menjadi 'bajingan' membunuh banyak nyawa, sehingga negara dan rakyatnya turut merasakan terancam.

Tentunya Chin Peng akan mereka cipta pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakan mereka sebelum ini. Negara yang telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 telah dinafikan oleh Chin Peng. Mereka enggan meletakkan senjata untuk meraikan kemerdekaan pada tahun berkenaan. Pada kami, semangat patriotik cintakan negara ini tidak tertanam dalam sanubari pemimpin PKM. Ia sebenarnya mahu mendominasikan negara ini dengan fahaman komunisme, tetapi rakyat telah menolaknya.

Chin Peng terpaksa mengerahkan segala kekuatannya dan telah diperkuatkan lagi dengan penubuhan Rejimen Ke-10 (Tentera Pembebasan Nasional Malaya - TPNM) yang dipimpin oleh Abdullah CD. Rejim komunis ini telah bersarang di hutan belantara dengan mengangkat senjata untuk menentang pasukan keselamatan yang mereka anggap sebagai anjing kerajaan.

Benteng pertahanan negara terpaksa diperkuatkan di perbatasan tanah air kita kerana PKM telah bertindak ganas memusnahkan balai polis, merampas senjata, mengugut rakyat marhain malah mereka bertindak kejam membunuh sesiapa saja yang dilihat pro kepada pasukan keselamatan.

Oleh itu sekali lagi kami warga Skuad 69 PDRM Sarawak menggesa pihak kerajaan supaya tidak melayan kerenah Chin Peng. Kami tidak bersetuju dengan pandangan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang yang mahukan supaya kerajaan menerima semula kehadiran bekas pemimpin PKM ini, dengan beralaskan hujah kemanusiaan.

Kita mahu Chin Peng memahami aspirasi rakyat negara ini yang tidak boleh memaafkannya lagi kerana terlalu banyak angkara khianat yang telah dipalitkannya terhadap negara ini. Kami bertegas dengan pendirian ini, kerana kami merupakan antara barisan hadapan yang telah membentengi perbatasan negara dalam menghadapi ancaman musuh utama Negara pada masa itu.

Sesungguhnya negara ini tidak perlukan lagi spesies seperti Ching Peng.


Presiden
Skuad 69 PDRM Sarawak.">


******************************




p/s: ye memang aku sayang kan negara... walaupun aku tak de pengalaman sendiri mengenai peristiwa itu ... tapi aku tau bagaimana perasaan para perajurit.. pahlawan... tentera...




8 comments:

Zuraimah Ismail said...

erk....apsal lately ni org duk citer pasal chin peng ni ek...dah 2 hari dahh kat isu ni dibincangkan di IKIM

huhu mak mmg x baca paper ye....huhuhu

Rizza said...

CT.. sebab ade org cuba nak bangkitkan isu2 yg boleh gugat negara.....dan kita dapat lihat ade yg sungguh2 sokong pada CP tu ...terutama org Melayu Islam... yg tak sedar diri...

Zuraimah Ismail said...

itu la yg peliknya...si Chin Peng tu dah sah2 pernak mencarca marbakan negara...apsal nak pk2 lagi pasal die...

sometime...rakyat malysia ni mcm has nothing to do..tu yg otak ntah hape2 tu...

cth paling obvious..kes dun perak tu...buat perabih kertas surat khabar je...they dont think of the country benonye....duk pk diri sendiri..tu yg payahh tu...

Rizza said...

Ct... kebykkan rakyat kita dah di bagi cerita yg mereng dari puak2 yg mereng... tu yg ade macam2 hal.. sampai jadik macam org gila pun.. penyokong mereng pun akan sokong babi buta.... kesian ....

Nur said...

betul tu za!
jd confuse lak mak baca dlm paper bila diorg ckp chin peng & shamsiah fakeh tu pejuang negara..HAH????biaq betul??

bebudak sekolah pun boleh jd terpesong tau..

org yg x penah hidup zaman tu mmg bolehlaa ckp mcm2..tp jgn taram sbrgn jer..selidik laa dulu perjuangan org2 kita masa zaman komunis dulu..kalu x paham sejarah jgn tunjuk pandai...

Rizza said...

nur.. antara 2 org tu lain... kena pi kaji dulu la.. za tak de detail lagi bab ni...

knv said...

bahlul betul sesapa yang nak mamat tu balik.

banyak lagi masalah dalam malaysia ni yang belum selesai, dah nak buat masalah baru.

bangang!

Rizza said...

ana... betul!!!!!!!