Macam-macam hal di msia....
Isu PPSMI ...
apa yg diperhatikan... kebykkan nye yg dok demo tu khalangan sasterawan... apa yg mereka pertahan kan??? bukan nak kata aku setuju ke tidak.. tapi bila dah dia ajar tu..teruskan la.. dan pelbetulkan la sukatan BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS yg dia ajar di sekolah..
titik beratkan ia lebih.. yg Matematik & Sains tu.. teruskan la.. takkan nak patah balik.. yg menjadi mangsa anak2 yg sedang proses membesar.... ade ke pakar2 sains pi buat demo?? tak de kan.. Insya'allah ade la hikmah nye.. maka lebih ramai la guru2 bekerja keras nak mengajar (kalau ade la).. dan ibu bapa skrg kan byk gunakan Bahasa Inggeris lebih dari Bahasa Melayu.. apa masalah nye kan.. mungkin di kg2 ade masalah.. tapi jika guru2 bersungguh2 nak anak2 kg tersebut berjaya.. guru2 tersebut harus la berusaha... demi bangsa ... (peranan guru di kg2 amat la penting)...
sukatan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris harus di kaji semula... dan bykkan modul yg memboleh kan setiap pelajar bercakap @ persembahan @ pementasan... @ apa jua yg membolehkan setiap individu memainkan peranan..... BERCAKAP!!!!
(kalau dari kecil keberanian bercakap dan berfikir serta menyatakan buah fikiran di terap... maka keyakinan individu yg pemalu diberi peluang... dan diasah... maka semua pelajar akan jadi lebih yakin ....)
kalau betul nak pertahan kan isu bahasa.. kenapa tak buat dulu2.. berapa byk bahasa melayu yg dah tak betul??? berapa byk bahasa Inggeris yg dimelayukan??? kenapa yg perjuangkan????
kalau guru2 yg mengajar PPSMI tu betul2 mengajar menggunakan penggunaan bahasa Inggeris sepenuh nye... bagus la... bukan nye.. bercampur aduk masa mengajar..
apa yg penting.. perkasakan Bahasa Melayu itu sendiri... dan mantap kan Bahasa Inggeris .....supaya generasi akan datang dapat bertutur 2 bahasa dengan lancar... bukan cakap rojak.. yg hanya akan kedengaran adalah "I" "U"... tu je....kalau nak cakap bahasa Inggeris.. cakap sepenuh nye... kalau nak cakap sekadar "I" & "U" je.. baik tak yah cakap .....
di berita-berita dan di surat khabar.. sila la para perjuang buat demo... byk bahasa Melayu yg entah apa2 lagi.... sampai pening baca ...
Di Montreal.. terdapat "Polis Bahasa" yg akan membuat pemeriksaan dan pemantauan di papan2 tanda, di mana2 aje dia situ... agar bahasa yg digunakan adalah betul dalam Bahasa Inggeris & Bahasa Perancis...
Isu nama ALLAH
kenapa tak de pakar bahasa atau para alim2 agama yg perjuangkan isu ni??
adakah pakar bahasa tak tau agama??? tak arif???
isu ni lagi penting.. jgn pandang ringan... cuba kita lihat disebalik nye...
mengapa beria2 depa nak guna nama ALLAH dalam kitab mereka (yg sah2 bukan dalam bahasa arab).. memang le org arab kristian di negara arab guna perkataan Allah.. tapi kita mereka dalam bahasa arab.. kalau yg kat msia ni beria2 nak guna perkatan ALLAH.. tulis le kitab mereka dalam bahasa arab.. nak kata org sabah s'wak ...kenapa tak guna je Bahasa Iban atau pun lain2 tu dalam kitab mereka.. kenapa perlu sgt dalam Bahasa Melayu?? kenapa beria nak guna perkataan ALLAH????
bahasa Melayu tu indah.. dan setiap bahasa ade cara dan tata bahasa tersendiri.. kalau dalam bahasa Melayu perkatan ALLAH adalah merujuk kepada tuhan umat Islam yg mempunyai sifat2 yg tersendiri (tuhan yg satu, tiada beranak, tiada rupa bentuk digambarkan dan sebagai nye.. sebagai umat Islam .. semua tau kan).. akan tetapi.. bangsa2 lain pemahaman mereka tentang tuhan mereka tidak sama dengan kita... sebab tu la dalam bahasa melayu diberi kata nama am iaitu TUHAN.. lepas tu masing2 nak guna nama Khas tuhan mereka guna la kan..
apa yg disebalik nye.. ni adalah salah satu proses mubaligh Kristian utk mengaburi dan cuba mengelirukan serta menyesatkan umat Islam di msia terutam nye.. org2 Melayu..... benda ni sejak berzaman mubaligh Kristian cuba buat... .. Semoga ALLAH melindungi kita semua dia Msia... Umat Islam.... apa penting nye mereka nak guna nama ALLAH dalm kitab mereka melainkan cubaan mengelirukan golongan muda mudi yg semakin lupa pada Islam (ni la peranan mak bapak ...didik la anak tentang Islam...)....
mana dia pejuang2 Islam??? mana? .. isu ni lagi penting.... apa yg tersirat disebaliknye....
jgn la kerana nak berpolitik sgt2 sanggup menggadaikan Islam... mana ulamak2 P#S??? semua kata boleh.. kalau nanti ramai yg murtad,... salahkan la org lain ye...sepatut nye.. sama2 la tangani mengenai isu Islam ni.... bukan nye berdemo semata..pertahan kan isu yg entah apa2..
sekian saja ulasan aku....
3 comments:
Za,
Sungguh memalukan isu demontrasi bahasa kat Kl ni semlm.
Rasanya ada pihak yang nak ambil kesempatan sekali atas isu ini,bukan sebab isu bahasa semata.
Sedangkan hanya math dan sains saja dlm bahasa inggeris, ada byk lagi subjek dalam bahasa melayu.
Ye la,bak kata rizza, yang demo ni semua sasterawan, dan diorang tatau yang buku-buku rujukan bagi orang2 yang amik jurusan sains dan math kat uni semua dalam bahasa inggeris.Buku-buku rujukan diorang bahasa melayu je semua.
So far, sepanjang di"inggeriskan" math dan sains ini tak nampak pun apa yang tak positifnya,sepupu2 saya hebat sungguh addmath dan fiziknya dan pemahamannya dalam matapelajaran terbabit walaupun ianya dalam BI,sedangkan diorang semua mmg cakap melayu je 100% kat umah.
Saya setuju sangat tak payah komplain pasal isu ini tapi perkasakan BM kita dan byk lagi cara yang boleh dilakukan untuk memartabatkan BM di Malaysia ni.
I wonder,adakah non bumi especially In***n betul-betul ikhlas membuat demontrasi sebab nak memartabatkan BM?I dun think so..ini seperti sambil menyelam minum air ni..
sebagai seorg guru, saya tidak menyokong sepenuhnya pendapat anda.. di sekolah bandar sekalipun, 80% murid tidak dapat menguasai sains math kerana bahasa inggeria, hanya murid-murid yang excellent n dari family yang berpendidikan sahaja yang mampu memahami dengan baik.
sebagai guru, kami memang cuba untuk berkomunikasi dlm english, tapi murid tak faham dan tak mahu faham. lainla kalu cakap dalam BM, diorg hanya dengar dan serap dalam otak je..tak perlu nak cuba2 faham maksud dll. saya mengajar sains year 4,mcm ngaja english..kene translate lg dlm bm, bg notes, b g execise kena translate br diorg leh jwb
Puan/Tuan Anon, terima kasih atas pandangan anda.. seorg cikgu yg berdedikasi...
kenapa tak tinggalkan jejak...
semoga menjadi guru yg terbaik...
pendapat guru2 amat diperlukan...
Post a Comment