Thursday, 26 March 2009

ajar anak kemas barang mainannya....

Mengajar anak mengemas barang mainannya (termasuk buku-buku),
tidak la susah jika dimulakan (diajar) dari kecil lagi.

Tadi sambil-sambil aku menunggu dia mengemas barang mainannya
(aku baring je, tgk dia kemas),
teringat bagaimana mula mengajar dia mengemas barang mainannya...

masa dia masih bayi.. kita la kemaskan... mana la dia tau nak kemas..
nak angkat kepala pun tak boleh...

bila dah besar sikit.. dah reti main sendiri... kami tunjukkan pada dia macam mana nak kemas barang mainan dia (mengemas bersama-sama).... mana nak letak, apa barang yg patut disimpan dalam kotak, apa yg tidak dan terangkan kenapa perlu kemas semua tu...

bila dah makin besar... suruh dia kemas barang mainan setelah dia main... kita perhatikan dan tolong sikit-sikit aje....jgn biar dia main dan tinggalkan mainana begitu sahaja.....

sekarang ni... suruh aje... seumpama "remote control"...
"Hassan ... kemas mainan sekarang.."
"Hassan.. hari dah malam, apa patut Hassan buat?"
"Hassan.. kenapa tak kemas mainan lagi?"
"Hassan.. kemas mainan... siapa yg main dia kena kemas semula mainan tu.."
"Hassan.. kalau tak kemas, lain kali tak boleh main...."
"Hassan!!!!"

jawapannye... dia akan kemas mainan dia.... dan dia dah tau bila kena kemas...
(kadang2 dia lupa dan tak nak kemas.... kena la bagi arahan lagi)

kalau dia lambat sangat kemas mainan dia
(biase nye dok bebel2 nak bercerita lagi sambil kemas)...
dah la masa yg aku bagi tak lama .. lepas kemas biasa nye waktu mandi & tidur..

kami akan gunakan "kuasa bunyi"
"kemas!..kemas!..kemas!"
"dah main kena kemas..!"
"kemas cepat!"

apa lagi dia tak tahan la dengar.. siap suruh kami jgn cakap gitu..dia pun kemas la...
(tak tahan telinga dengar ...)

begitu la hikayat dipetang hari di waktu mengemas mainan...


10 comments:

Master Coordinator Shaklee, Pakar Vivix Shaklee ResV Softgel, COD SHAKLEE Seluruh Malaysia, Daftar Ahli Shaklee / Daftar Agen Bisnes Shaklee 019-3476996 said...

Thanks for this guidance..lama sy tak jenguk blog akak since demam tu..
terbayang(imaginary lah) muka hassan bila tak tahan dgr arahan kemas2 tu..

sayangibu said...

akak..sama laaa kekdah yang saya guna utk train si aina kemas mainan & buku dia..hehehhee..dia mmg pasti kemas sbb tak kose dengan suara mak lampir ibu dia yang begitu high pitch ini...:)

Unknown said...

salam..

kakyong pun letih juga dok bagi arahan kat fikri.. dia memang tak tahan dengor suara ibu yang dok ulang2 yang sama.. tp dia kemas separuh ajer.. bila ibu dok ulang2 lagi, dia buat derk jer.. aduh duh, sudahnyer anis yg tolong sepahkan semula.. huhuh..

~Umi.Sufira~ said...

Saya sama macam sayangibu, syaura lepas mandi pon pegi sidai tuala dia ngan tuala adiknya sekali...bukan sebab suara mk lampir lagi dah...syaura kata "lebih baik aku sidai, tak koser nak dengar 'singa' mengaum lagi".ekekeke...

Crazee Choc's said...

huhuhu.. anak aku hakimi nak kemas brg ada mood pulak... tp adiknya Hannah tak payah suruh dah buat... botol susu abangnya pun dia yg letak kat dapur....
aduhai.... mama jadi kuat membebel la kalau dgn hakimi ni.....

Unknown said...

kemas! kemas! kemas!
kena ajar imran jugak nih. imran memang pakar 'mengemas' rumah.

Ummu Mishkah said...

nice info..
cuma rasa kesian nak suruh lah..
tapi memang kena ajarlah!! Kena train dah ni sbb mishkah tahun ni masuk 5 dah...
terima kasih yer rizza...

Rizza said...

Salam semua,

yup kena la "bising" sikit agar dia kemas kan..
kalau tak sampai ke besar tak reti kemas ..susah la .. susah dia jugak nanti...

selamat menjadi "singa" hehhe

Ealyie said...

Kak Za,
ni kekdg datang mood hangin si Iris ni kan, bila kita da bagi instruction suh dia kemas, boleh lak dia pandang muka kita tajam2 n cakap "nanak mama.. nanak!"... huhuhuhu..
Camno nak buek kak wehh??

Rizza said...

ealy.. kalau dia tak nak.. simpan semua mainan dan jgn beri sampai 1 hari.. kalau dia tanya... kata.kenapa tak kemas? kalau tak kemas tak leh main....