Monday 16 February 2009

Khas buat Kak Zie.. dan rakan2 lain jua...

Khas buat Kak Zie
(dan sesapa yg nak baca la)
zie_naz said...

Wow! Superboy with superMom! Very impressive. May be you can share with us on how you manage your time to do all this with Hassan. And how can you make yr child interested to learn so much! My Umar,the older he is, the harder to get him to learn things at home :P Thanks! :-)

How you manage your time to do all this with Hassan

Kami tidak le lagi "super" hehhe.. sekarang ni kami hanya lakukan apa yg perlu ..... mungkin agak musyilkan.. macam mana saya buat.. bila saya masak.. bila saya membasuh kain... macam mana pula boleh ajar Hassan ....

Sebenarnye... jadual yg khusus ni bermula awal tahun ni aje... sebelum ni tak de jadual pun..
biase nye kami ajar bila2 masa je.. kadang2 sambil duduk2 rehat, sambil2 masak saya ajar dia.. , kadang2 sambil baring2 sebelum tido, atau dalam bas.. semasa tunggu bas.. sambil2 jalan2.. kami ajar ke apa sahaja... dari ejaan, sebutan, atau pun apa2 yg dia nak tau dan apa yg kami rasa dia perlu tau ... belajar melalui persekitaran...

ni saya tulis apa yg kami lalukan dan kami rancangkan dalam tahun ni... berdasarkan jadual belajar dan aktiviti harian...

Jadual Harian Hassan
(bermula Januari 2009)

Isnin : Bahasa - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol (Spanish)

Selasa : Ilmu Alam - Matematik, Sains, Geografi

Rabu : Bahasa - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol (Spanish)

Khamis : Ilmu Alam - Matematik, Sains, Geografi

Jumaat : Agama Islam - Tulis & Baca Jawi, Belajar Bahasa Arab (perkatan yg mudah2 je) & Ulangkaji Surah Al Quran (yg dah diajarkan)

Isnin - Jumaat : Waktu Belajar dari jam 9 pagi/10 pagi (bergantung pada Hassan.. pukul berapa dia bangun dan selesai sarapan... ) hingga la pukul 12 tengah hari

Isnin - Jumaat : Waktu Bebas dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang
(dia nak buat apa sahaja.. buat la... waktu makan.. kena makan la.. aktiviti bebas dia... nak main bola ke.. basikal ke... nak melompat ke.. menyanyi ke.. apa sahaja ......)

Isnin - Jumaat : Waktu Main dari jam 3 petang hingga la sebelum Maghrib (biase nye mainan yg di khaskan adalah permainan Lego & Kereta mainan dia....)
dia akan tertunggu2 waktu ni dan sangat2 hargai mainan dia...
lepas main dia tau kemas dan simpan...

Sabtu & Ahad : Waktu Main Sahaja... (main le dari pagi sampai Maghrib)

tu jadual nye... Aktiviti Hassan

####################

Aktiviti Umi Hassan pula....sambil2 ajar Hassan... sambil2 tu le..masak, basuh baju (masuk mesin basuh la), jemur kain dan sebagainye...bergantung pada apa yg saya ajar Hassan pada hari itu...

jadual Hassan tu tak semestinye dia kena belajar semua tu dalam sehari.. ade masa nye hanya sempat satu subjek je... ade masa 2 .. dan ade masa lain sempat la 3 subjek satu hari..

contoh nye (bergantung pada saya.. apa yg saya nak ajar dia pada hari tersebut.. tak tentu... )

* jika pada hari Isnin , saya ajar Hassan membaca buku sahaja (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris), maka saya akan tumpukan pada dia.. baca kan pada dia atau suruh dia baca dan saya akan betulkan apa yg dia tak pasti sebutan tersebut... dan pada hari itu saya hanya akan masak bermula pada jam 12 tengah hari (masak yg simple je)

* jika pada hari Khamis, saya akan sediakan kuiz Mathematik utk Hassan, saya akan biarkan dia selesaikan kuiz dia... sambil2 tu saya akan membasuh kain atau masak dan juga saya akan berulang alik dari dapur ke meja Hassan (biase nye dia belajar di ruang tamu yg bersambung dengan ruang dapur) jika dia ade masalah , saya akan bantu dia bagaimana menyelesaikan masalah mathematik tersebut.

* jika pada hari Rabu, saya akan ajar Hassan Spanish, dia akan menulis perkataan spanish (nombor) sambil2 saya masak/membasuh... kemudian saya akan biarkan Hassan mendengar Spanish (nombor) dari komputer (download dari youtube) sambil tu saya akan menjemur kain.

* jika pada hari Selasa, Hassan perlu tumpuan utk belajar Geografi, melukis map... saya akan luangkan masa sepenuhnye.. pukul 12 tengah hari baru saya mulakan aktiviti saya yg lain..

###################################

* semua tu bergantung juga pada cuaca .. kalau cuaca panas dan saya perlu membasuh kain yg berlambak.. maka saya akan mengajar Hassan tanpa perlu mengadap nye dari mula hingga akhir dan saya akan ulang - alik dari ruang kerja saya ke meja Hassan..

* jika ade hari yg saya kena keluar pagi.. maka dia akan belajar sambil2 tu.. katakan di tempat saya pergi tu.. saya akan beri Hassan pen dan kertas.. dia akan menulis disebelah saya..

* jika saya perlu keluar pada hari biase.. saya akan keluar selepas pukul 2 petang.. selesai waktu belajar Hassan dan selesai tugasan harian (masak/membasuh)

* kadang2 ..sambil2 mengajar Hassan.. saya juga akan buat kerje saya (di depan PC)...

* selepas jam 12 tengah hari... saya dengan aktiviti saya.. termasuk juga.. membuat kek...

* jika saya rasa ingin mengajar Hassan maklumat baru, saya akan tumpukan sepenuhnya masa untuk nye dan aktiviti saya di kemudian kan...

* jika ade maklumat baru mengenai matematik (contohnye nak ajar macam mana nak dapat kan 10 ..) akan di ajar oleh bapak Hassan (bergantung pada masa bapak Hassan )..kadang2 waktu2 malam atau hujung minggu... saya akan mengajar dia , ulang kaji apa yg di ajar hingga dia mahir ... begitu juga belajar Surah-surah Al Quran, setiap Khamis malam Jumaat Bapak Hassan akan mengajar surah2 baru (jika dia dah hafal surah yg sebelum ni) dan saya akan minta Hassan membaca semula surah yg diajar sehingga dia hafal...

* biase nye Pelajaran Sains buat masa ni... hanya di ajar Periodic Table..(sebab dia yg minat)... sekadar ajar ingat nama, nombor dan menulis perkataan... gunakan Poster Periodic Table je

* untuk Geografi pula, disebabkan dia minat Bendera.. saya akan minta dia melukis dan mewarna bendera ... dan juga mengajar Ibu Negara (ingat, menulis dan menyebut).. guna buku Flag & Atlas.. serta Poster (Malaysia Map , World Map & Flag)

* biase nye kuiz2 adalah yg mudah2 je... supaya dia tau apa yg dia belajar...
malam2 saya akan siapkan kuiz nye.. hanya perlukan kertas kosong, pen dan juga buku2 atau nota (utk rujukan saya menyiapkan kuiz)

* buku2 rujukan dan bahan bacaan Hassan kami beli sedikit demi sedikit berdasarkan keperluan dan juga isi kandungan... tidak beli sebabun ...

* utk belajar Bahasa Melayu - kami telah belikan buku Bahasa Melayu.,... utk panduan saya mengajar Hassan dan juga Hassan boleh membaca ayat2 yg terdapat dalam buku tersebut.

* utk belajar Bahasa Inggeris - kami hanya guna Encyclopedia Science, Atlas , buku Rock & Minerals (disamping dia belajar menyebut dalam Bahasan Inggeris dia juga dapat ilmu/fakta yg perlbagai ...)

* utk belajar Spanish - dapatkan dari Youtube... belajar sebutan dan kami beli kamus English-Spanish

* kami juga mempunyai kamus Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris & juga Kamus English sahaja
utk panduan ..

* utk belajar Jawi.. kami telah membeli buku panduan Jawi (di Msia).. dan saya gunakan ketika mengajar Hassan ... menulis jawi

* utk belajar Bahasa Arab - Kamus Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris - Bahasa Arab (kami beli di Msia.. murah je)

tu serba sedikit maklumat yg dapat dikongsi bersama... mungkin ade yang agak musykil dengan cara saya.. tapi ni le cara kami....

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

How can you make yr child interested to learn so much

untuk soklan ni saya pun tak pasti bagaimana harus saya jawab soklan ni...

apa yg kami buat..
1. kami didik dia supaya minat buku.. melalui contoh yg dia nampak.. kami baca buku
2. kami ajar dia sejak kecik.. ajar sikit2 bermula dari buku plastik (ikut pada peringkat umur nya)
3. kami ajar dia melalui persekitaran... iaitu..apa yg kami nampak kami ceritakan pada dia..
4. kami teliti apa yg dia berkecenderungan.... minat nye... melalui buku yg di bacakan... disitu kami nampak dia minat Bendera...
5. kami kembangkan minat nye dari Bendera kepada Peta ... kemudian Ibu Negara...
6. dari situ kami kembangkan lagi ... dan dia belajar mengenal gambaran perkataan dahulu (Image) kemudian baru le kepada huruf2 nye...
7. kami galakkan dia bercerita apa yg dia nampak... dan kami kembangkan lagi pengetahuan nye... kami ceritakan apa yg dia nak tau lagi
8. kami galakkan dia melukis apa sahaja yg dia nak... .. kemudian kami kembangkan lagi ilmu nye... dari hanya dia melukis pandangan kereta dari sisi... dia tau segala posisi kereta tu...
9. bila2 masa dia tanya ..kami cuba berikan jawapan yg diperlukan
10. kami galakkan dia berfikir... jika ade apa masalah.. dia kena fikir dan cuba menyelesaikan.. jika tak dapat ..kami bantu dan tunjuk ajar.. tidak boleh main "suap" je ...ade benda perlu dia fikir ...
11. dan beri pujian dan "reward" jika dia menunjukan sesuatu yg amat bagus dan galakkan lagi..
12. dorongan dan sokongan ibu bapa perlu dalam melahirkan minat anak2 pada sesuatu yg dia ingin pelajari...dan berterusan...

rase nye tu le sikit sebyk.. tak pasti jawapan ni memenuhi soklan yg ditanya...

harap dapat membantu ...
agar semua anak2 Melayu berjaya dan berwibawa serta cemerlang dunia & akhirat...

sekian.

## tambahan...
Waktu Tidur Hassan adalah lepas Maghrib (lepas makan, mandi )
dan di suruh baca Surah yg telah di ajar dari mula hingga akhir... (atau Bapak Hassan bacakan)
biase nye dalam pukul 7 malam/8 malam dia dah lena dan paling lewat 9 malam.

## seimbang ... main, belajar & bersukan juga
lupa nak tulis.. biase nye bila waktu kami keluar ke bandar... turun naik bas dan berjalan kaki tu adalah aktiviti fizikal juga...JALAN KAKI.. kira bersenam la.... kekuatan fizikal

12 comments:

knv said...

gile sungguh aku tengok jadual hang tu weh!!

aku pulak nak pengsan rasanya!!

bravo hassan!!!

Rizza said...

ana.. jadual tu memang baru buat...

tak le sepenuh nye.. at least 70 % boleh buat... dan ikut masa Hassan bangun dan juga apa yg Hassan buat utk tentukan masa dia bermain di awalkan...

aku nye jadual memang begitu..

at least .. tak le stress.. tak de bos yg perlukan feedback keje dan juga no date line...

hehhehe

pengsan jgn tak pengsan ana....

Anonymous said...

Rizza,
Saya amat stuju skali kita kena mulakan minat mereka terhadap pelajaran sejak dari kecik.Mcm rizza dedahkan Hassan kepada buku2 sejak kecil.

Bukan bermaksud kita "mencuri" masa kanak2 dia, mcm sesetengah orang ckp sebab diorang still bermain dan buat aktiviti mcm budak2 sebaya lain.

Cuma saya rasa kalau dimulakan segalanya awal, tugas kita akan menjadi lebih mudah kemudian hari..InsyaAllah..

Akan tetapi sekiranya kita terlewat sikit pun, takpa sebab anak kita belum pun 20 tahun,baru 2-3 tahun kan,tapi pepatah ini jangan dijadikan motivasi pulak xgalakkan anak blajar awal.

Dan saya juga bersetuju ngan rizza, bahawasanya kita tak perlu nak suruh anak belajar 24 jam sampai tak kasi dia bermain dan sebagainya. Segalanya kena seimbang.

Pengajaran yang paling byk membantu saya sepanjang bergelar ibu ini ialah, lagi kecik kita tanamkan minat untuk sukakan pelajaran adalah lebih mudah daripada menunggu dia besar.

Terpanjang pulak bebelan ku hahahah

Rizza said...

mamadanish.. tq atas komen tu.. ye betul

sambil2 main ade byk boleh diajar.. bukan main kosong je...

dan bukan belajar 24 jam sehari.. kena seimbang... termasuk aktiviti sukan... (lupa nak tulis lak)

NeroEcha said...

Memang tabik spring ler Za...harap2 blh buat mcm ko ni...

Mommy2H said...

hishhh...bila la nak berdisplin mommy2h nih..hafiy mmg takde jadual..ajar ikut suka jek..kdg2 10hari tak belajar kdg2 dlm sehari belajar 10 benda..hehe
mmg tu azam tahun nih nak buat jadual yg khusu utk dia belajar tp sampai skrg tak jadik2 huhu..
thanks sbb buat entry nih at least bole jadikkan panduan :)

cysev3n said...

adoi la.. mak budak ni (aku la tu) pun nak kena ada jadual sendiri jugak nii.. heee..

mamaDhea said...

erk.. mmg boleh pengsan laa rasanya sis ana.. ekeke..

dhea ni tak pandai hape pon lagi.. camno?

zie_naz said...

Assalamualaikum. Thank you very much Rizza! kinda guilty been the last one to read :P You seem very good in time management and a very discipline one! I thought of having timetable but I cannot live with it myself, let alone to impose it to/with my child :P So bravo to Mums like you!:-)My way is just to teach my child anything/early childhood education as much as i can before he started formal school. As parents should remember that 90% of a child's brain is developed in the first 5yrs of their live. My 1st son, he just left 10% now that he started formal kindy at 4hr/day, with homework etc I'm no more in the control of the absorption of knowledge into his brain (?mind the language:P may be can still squeeze a little bit once a while ;-)) but you can see the results of education at home (doesn't mean academic only)previously been so useful for them when they start learning formally at school, and this is just the beginning for long life learning. InsyaAllah.

Anonymous said...

Rizza,

I wish that I am full-time home-maker like u!!!

Time could be managed, but I dont have enough time. Hehehe... anybody want to spare some for me?

Kih kih kih

Madam CEO

ANAKIRANA said...

kak rizza,
bestnya tgk cara akak ..

thanks for sharing the tips..

Rizza said...

echa.. oo jgn la tabik.. lum terbuktik apa2 sgt pun

nor & yan.. betul tu ..kita pun kena ade jadual.. kalau dah hampeh gak... tu yg aku cuba buat..

sya...relex sya.. ko kan dah leh tgk sikit hasil nye pada dhea kan.. ok pe tu.. teruskan

kak zie
tidak le betul2 pandia manage pun.. cuma cuba gak usaha... kalau tak saya pun tak leh nak disiplin kan diri..good luck!!

madam ceo.. kan awak pun supermom hehhe

kirana.. sama2.. kongsi skit2 je hehh