Friday 9 January 2009

Cerita Cuti-Cuti ... Bahagian 2

5/1/2009 - Isnin (Hari 2)


Kami merancang utk menaiki keretapi dari stesen yang terdekat dengan motel iaitu stesen Liverpool. Ini setelah dibuat kajian dan diketahui bahawa 'parking' di Sydney amat la mahal dan tak berbaloi. Maka kami menunggu teksi untuk ke stesen (11.15 pagi). Setelah teksi sampai, pakcik drebar teksi tu kata laluan keretapi dari Casula/Liverpool sedang dalam proses pengubahsuaian, jadi jika nak naik keretapi terus ke Circular Quay mungkin kena naik turun bas dan tukar keretapi dan sebagainya... (kami dah pernah alami masa di Gold Coast), jadi memandang kan masa kami memang utk 1/2 hari dan atas rasa percaya pada pakcik drebar tu, kami meminta dia menghantar kami terus ke Sydney Opera House (sampai di sana pukul 12 tengah hari).

Sepanjang perjalanan dalam teksi menuju ke Sydney Opera House (Circular Quay),
kami perhatikan.. amat le sesak jalan raya nye, banyak tol dan mahal lak tol nye.

Maka bergambar la kami di depan Sydney Opera House.
Di situlah tempat tarikan pelancong yang terkenal ...untuk bergambar aje la..
kalau nak masuk kena la bayar dan tak berbaloi bagi kami....

Di kawasan berdekatan, kami dapat mengambil gambar Sydney Harbour Bridge (dari jauh le)

Kebetulan waktu itu terdapat sebuah kapal penumpang yang amat besar (ala-ala Titanic) sedang berlabuh. ade la gambar nye juga.

Setelah puas bergambar di Circular Quay, kami menaiki keretapi dari stesen Circular Quay menuju ke stesen St James, ingat kan nak pi naik Sydney Tower.. punya la ramai manusia dan amat la mahal tiket nye... tak jadik la .. amat-amat tak berbaloi...

Kemudian kami berjalan kaki ke stesen Monorail yang berdekatan (stesen City Centre),
Hassan nak sangat naik monorail. Kami beli tiket utk sehari (day pass), dapat la pusing2 sekitar city dengan monorail, baru 2-3 round Hassan dah terlena...

Kemudian kami turun di stesen monorail (stesen Harbourside) berdekatan dengan Australian National Maritime Museum. Kami menghabiskan masa petang sebelum tutup nye muzium tersebut (tutup pukul 6 petang waktu summer... biase nya 5 petang) .

Setelah puas mengambil gambar di sekitar Harbourside, kami menaiki monorail semula ke stesen City Centre dan berjalan ke stesen St James (keretapi) untuk menaiki keretapi menuju ke stesen Liverpool. Disebab kan laluan keretapi ke stesen Liverpool dalam proses pengubahsuaian, keretapi yang kami naiki berhenti di stesen Fairfield dan kami terpaksa menaiki bas yang disediakan utk menuju ke stesen keretapi Liverpool. Di stesen keretapi tersebut kami menunggu bas yang melalui jalan berdekatan motel.

Di Stesen kertapi Liverpool, punya la mengong, signboard di atas (tempat ruang legar stesen), menulis nombor xxx tetapi bila turun di platform nye pulak tulis nombor yyy, xxx nye tak de...
tunggu le mana2 driver bas yang ade dan bertanya. memang memeningkan sistem derang hampeh....

Bas pun berhenti berdekatan motel. Lebih kurang pukul 9 malam kami kembali semula ke motel. Tidur dan bersiap utk perjalanan seterusnya.

>> bersambung

##################################

apa-apa pun Sydney tak le 'best' mana pun... yg derang dok kata syiok ...aku pun tak tau apa.. yg terkenal tu Sydney Opera House la... atau soping2 kot..(tak pi pun)

NSW/Sydney... papan tanda amat la kurang,tak betul langsung..merepek, jalan nye amat la teruk , simpang nye tak jelas, tak seindah dalam map (map beli ke map google ke..sama je), malah rase streesss kat Sydney... memang le ramai manusia...

dan org putih/tempatan tak friendly (mungkin sebab dah ramai benor org2 yg tak friendly dari asia [m3layu & c1na] yang wat pasal.. tu pasal depa pun tak friendly... seperti kebanyakkan org2 msian yang amat2 la kedekut senyuman seperti yang mereka buat kat msia la.... maka org2 putih ni pun jadik menyampah nak senyum kat org2 asia .. )... disini boleh nampak jelas... bila sesuatu tempat tu terlampau ramai org2 yang buat 'dono' dan 'eksen'... bukan takat sesama msia je malah ngan org2 tempatan pun depa wat gitu.. maka impak nye pada pengunjung luar dari NSW seperti kami...yg amat la friendly ....(syiok lagi kat Toowoomba & Winnipeg...)...

Tolong le sesapa yang dok 'obesi' buat la perangai yg elok.. senyum2 ngan semua bukan nye susah pun... itu la yang dikatakan.. "masuk kandang kambing kita mengembek "... jadik kalau masuk kandang kambing tapi dok sesama keldai je.. macam mana nak mengembek... wat perangai keldai la kan.... jika kita nak rase macam mana org2 putih begitu 'friendly' ngan kita.. pi la tempat yg tak ramai org msia/melayu 'berkampung' atau keluar la dari kepompung 'kampung' anda itu... belajar berdikari dan berkomunikasi... kita akan rase happy dan tak stress pun...

##################################

2 comments:

knv said...

aku setuju bangat tang senyum tu. apesal susah sgt nak senyum ekk? masa balik msia lepas aku grad dulu rasa macam culture shock tengok orang malaysia tak reti nak senyum.

kang kita lebih2 kang kata nak ngurat la pulak kahkahkahkahkah!

agaknya sebab tu la aku ni tak ramai kawan kot.. sebab dah lama tak senyum hihihih!

Rizza said...

ana ..ko keje ke ni???

ye betul... senyum2 la kan..