Sunday, 29 June 2008

Mari belajar mengira duit...

Sejak dia dah kenal matawang termasuk matawang Malaysia; Ringgit Malaysia wang kertas & duit siling ni.... dia dok main jual beli pulak ngan umi dia le.... (duit M'sia tak leh pakai kat sini le... jadik boleh le dia main2 )

Dia membelek duit siling , sambil menyebut..
Hassan : "Bank Negara Malaysia", "dua puluh sen"...
(dengan selamba badak je dia baca...aku pun terkejut gak...hehhehe)

Sibuk bertanya ..membelek apa yang ade kat duit siling (& duit kertas)...
Hassan : "Umi belakang ni gambar apa?"
Umi : "Ni gambar Tepak Sireh"...

Jual Beli bersama Hassan....
apa dia buat....???

seperti biase la ... aku masak kek (muffin/cupcake) & roti...
tapi kali ni customer aku bayar cash ...hehheh selalu free je..

Hassan : "Umi.. Hassan nak kek boleh?"
Umi : "Boleh. Hassan nak berapa?"
Hassan : "Nak satu.." sambil dok godek2 wallet dia..carik coins..

Hassan : "Nah Umi...." Sambil hulurkan duit siling 20sen 4 keping...
Umi : "Hassan nak berapa?"
Hassan : "mmmm" sambil buat muka blur2...
Umi : "Hassan bagi Umi 80 sen, kek satu harganya 20 sen... "

Dia ambil semula coins tu...
dan memberikan semula pada aku sambil mengira..

Hassan : "satu" dia memberikan 20sen ;
"dua" memberikan lagi 20 sen ;
"tiga" memberikan lagi 20sen ;
"empat" memberikan 20sen terakhir..

Hassan : "Hassan nak empat kek"

Umi : "Ni empat keping kek Hassan"
Hassan : "Thank you"

begitu le seisi belajar kira2 secara practical....

sekian.

5 comments:

mamadanish said...

Good idea rizza..!!
and as usual--smart Hassan:)

rizza said...

mamadanish....masri ajar secara practical..... good luck!!

Marisa said...

aku tak terfikir pun nak ajar tu... thanx for sharing...

its me said...

wow i like yr idea.. tnx 4 sharing i should apply it oso..

"kenapa laa baru hari ni aku buka blog ni"

rizza said...

marisa..sama2..mari ajar derang...

its me,

terima kasih singgah sini.. hehheh
sama2 share apa yg saya dah buat..try n error..kalau sesuai sesapa leh try..

"kenapa laa baru hari ni aku buka blog ni"

sebab blog ni tak galmer..hahhahah