ni dari blog Dr Azwan....(sila ke blog nya..utk sepenuh ...)
Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?
1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.
2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.
3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.
Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.
7 comments:
eiiii... aku nak citer sket pasal anak aku.
dlm masa sethn (umur 1-2thn) ada dlm 4 kali amik antibiotik tau budak tu. bila aku ckp aku nye concern pasal antibiotik ni kat dr., die kate jgn eksyen, bg je antibiotik (yg prescribed la). bla bla bla.. aku pun tak tangkap dan simpan apa yg die ckp. sbbnya aku cam 50-50 je nak terima.
mimi..
tu le pasal dr2 kat msia suke beno bagi antibiotik...walaupun demam biase je....
sebenarnya kan.....dr2 kat luar tak buat gitu pun...derang bagi antibiotik...kalau sakit tu teruk la....kalau demam2 biase tak de bagi...antibiotik bukan nye ubat utk hilang demam ke batuk ke apa2 la..tapi ia sejenis virus membunuh kuma/virus yg masalah....so kalau terlampau byk amik ...mungkin ade kuman yg baik turut dilupuskan...
baca lanjut la kat blog tu...
cuba ko baca lebih lanjut kat blog dr azwan..ade dia cerita mengapa dr kat msia suka bagi antibiotik kat pesakit....
hati2 la akan dtg...
take care sofea...
dah baco. aku suka cara dr tu tulis. simple jer - senang org nak paham.
aku pun ado question paed anak aku jugak. dia diagnose anak aku kena viral pneumonia. pehtu bg antibiotic. aku pun tanya la kenapa, kan? pehtu die jawab "it doesn't work here. kat overseas boleh. udara diorg lain bla bla..". aku kalu dah pasang mode tanak terima, mmg tak dgr ape dah pastu.
huhuhu,...ngeris aku weih....
btw, aku suka template baru blog hang ni..heheheheh
mimi....ko jgn caya sgt dr2 kat msia nye cakap..amik yg logik
zarina..
tq....punya la pening aku nak carik warna yg sesuai...dah le "fail" bab2 warna ni
hehheh
salam kenal...kesini thru feedjit diblog saya..
dari pengalaman saya berada dibumi german selama 2 tahun.. rasanya tiada antibiotik yg diberikan kepada anak2 saya. Mereka akan kasi kalau sakit tuh teruk sgt..
huhu..aku ntah berapa kali kasik antibiotik ntah..but, only bila depa admitted la selalunya..
and aku pernah bawak jumpa dr klinik biasa kat sini, 1st visit terus nak kasik antibiotik..apa kes! plak tu anak aku sakit perut dia kasik ubat demam! aku yang tak amik medic pun tau something wrong there! eeiiii... tak koser! tu sebab apa2 hal sanggup balik kl!
Post a Comment