Friday 23 March 2007

Penyusuan SUSUIBU - Pelaburan Terbaik

Susu ibu sangat berharga.Selain daripada menjamin kesihatan ibu dan anak, penyusuan susu ibu dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Seterusnya, penyususan susu ibu juga menjimatkan kos perubatan dan rawatan.

Melabur dalam penyusuan susu ibu, menjamin kesihatan masa depan keluarga, masyarakat dan negara.

Faedah untuk keluarga.

Keluarga berjimat kerana tidak perlu membeli susu formula, botol susu dan puting.
  • Keluarga juga berjimat kerana tidak perlu masak air dan membersihkan botol dan puting susu.
  • Bayi yang diberi susu ibu jarang jatuh sakit dan menjimatkan kos rawatan.
  • Pemberian susu formula adalah amalan yang membazir dan merbahaya.

    Kos susu formula adalah tinggi

    • Keluarga terpaksa berbelanja banyak untuk membeli susu formula, botol susu dan puting.
    • Keluarga juga terpaksa membazir wang, membuang masa dan tenaga kerana perlu memasak air dan membersihkan botol dan puting susu.
    • Menjejas perkembangan fizikan dan emosi ibu dan bayi.
    • Tidak membantu ibu menjarakkan kelahiran. Seorang bayi memerlukan 22 kg susu formula dalam 6 bulan pertama. 2.5 kg pada bulan pertama, 3.2kg pada bulan ke-2 dan 4 kg sebulah pada bulan seterusnya.

    Penyusuan susu ibu secara ekslusif

    • Untuk 6 bulan pertama, bayi perlu diberikan cuma susu ibu. Makanan dan minuman lain tidak harus diberi sebelum bayi berumu 6 bulan kerana Ini hanya akan mengurangkan penyusuan susu ibu dan seterusnya menjejaskan pembesaran bayi.

    Akibat pemberian makanan dan minuman terlalu awal.

    • bayi tidak mendapat khasiat susu ibu yang sepenuhnya.
    • Bayi mudah dijangkiti penyakit.
    • Pembesaran bayi akan terbantut.
    • Perkembangan mental bayi akan terencat.
    • Ibu mudah mengandung semula dan menghasilkan bayi yang kecil.
    • Pengeluaran susu ibu akan berhenti
    • Keluarga terpaksa bergantung kepada susu formula.

    Bahaya pemberian susu formula.

    • Lebih kerap mendapat cirit-birit lebih kerap mendapat jangkitan pernafasan lebih menyakit meningitis lebih jangkitan telinga lebih alahan lebih banyak masalah pembelajaran dan perkembangan mental lebih kerap memerlukan rawatan di hospital
      mengakibatkan kekurangan zat makanan.

    (Artikel dari Homepage Hospital Mersing

    http://www.geocities.com/Eureka/Enterprises/9083/susu3.html )

    1 comment:

    Tuan Rumah said...

    bagus info ni... banyak yg i tatau tapi skang dah tau. thanks for sharing!