Friday 29 December 2006

Bercuti ke Brisbane....

Trip ke Brisbane pada 27 Disember ~ 29 Disember 2006

Sempena cuti Krismas dan Tahun Baru, universiti pun tutup. Kami bercuti ke Brisbane selama 3 hari 2 malam dari 27 Disember hingga 29 Disember 2006.

Pada 27 Disember 2006, kami ke stesen bas Toowoomba pada pukul 7.45 pagi. Hujan masih renyai-renyai. Bas dijadualkan pada pukul 9 pagi. Kami menaiki bas (Greyahound Australia) dari Toowoomba ke Brisbane City. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Bas berhenti di bebarapa stesen seperti di Gatton, Ipswich dan juga Toowong untuk mengambil penumpang lain. Dipertengahan jalan, tiba-tiba bas mengalami kerosakan, pemandu bas terpaksa memberhentikan bas dan menangguhkan perjalanan. Setelah mekanik sampai dan membaiki kerosakan, perjalanan diteruskan. Sepatutnya kami sampai pada pukul 11 pagi, tetapi disebabkan keadaan tersebut bas tiba di Brisbane Transit pada pukul 1 tengah hari.

Setelah sampai di Brisbane City, kami check-in hotel. Berehat sebentar. Hujan masih juga tidak reda. Masih renyai-renyai. Kami hanya dapat berjalan-jalan sepanjang Queens Street Mall. Terdapat banyak "Mall", bagi sesiapa yang suka "shopping", memang bagus la, tetapi tidak bagi kami. Hanya beberapa kedai "Souvenir" menarik perhatian kami, terutama aku la. Bagai nak gile tengok "souvenir yang cantik-cantik dan murah-murah la juga. Ohhh Tidak!!! hehhehhe..

Pada keesokkan harinya (28 Disember 2006), kami meniki bas pada pukul 8.45pagi dari Brisbane City ke Lone Pine Koala Sanctuary di Fig Tree Pocket. Perjalanan memakan masa 45 minit. Di Lone Pine Koala Sanctuary seperti zoo, tetapi ianya zoo bagi binatang-binatang unik Australia termasuk Koala, Kanggaru, Wombat, Dingo, Lorikeet dan terdapat binatang lain juga. Anakku Hassan begitu seronok, sambil menyebut "Kolala" (Koala), "Nyanyinyu" (Kanggaru). Di situ kita berpeluang bergambar sambil memeluk Koala (dengan pengawasan pengurusan tempat tu la..). Aku memang nak sangat bergambar sambil memeluk Koala. Aku memeluk sambil bersedia untuk bergambar, tiba-tiba Hassan menangis tak henti-henti (Hassan dan Bapak Hassan ade di sebelah aku, untuk bergambar bersama-sama Koala), rasanya sampai pintu masuk pun orang boleh dengar tangisan Hassan tu.... Aku serba salah, kami dah bayar, jurugambar ambil juga gambar tetapi gambar bersama-sama Hassan yang tengah menangis...Aku pun minta penjaga Koala mengambil Koala dari tangan aku, dan aku mengambil Hassan dan... terus dia senyap menangis. Rupanya...Hassan cemburu Umi dia memeluk Koala, dia takut Koala amik susu umi dia..hehheh ... Akhirnya dapat la jugak bergambar ..Bapak Hassan peluk Koala, Umi peluk "Koala Boy"/Hassan....Kami menaiki bas ke Brisbane City pada pukul 11 pagi. Balik ke hotel dan rehat sebentar.

Pada pukul 2.30 petang, kami ke Queensland Museum di South Bank. Anakku Hassan keletihan (pagi dah puas kat Koala park tu) dan tertido. Kami melihat-lihat apa yang terdapat didalam muzium tersebut. Terdapat la "Museum Zoo", binatang-binatang "mati" laa... Setelah selesai di muzium, kami berjalan kaki ke Town, menyeberangi Victoria Bridge. Kami berjalan-jalan sekitar Town. Kemudian kami ke City Botanic Garden. Kami menyewa basikal dan berbasikal keliling taman. Setelah penat, kami balik ke hotel. Anakku Hassan tidur dengan nyenyaknya, letih, penat bercampur seronok....

Pada keesokkannya 29 Disember 2006, kami balik ke Toowoomba. Menaiki bas pada pukul 11 pagi dari Brisbane Transit dan tiba di Toowoomba bas stesen pada pukul 12.45 tengah hari.

Selesai sudah percutian kami buat masa ni...Insya'allah jika ada rezeki, kami akan ke Brisbane lagi.



Antara gambarnya...

Queen Street Mall

City Botanic Gardens

Lone Pine Koala Sanctuary

2 comments:

Anonymous said...

wah..a vacation to Brisbane!!! best nyerrrrrrrrrrrr....hehehe..to hassan dearie...`jgn lah jealous dgn koala tu..hassan lagi hensem dr koala lah!' tak de mana ummi dia nak berpaling tadah pd si koala tu! ihiks...btw,i'm gonna bring danial to Tanjung Bungah,Penang for a short holiday after Hari Raya Haji ni....kitorang ni nak tour Europe pon blum kesampaian lagi ni..ihiks..tunggu ada masa dan rezeki lah nmpknyer..so,cuti2 malaysia je lah yg buleh skrg ni..ihiks...btw,to u &family..happy holiday yeah!sonotnyer kalu dpt gi holiday kat Australia!ermmmmmmmmmmm....hehehe

Rizza said...

zarina..
hassan asyik
polok" je sekrg ni... cam kolala.. hehhe
ok le ko gi cuti2 msia..aku kat sini cuti2 australia la....

mai le sini..