Wednesday, 3 January 2007

Anakku Hassan...

Hari ini genap la usia anakku Hassan 18 bulan...dah besar, semakin bijak, semakin semangat badannya, dan makin mengada-ngada.....dan memanjakan dirinya....

Semenjak peristiwa "Umi peluk Koala", Hassan makin mengada-ngada, cemburu pada koala tak hilang-hilang lagi (sejak gi Lone Pine kat Brisbane). Tidak boleh berenggang langsung dengan Uminya, pantang Umi tak de depan matanya...dipanggil-panggil "Umi..Umi.."..... Dah pandai mintak dipeluk ..."Polok....Poolok...." Dipeluknya Umi kuat-kuat...macam dia tengok Koala peluk Umi la ...hehhehe... anakku yang bijak ni.... Tergugat dia dengan Koala tu, takut Koala amik "ushu" dia (susu umi lee...)...bengang sungguh Hassan dengan Koala. Mungkin Koala tu sama besar je ngan dia masa Umi peluk Koala, dan peluk elok jee..... diam je Koala tu, Hassan menangis pun Koala tu tak gerak-gerak pun...hehheheh

Minggu lepas masa di Brisbane, kami belikan Hassan sebuah buku "Children's World Atlas". Di dalam buku tersebut terdapat gambar Bendera-bendera negara di seluruh dunia. Setiap hari sekali, Bapak Hassan akan mengajar Hassan mengenal bendera-bendera tersebut. Buku tersebut menjadi buku kegemarannya. Hassan akan tertunggu-tunggu masa untuk dia belajar bendera. Seronok sangat apabila melihat Hassan belajar. Hari ini genap seminggu buku tersebut dibelikan dan diajar, Hassan dapat mengenal 10 bendera. Walaupun tidak semua dia dapat menyebut nama negara-negara tersebut. Dan dia dapat membezakan antara bendera Australia dengan New Zealand, setelah diterangkan apa perbezaan antara keduanya.

"OOsyia fleek"/"Australia Flag" adalah perkataan yang selalu dia sebut, bila dia nampak aje bendera Australia dimana-mana sahaja (walaupun aku tak perasan), dia akan menunjukkan bendera tersebut.

Bendera-bendera yang Hassan baru kenal...
Australia : OOsyia
Canada : Nanana
Malaysia : .....sia
Amerika : Ameka
New Zealand : OOO zelen
Turkey : Tuki
Hong Kong : Hokong
Japan : Pan
Brazil : Bazil
United Kingdom (UK) : OK

Hassan suka naik bas. Seronok dia kalau dapat jalan-jalan. Siap cakap "jalan....bas...busstop"/(nak gi jalan, naik bas, tunggu kat bas stop - cam ni la lebih kurang apa yang Hassan nak cakap tu..) . Dah pandai bila aku minta dia tahan bas kat "bus stop"...dia pun angkat tangan (cam kita tahan bas la..)..hhehhe..bijak..bijak..

Macam-macam perangai Hassan dalam masa 18 bulan ni...WOW!! sekejap je dah besar anakku....rasa macam baru semalam aku melahirkannya...

Hassan ..Anakku Sayang....

No comments: