Friday, 29 December 2006

Bercuti ke Brisbane....

Trip ke Brisbane pada 27 Disember ~ 29 Disember 2006

Sempena cuti Krismas dan Tahun Baru, universiti pun tutup. Kami bercuti ke Brisbane selama 3 hari 2 malam dari 27 Disember hingga 29 Disember 2006.

Pada 27 Disember 2006, kami ke stesen bas Toowoomba pada pukul 7.45 pagi. Hujan masih renyai-renyai. Bas dijadualkan pada pukul 9 pagi. Kami menaiki bas (Greyahound Australia) dari Toowoomba ke Brisbane City. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Bas berhenti di bebarapa stesen seperti di Gatton, Ipswich dan juga Toowong untuk mengambil penumpang lain. Dipertengahan jalan, tiba-tiba bas mengalami kerosakan, pemandu bas terpaksa memberhentikan bas dan menangguhkan perjalanan. Setelah mekanik sampai dan membaiki kerosakan, perjalanan diteruskan. Sepatutnya kami sampai pada pukul 11 pagi, tetapi disebabkan keadaan tersebut bas tiba di Brisbane Transit pada pukul 1 tengah hari.

Setelah sampai di Brisbane City, kami check-in hotel. Berehat sebentar. Hujan masih juga tidak reda. Masih renyai-renyai. Kami hanya dapat berjalan-jalan sepanjang Queens Street Mall. Terdapat banyak "Mall", bagi sesiapa yang suka "shopping", memang bagus la, tetapi tidak bagi kami. Hanya beberapa kedai "Souvenir" menarik perhatian kami, terutama aku la. Bagai nak gile tengok "souvenir yang cantik-cantik dan murah-murah la juga. Ohhh Tidak!!! hehhehhe..

Pada keesokkan harinya (28 Disember 2006), kami meniki bas pada pukul 8.45pagi dari Brisbane City ke Lone Pine Koala Sanctuary di Fig Tree Pocket. Perjalanan memakan masa 45 minit. Di Lone Pine Koala Sanctuary seperti zoo, tetapi ianya zoo bagi binatang-binatang unik Australia termasuk Koala, Kanggaru, Wombat, Dingo, Lorikeet dan terdapat binatang lain juga. Anakku Hassan begitu seronok, sambil menyebut "Kolala" (Koala), "Nyanyinyu" (Kanggaru). Di situ kita berpeluang bergambar sambil memeluk Koala (dengan pengawasan pengurusan tempat tu la..). Aku memang nak sangat bergambar sambil memeluk Koala. Aku memeluk sambil bersedia untuk bergambar, tiba-tiba Hassan menangis tak henti-henti (Hassan dan Bapak Hassan ade di sebelah aku, untuk bergambar bersama-sama Koala), rasanya sampai pintu masuk pun orang boleh dengar tangisan Hassan tu.... Aku serba salah, kami dah bayar, jurugambar ambil juga gambar tetapi gambar bersama-sama Hassan yang tengah menangis...Aku pun minta penjaga Koala mengambil Koala dari tangan aku, dan aku mengambil Hassan dan... terus dia senyap menangis. Rupanya...Hassan cemburu Umi dia memeluk Koala, dia takut Koala amik susu umi dia..hehheh ... Akhirnya dapat la jugak bergambar ..Bapak Hassan peluk Koala, Umi peluk "Koala Boy"/Hassan....Kami menaiki bas ke Brisbane City pada pukul 11 pagi. Balik ke hotel dan rehat sebentar.

Pada pukul 2.30 petang, kami ke Queensland Museum di South Bank. Anakku Hassan keletihan (pagi dah puas kat Koala park tu) dan tertido. Kami melihat-lihat apa yang terdapat didalam muzium tersebut. Terdapat la "Museum Zoo", binatang-binatang "mati" laa... Setelah selesai di muzium, kami berjalan kaki ke Town, menyeberangi Victoria Bridge. Kami berjalan-jalan sekitar Town. Kemudian kami ke City Botanic Garden. Kami menyewa basikal dan berbasikal keliling taman. Setelah penat, kami balik ke hotel. Anakku Hassan tidur dengan nyenyaknya, letih, penat bercampur seronok....

Pada keesokkannya 29 Disember 2006, kami balik ke Toowoomba. Menaiki bas pada pukul 11 pagi dari Brisbane Transit dan tiba di Toowoomba bas stesen pada pukul 12.45 tengah hari.

Selesai sudah percutian kami buat masa ni...Insya'allah jika ada rezeki, kami akan ke Brisbane lagi.



Antara gambarnya...

Queen Street Mall

City Botanic Gardens

Lone Pine Koala Sanctuary

Friday, 22 December 2006

Breastfeeding...

Breastfeeding and IQ:Brain Food for Your Baby

Doctors and scientists agree: Breastmilk is the best nourishment for babies. Human milk provides nutrients essential to building strong human bodies that cow's milk or formula simply can't supply. But does it also enhance brain function? Recent studies indicate that yes, babies who are breastfed have higher intelligence quotient (IQ) levels and enhanced cognitive development.

Artikel : http://breastfeed.com/resources/articles/breastfeediq.htm


Breastfeeding-The Natural Way To Feed Your Baby

Breastfeeding increases your baby's IQ. The average increase is about 7 points.
Breastfeeding will help you to lose fat gained during your pregnancy.
Breastmilk is free and always the right temperature.

Artikel : http://www.buzzle.com/editorials/8-31-2006-107175.asp


Why Breastfeed?

No matter what the toddler's age, breastmilk provides protein, fat, calcium, and vitamins.

Artikel : http://www.geocities.com/Heartland/Plains/7503/BFLIST.HTML

Bahan Bacaan Hassan...

Antara Koleksi Bahan Bacaan Hassan...

Buku...

1. Hippo
(Publisher – Emma Books Ltd)


2. Boat
(Publisher – Emma Books Ltd)


3. A Frog on a Log
(Publisher – Peter Haddock Publishing /“PhP”)


4. Binatang
(Publisher – Publishing Lab (M) Sdn Bhd



5. My First Transport
(Publisher – Kiddibird Sdn Bhd)


Image and video hosting by TinyPic

[pic taken from Mr Google...TQ]


6. Binatang Jinak / Tame Animal
(Publisher – Pustaka Alhas (M) Sdn Bhd)


7. Binatang Liar / Wild Animal
(Publisher – Pustaka Alhas (M) Sdn Bhd)


8. Kenal Angka 123
(Publisher – Pustaka Alhas (M) Sdn Bhd)


9. Muqadam
(Publisher – Pustaka Mukmin (KL) Sdn Bhd)



10. Mengenal Abjad Jawi
(Publisher – Pustaka Alhas (M) Sdn Bhd)


11. Doa’s For Children / Doa-doa Untuk Kanak-Kanak
(Publisher – Darul Nu’man)



12. Kamus Anak Bestari Melayu-Inggeris-Arab
(Publisher-Thinker’s Library Sdn Bhd)




13. Belajar Solat (Lelaki)
(Publisher – Kohwai&Young Publications (M) Sdn Bhd)



14. My First French Word Book
(Publisher – Brimax)




15. First : Nature
(Publisher – Hinkler Books Pty Ltd /”HB”)



16. First : ABC
(Publisher – Hinkler Books Pty Ltd /“HB”)




17. Sesame Street : Hide & Seek, Near & Far
(Publisher – Publications International, Ltd /“pi kids”)



18. Mighty Movers Emergency
(Publisher – Paradise Press, Inc/Hinkler Books Pty Ltd)



19. Koala
(Publisher – Steve Parish Publishing)


20. Children’s World Atlas
(Publisher – Hinkler Books Pty Ltd /”HB”)





21. Pocket Guide to Flag
(Publisher - Silverdale Books)





Majalah/Flashcard/Poster...


1. Astro Guide


2. Kad Imbasan Jawi
(Publisher – Kiddibird Sdn Bhd)





3. Flyers


4. Box’s Flash Card Pooh & Friends
(Huggies)




5. Bus Schedule


6. ABC Poster


7. Asma Husna 99 Nama ALLAH
(poster)


8. Australia's Animal
(cup plate)


9. Animals & Others
(in the sea)


Anakku Hassan suka membaca, ini la antara bahan bacaan Hassan sejak lahir
(sejak dia minat buku pada usia 4 bulan).

Hassan & Buku...

Umur Hassan belum pun sampai 18 bulan @ 1 tahun 6 bulan...tapi dah pandai menyebut perkataan-perkataan yang diajar dengan jelas. Ade yang betul sebutannye , ade yang mengikut lidah nye..(belum sepenuhnya la..).

Hassan suka membaca tak kira la buku ke , flyers ke atau pun tulisan-tulisan di TV dan juga dimana sahaja dia nampak tulisan. Dibotol, di bas stop, di kotak atau pun di tepi-tepi buku. Dia dapat melihat sesuatu benda tu sama atau tidak, jika dia lihat dua benda sama, dia akan sebut "ame" atau "same".

Minat nye terdapat buku telah dilihat sejak bayi lagi iaitu ketika Hassan berusia 4 bulan. Bahan bacaan pertama yang Hassan baca, adalah ASTRO GUIDE. Dia berminat nak baca hingga dikoyak-koyahkan (seumpama kita menyelak muka surat lee). Buku pertama yang kami belikan untuk Hassan ialah "HIPPO" & "BOAT". Buku tersebut diperbuat dari plastik (Bath Book) dan sesuai untuk bayi bawah setahun. Dia gemar melihat, menggigit dan menghisap buku tersebut. Memandang kan usianye pun baru 6 bulan kan...Di samping itu, kami mengajar nye dengan menyebut setiap perkataan di dalam buku tersebut.

Melentur Buluh Biar Dari Rebung....
Minat Hassan terhadap buku adalah "personality" nye yang tersendiri. Kami sebagai ibubapa menggalakkan dan juga mengasah bakat yang ada dalam dirinye agar berkembang.
Mungkin juga berkat SUSUIBU. IQ tinggi dan mudah diajar serta tajam pemikiran.

"Like Father Like Son"...
Kita sebagai ibubapa patut menunjukkan contoh terbaik buat anak-anak kita. Kami memang gemar membaca. "Library" dan Kedai Buku ada lah tempat "favourite" kami. Begitu juga Hassan. Teringat masa pertama kali bawa Hassan ke MPH Mid Valley, masuk je MPH tak tentu hala mata dia tengok buku, siap lopong mulut dia sampai meleleh air liur tengok banyak buku..terliur tengok buku..macam nak makan buku kot...... Kali kedua pula, dia tahan mata nya sehingga merah mata nya..semata-mata nak tengok buku. Keluar je dari MPH (lama la kami lepak dalam tu..dekat 2 jam ke 3 jam..) Hassan terus tido. Seronok la tu dia.

"Books or Toys?"
Jika kami bawa Hassan ke "Mall", kami lalu di bahagian "toys", Hassan hanya melihat sahaja seperti tiada apa-apa yang menarik perhatiannya. Tetapi jika lalu di bahagian buku-buku, mulalah dia menunjuk pada buku dan menyebut "BOOK" atau "BUKU". Buku menarik perhatiannya lebih dari permainan.

Monday, 18 December 2006

"Winter" di Winnipeg..

Winnipeg..

Tempat nye di "Kutub Utara"... "City of Manitoba"....bila "Winter" teramat la sejuk hingga boleh mencecah -40C. Bila "Summer" teramat la panas hingga boleh mencecah 40C.
Teringat ku kenangan-kenangan di sana. Aku menemai suamiku ke sana. Pertama kali sampai pada pukul 12 pagi dimana "temperature -40C" "WINTER" wow....sejuk gilee....
Badan ku tak berapa sihat...deman terus..(terkejut dengan cuaca yang begitu sejuk..).

Kami berada di sana selama 2 1/2 tahun. Betapa bosan nya bila musim salji...salji dimana-mana sahaja.... bukan setakat tinggi buku lali..boleh tinggi hingga lutut .....punya la susah nak berjalan. Jika silap pijak, terpijak salji yang dah keras boleh tergelincir. Boleh retak kaki disebabkan tergelincir di atas salji keras.

Aku pernah berada di situasi "blizzard", di mana bas tidak boleh beroperasi (laluan penuh salji), jalan raya licin dan penuh salji, "Mall" tutup awal, dan sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.....Pada masa tu aku dan kawan-kawanku (aku, su, fida&anaknya farhan)meronda-ronda sekitar "Mall". hingga tidak sedar di luar sedang "blizard". Sungguh tak ku sangka, dalam keadaan ku mengandung 5 bulan, aku bertahan dlm sejuk yang amat, walaupun dah pakai belapis-lapis baju termasuk jaket (rasenye 4~5 helai baju dah pakai dan 3 lapishelai stokin & kasut kulitku...) Sejuk sangat.....fida &anaknya farhan menaiki bas (arah berlainan dengan tempat tinggalku), tetapi bas yang mereka naiki rosak di tengah jalan. Aku & su terpaksa menahan kereta(sesapa saje yang lalu ke universiti) untuk kami tumpang. Alhamdullillah kami selamat sampai ke tempat masing-masing... Itu la winter..cuaca yang sejuk..jika suhu 0C atau kurang dari -1C,(suhu negatif) maka salji akan terbentuk.....

"SNOW!!!!."....seronok dilihat dan dibayangkan..tetapi tidak seronok apabila berada di tempat yang terlalu banyak "SNOW" hingga melebihi dari 5 bulan ... berasa sejuk hingga menusuk ke tulang-tulang dalaman...Wow!!!

Kenangan di "Winter Winnipeg"......

Buku oh Buku...

Buku..

Masyarakat kita di Malaysia sekarang ni semakin berminat untuk menjadikan anak mereka pandai dan bijak. Fenomena ini telah menyebab kan banyak syarikat-syarikat pengeluar buku yang mengambil kesempatan diatas situasi tersebut. Kita boleh lihat di "Mall" seperti Alamanda, MidValey dan pelbagai tempat lain.. ramai "promoter"2..berusaha mempengaruhi para ibu bapa untuk membeli buku2 yang bernilai lebih RM1000. Kenapa begitu mahal??? Para ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka, adakah dengan membeli set buku2 yang bernilai RM1000 itu akan menjadikan anak kita pandai?? TIDAK!!!

Buku yang dijual bernilai RM1000 (set), adalah terlalu mahal dan mengapa perlu beli dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Mungkin ia mempunyai "level" mengikut peringkat umur anak tetapi apabila umur anak mencecah "level" yang tinggi..buku tersebut sudah terlalu lapuk ("obsolate") buat nye, dimana di pasaran pada masa itu terdapat pelbagai jenis buku yang menarik dan "up to date".

Jika kita membeli buku2 tersebut , adakah anak kita akan pandai dengan hanya memberi buku tersebut kepada nye? Kita sebagai ibu bapa yang memainkan peranan tersebut untuk mendidik anak menjadi pandai. Adakah masa kita terluang untuk anak2 kita? Untuk membacakan buku2 yg bernilai RM1000 tersebut???

Tips membeli buku...
1. Untuk anak yang berumur antara 0 hingga 10 bulan
Buku yang dibuat dari plastik (Baby Bath Book)
- berwarna warni
- perkataan besar besar
- gambar gambar yang besar dan berwarna
- boleh dihisap hisap (baby memang suka hisap buku)
- boleh tahan lama

2. Untuk anak yang berumur antara 10 bulan hingga 2 tahun
Buku yang dibuat dari kertas keras (board book)
- sedarhana besar (tidak terlalu kecil atau terlalu besar)
- gambar-gambar yang "real"
- perkataan yang jelas
- boleh di baca sampai lunyai (sampai koyak)
- tahan la beberapa bulan (jika selalu baca)

Pengalaman...

Pengalaman.... mengajar erti kehidupan..

Aku telah tinggal di luar Malaysia selama 2 1/2 tahun di salah sebuah negara di "Kutub Utara". Dan kini di sebuah benua di Lautan Pasifik. Di tempat ku tinggal tidak ramai pelajar atau pekerje dari Malaysia. Hanya terdapat 2 keluarga Malaysia sahaja yang telah lama menetap di tempat tersebut. Kami tidak kisah jika tiada masyarakat Malaysia/Melayu di sana. Kenapa aku kata demikian??? Adakah aku tidak suka ??? Tidak.

Jika kita berada di luar Malaysia, terdapat ramai "Malaysian" hingga melebihi 50 atau 100 orang, lebih baik berada di Malaysia sahaja. Sesetengah orang berharap sangat ditempat yang dia akan pergi itu terdapai ramai Melayu. Itu masing-masing punya pendirian. Bagi kami, ini lah masa nya kita berdikari dan bercampur dengan masyarakat di tempat tersebut (selain orang Malaysia). Serta mengetahui sistem-sistem negara tersebut.

Di Malaysia, aku jarang menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualan. Walaupun aku bekerja dan menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan kerjaku. Aku hanya faham dalam bentuk penulisan sahaja. Tetapi apabila berada di luar Malaysia, aku terpaksa bercakap dalam Bahasa Inggeris didalam aktiviti harian (ke kedai, naik bas, dll). Sedikit sebanyak telah membuatkan aku yakin bertanya atau berbual dengan masyarakat di sana. Aku berani ke mana sahaja di bandar tersebut dengan menaiki bas seorang diri. Aku belajar dan melihat bagaimana masyarakat disana hidup, menggunakan kemudahan awam serta berbudi bahasa. Belajar bahasa Inggeris ni adalah lebih berkesan jika kita menggunakan dalam perbualan dan juga mendengar pertuturan tersebut.

Di luar, walaupun mereka bukan seagama, mereka tetap menegur, melemparkan senyuman dan juga membantu tanpa mengira siapa kita. Baik yang tua mahupan yang muda. Di kedai, di dalam bas atau pun di tepi jalan. Adakah kita sebagai bangsa dan agama yang sama boleh berbuat demikian??? Tidak ramai, boleh dikira...

Di Malaysia, sukar kita terima senyuman atau ucapan terima kasih dari juruwang di kedai-kedai atau "Mall", terbalik bila berada di sana. Di luar, aku berasa sungguh gembira, pekerja-pekerja sungguh hormat pada pelanggan dan bersedia membantu jika kita memerlukan. Mereka tidak "membontot" pelanggan seperti kebanyakkan pekerja di Malaysia hingga kita berasa tidak selesa.

Di luar aku terpaksa membaca setiap isi kandungan makanan atau minuman serta barang-barang lain. Kenapa? Ini kerana untuk memastikan apa yang kita guna, makan atau minum dari sumber yang Halal. Secara tidak langsung, aku dapat mengetahui apa yang boleh dan yang tidak.

Jika di Malaysia, mudah sahaja membeli ayam dan daging. Beli sahaja di Giant atau Tesco atau Carrefour , pilih aje dan suruh pekerje tu potong, balik tinggal basuh dan masak aje. Tetapi bila berada di luar, dimana hanya tempat-tempat tertentu sahaja menjual yang Halal, belum dipotong (ayam seekor-seekor dan daging dalam bentuk seketul besar 5 kg..), bagaimana??? Disini la kita belajar semua tu "sendiri"... Dan juga tidak terdapat "burger" atau "nugget" mahupun "Pizza" yang Halal. Nak tak nak , aku belajar sendiri membuat semua tu.
Itu la pengalaman.... jika semua ada seperti di Malaysia, aku sudah tentu tidak belajar apa-apa...

Aku berasa bersyukur.... aku juga dapat menyusukan anak ku tanpa ada tentangan atau komen-komen yang tak munasabah. Dan juga aku dapat mengawal pemakanan anak ku tanpa risau tangan-tangan yang menyuap makanan yang tak sepatutnya ke mulut anak ku....aku dapat pastikan anak ku makan makanan yang berkhasiat dan menyusu sentiasa...

Itu lah hikmatnya ....

"Parents Room @ Baby Room"

"Parents Room @ Baby Room"

Di setiap "Mall" yang aku pergi disini terdapat bilik khas untuk para ibu menyusukan anak dan juga menukar lampin ("diapers"). Walaupun tempat yang kami tinggal adalah bandar kecil tetapi tetap adanya bilik-bilik tersebut. Di Malaysia, tidak semua "Mall" menyediakan bilik tersebut. Walaupun ada, sesetengah dari nya tidak dijaga, hanya pada permulaannya bilik tersebut cantik dan selesa. Disini, aku rasa selesa setiap kali ke "Parents Room" untuk menyusu anakku.

Apa yang aku perhatikan, ramai ibu-ibu muda (org putih lee) yang menyusu bayi mereka. Mereka telah sedar bahawa susuibu adalah terbaik untuk bayi mereka. Di Malaysia, ada sesetengah ibu bapa yang menyalahgunakan "Parents Room/Baby Room". Mereka bukan menyusukan bayi di bilik tersebut tetapi memberi susu didalam botol di dalam bilik tersebut. Di mana hak ibu-ibu yang menyusu untuk menggunakan bilik tersebut???

Wednesday, 13 December 2006

SusuIbu...

Susuibu...

Setiap bayi yang dilahirkan kedunia telah dibekalkan dengan bekalannya iaitu SUSUIBU.
Susuibu mengandungi zat dan khasiat yang mencukupi untuk bayi tersebut hingga usia 2 tahun. Makanan tambahan bukan pengganti susuibu, ia hanya lah TAMBAHAN dan hanya sekadar memperkenalkan makanan tersebut pada bayi. Supaya bayi dapat belajar mengunyah.

Setiap IBU mampu menyusukan anak nya. Sedangkan mamalia lain seperti harimau, gajah mahupun ikan paus menyusukan anaknya, inikan pula kita sebagai manusia yang diberi akal fikiran. Kita boleh berfikir dengan akal bagaimana untuk menyusukan anak dan apa yang perlu kita lakukan jika menghadapi masalah untuk menyusu. YAKIN BOLEH!!!

Tuesday, 12 December 2006

Sekadar Coretanku....

Aku suka membaca coretan-coretan kawan-kawan ku . Tapi aku bukan pandai menulis seperti mereka. Ini adalah blog pertamaku. Aku ingin berkongsi maklumat bersama sesiapa sahaja.