Friday, 22 December 2006

Hassan & Buku...

Umur Hassan belum pun sampai 18 bulan @ 1 tahun 6 bulan...tapi dah pandai menyebut perkataan-perkataan yang diajar dengan jelas. Ade yang betul sebutannye , ade yang mengikut lidah nye..(belum sepenuhnya la..).

Hassan suka membaca tak kira la buku ke , flyers ke atau pun tulisan-tulisan di TV dan juga dimana sahaja dia nampak tulisan. Dibotol, di bas stop, di kotak atau pun di tepi-tepi buku. Dia dapat melihat sesuatu benda tu sama atau tidak, jika dia lihat dua benda sama, dia akan sebut "ame" atau "same".

Minat nye terdapat buku telah dilihat sejak bayi lagi iaitu ketika Hassan berusia 4 bulan. Bahan bacaan pertama yang Hassan baca, adalah ASTRO GUIDE. Dia berminat nak baca hingga dikoyak-koyahkan (seumpama kita menyelak muka surat lee). Buku pertama yang kami belikan untuk Hassan ialah "HIPPO" & "BOAT". Buku tersebut diperbuat dari plastik (Bath Book) dan sesuai untuk bayi bawah setahun. Dia gemar melihat, menggigit dan menghisap buku tersebut. Memandang kan usianye pun baru 6 bulan kan...Di samping itu, kami mengajar nye dengan menyebut setiap perkataan di dalam buku tersebut.

Melentur Buluh Biar Dari Rebung....
Minat Hassan terhadap buku adalah "personality" nye yang tersendiri. Kami sebagai ibubapa menggalakkan dan juga mengasah bakat yang ada dalam dirinye agar berkembang.
Mungkin juga berkat SUSUIBU. IQ tinggi dan mudah diajar serta tajam pemikiran.

"Like Father Like Son"...
Kita sebagai ibubapa patut menunjukkan contoh terbaik buat anak-anak kita. Kami memang gemar membaca. "Library" dan Kedai Buku ada lah tempat "favourite" kami. Begitu juga Hassan. Teringat masa pertama kali bawa Hassan ke MPH Mid Valley, masuk je MPH tak tentu hala mata dia tengok buku, siap lopong mulut dia sampai meleleh air liur tengok banyak buku..terliur tengok buku..macam nak makan buku kot...... Kali kedua pula, dia tahan mata nya sehingga merah mata nya..semata-mata nak tengok buku. Keluar je dari MPH (lama la kami lepak dalam tu..dekat 2 jam ke 3 jam..) Hassan terus tido. Seronok la tu dia.

"Books or Toys?"
Jika kami bawa Hassan ke "Mall", kami lalu di bahagian "toys", Hassan hanya melihat sahaja seperti tiada apa-apa yang menarik perhatiannya. Tetapi jika lalu di bahagian buku-buku, mulalah dia menunjuk pada buku dan menyebut "BOOK" atau "BUKU". Buku menarik perhatiannya lebih dari permainan.

2 comments:

Anonymous said...

yahahaha..adoi laaaaaaa...zaza,kalu danial larr kan..sah2 dia mmg pilih toys instead of books! ihiks..itulah anakku..hu..hu..kalu lalu dpn toysrus tu..laju jer dia menonong..lps tu menjerit sebut..'Cars!!!..vrooom..vroomm'..
lps tu yg plg ngerinyer..mesti danial ckp 'mummy..nak!..nak!'..heeeeeeeeeeeeee..tang tu yg aku seram jerrrrrrrrrr...yg dia tunjuk bukannyer yg murah plak tu..yg mahai larrrrrrrrrr..tensen makcik!

Rizza said...

momidanial..

hahhaha.. nasib lee danial mintak mainan mahal2..hehhe hassan lum pandai mintak2 lagi.. tapi aku rase kalau dia mintak pun ..mintak buku2 lee..hehheh ..pandai ye danial mintak kat mummy dia..hehhhe