Friday 6 January 2012

Hassan di sekolah..

Setelah 3 hari bersekolah....

Minggu depan tak dapat le aku nak tgk dia kat sekolah... huhhuh

3 hari ni , lepas hantar jam 1pm(masuk kelas) .. kemudian balik, 3.30pm dtg balik (waktu rehat), kemudian balik.. 6 pm dtg balik.....fuhhh!!!!.. nak pengsan...
memerhatikan Hassan ...

Hassan
1. Tak menangis ... walaupun tak pernah pi sekolah
2. Dia kata dia seronok pergi sekolah
3. Walaupun dia dah tau macam2, dia boleh ikut apa yang cikgu suruh buat/apa yg cikgu ajar, tak de dia kata 'bosan' atau dah tau ke apa ke... sebab dah diterapkan bahawa "walaupun dah tahu, kita perlu ulangkaji supaya tak lupa..."
4. Dah mula berkawan, pandai berkawan, dah jumpa sorang kawan yg serasi ngan dia.
5. Nampak gaya nya boleh berdikari ... ni le pertama kali berpisah lama ngan umi/bapak dia..
6. Hari2 nak bawa bekal..
7. Rasanya hanya dia la sorang nama HASSAN... dan agaknya dia le sorang yang tak pernah gi sekolah tadika atau prasekolah... hehhe

pengalaman baru bagi Hassan...
tadi siap cakap kat umi..
"Umi jgn le menangis, Hassan seronok pergi sekolah.."
hehhehe.. aku risau je dia menangis...
serba sikit le dia belajar ye... belajar berjauhan dari umi....

makin bz hari2 Hassan dengan pelbagai aktiviti...

apa pula cerita dia minggu depan kan....



5 comments:

Anonymous said...

Comel je hassan ckp gitu!

-marisa-

Ealyie said...

mesti ko rindu nak berkepit ngan dia mcm hari2 lalu kan kak.. :) hee

Rizza said...

marisa.... tu le dia Hassan..

ealyie.. mau tak rindu.... sunyi hidup aku le ni....tak de kawan kat rumah nak bertekak hehhe

Noie said...

alhamdulilah..... cute hassan ni very good boy lah... sound like he have fun at school

Rizza said...

Noie..yup.. dia seronok gi sekolah.. ni pun tak sabar nak tunggu abis cuti... nak gi sekolah, belajar...