Wednesday 25 May 2011

bahan kek .. halal haram????

Aku rasa terpanggil untuk menulis bab 'ingredient' kek/roti ni..
ye le baru2 isu ade DNA babi tu...

dari sumber berita ini
"
DNA Babi Dalam Tepung Kek Jenama Terkenal
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.

Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.

"Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

"Selain itu, mereka perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut laman web itu, Isnin.

Khamis lalu, tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.

"

apa yang aku nak kata.. aku memang tak akan membeli 'ingredient' yg aku rasa ragu2 dan tak pasti sapa pengilangnya, apa bahan utamanya.. lebih2 lagi bila di kedai bahan kek yg jual 'in bulk' .. atau erti kata lain repack...

aku tak terkejut dengan isu tu.. kerana .. aku memang dah lama ragu2 dengan SR tu...
kenapa? ade byk sebab .. bukan SR je.. kedai2 kek atau restoran yg ala2 nama canggih barat serta macam grand.. semua tu aku ragu2.. dan aku tak jejak pun situ...

bagi aku yg ade serba sikit pengetahuan tentang kek dan bahan kek ni.. aku agak cerewet bila bab membeli bahan nye.. kerana ..aku mencari yg halal.. tak semestinya ade tanda halal kita boleh yakin 100% kat msia ni.. sebab Halal kat msia ni dah macam bisnes lak.. (utk mereka yg tak menjaga amanah ni la)... aku akan mencari bahan berdasarkan 'ingredient'.. baca kod yg ade dan tau serba sikit apa yg tertulis tu... bukan buta2 je percaya.. lebih2 lagi kalau produk tu dari china atau hongkong mahupun taiwan... kerana mereka ni ade sifat yg kureng .... lebih baik kita mencari produk yg dikeluarkan oleh org putih kerana.. mereka telah ditanam dalam diri ..sifat jujur dari kecil dan kalau buat bisnes/produk.. mereka tidak menipu... kerana mereka fikir 'long term'.. kalau kena saman.. habis la hidup mereka.. jgn main2.. di negara barat tu.. produk terkawal.. kalau dia kata tak de sumber dari babi.. memang tak de... kerana mereka akan buat analisis.. dan juga sana pun byk 'vegetarian' jadik.. mereka lebih hati2...

oh ye.. mengenai 2 bahan tersebut biasenye digunakan dalam roti dan juga kek... kadang2 dalam ising pun ade...

jgn la ingat bila bahan tu murah maka ia bagus... fikir la.. bahan yg halal tu mahal.. kerana sumber nak dptkan susah dan terhad...

dalam hadith pun dah kata.. mencari yg halal tu wajib kan... dan dah ade garis panduankan..
(sorry tak sempat nak tulis hadith tersebut....ade dalam kitab ni)

aku bagi contoh la kan...

1. kek black forest biasenya mengandungi 'kirsch' iaitu arak dari german.. jadik la kan.. kalau bakery ca yanun alif tu.. korang rase2 ade ke dia usaha nak jadik substitute bahan yg halal semata2 nak jual kat org islam..... fikir2 kan la ye....

2. utk membuatkan kek tahan lama.. bahan pengawet diperlukan terutama di bakery2...
apa kah bahan tu ye????

3. halal gelatine le ni memang le boleh dapat kerana ade syarikat org islam di pakistan yg mengeluarkan nya.. iaitu brand Halagel.. kalau bakery atau kilang2 ca ya nun alif ni.. rasa2 nye mana dia akan pilih ye? geletin dari china yg murah gile atau beli dari halagel yg tentu harganya tidak semurah dari china tu... fikir le sejenak..

apa macam? boleh fikir....

aku memang hari2 fikir ..tu pasal le aku usaha buat kek yg sedap, yg pasti dari bahan halal, berkualiti.. semua nye utk org Islam.... ianya fardu kifayah kan....
antara kek coklat mud aku yg rege RM70/1kg dengan kek coklat mud SR rege Rm75/1kg.. mana korang pilih? mesti la SR kan ..kan... sebab dia ade nama.... hehhehhe
yg aku tau dia tak buat kek di kedai2 tu.. dia buat di kilangnye.. owner nye ca ya nun alif... kita pun tak pasti apa ramuanya kan...

bagi penguasa islam.. sila la mencari sedikit ilmu pasal ingredient tu.. jgn la main balun je beli kat kedai tu... ade bahan yg korang sendiri kena amik inisiatif.. utk berfikir.....

apa2 pun.. produk aku boleh le korang percaya 100%.. aku memang mencari yg betul2 halal dan berkualiti.. tu pasal le mahal kan.....
bagi yg baru belajar buat kek tu.. ari ni belajar esok jual tu... tolong le hasilkan produk yg terbaik.. jgn le main balun je... tu pasal le org tak hargai 'kek'... sebab ade yg dpt kek tak sedap.. abis dia kata semua kek tu tak sedap....

orait!!! sekian buat masa ni...


No comments: