Hassan kalau buat salah memang akan kena denda... bergantung pada Guru Besar nye... apa denda akan dikenakan.... denda positif leee...
kalau denda membaca buku , 1 muka surat aje, baca dengan betul... kena baca dengan ceria..
kalau tak betul, menangis ke atau seuara dah bertukar tak ceria.. akan disuruh membaca semula.. sampai Guru Kecik puas hati ...hehhehe
tapi kalau di beri denda buat soalan matematik... siap mintak lagi ..hehheheh...
semalam Guru Besar beri soalan bahagi... amboi siap buat laju je.. malam pula pi minta lagi soklan.. tapi kalau Guru Kecik bagi soklan ..tak mau.... tak pe le.. Guru Kecik bagi latih tubi . ulangkaji... kalau tak kang dia lupa apa yg dah pernah belajar..
********************
le ni aku dah kurang buat soalan sendiri..
kami belikan buku maths preschool.. ade campur tolak je..
kemudian belikan buku darjah satu latihan je.. utk tau cam ne soklan yg akan ditanya bagi budak darjah satu.. hanya 4 buku je kami beli, BM, BI, Maths, Sains..
Bapak Hassan akan buat soalan jika sempat...
Jawi pula aku menyuruh dia menulis semula surah atau zikir atau pun bacaan dalam solat yg mudah dan pendek2 ayatnya.. dengan tanda bacaan.. sambil tu dia boleh memahami cam ne bunyi dengan tanda..
Bapak Hassan akan mengajar surah baru dan Hassan akan hafal... aku pula akan suruh dia baca semula sambil rujuk Al-Quran (tunjuk perkataan-perkataan)... jadik dia akan faham sikit2..
kalau Spanish dan French.. aku guna kamus dan suruh dia menulis semula ayat pendek yg terdapat dalam tu..
Lukisan? .. dia dok melukis sendiri sambil memahirkan mewarna...
Pendidikan Jasmani... buat le aktiviti turun naik tangga dalam rumah ni atau pi main kat playground atau hanya berjalan kaki keliling 1/3b, 1/3c, 1/3a...
Muzik.. dia akan menyanyi ikut suka dia...
sambil tu ingat-ingatkan balik apa yg dia pernah belajar dan kukuhkan lagi.. termasuk la.. bendera2 didunia, capital cities dan juga periodic table......
******************
2 comments:
TQVM
lamanya takda update ttg homskul kak rizza
ni baru ada balik
sokaaaaaa
salwa.. bukan homskul.... play2 at home hehhehhe
sorry le tak de yg best utk dikongsi... aktiviti biase je
Post a Comment