Thursday, 7 May 2009

hingga saat ini.... Hassan

Hassan hari ini.....

Pada hari ini .... usia dia 3 tahun 10 bulan 4 hari..... 


Perkembangan Hassan hingga kini..


Alhamdullillah telah mencapai 3M 2B 

[seperti yg aku pernah tulis di entry yg lama]

**************************************************************

3M
Membaca - termasukla mengenal huruf , nombor ..apa saja la..
Menulis - termasuk melukis...menggunakan tangan ke kaki ke.. apa2 lee
Mengira - boleh kira la pakai otak ke pakai kaki ke..apa2 le...

2B
Berfikir - ni perlu ajar ...bagi gambaran dan sebagainya
Bercakap - ajar bercakap ...supaya berani, yakin pada diri sendiri....

**************************************************************

kini kena teruskan memberi sokongan, panduan serta pemerhatian... 

ulangkaji apa yg dah belajar... kukuhkan kemahiran yg ade...

**************************************************************


Hassan dah boleh 


1. Menulis 

- menulis nombor, huruf besar dan kecil, menulis huruf jawi, melukis

- menulis apa yang diejakan tanpa rujukan

- menulis dengan rujukan buku [dia tgk dan tulis]

- melukis apa yg dia nak lukis termasuk lukisan pandangan sisi, hadapan, depan...

- menulis tulisan jawi yang bersambung seperti ikan [alif ya kaf nun]

- memahirkan lagi teknik menulis & melukis [menggunakan kertas & pen berwarna]


2. Membaca 

- membaca ayat2 mudah dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris 

[serta Bahasa Sepanyol - sikit aje]

- mengenal perkatan2 yg mudah dengan cara belajar suku kata [bahasa melayu] 

& ejaan terus [bahasa inggeris]

- membaca segala papan tanda yg dia lihat [segala tulisan yg dia nampak]

- membaca ukuran pada penimbang elektronik [cth : 200 gram, 20 liter, 15.0kg]

- membaca[menyebut] nombor pada jam [contoh jam digital 15:00 adalah pukul 3 petang]

- membaca surah Al Quran [surah pendek sebanyak 13] ... hafal 

- membaca alif ba ta [termasuk tulisan jawi yang bersambung.... sikit2 dah boleh]


3. Mengira 

- mengira kiraan yang mudah2, campur tolak darab bahagi

- memahami kiraan 

- membuat kiraan dengan menggunakan kotak2 dan lego

- tidak menghafal sifir


4. Berfikir 

- dapat membezakan perkataan tertentu dalam 3 bahasa 

[Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Bahasa Sepanyol]

- berfikir bagaimana menyelesaikan masalah mudah seperti menggunakan "tool" utk mengambil mainan yang tersangkut bawah kerusi/meja tanpa perlu menyusup 

- berfikir apa yang dia patut buat bila waktu malam.... kemas mainan

- berfikir ketika buat kiraan matematik

- berfikir ketika belajar perkataan [belajar suku kata, ejaan]

- berfikir hari ini hari apa [dalam 2 bahasa]

- berfikir pagi2 solat subuh, malam maghrib dan waktu2 lain 



5. Bercakap 

- boleh berbual, bercerita apa yg dia buat, menyanyi lagu ciptaan sendiri

- meluahkan pandangan nye

- menceritakan apa yg dia lukis

- menceritakan bagaimana dia menyelesaikan soalan kiraan

- bertanya jika tak faham 

- berdebat jika dia rasa dia betul [sampai dia faham apa yg dia katakan tu sebenarnya tak betul]

**************************************************************

kemahiran2 di atas perlu dengan sokongan dorongan serta kesungguhan ibu bapa 

bila dah capai semua tu.. level seterusnya... ulangkaji dahulu apa yg telah belajar..

sedikit demi sedikit akan ditambah...

**************************************************************

kemahiran mendengar perlu untuk dia belajar semua tu..

mendengar kita bercakap

mendengar video/rancangan yang bagus  [yang terpilih aje]

mendengar dokumentari

mendengar alunan Al Quran

mendengar alunan muzik

mendengar perbualan [jgn yg negatif]

mendengar cara kita mengajar dia

mendengar arahan [supaya disiplin]

**************************************************************

selain mendengar...

melihat juga akan membantu dia dalam mencungkil kemahiran nya

melihat contoh kita mengajar dia

melihat cara kita berkomunikasi dengan org lain

melihat DVD/Video yang bagus [terpilih]

melihat aktiviti kita harian [sama ade kita dok mengadap tv 24 jam atau kita membaca, menulis dan sebaginya]

**************************************************************

bermain

merupakan sesuatu yang dia boleh belajar...

sama ade dia gunakan alat mainan nye sebagai alatan utk belajar atau dia belajar dengan mainannya

contoh : menggunakan lego/bongkah.. dia boleh buat apa sahaja bentuk... dia boleh kira... boleh gambarkan 'periodic table' serta boleh mengenal warna, bentuk dna sebagainya

apa aje mainan yang ade boleh digunakan utk 'mengajar' anak

jika boleh tunjukkan cara nya, kemudian baru dia akan mengikut apa yg kita buat itu..

**************************************************************

semua tu adalah asas pendidikan...

bukan nak bagi dia masuk universiti umur 10 tahun..TIDAK

supaya dia tau macam mana nak baca, macam mana nak kira, macam mana nak menulis, macam mana nak fikir dan macam mana nak bercakap...

itu aje...

kalau dia boleh buat lebih ..Alhamdullillah... 

dan kena teruskan usaha agar dia faham lebih lagi....

dan ajar dia supaya dia tau... belajar adalah satu pelajaran...bukan hanya dari buku aje..apa sahaja boleh dikatakan "belajar"

dan kalau dah tau tak semestinya kita lebih tau dari org lain.. byk lagi ilmu yang kita perlu tau.. maka waktu belajar ..belajar.... walaupun dah tau.. itu adalah ulangkaji supaya kita lebih faham apa yg kita belajar... 

waktu belajar jgn main2... 

waktu main ..main puas2...

waktu makan kena makan sampai habis...

waktu tidur kena tidur ...

waktu "free" buat la apa yg disukai.....

**************************************************************

Sedikit maklumat dan perkembangan Hassan yang mungkin boleh di jadikkan panduan ibu bapa lain...


17 comments:

IntanSham said...

akak...akak tau apa saya fikir..bertuahnya cikgu hassan nanti.. senang nak ajar hassan.. bagusnya kalo semua parents ada inisiatif mcm kak rizza..tahniah kak!!! semoga anak2 saya pun akan sebijak hassan...

Rizza said...

cikgu intan... hehhe bertuah ?.. akak takut akak kena panggil pi sekolah pasal hassan pi berdebat ngan cikgu... ni dok kena pulun bagi penerangan kat dia ..tak semua dia tau tu betul... ade yg dia perlu tau lebih.. hehhe
insya'allah semua ibu bapa mampu lakukan.... cuba dan terus cuba...

knv said...

you've done well!!!

Rizza said...

ana... alhamdullillah setakat ni.. insya'allah utk akan dtg... tqvm.. ko kena selalu bagi motivasi ni...

misah said...

thanx rizza, krn sudi berkongsi bersama.

misah said...
This comment has been removed by the author.
Rizza said...

misah.. sama-sama... cuba dan cuba... jgn putus asa....

Cahaya Rumahku said...

salam kak rizza

subhanallah.. cepat sungguh hassan kuasai semua tu, semoga dia jadi orang yg berguna kepada agama n ibubapa suatu hari nanti! :) sejuk perut akak ngandungkan die dulu ye? tahniah :)

dila~noor said...

salam kak..
baru seminggu saya follow blog akak ni..kagumnya saya dengan akak dan betapa cepatnya hassan belajar banyak perkara dalam usia yang sangat muda.
terima kasih kerana sudi berkongsi teknik2 yang akak gunakan dan mudahan Hassan jadi anak soleh..
thanks kak!

Crazee Choc's said...

Za... aku mmg respect la dgn ketabahan kau.. Aku kadang cuba juga.....tapi anak aku sekejap je tahannya....

nadnye said...

ku pun kagum la....

cysev3n said...

masya-ALLAH hassan.. mmg setanding namanya Za..

Unknown said...

kena study blog akak ni...sgt bagus la pengajaran+pembelajaran akak kat hassan

Rizza said...

baiti.. sejuk..sejuk.. hehe

dila noor.. salam perkenalan...
semoga dapat jadik panduan..

marisa.. memang pun budak2 bukan nye tumpuan nye boleh lama2... kejap2 je

nadnye.. terima kasih..

yan.. berkat nama dia kot..

ariffda. terima kasih byk..

mamaDhea said...

kak,
malunya sya nak ngaku yg Dhea pon dah 3thn.. tp satu hape pon dia tak pandai lagik.. huhuhu.. nak kena beli cd2 akak ler ni gamaknye.. *tukui sket mamaDhea nih!*

MS said...

akak
satu jer permintaan saya, balik malaysia ni apa kata ahkak tolong ajar anak saya yg kat dlm perut ni *wink*

Rizza said...

sya.. jgn le gitu... dhea tu sama je ngan budak2 baya dia.. hassan ni lebih sikit je .. jgn le gitu ye.. ye le aku balik msia aku jual cd.. tak pe dia dah besa pun ..cd tu utk bawah 6 thn leh belajar..

mama adib.. ko jgn le wat permintaan pelik2 ni.. hehhe