Friday, 29 August 2008

Playschool

Hassan memang tak suka sgt tgk tv terutama cartoon la.... tetapi bila ade rancangan Playschool ni dia memang tertunggu-tunggu....

Playschool ni rancangan pendidikan kanak2 yg bagus .... rancangan ni tak de la macam 'sesame street' tu... dia tak de la ajar ari ni huruf apa? atau nombor apa? tak de... tetapi rancangan yg berbentuk seni... memang bagus la..... kanak2 boleh belajar mengenal nombor atau ejaan secara tak langsung... mengajar kanak2 jadi berani mencuba, berani bercerita .......mengajar kanak2 jadi kreatif dlm membuat sesuatu benda..... dan juga kreatif dlm nyanyian..... hari2 berlainan ... setiap minggu ade 'tema' rancangan tu.....mengajar kanak2 ...hari ini hari apa?... mengenal waktu (jam berapa?)...membuat segala benda dari kotak, botol etc....

kami memang ade belikan dvd 'Playschool' ..... tapi yg rancangan hari2 tu tak de dvd nye....
(kena record la sendiri..)

ni website nye..... Playschool

masa kecik2 dia tgk playschool ni dia tak reti nak buat apa2 lagi..tapi dia seronok la....

le ni dah beso.... dia boleh buat balik apa yg dia belajar kat Playschool tu

semalam rancangan Playschool mengajar kanak2 membuat kereta dari kotak2 dan bahan2 lain la... tampal2 color2 gam etc...

abis rancangan tu ... dia mintak aku brg2 la.... ingat kan nak buat apa...

Hassan : "Umi .. Hassan nak 4 pinggan biru, boleh tak?"

dia mintak pinggan plastik warna biru... aku pun tak pasti le apa la dia nak buat...aku pun bagi la dia 4 bijik...

kemudian ..

Hassan : "Umi..Hassan nak 1 mangkuk biru, boleh?"

dia mintak mangkuk plastik biru..aku bagi la yg kecik....

kemudian... dia pun memulakan aktiviti dia di ruang tamu..

dia ade 'tong plastik biru' (selalu nye aku letak semua mainan dia dlm tu la)

dia keluarkan segala mainan dia dan mula menyusu pinggan2 tu kat tepi2 tong...

aku perhatikan je la dulu... nampak macam dia nak cuba lekatkan pinggan2 kat tepi tong biru tu... tak lekat.... dia susun semua macam tayar kereta la.. 2 belah kiri & 2 belah kanan...

dia cuba dan cuba...... tak dpt lekat...

aku pun dtg dan bagi dia selotep yg aku dah gunting kecik2... dia pun lekatkan kat belakang pinggan2 tu dan melekatkan pada tong biru... punya la suka.. dan mangkuk biru pula dia lekatkan kat dlm tong tu... jadi stering la pulak... bijak2... siap dah kereta dia...

kemudian dia dpt idea la... dia ade kotak2 biskut... dia ade penutup2 botol air mineral & penutup botol yg lain... dia mintak selotep.... melekat kan penutup2 di tepi kotak2 biskut tu.. taraaa... jadik la 2 bijik bas..... siap sembang2 antara bas2 tu...

Hassan (bus 1) : "Hello ... awak nak pergi mana?"

Hassan (bus 2) : "Hello... saya nak pergi Clifford Garden..."

kemudian kami terdengar dia menyanyi

"The wheels on the bus go round and round

Round and round, round and round

The wheels on the bus go round and round

All through the town." ...

(lagu ni ade lagi sambungan nye... tapi dia nyanyi sampai situ je...)

betul lak tu hehheh

sambil main bas buatan dia tu..

tadi sambil2 tunggu bas kat town...

dia dok nyanyi2 la lagu tu....(suka sgt ngan bas...)

lepas tu aku terdengar ade tambahan lak kat lagu tu...

The wheels on the bus go round and round

Round and round, round and round

The wheels on the bus go round and round

All through the town....

Eat the bread in the bus.......

tu le Hassan......

(rumah sunyi sepi kalau dia tido....)

gambar-gambar kereta dan bas yg dibuat tu akan aku upload entry kemudian...

4 comments:

it me said...

mak aih sama minat cam adib.. suka betul dengan bas ada mata tu..

tapi kitaorg anak beranak tak berapa hafal lagi lirik he he

Cam menarik jer Playschool tu.. kat Astro ada ke??

NeroEcha said...

Kreatif le hassan..thaqif pun suke giler kat bus..jumpa bus mesti wooo bu tu buss..

Anonymous said...

hafiy apa lagi...train lerrr...abis kotak tisu kotak plastik wrap kotak apa2 la yg panjang jd mangsa

Rizza said...

mama adib... tak pasti la Astro ade ke tak rancangan ni.. kebykkan kat astro tu rancangan cam sesame street n barney kot...
kami tak hafal pun lagu tu.. hassan le belajar kat playschool..

echa... bus je yg kami ade...ehhheh

nor... bagus hafiy... buat panjang2 lagi...