Friday 23 March 2007

AmalanKu Ketika Mengandung...

Untuk dijadikan ingatan dan panduan ku ...

Ketika aku mengandungkan anak ku Hassan, aku melakukan beberapa aktiviti ...
yg bagus utk org mengandung amalkan..

1. aku sentiasa aktif bergerak
- berjalan kaki, turun naik bas...

2. aku sentiasa menimba ilmu
- baca buku2 yg berfaedah (aku tak suke baca majalah artis ke ape ke....)

3. aku sentiasa ke perpustakaan atau ke kedai buku
(dah memang hobi kami suke lepak di kedai buku...)
- membaca mengenai SUSUIBU, Bayi & Parenting....

4. aku amalkan beberapa surah yg bagus utk ibu mengandung selain mengaji seperti biasa
- aku sentiasa ulang membaca surah-surah berikut (baca sikit2 & sambung-sambung la sepanjang mengandung tu..) :

- 1) Surah Al Fatihah,
- 2) Ayat Kursi (Surah Al - Baqarah - ayat 255)
- 3) Surah Yaasin
- 4) Surah Al-Taubah
- 5) Suruh Yusuf
- 6) Surah Luqman
- 7) Surah Maryam
- 8) Surah An-Nahl (ayat 78)
- 9) Surah Al -A'raf (ayat 189)

(dari mengandung hingga bersalin)

5. aku sentiasa menperdengarkan
- surah2 Al-Quran pada kandungan ku...
- dan juga lagu2 Country( dan sebagainye)

6. aku sentiasa berfikiran positif, tenang & gembira..(walaupun hadapi apa sahaja kesusahan..)

7. aku sentiasa berkomunikasi dengan anak dlm kandungan ku... apa sahaja

8. aku jaga pergerakkan ku..(takut tergelincir kat snow..)

9. aku makan apa sahaja yg aku rase nak makan la...(yg HALAL & berkhasiat la..)
- termasukla makan pil2 yg perlu seperti Asid Folik , Kalsium & Zat Besi...,
- Minum Susu Coklat & Air Soya (yg dijual dipasar malam atau ayah ku buat sendiri...yg dlm kotak aku tak minum...hehehehe),
- aku berhenti minum air teh, aku tak minum kopi atau nescafe...
- minum air masak byk2..

10. aku sentiasa tersenyum dan suka berkomunikasi ngan sesapa sahaja (be friendly..).. gembirakan diri sendiri....ceria selalu..

3 comments:

Yuzie Amir said...

sama apa yg saya lakukan semasa pregnant anak pertama..tapi sayang nya saya tak fully bf anak yg pertama tu...
namun alhamdulilah..dia juga sebijak hassan.

MS said...

tq rizza ;-)

Crazee Choc's said...

tima kacih