Wednesday, 28 March 2007

Ushu...sama...

Sambil aku membaca buku "Breastfeeding..naturally" , aku menyusukan anakku Hassan...
Hassan pun sama2 melihat apa yg aku baca....

Dimuka hadapan buku tersebut, terdapat gambar seorg bayi sedang menyusu dengan ibunya..
"Ushu..sama...nak...." Hassan berkata..
maksudnya... baby tu menyusu...sama dengan Hassan...nak susu lagi....

Lepas menyusu, Hassan pun sibuk sgt nak baca buku tersebut...diselak2nya buku tu dan nampak gambar baby menyusu..."Ushu..sama"..maksud nya..sama la baby tu menyusu macam Hassan menyusu dengan Umi...

Pandai dia melihat apa yang bayi didalam gambar tersebut lakukan..sama dengan apa yang selalu dia lakukan...MENYUSU (Breastfeeding)

Sunday, 25 March 2007

What is Undiluted fruit juices?

What GOOD & BAD for preshoolers?

From "thedietdoctor" - child nutrition specialist Dr Rana Conway

For Preschoolers....

ON THE MENU (Good) These foods are actively encourage for preschoolers
Fruit & vegetables
Meat, fish, beans & lentils
Cereals, including wholemeal bread
Dairy produce
Water to drink

OFF THE MENU (Bad)
Skimmed milk - offer full fat or semi-skimmed from two to five years
Tea or coffee **
Sugar or salt
Fizzy drinks
Undiluted fruit juices

**Drinks such as tea and cofee shouldn't be given to children because they contain too much caffeine. They also reduce iron absorption, and many kids have quite low levels as it is. If you can give your child a taste for plain water instead, you'll be doing them a favour for life.

_________________________________

WHAT IS UNDILUTED FRUIT JUICES ?


Answer from Dr Rana Conway

Rana says:
"Undiluted fruit juice is simply pure fruit juice, as you would buy it in the supermarket. It may be labelled as one hundred per cent fruit juice.

The reason why it isn't recommended for preschoolers is that because of it's high sugar content it isn't good for their teeth. Also this age group sometimes get quite a taste it and can end up drinking a lot, which can contribute to weight problems or leave them too full to eat the foods they need for healthy growth and development.

Friday, 23 March 2007

Penyusuan SUSUIBU - Pelaburan Terbaik

Susu ibu sangat berharga.Selain daripada menjamin kesihatan ibu dan anak, penyusuan susu ibu dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Seterusnya, penyususan susu ibu juga menjimatkan kos perubatan dan rawatan.

Melabur dalam penyusuan susu ibu, menjamin kesihatan masa depan keluarga, masyarakat dan negara.

Faedah untuk keluarga.

Keluarga berjimat kerana tidak perlu membeli susu formula, botol susu dan puting.
  • Keluarga juga berjimat kerana tidak perlu masak air dan membersihkan botol dan puting susu.
  • Bayi yang diberi susu ibu jarang jatuh sakit dan menjimatkan kos rawatan.
  • Pemberian susu formula adalah amalan yang membazir dan merbahaya.

    Kos susu formula adalah tinggi

    • Keluarga terpaksa berbelanja banyak untuk membeli susu formula, botol susu dan puting.
    • Keluarga juga terpaksa membazir wang, membuang masa dan tenaga kerana perlu memasak air dan membersihkan botol dan puting susu.
    • Menjejas perkembangan fizikan dan emosi ibu dan bayi.
    • Tidak membantu ibu menjarakkan kelahiran. Seorang bayi memerlukan 22 kg susu formula dalam 6 bulan pertama. 2.5 kg pada bulan pertama, 3.2kg pada bulan ke-2 dan 4 kg sebulah pada bulan seterusnya.

    Penyusuan susu ibu secara ekslusif

    • Untuk 6 bulan pertama, bayi perlu diberikan cuma susu ibu. Makanan dan minuman lain tidak harus diberi sebelum bayi berumu 6 bulan kerana Ini hanya akan mengurangkan penyusuan susu ibu dan seterusnya menjejaskan pembesaran bayi.

    Akibat pemberian makanan dan minuman terlalu awal.

    • bayi tidak mendapat khasiat susu ibu yang sepenuhnya.
    • Bayi mudah dijangkiti penyakit.
    • Pembesaran bayi akan terbantut.
    • Perkembangan mental bayi akan terencat.
    • Ibu mudah mengandung semula dan menghasilkan bayi yang kecil.
    • Pengeluaran susu ibu akan berhenti
    • Keluarga terpaksa bergantung kepada susu formula.

    Bahaya pemberian susu formula.

    • Lebih kerap mendapat cirit-birit lebih kerap mendapat jangkitan pernafasan lebih menyakit meningitis lebih jangkitan telinga lebih alahan lebih banyak masalah pembelajaran dan perkembangan mental lebih kerap memerlukan rawatan di hospital
      mengakibatkan kekurangan zat makanan.

    (Artikel dari Homepage Hospital Mersing

    http://www.geocities.com/Eureka/Enterprises/9083/susu3.html )

    AmalanKu Ketika Mengandung...

    Untuk dijadikan ingatan dan panduan ku ...

    Ketika aku mengandungkan anak ku Hassan, aku melakukan beberapa aktiviti ...
    yg bagus utk org mengandung amalkan..

    1. aku sentiasa aktif bergerak
    - berjalan kaki, turun naik bas...

    2. aku sentiasa menimba ilmu
    - baca buku2 yg berfaedah (aku tak suke baca majalah artis ke ape ke....)

    3. aku sentiasa ke perpustakaan atau ke kedai buku
    (dah memang hobi kami suke lepak di kedai buku...)
    - membaca mengenai SUSUIBU, Bayi & Parenting....

    4. aku amalkan beberapa surah yg bagus utk ibu mengandung selain mengaji seperti biasa
    - aku sentiasa ulang membaca surah-surah berikut (baca sikit2 & sambung-sambung la sepanjang mengandung tu..) :

    - 1) Surah Al Fatihah,
    - 2) Ayat Kursi (Surah Al - Baqarah - ayat 255)
    - 3) Surah Yaasin
    - 4) Surah Al-Taubah
    - 5) Suruh Yusuf
    - 6) Surah Luqman
    - 7) Surah Maryam
    - 8) Surah An-Nahl (ayat 78)
    - 9) Surah Al -A'raf (ayat 189)

    (dari mengandung hingga bersalin)

    5. aku sentiasa menperdengarkan
    - surah2 Al-Quran pada kandungan ku...
    - dan juga lagu2 Country( dan sebagainye)

    6. aku sentiasa berfikiran positif, tenang & gembira..(walaupun hadapi apa sahaja kesusahan..)

    7. aku sentiasa berkomunikasi dengan anak dlm kandungan ku... apa sahaja

    8. aku jaga pergerakkan ku..(takut tergelincir kat snow..)

    9. aku makan apa sahaja yg aku rase nak makan la...(yg HALAL & berkhasiat la..)
    - termasukla makan pil2 yg perlu seperti Asid Folik , Kalsium & Zat Besi...,
    - Minum Susu Coklat & Air Soya (yg dijual dipasar malam atau ayah ku buat sendiri...yg dlm kotak aku tak minum...hehehehe),
    - aku berhenti minum air teh, aku tak minum kopi atau nescafe...
    - minum air masak byk2..

    10. aku sentiasa tersenyum dan suka berkomunikasi ngan sesapa sahaja (be friendly..).. gembirakan diri sendiri....ceria selalu..

    Mengapa?... Mengapa?

    Hassan suke bertanya "Mengapa?"
    Apa2 sahaja yang dia rasa musykil atau pun rasa cam apa yang dia sebut lain dari apa yang umi/bapak sebut...

    Hassan suka menyebut 2 perkataan yg seakan-akan sama....dan menyebut berulang2 kali....


    cth:
    "Umi..Bumi.." Hassan berkata sambil tunjuk kat Umi...
    "Ni Umi bukan Bumi.." Umi berkata..
    "Mengapa?....Umi?..Bumi?..." maksud Hassan mengapa lain Bumi & Umi...

    kena la Umi menerangkan bahawa Umi tu ibu Hassan & Bumi adalah salah satu planet ....

    setelah beberapa kali bersoal jawab, mengapa? mengapa?...hingga dia puas hati..baru la tak tanye mengapa lagi....

    "Umi..uni Hassan.....Bumi..Planet..." Hassan memahami...

    cth 2:
    "Sun...Hassan....Sun..Hassan.." Hassan menyebut berulang-ulang kali..
    "Hassan dan Sun tak sama"..Umi berkata..
    "Megapa?..Mengapa?...Hassan...Sun... Mengapa?" Maksud nye..Mengapa Hassan & Sun tu lain..Hassan bertanya..

    Seperti biase la Umi kene memberikan penerangan yg sepatutnya...
    "Hassan tu anak Umi, Sun tu matahari....matahari tu panas...."..Umi memberi penerangan...

    "Hassan anak Umi... Sun Matahari..." Hassan telah berpuashati...


    p/s: bersedia la utk memberi jawapan yang bernas jika ditanya oleh HASSAN....MENGAPA?..MENGAPA?....

    Thursday, 15 March 2007

    Teknik mengajar anak....

    Mengajar ....pelbagai teknik dan cara....

    Bagiku cara yg aku lakukan adalah...

    1. Mengenalkan kepada sekeliling....
    a. Sayuran/Buah..
    b. Binatang..

    2. Mengenal ABC/123 secara "live"
    a. Huruf/Nombor yang terdapat di mana2 aje..

    3. Belajar mengenal ABC/123/Alif Ba Ta
    a. Ajar secara rawak
    b. Mengenal dari Alif ~ Ya / Ya ~ Alif

    4. Mengenal LOGO/SIMBOL
    a. Mengenal apa yg terdapat di sekeliling / di TV/ di Buku/ di mana2 shj
    - cth: HP, Toshiba, Ford, Honda, Petronas, Shell...
    cth: Kmart/Coles/Gardentown/Myer (ni kedai /mall di sini..)

    5. Ajar menghargai buku/brg mainan....
    a. Hanya satu mainan utk satu waktu (tidak dilambakkan semua mainan didepannye....ini akan mengajarnya tidak pandai hargai brg....)
    b. Tegas....
    c. Buku yg mahal/yg mudah koyak hanya dibacakan bersama-sama pada waktu tertentu (tidak diberikan begitu aje pada anak....ini akan memberi peluang anak mengoyakkan nya..)

    Bayi & IbuBapa..

    Umpama sehelai kain putih/kanvas, yang perlu diwarnakan dan dicorakkan...
    Bayi adalah insan yang masih kecil, yang tak tau apa2 pun...
    Lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dari segala dosa....
    IbuBapa lah yang akan mencorakkan bayi tersebut...

    Jika mahu memberikan SUSU yang terbaik,terbagus,terhebat.......berilah SUSUIBU....
    Jika mahukan bayi anda menjadi PANDAI...... didiklah dia dari PERINGKAT BAYI...
    Jika mahukan bayi anda menjadi seorang yang suka BELAJAR/MEMBACA.... berilah contoh yang terbaik.. IBUBAPA adalah contohnya...
    Jika mahukan bayi kurang bermasalah.. jaga PEMAKANAN nya...

    SUSUIBU adalah yang terbaik....
    Bagiku adalah perlu seorang bayi mendapat KHASIAT SUSUIBU sejak lahir hingga usianya 2TAHUN...

    MAKANAN TAMBAHAN(SOLID FOOD)
    Bayi mempunyai perut yang begitu kecil sekali, hanya perlu diisi dengan SUSUIBU, susu yang mudah dihadam nya..
    Mengapa perlu tergesa-gesa untuk memberi bayi makan???? Walaupun bayi baru berusia 4 bulan....TIDAK PERLU..Bayi perlukan SUSU!!!...
    Bagiku makanan bukan keutamaan buat bayi yg berusia 4 bulan (bawah 2 tahun)...
    Ini kerana jika seorg ibu memaksa bayi nye makan sejak usia 4 bulan..memang bayi akan makan..kerana dipaksa & terpaksa... Dan seterusnya bayi tersebut dah di"program"kan utk makan mengikut waktu yg ibubapanye tetap kan......Bayi tak pandai berkata-kata....
    Jika bayi boleh berkata-kata..sudah tentu akan dikatanya...
    "TAK MO MAKAN.....NAK SUSUIBU!!!!!"
    Fikir la secara LOGIK!!

    Siapa kata jika tidak diajar makan diusia 6 bulan, bayi tak pandai makan/menguyah???
    Jika nak ajar makan sekali pun..bukan dengan cara memaksa bayi makan , dan bukan dengan cara menetapkan 2 kali sehari bayi perlu makan, bukan dengan cara berapa mangkuk bayi perlu makan.......

    Ibubapa boleh memberi bayi makan, sekali sekala, sedikit demi sedikit, jika bayi tidak mahu makan, tidak perlu dipaksa....akan tiba masa nya bayi akan makan...kerana perut bayi mungkin belum cukup matang untuk menerima semua makanan tersebut....

    Bagaimana mengajar bayi bahawa makanan kita bukan makanan nya?
    Senang aje.. sejak masih bayi, perlu ditegaskan pada diri sendiri dan keluarga, jgn cuba memberi makanan yang bukan utk bayi kepada bayi, perlu dielakkan utk menyuap apa yg kita makan kemulut bayi, perlu di nyatakan pada bayi anda.."NI BUKAN MAKANAN UTK BAYI, NI MAKANAN ORG DEWASA...BILA BAYI DAH BESAR NANTI , BOLEH LA MAKAN APA YANG SESUAI MENGIKUT PERINGKAT UMUR BAYI..."

    Segalanya bermula dari dalam kandungan lagi,...jika hendak mendidik bayi menjadi insan yang berguna....

    PERINGKAT2
    DALAM KANDUNGAN > BAYI > KANAK2 > REMAJA > DEWASA

    setiap peringkat memainkan peranan yg penting dan tersendiri....


    (apa2 la yang aku megarut ni....)

    Monday, 12 March 2007

    W & M, 6 & 9...

    Hassan dah kenal huruf dan nombor....serta logo dan simbol..

    W dan M..
    di mana-mana dia jumpa dua huruf ni....dia akan sebut dan cuba terbalik-terbalikkan kepala dia..jika dia nampak huruf "M" ..dia akan terbalikkan kepala nye dan menyebut " terbalik...W"....maksud nye kalau terbalik jadik huruf "W"...

    begitu juga dengan nombor 6 dan 9...(six/enam....& nine/sembilan)
    nampak aje nombor 6 ..."terbalik ..9"....

    dia juga boleh menyebut apa saa huruf yg ditunjukkan..walau pun terbalik....

    Hassan bersama "huruf & nombor"