Thursday, 22 February 2007

Hassan & "Chickenpox immunisation"

Semalam 21 februari 2007,jam 10am, kami membawa Hassan ke klinik untuk mendapatkan suntikan imunisasi "varicella/chickenpox". Seperti biasa Hassan memang suka naik bas, seronok dia, menahan bas, dapat tengok "Australia Flag" . Bising mulutnya apabila nampak bendera tu, "ousria flek"kata nye ...satu bas leh dengar suaranye.

Setiba di klinik, sementara menunggu giliran, Hassan sibuk membaca buku "flag" nye (memang sentiasa bawa) . Bosan membaca, dia nak "walk" pulak.

Masanya tiba untuk suntikan. Bapak Hassan terpaksa memegang nye dengan kuat. Aku tak begitu kuat untuk memegangnya, kerana tenaga Hassan lebih kuat apabila meronta dilepaskan dari pelukan. Menangis la sekejap ..."akit"..sakit kata Hassan....Sakit kena suntik aje. Aku pun menyusukanya sambil memujuknya. Setelah lega, ape lagi .."walk slowly" Hassan nak jalan katanya,...bukan berjalan tapi dia berlari dalam klinik sambil senyum-senyum...Kami berkata.."ni ke budak kena injek ni....aktif je". Setelah ditimbang dan diperiksa bekas suntikan, dan doktor berpuas hati, kami dibenarkan pulang.

Kami berjalan-jalan di Mall sementara mengunggu bas datang. Hassan tertidur di strollernye, keletihan....

Dirumah, Hassan aktif , ligat, riuh, tak tidur sepanjang petang tu. Kesana sini, berlari, main, berguling, sambil-sambil tu bila lapar tu..."ushu..ushu.." mintak susu leee..kemudian sambung aktiviti dia, tak penat.... Lepas mandi, masih juga aktif, sementara menunggu Bapak (masa utk belajar bersama Bapak), Hassan menyusu dan menyusu....

Setelah habis waktu belajar , masih juga segar.... tiada tanda-tanda untuk tidur. Kami biarkan sahaja.

Begini ke side effect kena suntikan chickenpox???? Pelik jugak makin aktif dari sebelum kena suntik.....

Hingga la pukul 9.30pm, setelah menyusu dan mungkin dah puas dengan aktiviti dia, maka tertidur la Hassan.......

Begitu le Hassan ....

No comments: