Sunday, 14 January 2007

Teknik, buku & bayi...

Teknik melahirkan minat membaca/minat pada buku untuk bayi dan kanak-kanak bawah 2tahun....

1. Buku/Majalah yang tidak digunakan lagi...
  • Sejak lahir beri buku atau majalah yang tidak digunakan lagi.
  • Pastikan bukan kertas surat kabar atau kertas yang tajam hujung nya.
  • Jika bayi dibawah usia 6 bulan, perhatikan segala pergerakkannya, supaya tak dimakan
    kertas tersebut.

2. Buku Plastik/ "BabyBath Book"...

  • Jika menunjukkan minat pada bahan bacaan, belikan buku plastik seperti "baby bath book".
  • Jangan dibiarkan sahaja bayi bersama buku tanpa mengajarnya. Tunjuk gambar dan sebut. Baca sambil memangku bayi.
  • Lakukan setiap hari, walaupun hanya 5 minit sahaja.

3. Buku keras /"board book"

  • Jika bayi sudah tidak menghisap buku atau menggigit buku, boleh dibelikan buku yang keras dan sederhana besarnya.
  • Buku yang mempunyai gambar-gambar yang menarik dan nampak "real".
  • Baca bersama dan sebut serta tunjukkan apa yang terkandung didalam buku tersebut.
  • Lakukan berterusan. Setiap hari, 5 ~ 10 minit.
  • Buku ini boleh diberikan padanya dan dibiarkan dia melihat dan membelek buku tersebut sendirian.

4. Buku jenis nipis/kertas...

  • Buku jenis kertas ini nipis dan mudah dikoyakkan.
  • Tidak boleh diberikan sahaja pada anak-anak.
  • Ibu bapa harus membaca bersama anak-anak dan menjadikan rutin setiap hari.
  • Buku tersebut harus la di simpan dengan elok (tidak dibiarkan anak-anak mengoyakkan).
  • Biar anak-anak tertunggu-tunggu waktu untuk membaca buku tersebut. Mereka akan menjadi lebih "excited", dan menghargai buku.

5. Berikan buku yang berbentuk "education". Bukan cerita-cerita dongeng/ fairy tales.

No comments: