Susuibu adalah semulajadi, ianya hadir bersama-sama bayi yang dikandungkan oleh seorang ibu. ALLAH telah memberi kemudahan untuk para ibu, dengan mudah dapat memberikan susunya tanpa sebarang masalah. Jika kita lihat, bagaimana Susu Formula boleh di keluarkan? Di zaman 1860an, dimana Henri Nestlé, seorang "pharmacist", mencipta makanan untuk bayi yang tidak boleh menyusu dengan ibunya dan ibu-ibu yang mempunyai masalah kesihatan yang tak dapat dielakkan. Maka terhasil la SUSU FORMULA Susu formula adalah khas untuk bayi yang tidak dapat menyusu, seperti bayi pra-matang. Tetapi di zaman sekarang, teknologi yang semakin berkembang, bayi pra-matang boleh mendapatkan khasiat dari susuibu nya. Dengan terdapatnya pelbagai jenis pam di pasaran, boleh digunakan oleh ibu tersebut untuk membekalkan susu kepada bayi pra-matangnya. Tiada alasan untuk memberi susu formula.
Aku tidak faham kenapa sesetengah ibu yang tidak bekerja, masih mengatakan susu formula lebih senang diberikan kepada anaknya berbanding susuibu.
MENGAPA?????
Adakah kerje rumah itu terlalu banyak hingga tiada masa untuk menyusu????? atau ????? Adakah rumah mesti sentiasa bersih? Tingkap berkilat? Dapur berkemas? Rumah teratur? ..TIDAK!!!!!
Ini antara mentaliti para ibu yang tidak fikir tentang anaknya, tentang kesihatan anaknya, tentang ekonomi rumahtangganya...... Kerja ape sekalipun tidak akan habis. Tetapi apabila seorang ibu tidak bekerja, dia dapat menyusukan anaknya, bila-bila masa sahaja, tanpa menetapkan masa. Itulah "ON DEMAND", mengikut kemahuan anaknya.
Seorang ibu yang tidak bekerja, menguruskan rumahtangga bukan menjadikannya orang gaji atau amah, itu tidak betul konsep surirumah..... Seorang surirumah, memastikan anak-anaknya mendapat apa yang terbaik dari segi pemakanan harian dan juga pendidikan selain mengurus kan keperluan suami serta mempunyai masa sendiri untuk hobi dan diri sendiri.... Ini antara pendapat aku...
Aku dapat menyusukan anakku tanpa susu formula. Alhamdullillah telah 18 bulan aku berjaya menyusukanya. Insya'allah semoga dapat menyusukan anakku hingga 2 tahun lebih...
Anakku lebih banyak menyusu dari makan. Bagi kami, tidak mengapa, susu adalah makanan utama kanak-kanak berumur bawah 2 tahun. Makanan lain hanya tambahan sahaja.
Lain bayi, lain perangainya. Ada sesetengah yang suka makan dan masih menyusu dengan ibunya, ada yang lebih suka makan dan kurang menyusu, ada juga yang menyusu dan kurang makan. Ini bergantung pada ibu mereka, bagaimana menanganinya dan memberi makanan yang berkhasiat untuk anaknya.
Dalam makanan tambahan bayi, tidak perlu garam, gula ataupun minyak serta perisa tambahan lain. Yang penting makanan itu yang berkhasiat dan mengandungi zat-zat yang diperlukan pada tahap tumbesaran tersebut serta segar. Mungkin pada fikiran seseorang, tanpa perasa tak sedap. Tetapi cuba kita fikir untuk jangka masa panjang. Kanak-kanak dibawah usia 2 tahun sedang dalam proses tumbesaran, sistem penghadamannya masih baru dan belum cukup matang, bagaimana mampukah sistem tersebut bekerja keras untuk proses semua makanan yang dimakan??? Oleh itu makanan yang kurang fiber amat digalakkan.
Anak adalah anugerah yang tidak ternilai......
2 comments:
sokong sokong sokong
kalaulah aku ni full time house wife juga fuhhh......
Alhamdulillah walaupun aku bekerja anakku masih dapat minum susu ibu...hidup susu ibu.....
fid..hidup SUSUIBU!!!!!!
Post a Comment