Monday 18 December 2006

Pengalaman...

Pengalaman.... mengajar erti kehidupan..

Aku telah tinggal di luar Malaysia selama 2 1/2 tahun di salah sebuah negara di "Kutub Utara". Dan kini di sebuah benua di Lautan Pasifik. Di tempat ku tinggal tidak ramai pelajar atau pekerje dari Malaysia. Hanya terdapat 2 keluarga Malaysia sahaja yang telah lama menetap di tempat tersebut. Kami tidak kisah jika tiada masyarakat Malaysia/Melayu di sana. Kenapa aku kata demikian??? Adakah aku tidak suka ??? Tidak.

Jika kita berada di luar Malaysia, terdapat ramai "Malaysian" hingga melebihi 50 atau 100 orang, lebih baik berada di Malaysia sahaja. Sesetengah orang berharap sangat ditempat yang dia akan pergi itu terdapai ramai Melayu. Itu masing-masing punya pendirian. Bagi kami, ini lah masa nya kita berdikari dan bercampur dengan masyarakat di tempat tersebut (selain orang Malaysia). Serta mengetahui sistem-sistem negara tersebut.

Di Malaysia, aku jarang menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualan. Walaupun aku bekerja dan menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan kerjaku. Aku hanya faham dalam bentuk penulisan sahaja. Tetapi apabila berada di luar Malaysia, aku terpaksa bercakap dalam Bahasa Inggeris didalam aktiviti harian (ke kedai, naik bas, dll). Sedikit sebanyak telah membuatkan aku yakin bertanya atau berbual dengan masyarakat di sana. Aku berani ke mana sahaja di bandar tersebut dengan menaiki bas seorang diri. Aku belajar dan melihat bagaimana masyarakat disana hidup, menggunakan kemudahan awam serta berbudi bahasa. Belajar bahasa Inggeris ni adalah lebih berkesan jika kita menggunakan dalam perbualan dan juga mendengar pertuturan tersebut.

Di luar, walaupun mereka bukan seagama, mereka tetap menegur, melemparkan senyuman dan juga membantu tanpa mengira siapa kita. Baik yang tua mahupan yang muda. Di kedai, di dalam bas atau pun di tepi jalan. Adakah kita sebagai bangsa dan agama yang sama boleh berbuat demikian??? Tidak ramai, boleh dikira...

Di Malaysia, sukar kita terima senyuman atau ucapan terima kasih dari juruwang di kedai-kedai atau "Mall", terbalik bila berada di sana. Di luar, aku berasa sungguh gembira, pekerja-pekerja sungguh hormat pada pelanggan dan bersedia membantu jika kita memerlukan. Mereka tidak "membontot" pelanggan seperti kebanyakkan pekerja di Malaysia hingga kita berasa tidak selesa.

Di luar aku terpaksa membaca setiap isi kandungan makanan atau minuman serta barang-barang lain. Kenapa? Ini kerana untuk memastikan apa yang kita guna, makan atau minum dari sumber yang Halal. Secara tidak langsung, aku dapat mengetahui apa yang boleh dan yang tidak.

Jika di Malaysia, mudah sahaja membeli ayam dan daging. Beli sahaja di Giant atau Tesco atau Carrefour , pilih aje dan suruh pekerje tu potong, balik tinggal basuh dan masak aje. Tetapi bila berada di luar, dimana hanya tempat-tempat tertentu sahaja menjual yang Halal, belum dipotong (ayam seekor-seekor dan daging dalam bentuk seketul besar 5 kg..), bagaimana??? Disini la kita belajar semua tu "sendiri"... Dan juga tidak terdapat "burger" atau "nugget" mahupun "Pizza" yang Halal. Nak tak nak , aku belajar sendiri membuat semua tu.
Itu la pengalaman.... jika semua ada seperti di Malaysia, aku sudah tentu tidak belajar apa-apa...

Aku berasa bersyukur.... aku juga dapat menyusukan anak ku tanpa ada tentangan atau komen-komen yang tak munasabah. Dan juga aku dapat mengawal pemakanan anak ku tanpa risau tangan-tangan yang menyuap makanan yang tak sepatutnya ke mulut anak ku....aku dapat pastikan anak ku makan makanan yang berkhasiat dan menyusu sentiasa...

Itu lah hikmatnya ....

7 comments:

cysev3n said...
This comment has been removed by the author.
cysev3n said...

untung kan dapat practise english.. and true, mmg kat luar sana culture sangat laa lain.. though saya tak dapat blajar kat oversea, tp merasa jugak la pi Jerman masa preggykan Amir.. but then, kat sana tak layan english.. jenuh dok buat bahasa isyarat berbagai.. ihiks..

Fid said...

za
betul kata ko
aku setuju

tang bab cashier tu lagiii aku setuju....

2 hari lps aku bagaikan nak je baling jurujual kat sebuah pasaraya tu sbb dia baling daun bawang yg aku bg kat dia untuk ditimbang...
bayangkan kita dah pilih yg elok2 bawa gi timbang ada org ambik timbang then baling ke kita...tak hormat langsung....

Rizza said...

hazel.. awat tak cakap bahasa german..hehee.. diorg memang tak layan ..lebih2 lagi nagara yg English bukan 1st language mereka...

Rizza said...

fid.. patut ko sound je n baling balik kat muke dia tu..kureng ajo tul...

knv said...

Syoknya awak dok kat sana! Enjoy you time to the fullest. Memang banyak boleh belajar dari orang asing. Kengkadang kita rasa kita dah hebat tapi we always learn from people outside our circle!

You are one lucky girl! And hassan one lucky boy!!

Rizza said...

anamiraa..
thanks... tu le nak belaja macam2...ye la dah korban kan kerje..kena la berusaha yang terbaik untuk anak dan keluarga kan....