Monday 18 December 2006

"Parents Room @ Baby Room"

"Parents Room @ Baby Room"

Di setiap "Mall" yang aku pergi disini terdapat bilik khas untuk para ibu menyusukan anak dan juga menukar lampin ("diapers"). Walaupun tempat yang kami tinggal adalah bandar kecil tetapi tetap adanya bilik-bilik tersebut. Di Malaysia, tidak semua "Mall" menyediakan bilik tersebut. Walaupun ada, sesetengah dari nya tidak dijaga, hanya pada permulaannya bilik tersebut cantik dan selesa. Disini, aku rasa selesa setiap kali ke "Parents Room" untuk menyusu anakku.

Apa yang aku perhatikan, ramai ibu-ibu muda (org putih lee) yang menyusu bayi mereka. Mereka telah sedar bahawa susuibu adalah terbaik untuk bayi mereka. Di Malaysia, ada sesetengah ibu bapa yang menyalahgunakan "Parents Room/Baby Room". Mereka bukan menyusukan bayi di bilik tersebut tetapi memberi susu didalam botol di dalam bilik tersebut. Di mana hak ibu-ibu yang menyusu untuk menggunakan bilik tersebut???

2 comments:

Unknown said...

huk..huk..huk..mmg pn x m'sia ni org selalu salah gunakan parent/baby room...wkend baru ni g metrojaya mid valley...Esya nk menyusu bwk msk bb room...dpn pintu terpampang tulis..only mother & child r allowed....tp yg skait hati nyer...ada satu family dlm tu ngan bapak bdk tu pn ada sekali...potong stim jer Esya nk menyusu...dh la bising..pastu x respect saya ni yg nk breastfeed...anak org tu bottle feed...menyibuk je dlm bilik tu ...

Rizza said...

nor.. tu le mentaliti org kita ni...tak faham2 hak dan asasi ibu menyusu..hehh
patutnye ko cakap je kuat2.."aiik menyusu botol pun nak dok dlm baby room ke"????